Tuesday, July 22, 2014

First 100% Profit From Saham!

2 comments


10-11 Mei 2014.

Tarikh saya belajar saham dengan Tuan ZamSaham.

Hari ni 22 Julai 2014, alhamdulillah, saya berjaya mencapai 100% profit pertama saya melalui saham.

Kaunternya adalah Ifca.

Harga beli RM0.110.

Harga terkini RM0.220.

100% profit bermaksud, jika saya laburkan RM1juta, saya akan mendapat satu lagi RM1juta.

InsyaAllah inilah breakoutnya saya dalam dunia Pelaburan Saham, umpama indikator MACD baru mencecah nilai 0.

Ada beberapa saham lagi yang insyaAllah dalam perjalanan mencapai 100%.

Semuanya secara asasnya masih lagi di permulaan trend.

Terima kasih tak terhingga daripada saya kepada Tuan ZamSaham kerana menurunkan ilmu saham yang amat berat ini kepada saya.

InsyaAllah saya akan jaga amanah ilmu ini ke arah manfaat yang baik dan diredhai Allah.

Doa saya, semoga ZamSaham, family n team, semuanya dalam lindungan Allah dan dipermudahkan segala urusan.

Nizam Malek
One of the owner of IfcaMSC
22 Julai 2014

Thursday, July 17, 2014

Guerrilla Saham : 3 Langkah Mudah Melabur Saham Di Bursa Malaysia!

0 comments

Tuesday, July 15, 2014

Guerrilla Saham : CME Brings You The Best Against Fire

2 comments

====================
Analisa Penuh Kaunter CME
====================

Alhamdulillah, baru selesai buat analisa penuh untuk kaunter pilihan hari ini, CME Group Berhad (7018).

Tarikh: 15 Julai 2014
Harga semasa: RM0.070



================
Fundamental Analysis
================

Syarikat CME Group Berhad ini tersenarai dalam Pasaran Utama (Main Market) di Bursa Malaysia dan berada dalam sektor Industrial Product.


Core business syarikat yang berpengkalan di Selangor ini adalah membuat design dan membina kenderaan bomba dan juga pemadam api, serta kenderaan-kenderaan khas dengan slogan 'CME Brings You The Best Against Fire'. 


Selain itu, bermula tahun 2002 sehingga 2004, syarikat CME Group Berhad ini juga telah menceburi bidang Pelaburan Hartanah melalui segmen perniagaan sewaan hartanah. 

Pada tarikh 18 Jun 2013, syarikat ini telah membeli aset iaitu sebidang tanah bernilai RM6juta di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Syarikat juga mempunyai 63 unit shoplot 3 tingkat yang memberikan pendapatan sewaan yang stabil.

Dari segi prestasi perniagaan, syarikat CME Group Berhad ini telah menjana revenue atau jualan sebanyak RM30 juta setahun dengan pendapatan bersih sebanyak RM410,000.

Apa yang menarik, syarikat ini sentiasa mengumumkan keuntungan pada setiap suku tahunan walaupun keuntungan tersebut sedikit.

Cash Flow syarikat ini didapati negatif sebanyak RM3.9 juta. Negative Cash Flow ini mungkin disebabkan pembelian aset (tanah) bernilai RM6 juta tersebut pada tahun 2013.

Balance Float shareholders sehingga 30 April 2014 (latest) adalah sebanyak 34.74%. Lebih sedikit daripada 30%, tapi masih dikira ok.

=============
Technical Analysis
=============

Trend utama menunjukkan buy signal yang amat kuat (Super Buy).

Ini adalah kali pertama line hitam (golden cross) MACD mencecah nilai 0 sejak September 2012.

Ini memberi petanda prestasi syarikat sedang dalam proses yang kuat untuk menjana keuntungan.

Trend sideways masih dikenalpasti pada carta weekly dan daily dan masalah yang paling besar adalah pada indikator MACD yang sedang DeadCross.

Ini menunjukkan bahawa harga RM0.070 mungkin bukan harga terendah yang boleh dibeli. Mungkin harga boleh turun sedikit lagi ke RM0.065.

Walaubagaimanapun, harga telah steady di lingkungan RM0.070-0.075 untuk tempoh 2 bulan (Mei-Julai 2014).

Jadi harga RM0.070 masih adalah harga yang sesuai untuk membeli.

Target Price 1: RM0.080
Target Price 2: RM0.090
Target Price 3: RM0.100
Target Price 4: RM0.170

Support Line 1: RM0.065
Support Line 2: RM0.060
Support Line 3: RM0.055

===========
Kesimpulannya
===========

Fundamental Syarikat CME Group Berhad ini bagus dan stabil.

