Tuesday, April 3, 2018

Gambar-gambar Di Kelas Newbie Guerrilla Saham

2 comments

Alhamdulillah, 1 April 2018 yang lepas, telah berlangsung Kelas Newbie Guerrilla Saham di Hotel De Art, Seksyen 7, Shah Alam. 

Semuanya berjalan lancar dan lebih 50 peserta telah hadir untuk belajar cara-cara memulakan langkah dalam aktiviti pelaburan dan trade saham di Bursa Malaysia.

Seronok sebenarnya bila ada ilmu ni.

Dunia saham adalah dunia baru khususnya bagi orang Melayu.

Kita tak terdedah pun dengan cerita sebenar tentang pasaran saham.

Yang banyak kita dengar adalah tentang kerugian besar dalam pasaran saham.

Sedangkan Fund Managers seperti ASB, KWSP, Lembaga Tabung Haji dan banyak lagi masuk ke pasaran saham Bursa Malaysia untuk membuat duit lebih banyak menggunakan wang kita!

Anyway, baguslah sebab ada Fund Managers yang 'tolong' kita untuk kembangkan jumlah wang kita.

Tapi sebenarnya, pasaran saham ini terbuka untuk sesiapa pun menyertainya.

Kita sebagai orang perseorangan (retail traders) pun boleh beli saham dan buat keuntungan daripadanya.

Kalau tahu caranya, pasaran saham adalah tempat paling senang untuk buat duit mudah tanpa perlu kita fikirkan model bisnes, kerah idea nak buat marketing, hire staff dan macam-macam lagi.

Kerja kita hanyalah mengkaji saham-saham yang memberikan banyak dividend atau berpotensi uptrend, kemudian beli, hold dan jual semudah menggunakan smartphone kita.

Seronok sebenarnya saham apabila ianya memberikan keuntungan.

Tapi ya, kerugian memang menyakitkan. 

Jadi janganlah masuk ke pasaran saham dengan mendedahkan diri kita kepada risiko kerugian yang besar.

Lakukan lah aktiviti pelaburan dan trade saham ini dengan cara yang betul. 

Btw, ini adalah antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan ketika Kelas Newbie tersebut.







Next Kelas Newbie bila?

15 April 2018 di Shah Alam.

Sila layari www.GuerrillaSaham.com/Newbie untuk info lanjut k! =)

-Nizam Malek 
010-8799688

Tuesday, March 20, 2018

3 Tips Awet Muda

1 comments


1. Sentiasa senyum. Senyum walaupun tengah stress.

2. Banyakkan bersabar. Jangan cepat marah-marah.

3. Rahsia......


-Nizam Malek
010-8799688

Monday, March 19, 2018

Sesi Fundamental Analysis di Seminar Guerrilla Saham 2018

2 comments

Aha, dalam blog post kali ini, saya nak kongsikan suasana ketika berlangsung Seminar Guerrilla Saham 2018 di Hotel De Art, Seksyen 7, Shah Alam pada 18 Mac 2018.

Dalam video ni, para peserta tengah buat latihan kajian saham Fundamental Analysis.

Tonton video ini sekarang:



Menarik kan?

Anda berminat nak belajar saham?

Sila layari www.GuerrillaSaham.com/Newbie untuk info lanjut kelas newbie saham yang akan diadakan pada minggu terakhir Mac 2018 dan minggu pertama April 2018.

Kita jumpa di sana!

-Nizam Malek
010-8799688

Saturday, March 10, 2018

1 Hari Lagi Ke Seminar Guerrilla Saham 2018

1 comments

Seminar paling penting untuk dihadiri oleh pelabur 
dan trader saham newbie yang serius ingin ketahui cara 
buat kajian saham penuh fundamental dan technical analysis.
11 Mac 2018 / Johor Bahru.
Klik Like jika anda juga nak jana wang dari saham. ðŸ˜ƒ
-Nizam Malek
010-8799688

Bagaimana Trade Saham Warrant & Profit 1000%

1 comments

Assalamualaikum dan salam hormat,

Hi, apa khabar anda semua?

