Friday, April 26, 2013

Happy Birthday Nizam Malek 2013


26 April 1987 merupakan tarikh saya dilahirkan. Alhamdulillah, kini telah genap 26 tahun saya mengembara di bumi Allah bersama 1001 cerita suka duka.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua ibubapa saya yang telah melahirkan saya ke dunia ini dan memberi peluang mengenal erti kehidupan di dunia ini.

Terima kasih tak terhingga atas segala pengorbanan, pertolongan, sokongan dan kasih sayang serta segala-galanya yang telah dicurahkan. Tak mungkin saya dapat membalas ke semuanya.

Kini saya telah berumur lebih suku abad. Bagi sesetengah orang, umur 26 tahun sudah dikira matang untuk menempuh kehidupan sendiri.

Yup, memang betul, sudah dikira matang, tapi saya berpendapat, saya masih lagi terlalu muda untuk berbicara tentang kehidupan dan banyak lagi perkara yang perlu dipelajari dan akan ditempuh pada masa akan datang. Semuanya bagai baru bermula.

Di ketika ini, saya merenung kembali waktu-waktu lampau yang telah dilalui. Banyak kejayaan yang berjaya dilakar, dan banyak juga kesilapan yang telah terlakukan.

Tapi syukur alhamdulillah, Tuhan masih memberi peluang untuk saya terus bernafas membina kejayaan-kejayaan baru dan insyaAllah menjadi seseorang yang dapat membantu orang lain juga.

Berbicara tentang masa depan, sebenarnya banyak projek yang telah dirancang. Selain perkembangan kerjaya hakiki, saya akan bergiat aktif dalam niche-niche tertentu yang saya minati seperti Pelaburan Hartanah dan juga Internet Marketing.

Memang projek-projek tersebut tidak akan mendatangkan hasil dan keuntungan pada masa yang singkat, tapi ia akan memberi kepuasan peribadi kerana ia dilakukan atas dasar minat.

InsyaAllah jika usaha dipandukan pada niat yang betul, ia akan membuahkan hasil yang baik pada satu masa nanti.

Selain kerjaya, pada umur 26 ini juga saya akan menempuh satu alam baru iaitu alam perkahwinan. InsyaAllah pada tanggal 11 Mei 2013 nanti, kehidupan saya akan banyak berubah dari seorang lelaki bujang kepada seorang suami.

Kerana itu jugalah bagi saya, pada tahun ini saya bagai bermula semula. Segala-galanya akan bermula semula. Cabaran baru dan mungkin juga ia akan mengubah persepsi atau pandangan yang selama ini saya pegang erat di minda.

Walaubagaimanapun, semoga penghijrahan ke alam baru ini akan memberi sinar kepada kehidupan saya dan bakal isteri.

Dan harapnya moga perkahwinan ini akan mendatangkan lebih banyak rezeki serta mengundang keberkatan hidup daripada Allah SWT.

Kepada keluarga, kawan-kawan dan pembaca blog saya di luar sana yang sentiasa menyokong dan memberikan semangat serta tak jemu-jemu memberikan LIKES yang banyak, terima kasih tak terhingga daripada saya dan saya tak kan melupakannya.

Tak lupa kepada semua kenalan yang telah memberikan ucapan Selamat Ulang Tahun kepada saya di Facebook dan di mana-mana sahaja. Saya akan balas semua ucapan tersebut. Saya amat menghargainya hadiah tak ada ke.. =p.

Ok sampai sini dulu blog post happy birthday saya.

Happy Birthday, Nizam Malek. =)

1 comments:

Axis Capital Holdings Limited on March 16, 2017 at 3:50 PM said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.