Saturday, May 24, 2014

Guerrilla Saham : 10 Soal Jawab Saham


===============
10 Soal Jawab Saham bersama Nizam Malek 
Bernilai RM20 dan ditaja khas oleh Guerrilla Saham

===============


1. Apa itu saham?

Saham secara ringkasnya adalah satu konsep perkongsian pegangan hak milik sesuatu syarikat perniagaan. 

Dari segi teknikal pula, proses pemilikan saham di Bursa Malaysia contohnya membawa maksud proses jual beli perniagaan. 

Pasaran saham di Bursa Malaysia bolehlah diibaratkan seperti sebuah pasar raya yang mana produk yang dijualbeli adalah perniagaan sesebuah syarikat. 

Oleh kerana perniagaan sesebuah syarikat itu berskala besar, pembelian hak milik perniagaan syarikat tersebut adalah secara perkongsian beramai-ramai. 

Apabila kita membeli pegangan saham dalam sesebuah syarikat, secara tidak langsung, kita merupakan salah seorang pemilik syarikat tersebut, mengikut jumlah saham yang kita miliki. 


2. Apakah hukum melabur dalam saham? 


Saya bukanlah ustaz atau alim ulamak yang boleh menentukan hukum, tapi setakat yang saya belajar, saham ini hukumnya harus. 

Walaubagaimanapun, ia boleh bertukar menjadi haram apabila kaunter saham syarikat yang kita beli itu tidak 'syariah compliant' iaitu menjalankan sesuatu perniagaan yang melanggar hukum syarak.


3. Bagaimana cara untuk membuat jual beli saham?

Pertama sekali kita perlu ada akaun CDS. CDS bermaksud Central Depository System dan ianya digunakan untuk membolehkan kita membuat pembelian dan penjualan saham. 

Kos membuka akaun CDS ini hanyalah RM10 sahaja dan kita boleh buka akaun CDS di syarikat-syarikat broker saham seperti Kenanga, Apex, UOB dan juga bank-bank investment seperti Maybank Investment Bank dan CIMB Investment. 


4. Apa yang menarik sangat tentang pelaburan saham? 

Selain kerana hukumnya harus, pelaburan saham ini menarik kerana ia merupakan satu jalan di mana kita boleh menggandakan wang yang kita ada menjadi lebih banyak tanpa perlu bekerja. 

Saham adalah pemilikan syarikat perniagaan. Dengan membeli saham sesuatu syarikat, kita memiliki sebuah perniagaan yang dikendalikan oleh pengurus syarikat dan para pekerja. 

Kita memiliki saham syarikat dan menerima hasil daripada keuntungan yang dijana oleh syarikat.


5. Bagaimana cara kita boleh monitor harga saham yang kita beli? 


Kita boleh monitor harga saham menggunakan surat khabar, dan Internet (komputer/tab/smartphone).


6. Saham ini mudah atau susah dilakukan?

Saham ini mudah dilakukan. Serius mudah dan semua orang yang tahu menggunakan komputer dan smartphone, sudah pasti boleh membeli dan menjual saham.


7. Saham melibatkan jual beli saham. Macam mana kalau tiada orang nak jual dan bila kita nak jual, tiada orang nak beli saham kita tu? 


Kita boleh beli bila-bila masa dan jual pun bila-bila masa. Tiada masalah nak beli dan jual. Kalau kena pada harganya, memang boleh beli dan begitu sebaliknya. 


8. Macam mana cara nak buat untung dengan saham? 


Ada beberapa cara. Antaranya adalah dengan membuat keuntungan melalui capital gain. Beli kaunter saham pada harga murah dan jual pada harga tinggi. Contoh beli pada harga RM0.50 dan jual semasa harga sudah naik kepada RM1.50. 


9. Macam mana kita nak tahu harga sesuatu kaunter saham akan naik?

Kita boleh menjangkakan potensi kenaikan harga sesuatu kaunter saham dengan adanya ilmu Technical Analysis. 

Dalam ilmu Technical Analysis, kita akan menilai potensi perniagaan sesuatu syarikat mengunakan indikator-indikator tertentu. 

Contohnya yang paling mudah adalah indikator 'Simple Moving Average' (SMA). Download aplikasi 'iBursa2' di smartphone anda dan anda boleh ketahui sama ada sesuatu kaunter saham berpotensi untuk membuat keuntungan mahupun tidak melalui kajian SMA. 


10. Dengar kata ramai orang rugi main saham ni, risiko tinggi, betul ke? 

Terdapat jutaan orang yang melabur dalam pasaran di Bursa Malaysia. Setiap orang yang melabur ada ragam, emosi dan ilmu yang tersendiri. 

Bagi yang tiada ilmu, 95% kerugian adalah amat pasti. 

Tapi dengan adanya ilmu saham yang betul, peluang untuk menjana keuntungan 20%, 100%, 400% adalah amat mudah dan risiko berkurang dengan drastik.

=========================
Sekian 10 soal jawab saham bersama saya, Nizam Malek.  
=========================

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.