Harapnya anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di mana saja anda berada.

Dah lama saya tak menulis di Nizam Malek Blog.

Almaklum sibuk orangnya... =)

Anyway, dalam blog post kali ini, saya nak kongsikan dengan anda, video terbaru saya berkenaan saham.

Dalam video tersebut, saya buat satu sesi interview bersama Tuan Affendi, Master Trainer Torpedo Saham dan saya minta beliau kongsikan pengalaman beliau berjaya menjana profit sebanyak 1000% bersamaan RM25,000 dengan hanya bermodalkan RM2,500 sahaja.

Kalau anda berminat nak dengar dan tonton perkongsian ini, sila klik paparan video di bawah:



Semoga bermanfaat. 

Sekiranya anda berminat nak belajar saham, sila layari www.GuerrillaSaham.com/SA untuk info lanjut k.

Sekian, kita jumpa lagi!

-Nizam Malek
010-8799688

www.GuerrillaSaham.com/SA

Wednesday, April 26, 2017

Happy Birthday Nizam - Solid 30

2 comments


26 April 2017, the date I turn 30 years old.
It has been a great journey since I was 20 years old.
This is some of my life stories presented by chronology.
19 years old. Finished my Matriculation at Negri Sembilan Matriculation College in 2006.
Kemudian saya sambung belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pure Chem.
Senior di UPM beri nickname Piko kepada saya. Tapi nama tu tak lekat pulak sampai sekarang. Huhu.
Sekejap saja di UPM. Selepas 1 bulan 2 minggu, saya quit dari UPM dan lompat ke Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) untuk sambung pelajaran dalam bidang Perubatan.
I thought I was going to be a doctor, but during the registration day in CUCMS for MBBS, sadly, I was diagnosed with Pneumothorax (Lung Ruptured).
I was hospitalized and underwent an operation by 4 specialist doctors.
Saya terlantar sakit dan tak dapat bangun selama 6 bulan.
Saya terpaksa delay study setahun lamanya.
Masa tu Ogos 2006 and I told my mum, I couldnt see anything in 2007. Everything was going to be dark in my mind.
However, both my parents and family kept supporting me and believe that I will be making a great come back.
Then after recovering, I did many things before I continue with my studies.
I work parttime at Jusco, I signed up for guitar class and English Intensive Programme.
In August 2007, I continued my abandoned journey in CUCMS, but not as medical student.
I changed to pharmacy course, because it is so called lighter and less hectic than MBBS.
4 years in CUCMS and I graduated in 2011.
In late 2011, I started working as Pharmacist at Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru for 1 year before pursuing my career in Hospital Permai Lama, Johor Bahru.
In 2012, I started my journey in Property Investment. It is so exciting. Thanks to my mentor.
In 2013, I got married and 2 years later, in 2015 we were blessed with a cute daughter.
In 2014 until now, I actively involved in stock trading investment activities.
I found my passion and after reaching 30 years old this year, I need to focus and be more aggresive in what I do.
The journey has not finished.
I need to work hard before the time comes.
Looking forward for better success.
Happy birthday, Nizam!
-Nizam Malek
Solid 30
26 April 2017

Tuesday, March 28, 2017

Kenangan Zaman Kerja Di Jusco 2006

1 comments


Pada tahun 2006, lepas matrik, sebelum sambung pelajaran ke pharmacy school, saya pernah kerja part time beberapa bulan di Jusco Permas Jaya.

Banyak perkara menarik yang saya belajar masa kerja kat situ sebagai J-Card Assistant.

Saya belajar handle customer yang marah-marah tak tentu pasal dan saya ada belajar jugak cara nak wrapping kotak hadiah (tapi dah lama tak buat, dah lupa dah.. ;p).

Masa kerja part time kat situ saya dapat kumpul duit around RM3k, tapi malangnya semuanya habis buat modify kereta Satria V6 saya.

Biasalah budak muda baru nak up, hehe. ;p

Bekerja di Jusco ni kita bekerja ikut cara jepun.

Masa nak masuk kerja dan balik kena bow tanda hormat.

