Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sekali lagi, dah lama rasa nya saya tidak menulis di Nizam Malek Blog ini.
Almaklum sangat sibuk dengan urusan kerja di pejabat sejak kebelakangan ini (apalah yang sibuk sangat ntah..).
Yup, memang sibuk, terkejar-kejar nak siapkan kerja yang ada deadline dan sebagainya.
Pape je lah, malas nak fikir banyak lagi.
Hari ini (13 Mac 2014), bakal menjadi hari yang sangat penting dalam hidup saya.
Hari ini saya berada di Mines International Exhibition Convention Centre (MIECC) di Seri Kembangan, Selangor untuk menghadiri satu kursus mastermind intensif.
Malah kursus ini akan berlangsung selama 4 hari lamanya dan seluruh fokus dan tumpuan akan saya berikan untuk mendapat kesan yang terbaik.
Semoga dengan ilmu dan kemahiran yang diperolehi dari kursus ini akan dapat memberi impak yang segar dan positif dalam diri saya.
Ada kawan saya bertanya, kita kan kerja kerajaan, kenapa perlu sertai kursus seperti ini. Kalau kita dapat mengubah diri menjadi lebih positif, lebih berdaya saing dan berjaya, laluan kerjaya kita akan tetap sama, tiada yang akan berubah. Tak kan tiba-tiba kita boleh jadi boss dalam masa yang singkat selepas sertai kursus macam ni?
Saya cuba untuk menerangkan manfaat menyertai kursus atau sesi mastermind seperti ini, tapi akhirnya saya hilang ayat dan perkataan.
Bagaikan tiada hujah untuk dilontarkan. Tiada sebab yang kuat.
Akhirnya saya berhenti bercakap, menyedari saya gagal menyampaikan pendapat saya, walaupun dalam hati saya meluap-luap ingin menyatakan sesuatu.
Akhirnya saya mendapat jawapan pada soalan-soalan yang dilontarkan itu.
Semua ini adalah pilihan masing-masing. Kita ada pilihan dan kita perlu membuat keputusan atas apa yang kita mahu.
Apa yang kita mahu, sudah pasti sangat berbeda dengan apa yang orang lain mahu.
Keputusan ini dipilih adalah untuk diri sendiri. Tidak melibatkan sesiapa pun.
Tiada sesiapa yang menyuruh dan tiada sesiapa memaksa.
Dan akhirnya pilihan itu perlu saya simpan kemas dalam hati.
Sudah pasti membuat pilihan dan keputusan adalah sukar.
Dan ia satu proses menjadi dewasa dan lebih matang dalam hidup.
Written and post via Samsung Galaxy Mega Mobile
1 comments:
Top 10 Casino Apps - Casinoworld
In this kadangpintar section we'll walk gri-go.com you through our selection of top casino apps, and 메이피로출장마사지 hopefully you'll find plenty https://octcasino.com/ of useful information 1등 사이트 on the top How do you use PayPal?Are there any deposit bonuses at your casino?
Post a Comment