Sunday, June 23, 2013

Pharmacy Night 2013


Pharmacy Night 2013 telah berlangsung semalam, 22 Jun 2013 di Dewan Sangkar Kristal, Johor Bahru.

Majlis makan malam ini diadakan dengan tujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara para pegawai Farmasi dan staff Farmasi seluruh Johor, meraikan para pegawai dan staff yang bersara serta penyampaian hadiah untuk beberapa aktiviti yang diadakan pada awal tahun.

Best juga lah dinner tahun ni, sebab semua orang sporting, dan yang paling best sebab band kitorg yang diberi nama The Haze Band menang persembahan terbaik malam tu. Seronok dan enjoy dapat perform 2 lagu; Bila Aku Jatuh Cinta (Awi Rafael) dan Cerita Dia (Drama Band).

Rugi lah sape tak datang, tak dapat tengok The Haze Band perform. =p Tapi jangan berduka cita, ada DSLR Nikon berjaya merakamkan persembahan kitorg. Nanti dah siap upload nanti boleh lah tengok. =)

Oklah sampai sini dulu coretan kali ni, terlalu sibuk lately, jap lagipun kena pergi ke Batu Pahat, ada inspection di sana. Ok tengok lah gambar-gambar yang ada sepanjang latihan dan persembahan dinner malam tu. Jumpa lagi!

 



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.