Kemudian setiap minggu ada perhimpunan pagi sebelum perniagaan dibuka.

Saya pernah terbaca kata-kata hikmah yang ditulis salah satu big boss Jusco pada waktu itu.

Nama dia saya dah tak ingat (faktor usia kot asyik lupa semua benda, isk).

Tapi saya ingat kata hikmahnya, "Life is only once, we can either make it the best, or destroy it to the fullest."

Lebih kurang macam tulah bunyinya.

Ia buatkan saya sentiasa terfikir panjang bila teringat kata-kata tu...

-Nizam Malek



Tuesday, February 21, 2017

Surga Yang Tak Dirindukan 2

0 comments



Awan hitam bergulung gulung
Mengabarkan berita pahit
Aku harus gimana pada cintaku

Bisakah aku jadi langit
Biar ku lindungi mendungmu
Tak kubiarkan duka berkawan denganmu

Biarkan hatiku bertudung
Menutupi kenyataanku
Menangis sekaligus tersenyum
Pada takdirku

Tak bisa kau paksa cintaku
Berpindah kepada yang lain
Sampai nafasku habis
Ku mau denganmu

Bisakah aku jadi langit
Biar ku lindungi mendungmu
Tak kubiarkan duka berkawan denganmu

Biarkan hatiku bertudung
Menutupi kenyataanku
Menangis sekaligus tersenyum
Pada takdirku

Tak bisa kau paksa cintaku
Berpindah kepada yang lain
Sampai nafasku habis
Ku mau denganmu

 Inilah surga yang kurindukan
Memastikan kau baik-baik saja
Walaupun kita tak bersama lagi
Kenanglah aku
Cinta


Monday, February 13, 2017

Rasa Yang Tidak Pernah Hadir

0 comments

Hai, Assalamualaikum dan salam hormat,

Apa khabar?

Hope anda semua sihat di sana.

Alhamdullillah, syukur kepada Allah, atas segala nikmat yang dikurniakan.

Kadang-kala saya rasa sedih bila mengenangkan banyak sangat nikmat yang Allah beri kepada saya.

Dulu, 10 tahun lepas, masa kena penyakit Pneumothorax, saya terlantar berbulan lamanya.

Masa tu saya rasa sangat helpless.

Saya rasa tiada lagi masa hadapan buat saya.

Tapi 10 tahun kini dah berlalu.

Terlalu banyak nikmat yang Allah berikan.

Saya ada hampir semua yang saya nak buat masa ini.

Sedih bila mengenangkan.

Dan sedih juga bila memikirkan, diri ini masih belum puas dengan apa yang ada.

Begitulah manusia, sentiasa tidak pernah puas.

"Ya Allah, Kau lembutkanlah hati aku, untuk terus dekat dengan Mu, dan teguhkan aku agar dapat jadi khalifah Mu yang berkualiti di atas muka bumi ini."

Buat masa ini, setiap hari bila bangun pagi dan bersiap ke tempat kerja, hati saya penuh gundah akan apa yang bakal terjadi.

Sama ada ok atau tidak.

Rasa ini tidak pernah hadir sebelum ini.

Kadang kala aku bingung.

Kadang kala aku rasa seperti aku sudah tersilap percaturan.

Rasa ini memang tak menyeronokkan.

Incomplete, unresolved.

Hmm..

Masih ada banyak masa untuk aku go through.

Beri aku masa sekitar 6 bulan, insyaAllah selepas itu, keadaan akan jadi lebih baik.

Buat masa ini, aku perlu bertahan dan pantas belajar.

Dan dalam masa yang sama...........