Ada potensi untuk harga naik pada setiap Target Price yang dikemukakan, walaubagaimanapun, ia mungkin mengambil sedikit masa (beberapa bulan).

Apa yang menarik tentang kaunter ini adalah kerana kestabilan perniagaan syarikat dan juga harga saham yang amat murah.

Harga saham yang murah membolehkan kita membeli pada kuantiti unit yang besar dan membolehkan kita menjana keuntungan yang lebih signifikan.

Boleh beli pada harga RM0.065-0.070 dan simpan.

InsyaAllah target profit sekitar 30-40%.

Sekian,

Analisa Diary Invest Saham,
Nizam Malek
Austin Perdana,
Johor Bahru
15 Julai 2014

Saturday, July 5, 2014

Guerrilla Saham : Saham Adalah Perniagaan

0 comments


Saham adalah perniagaan.

Dalam perniagaan ada untung dan ada rugi.

Jadilah pelabur yang bijak dengan membeli saham syarikat yang perniagaannya sedang dalam proses untuk menjana keuntungan.

Tinggalkan dan jangan sentuh kaunter-kaunter saham yang syarikatnya sedang rugi dan bermasalah.

Friday, July 4, 2014

Guerrilla Saham : Tutorial Cari Kaunter Saham Shariah

2 comments

Post kali ini special sikit, sebab saya nak kongsikan tutorial dalam bentuk video bagaimana caranya untuk mencari kaunter saham shariah di Bursa Malaysia.com.

Melabur dalam saham itu hukumnya harus, dan mencari kaunter saham yang patuh shariah itu wajib. =)

Selamat menonton dan silakan beri komen yang membina. =D

Wednesday, July 2, 2014

Nizam Malek Blog: [Qualaroo] Apakah Masa Depan Kerjaya Farmasi? Part 2

2 comments

Nizam Malek Blog: [Qualaroo] Apakah Masa Depan Kerjaya Farmasi?

Ini merupakan linked post yang perlu dibuat kerana jumlah komen untuk artikel [Qualaroo] Apakah Masa Depan Kerjaya Farmasi? telah pun mencecah 205 komen.

InsyaAllah saya akan terus menjawab komen-komen yang anda hantar berkenaan kerjaya Farmasi.

Ini merupakan soalan daripada Farah Shahira yang menghantar soalan di ruangan komen pada 30 Jun 2014, 6.24pm.

"Assalamualaikum.. Sye skrg sdg praktikal di hkl utk diploma farmasi la.. Cita2 sye nk jd dentist.. Tp mslhnye sye sngt lemah dlm math dn kimia.. Adakah perkara ni boleh memberi mslh kpd sye ble nk smbg utk bidang farmasi atau dentist.. Kalo nk jd pharmacist, rse mcm lemah sngt dlm math dn kimia.. Kalo nk smbg dentist, sye kurang dlm kemahiran teknikal sbb dentist perlu terlibat dgn bende yg smgr kecil.. Sye dlm dilema sama ade nk smbg degree farmasi atau dentistry.. Mohon pndgn dr en nizam.. Time kaseh"

Jawapan saya,

Waalaikummussalam, berada dalam keadaan dilemma seperti memang biasa ketika dalam proses membuat keputusan. Dalam pemilihan kerjaya, saya berpendapat anda perlu mengutamakan minat dan juga kemampuan.

Kini anda tahu apa kekuatan dan kelemahan anda dan anda perlu sesuaikan dengan kursus yang ditawarkan di pasaran.

Jangan buat sesuatu perkara yang anda tidak suka atau tidak minat, kerana lambat laun ia akan melemahkan anda.

Pilihlah kerjaya yang anda suka dan berpandukan kepada prospek kerjaya pada masa hadapan. Bermaksud, anda perlu cari kerjaya yang bersesuaian dengan sikap, karektor dan kemampuan anda, tapi kerjaya yang anda pilih tersebut mestilah mempunyai permintaan di pasaran kerjaya 5 tahun akan datang.

Lakukan kajian dan banyakkan bertanya kepada mereka yang berada di dalam bidang tersebut.

Cuma pesanan saya, tiada yang mudah dalam hidup ini. Bila sambung belajar nanti, ambil lah kursus apa sekali pun, pasti anda akan merasa susah dan mencabar.

Tiada kursus yang mudah.

Oleh itu, jika fikiran anda disemakkan dengan perkataan susah, maka otak anda akan menerimanya sebagai susah dan selamanya hidup anda akan jadi susah.

Cabar diri anda untuk mencapai sesuatu yang lebih tinggi dan lebih sukar. InsyaAllah dengan strategi dan cara yang betul, anda boleh berjaya.