-Nizam Malek



Tuesday, February 7, 2017

Tips Sewa Rumah

1 comments

Sebenarnya nak sewakan rumah ni adalah satu tugas yang mencabar.
Biasanya bila prospek penyewa contact kita, cakap nak tengok rumah, diorg nak tengok rumah sama ada sesuai tak untuk diorg menetap.
Tapi sebenarnya masa diorg datang tengok rumah tu, tugas kita adalah menyaring prospek penyewa sama ada mereka adalah calon yang layak atau tidak untuk menetap dan menyewa di rumah kita.
Biasanya bila nak sewakan rumah, saya akan spare masa satu bulan untuk screen through prospek-prospek yang berminat nak menyewa.
Biar rugi sikit di permulaan, tapi kita dapat penyewa yang betul-betul boleh serve the rental contract sehingga tamat dengan baik serta dapat jaga rumah kita dengan baik.
Masa beberapa prospek datang tengok rumah juga, kita akan melihat macam-macam ragam.
Ada yang sekadar nak test-test tengok rumah je, ada yang nak tambahkan pilihan rumah yang diorg dah tengok sebelum buat pilihan sewa terbaik untuk diorg dan ada juga yang betul-betul serius nak menyewa.
Dari pengalaman saya, kebanyakan sebab orang nak menyewa adalah:
1. Owner rumah sewa diorg sekarang nak ambil semula rumah, jadi diorg terpaksa keluar dan cari rumah sewa baru. (Yang ni memang style menggelabah sikit cari rumah).
2. Orang yang baru berkahwin dan nak mulakan hidup baru sendiri. (Yang ni jenis slow & steady. Plan nak masuk rumah sewa lagi beberapa bulan. Kita mana ada masa nak tunggu diorg kan?)
3. Sekumpulan kawan-kawan bujang (lelaki atau perempuan) yang nak cari rumah sewa dekat dengan tempat kerja. (Ini ok juga, cuma bila sewa ramai-ramai ni memang ada potensi masalah juga lah).
Anyway, sebagai seorang landlord, pesanan saya adalah, jangan jadi orang yang terdesak dalam proses mendapatkan penyewa ni.
Kita adalah orang yang memberikan tawaran dan seharusnya memegang kunci dalam negosiasi.
Gunakan teknik pakej dan juga closing skill yang baik dalam proses mendapatkan penyewa yang berpotensi.
Jangan sesekali memaksa orang untuk menyewa rumah kita.
Biar diorg sendiri yang pilih untuk menyewa dan bersetuju dengan segala terma dan syarat.
Lastly, jangan lupa buat Tenancy Agreement. Kenapa?
1. Untuk protect diri anda dari sebarang masalah di kemudian hari.
2. Untuk increase jumlah pendapatan bulanan dan ini perkara penting yang akan dilihat oleh pihak bank masa kita nak apply loan untuk beli rumah lagi. Barulah boleh beli rumah banyak-banyak.
Klik LIKE kalau suka tips ini. =D
-Nizam Malek
Property Grand Master

Wednesday, February 1, 2017

January Has Over, Now, February..

0 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai, apa khabar anda yang membaca Nizam Malek Blog ini.

Semoga sihat dan ceria sentiasa di sana.

Hari ini 1 Februari 2017.

Satu bulan Januari telah berlalu pergi.

Begitulah pantasnya masa berlalu,

Sebulan demi sebulan.

Dalam post kali ini, saya nak share sedikit pengalaman kerjaya saya di seksyen baru iaitu Seksyen Perundangan.

Alhamdulillah, saya ditempatkan di Unit Pendakwaan dan boleh saya katakan, saya dah jatuh hati dengan kerjaya baru saya ini.

Dalam Unit Pendakwaan, saya berpeluang untuk hadir ke mahkamah bagi membawa kes-kes yang ditetapkan untuk pendakwaan.

Saya dapat lihat bagaimana peguam berhujah dan apa keadaannya menjadi orang yang dituduh bersalah di mahkamah.

Ia adalah satu pengalaman yang amat menarik dan mengujakan bagi saya.

Cuma ya lah, saya masih lagi baru di unit ini.

Banyak perkara saya perlu belajar dan kuasai.

Saya umpama seorang bayi yang baru lahir.

Dalam otak sebenarnya umpama sebuah gelas yang kosong.

Tapi alhamdulillah, rakan sekerja semuanya baik-baik dan very supportive.

Bila saya tak tahu, mereka akan sudi tunjuk ajar walaupun masing-masing agak sibuk dengan tugas masing-masing.

Saya tahu, saya kena cepat belajar dan faham perkara yang saya pelajari.

I truly have to be a fast learner.

It's no more time for day dreaming.

InsyaAllah saya akan fokus dan berikan tumpuan yang sepenuhnya dalam proses membina kompetensi dalam kerjaya ini.

Bulan Januari, saya banyak mngelamun juga sebenarnya.

Emosi mudah terganggu dan selalu juga jiwa kacau.

Kadang-kala kelakar juga bila difikir semula.

Mungkin masih lagi dalam fasa perubahan dari seksyen lama ke seksyen baru.

Anyway, insyaAllah bermula Februari 2017 ini, saya akan lebih firm dan bertindak lebih professional, cewah.

Sebenarnya...

Saya amat bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan pada saya hari ini.

10 tahun lalu, saya terlantar sakit selama 6 bulan dan hampir give up seluruh kehidupan saya.

Tapi hari ini Allah tarik saya keluar dari kesengsaraan tersebut dan berikan saya banyak nikmat, rezeki dan kemudahan.

Wife saya tak suka saya sebut pasal benda ni.

Dia kata benda dah lepas, apa nak sebut lagi.

Tapi sebenarnya, dari situlah saya datang.

Di mana saya pernah jatuh tersungkur dan bangkit semula langkah demi langkah.

Saya tidak akan pernah lupakan asal usul dan siapa diri saya.

Semoga bila saya benar-benar berjaya satu hari nanti, saya akan jadi orang yang sentiasa merendah diri dan sedar saya cuma manusia biasa yang tiada daya kecuali dengan adanya pertolongan daripada Allah.

Huhu, oklah setakat sini dulu tazkirah hari ini.

Anyway, 2017 is good so far.

InsyaAllah I will make it a lot better from time to time.

Doakan saya berjaya jadi seorang Pegawai Pendakwa (PP/PO) yang kompeten ok. =)

Terima kasih.

Kita jumpa lagi ok! =)

-Nizam Malek



Saturday, January 14, 2017

Segalanya Cover By Hael

0 comments

Best style Hael nyanyi lagu ni. LIKE.

Haruskah Aku Menjauh Dari Mu

0 comments

noktah yang tidak bertanda
pertemuan tak diduga dan disengaja
membuat diriku menoleh semula
rasa yang tidak bernama
mengetuk hati memberi salam kasihnya
haruskah diriku membenar semula
seringkaliku menolak
terjatuh hatiku
padamu yang selalu bersamaku
dalam suka dalam duka
haruskahku menjauh
ku cuba untuk lenyapkan semua
kenangan yang tiada harga dan berguna
inilah waktunya untuk dinoktahkan
seringkaliku menolak
terjatuh hatiku
padamu yang selalu bersamaku
dalam suka dalam duka
haruskahku menjauh
berkali ku cuba
membenarkan hati
menidakkan dusta
tak tergamak aku
kejamkah diriku
mencipta peluang
haruskah ku menjauh
seringkali ku menolak
terjatuh hatiku
padamu yang selalu bersamaku
dalam suka dalam duka
haruskah ku menjauh
seringkali ku menolak
terjatuh hatiku
padamu yang selalu bersamaku
dalam suka dalam duka
haruskah ku menjauh…

Harus Aku - Sufian Suhaimi

Tuesday, January 10, 2017

Ingin Menulis Setiap Malam

0 comments

Hai, salam.

Malam ini saya ingin menulis lagi.

Saya tahu, lepas ni saya akan jadi amat sibuk juga.

Mungkin dah tiada masa lagi untuk menulis.

Tapi tak apa, insyaAllah saya akan cari masa juga untuk menulis.

Pada pandangan saya, kebahagiaan adalah amat penting dalam hidup ni.

Kebahagiaan membuatkan senyuman tulen terukir di wajah.

2017 adalah tahun yang bermula dengan baik.

Saya keluar dari 'kesengsaraan' dan masuk ke medium yang lebih sesuai.

Saya harap permulaan baik ini akan berterusan selamanya.

Tapi sudah pasti akan adanya dugaan di sana dan sini.