Selamat berjaya saya ucapkan!

Teknik OPM Nizam Malek

2 comments

Apabila saya berbicara tentang Teknik OPM (Other People's Money), akan ada mereka yang memberi pandangan yang lain dan berbeza, antaranya:

1. Kenapa beli rumah guna pinjaman, lebih baik beli cash. 
2. Tak perlu beli rumah untuk buat positive cash flow, sublet sahaja. 
3. Beli rumah dan buat positive cash flow cumalah angan-angan, realitinya, tiada positive cash flow dengan beli rumah, duit mengalir keluar adalah.
4. Beli 3 buah rumah? Lambat lagi lah nak kahwin jawabnya~

Saya faham, semua orang ada buah fikiran masing-masing.

Tiada masalah pun, asalkan teknik yang dibuat sesuai untuk diri sendiri, itu dah cukup baik.

Teknik OPM yang saya buat adalah apa yang mentor Pelaburan Hartanah saya ajar.

Mentor saya tak ajar beli rumah secara cash, dan beliau pun tak ajar saya buat sublet.

Jadi saya berbicara atas dasar pengetahuan saya sendiri yang telah terbukti berkesan.

Saya tak cakap benda yang saya sendiri tak buat.

Tapi ya, orang lain ada cara masing-masing, tiada masalah.

Untuk menjawab keempat-empat pandangan di atas, secara peribadinya saya berpendapat:

1. Kita beli rumah menggunakan pinjaman untuk mengurangkan penggunaan modal kita. Kalau beli rumah berharga RM100,000 secara cash, habis duit modal kita RM100,000 untuk beli satu buah rumah sahaja. Tapi kalau ada RM100,000 dan kita gunakan pinjaman pembiayaan bank, kita berpotensi membeli 3-5 buah rumah yang boleh dijadikan sebagai mesin wang kita. Melalui Teknik OPM yang saya fahami, monthly installment rumah yang kita beli itu pun kita tidak bayar, tapi dibayar oleh orang lain. Positive cash flow yang terhasil, digunakan untuk membayar liabiliti monthly installment kereta kita.

2. Sublet adalah salah satu cara untuk menjana wang melalui hartanah. Tapi pada saya, sublet bukanlah satu bentuk Pelaburan Hartanah. Hakikatnya, subleter bekerja untuk hartanah. Tuan rumah menggunakan subleter untuk menjaga rumah mereka. Akhirnya, yang bekerja keras adalah subleter dan yang menjana wang secara konsisten dengan mudah setiap bulan adalah tuan rumah. Dengan membeli rumah, kita memiliki aset atas nama kita. Net worth kita juga bertambah. Proses menjadi tuan rumah ini rumit dan sukar pada 4-6 bulan pertama. Selepas urusan jual beli rumah selesai, hidup tuan rumah menjadi amat mudah sehingga ke akhirnya.

3. Idea Teknik OPM ini (menggunakan wang orang lain) adalah satu teknik pemikiran di luar kotak. Saya faham ramai yang tak boleh berfikir sehingga ke tahap itu. Ramai orang berfikir, apabila kita nak sesuatu, kita perlu bekerja 3, 4 kali ganda lebih kuat untuk memilikinya menggunakan kudrat diri sendiri dan wang sendiri. Hakikatnya, untuk mencapai sesuatu yang luar biasa dalam hidup dalam masa yang singkat, kita perlu menggunakan konsep leverage. Dengan adanya ilmu yang betul, kita boleh menjana positive cash flow daripada rumah. Sebab itu saya tekankan, bila tiada ilmu, jangan beri pandangan dan konklusi.

4. Perancangan untuk buat Teknik OPM ini tidak menghalang seseorang untuk kahwin pun. Saya sendiri pun berkahwin pada tempoh masa saya sedang mengaplikasikan Teknik OPM. Jika ada pandangan yang mengatakan perlu ikat perut dan tak boleh kahwin sebab nak buat Teknik OPM, saya boleh katakan tidak betul. Malah Allah berfirman dalam surah An Nuur (24) ayat 32 yang bermaksud "Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.".

Akhirnya, saya faham setiap orang ada cara, kelebihan dan kekurangan masing.

Pada saya, cara yang terbukti berkesan jika hendak buat Teknik OPM adalah beli rumah dan dapatkan positive cash flow yang digunakan untuk membayar liabiliti-liabiliti kita.

InsyaAllah, kalau berkesempatan, saya akan kongsikan 2 rule, macam mana nak buat Teknik OPM ini bagi yang bermula dari 0.

P/S: Saya pun sebenarnya bermula dari 0. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.