Papepun, saya akan sentiasa buat persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Err, apa yang aku tulis ni... =(

Huhu, korang baca je lah ea.

Asalkan ada update blog ni kira oklah.

Sebenarnya tak tahu nak cerita pasal apa, huhu.

Oklah sampai sini dulu.

Nanti ada masa saya update lagi Nizam Malek Blog ini ok.

Terima kasih kepada anda yang sudi melawat blog ini.

Saya sangat menghargai.

-Nizam Malek
Ingin Menulis Setiap Malam..

Monday, January 9, 2017

2017 Yang Mengujakan!

0 comments

Assalamualaikum dan salam hormat,

Hai, apa khabar semua~

Dah lama gila saya tak update Nizam Malek Blog ni.

Last update pada hari jadi saya, 26 April 2016.

Lepas tu, no more new post.

Hari ni, terdetik semula untuk menulis kembali di sini.

InsyaAllah saya nak lebih aktif menulis.

Menulis sebenarnya boleh menjana minda yang kreatif tau.

Ohya, di kesempatan ini, saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2017.

Hari ni dah 9 Januari 2017.

Amat pantas masa berlalu.

Anyway, tahun 2016 telah pergi dan menjadi sejarah.

2016 adalah tahun yang amat mencabar pada saya.

Pelbagai masalah saya hadapi sepanjang tahun 2016.

Tapi Alhamdulillah, sesusah mana pun cabaran yang saya hadapi, Allah tetap beri jalan keluar dan bantu selesaikan masalah-masalah yang saya hadapi.

Tahun 2017 pada saya akan lebih mencabar.

Kalau tak betul-betul buat persediaan dan berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan, memang boleh mendorong kepada berlakunya bencana.

Pape pun, hidup masih tetap perlu diteruskan.

Just do the best dan insyaAllah kita akan dapat the best juga.

Dari segi kerjaya, bermula 1 Januari 2017, saya telah bertukar ke unit baru, iaitu Unit Pendakwaan.

Lepas ni, insyaAllah saya akan lebih banyak mengendalikan kes siasatan dan akan ada peluang untuk masuk mahkamah.

Ia pengalaman baru dan mengujakan.

Saya amat bersyukur sebenarnya, sebab dapat boss yang baik dan rakan sekerja yang amat supportive walaupun masing-masing amat sibuk dengan tugas masing-masing.

InsyaAllah saya akan gunakan peluang ini untuk belajar dan nikmati pelayaran kerjaya ini dengan lebih komited.

Cerita 2016 tu saya dah nak buang dalam tong sampah.

Tak mahu cerita banyak pasal benda yang dah lepas.

InsyaAllah selepas ini saya akan lebih fokus dan terus pecut ke arah matlamat yang disasarkan. =)

Oklah, sampai sini dulu coretan kali ini.

Dah lama tak menulis, jadi ayat agak tunggang langgang.

Maaf lah ya.

InsyaAllah bila dah selalu menulis, ayat akan jadi lebih gramatis, cewah! =D

Nanti saya cerita-cerita lagi pasal benda-benda menarik yang saya lalui dalam hidup saya ok.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Jumpa lagi!

-Nizam Malek



Tuesday, April 26, 2016

Happy Birthday 29 Years Old Nizam Malek

1 comments


Happy birthday to me.

Alhamdulillah, hari ini genaplah umur saya yang ke 29 tahun.

Syukur sangat dengan segala nikmat yang Allah kurniakan.

Tahun ini adalah tahun pertama saya menyambut hari lahir sebagai seorang ayah.

Terima kasih isteri, Dr Ain Syafinas dan baby girl saya, Dyia Camelia kerana menyerikan hidup ini. 

Terima kasih keluarga yang sentiasa menyokong dan memberi dorongan kepada saya.

Terima kasih mama dan abah yang telah membesarkan saya sejak kecil. 

Semoga Allah membebaskan perasaan sedih dan gundah dalam hati mereka dan mempermudahkan segala urusan mereka. 

Ok jumpa lagi.

Getting busy man.

-Nizam Malek 





Sunday, March 6, 2016

Februari 2016 Yang Kejam

0 comments

Assalamualaikum dan salam hormat.

Apa khabar semua!

Harap semua sihat walafiat di sana.

Saya Alhamdulillah, baru sahaja sembuh sepenuhnya dari sakit Demam Virus.

Seksa betul kena Demam Virus ni.

Disebabkan ianya jangkitan virus, jadi tak guna pun ambil antibiotik.

Maka saya terpaksalah bertahan sahaja sementara tunggu sembuh sepenuhnya.

Makan ubat batuk, PCM dan ubat selsema ikut simptom.

Alhamdulillah dah sihat ni rasa syukur sangat.

Itulah, masa sihat kita banyak lalai dan lupa Tuhan.

Masa sakitlah baru ingat dosa-dosa yang dah dilakukan.

Semoga kesihatan ini menjadi peluang dan ruang untuk saya terus memberi manfaat kepada orang lain.

So, how's life?

Especially Februari 2016, pada saya ianya sangat kejam.

Selain sebab sakit, banyaklah perkara yang berlaku membuatkan saya rasa sangat stress.

Saham pun asyik jatuh jerr..

Memang lunyai jugaklah.

Anyhow, walaupun saham jatuh, tapi saya ada je untung.

Alhamdulillah.

Kini Februari dah berlalu.

InsyaAllah saya menjangkakan Mac dan April akan lebih baik dan mantap.

Ok nanti ada masa saya tulis-tulis lagi di sini ok.

Jumpa lagi.

-Nizam Malek

Saturday, February 13, 2016

Nizam Malek & Dyia Camelia

0 comments

Dah lama tak update blog. 

Busy sangat lately dengan projek-projek Guerrilla.

Tapi alhamdulillah, syukur diberi kesihatan untuk terus menikmati hidup ini.

Saya kini lebih aktif di Facebook Page sebenarnya.

Sebab Facebook ni sangat user friendly dan lebih interaktif.

Blog ni ok, cuma perlukan sedikit masa untuk menulis.

InsyaAllah kalau ada masa dan kesempatan, 
saya akan kembali aktif menulis di Nizam Malek Blog lagi.

Terima kasih kepada anda yang melawat dan membaca Nizam Malek Blog.

Semoga ada manfaat.

Dalam post kali ini saya belanja satu gambar 
saya dan anak perempuan saya, Dyia Camelia.

She is growing well so far.

Alhamdulillah.

Inilah nikmat sebagai seorang ayah.

Terima kasih Allah atas segala kurniaan.

Ok jumpa lagi dalam blog post yang seterusnya.

Keep updated dan engaged dengan saya di Nizam Malek Page.

Ini linknya: www.facebook.com/NizamMalekPage



Thursday, January 7, 2016

Buat Keputusan Untuk Berjaya Hari Ini!

5 comments

Mungkin ada yang kata.. 

"Nizam, kau boleh lah. 

Sekali profit saham RM20k, RM50k.. 

Boleh lah beli rumah banyak-banyak...

Aku ni, gaji pun kais pagi makan pagi je..

Janganlah cakap macam semua perkara mudah sangat..."

Ermm..

Saya tak lah kata semua perkara mudah sangat.

In fact saya pun lalui banyak kesusahan dan keperitan sebelum mencapai apa yang saya nak.

Profit saham RM20k, RM50k?

Hehe, tak de lah, profit saham ciput je... grin emoticon

Cuma saya nak berikan fakta bahawa, saya mula melabur dalam hartanah ketika berumur 25 tahun, ketika saya masih belum berkahwin lagi, lebih spesifik pada tahun 2012.

Dan saya telahpun berjaya memiliki empat buah rumah ketika saya belum pernah kenal apa itu saham.

Kiranya masa tu saya dalam keadaan saham jahiliah lah. Hehehe.

Apa yang saya nak beritahu anda adalah, kita kena BUAT KEPUTUSAN untuk berjaya dalam hidup ini.

ILMU memainkan peranan penting dalam proses membina kejayaan.

Mentor hartanah saya pesan, invest for knowledge.

"Kalau ada orang boleh ajar sesuatu perkara yang bermanfaat yang anda tak tahu, pergi belajar dengan dia, walaupun kena bayar RM5,000."

Itulah pesanan mentor saya dan saya ikut nasihat beliau.

Saya dah spend a few thousands untuk pergi belajar, antaranya:

★ Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan IMKK (RM997)
★ Kelas Advance Gegar Saham Syariah (RM1,900)
★ Kelas FCPO basic + advance (RM1,000)
★ Millionaire Marketing Mastery (RM2,997)
★ Intensif Momentum Perniagaan Internet (RM3,599).

Dan Alhamdulillah ia merubah banyak perkara dalam hidup saya.

Memang saya cuma manusia biasa, tiada sayap dan masih selalu sakit juga.

Tapi alhamdulillah saya dapat capai apa yang saya nak dengan adanya ilmu dan sistem yang betul.

Pesanan saya, jangan EGO dan BESAR KEPALA kalau hendak berjaya.

Tundukkan diri dan belajarlah daripada orang lain yang lebih tahu daripada kita.

Seperti petikan dalam surah An-Nahl ayat 43, Allah berfirman "..Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui."

Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi buat anda.

-Nizam Malek



Friday, January 1, 2016

Bagaimana Anda Boleh Mencapai Apa Sahaja Yang Anda Inginkan Pada Tahun 2016?

1 comments

Adakah ANDA Rasa Bosan Kerana 
Pencapaian Anda Tidak Seberapa?

Adakah Anda Rasa Pelik Lihat Orang Lain 
Berjaya Dengan Mudahnya?

Adakah Anda Tertanya-tanya Apakah 
Cara Sebenar Untuk Membina Kejayaan?

2015 telah selamat berlalu..

Apakah pencapaian anda yang 
membanggakan sepanjang tahun?

Tiada?

Lihat kembali, pasti ada kejayaan yang anda 
ada capai dalam tahun 2015 kan?

"Ada Nizam, tapi pencapaian saya style ikan bilis je.. 
Tiada apa yang boleh dibanggakan pun..
Nak sebut pun malu... Hurmmm"

Kira ok lah juga, ada pencapaian kan daripada 
tak ada langsung, betul tak?

"Betul, tapi saya saya lihat orang lain punya 
pencapaian,mantap betul.. Kalau orang lain 
berniaga dapat buat banyak sales,
kalau yang melabur hartanah 
dapat beli 5-6 biji rumah, 
kalau yang main saham, p
rofit sampai RM12k bagai.. 
Saya apa pun tak de... Sobs.."

Yeke, tahu tak kenapa orang lain 
dapat buat pencapaian yang luar biasa?

"Tak tahu pulak.. Kenapa ya?"

Sudah pasti ada rahsianya.....

Setiap orang yang berjaya berkongsi rahsia yang sama. 

Kerana itu mereka berjaya mencapai 
apa sahaja yang mereka inginkan.

Biar saya beritahu anda..

Sekiranya anda tahu apakah rahsia 
orang-orang berjaya, sudah pasti
anda juga akan turut mencapai kejayaan 
dengan lebih mudah..

Kalau orang lain boleh berjaya, 
kenapa anda tidak boleh pula?

"Betul ke Nizam? Boleh tak share dengan 
saya apakah rahsia-rahsia orang yang berjaya ni?
Saya nak cuba praktikkan dan lihat hasilnya.."

InsyaAllah saya boleh sharekan caranya.

Kebetulan saya juga telah lakukan perkara 
yang sama seperti yang mereka lakukan 
dan saya dapat melihat hasilnya hari ini.

Kalau anda berminat nak tahu, saya ada rakamkan 
satu siri video berkongsikan satu teknik bagaimana anda
boleh mencapai apa sahaja yang anda inginkan khususnya 
di tahun baru 2016 ini.

Jom tonton salah satu video yang saya rakam tersebut..




"Wah, saya berminat nak tahu lebih lanjut lah Nizam, 

macam mana caranya?"

Boleh, anda boleh download dan dapatkan 6 lagi video dalam 
siri video ini dengan melayari laman ini:




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.