Berpakaian smart dan bergaya bukanlah kesukaan setiap lelaki. Kebanyakan lelaki lebih suka berpakaian biasa-biasa atau biasanya disebut sempoi.
Tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu, berpakaian smart dan bergaya adalah amat penting untuk menonjolkan karisma dalam diri terutamanya ketika di tempat kerja dan atau menghadiri majlis yang berprofil sederhana atau tinggi.
Jika anda ingin tahu, bagaimana caranya untuk berpakaian yang kelihatan sentiasa smart dan bergaya, mari baca tips-tips di bawah:
1. Pilih pakaian berjenama.
Kenapa jenama memainkan peranan penting dalam aspek berpakaian? Ia kerana, pakaian berjenama adalah lebih berkualiti dan direka khas untuk memberikan impak kepada si pemakai. Antara jenama pakaian lelaki yang moden dan disyorkan adalah seperti Padini, Seed, G2000 dan Suave.
Kebiasaannya kedai jenama-jenama ini boleh dijumpai di Jusco. Tidak perlu beli pakaian yang mahal-mahal, malah anda boleh membeli ketika musim jualan murah. Beli kemeja pada harga lebih kurang RM40-50 sehelai.
2. Pilih kemeja lengan panjang dan slim-fit.
Kemeja lengan panjang akan membuatkan anda kelihatan lebih kemas berbanding kemeja lengan pendek. Selain itu, cari kemeja yang mempunyai potongan design slim-fit. Slim-fit bermaksud, di bahagian kiri dan kanan badan baju tersebut tidak akan kelihatan menggelebeh bila dipakai. Kemeja yang dipakai menggelebeh membuatkan anda kelihatan selekeh, dan kadang-kala kelihatan gempal.
3. Saiz S, M atau L?
Berkenaan dengan saiz, ukurlah baju di badan sendiri. Ini sangat penting, kerana saiz akan membuatkan baju yang anda pakai itu nampak sesuai dengan anda. Sebolehnya, beli baju yang bersesuaian dengan saiz anda.
Jika saiz S dan M lebih kurang sama, ambil saiz S, kerana saiz S akan disesuaikan dengan tips slim-fit di atas. Apa-apa pun berkenaan dengan saiz ini, cari yang akan membuatkan anda selesa ketika memakainya.
4. Design jalur atau kotak-kotak?
Berkenaan dengan design kemeja pula, cari design kemeja yang berjalur vertikal, kerana ianya akan membuatkan anda kelihatan tinggi dan tidak gemuk.
Design berjalur adalah lebih baik daripada kemeja kosong tanpa apa-apa design, kerana ia akan memberi kelainan kepada anda yang memakai, unik berbanding orang lain. Design kotak-kotak pula lebih sesuai untuk acara tidak formal dan casual. Kedua-dua design ini ok, cuma perlu disesuaikan dengan keadaan dan masa.
5. Warna baju mengikut hari.
Ok, ini satu tips yang penting. Tips ini saya terima ketika menghadiri Finishing School Course 2011 ketika di
CUCMS dulu, daripada Dato' Atikah Adom, Managing Director of ATK Communications Sdn Bhd.
Untuk pemilihan warna baju yang ingin dipakai, anda perlu memilih baju berwarna cerah pada permulaan minggu dan beralih ke warna yang lebih gelap pada hujung minggu. Contohnya, jadikan tabiat untuk menggunakan warna yang cerah seperti putih pada hari isnin atau selasa.
Kemudian, boleh gunakan warna-warna lain seperti biru muda, pink atau kelabu cerah pada hari selasa, rabu dan khamis. Seterusnya, tinggalkan warna gelap seperti biru gelap atau hitam pada hari khamis atau jumaat. Ini satu cara untuk membina perwatakan yang menarik melalui pemilihan warna baju sepanjang minggu.
6. Stail neck tie.
Neck tie juga boleh memberikan impak kepada si pemakai. Tahukah anda, bahawa terdapat banyak jenis stail neck tie di pasaran? Ada yang berbentuk lebar, nipis dan juga petak. Tips untuk neck tie adalah, jangan sesekali pakai neck tie yang lebar.
Pilihlah untuk memakai neck tie yang kelihatan nipis kerana ianya nampak lebih kemas, malah ia sesuai untuk dipakai ketika waktu formal mahupun separa formal. Ohya, jangan lupa pakai tie pin juga, supaya kelihatan sentiasa kemas.
7. Cara pilih tali pinggang.
Sebenarnya, tali pinggang ni tak beri impak yang terlalu besar. Cuma janganlah pakai tali pinggang yang nampak terlalu usang. Cari tali pinggang kulit berwarna hitam dan kepala tali pinggang tersebut mestilah berbentuk segi empat tepat.
Jangan pakai kepala tali pinggang yang terlalu fancy dan berbentuk yang pelik-pelik. Cadangan yang mudah adalah tali pinggang Suave seperti dalam gambar di atas. Harga pun sekitar RM30 sahaja. Tapi jangan beli kat tepi jalan tau. =p
8. Cara pilih kasut?
Kasut pun perlu dipilih dengan teliti. Kerana pemilihan kasut yang salah akan membuat penampilan anda spoil. Pilih kasut kulit berwarna hitam tanpa tali kasut seperti gambar di atas.
Anda akan kelihatan lebih smart dan bergaya jika memakai kasut yang tidak bertali. Jangan pakai kasut yang materialnya terlalu berkilat kerana ianya akan membuatkan anda kelihatan terlalu menonjol, dan jangan pula pakai kasut yang diperbuat daripada kanvas, kerana ia akan membuatkan anda kelihatan 'dull' pula.
Yang mana lebih elok, hujung kasut berbentuk lonjong (kiri) atau petak (kanan)? Erm, sebenarnya pilihan ini bergantung pada pilihan masing-masing.
Cuma untuk yang lebih low-profile, anda boleh gunakan kasut yang hujungnya berbentuk sedikit lonjong seperti dalam gambar kiri di atas, manakala yang lebih suka dilihat dan bercakap di hadapan, kasut yang hujungnya berbentuk petak seperti dalam gambar kanan adalah lebih sesuai untuk anda.
___________________________________________________
Demikianlah 8 tips Berpakaian Kelihatan Smart Bergaya (Untuk Lelaki) pada kali ini. Semoga anda mendapat tips yang berguna dan cubalah praktikkan dan lihat hasilnya.
Penampilan diri memainkan peranan dalam pembinaan ketrampilan dan keyakinan diri. Oleh sebab itu, tidak rugi jika anda mengambil tahu sedikit banyak berkenaannya.
Jangan lupa untuk klik LIKE jika anda suka dengan artikel ini dan mendapat manfaat daripadanya. Boleh saja share artikel dari blog ini dengan kawan-kawan dan keluarga anda.
Sampai jumpa lagi!
4 comments:
Nice info tapi yg jenama tu sy kurang setuju sebab dalam berfashion janama x menjadi perkara penting pon sebab bagi saya pakaian bundle atau yg jual tepi jalan pon bagus kerana dalam aspek jenama dn harga kita tolak tepi dulu dan kita ambil kira soal keselesaan dan style gaya C pemakai.Apa perkara pertama orang akan lihat style dan gaya c pemakai bukan bukannya jenama,sy pon suka pakaian yg berjenama dan banyak koleksi di rumah tapi sy juga ada koleksi pakaian murah.Apa yg penting bagi sy selesa dan bergaya...Tip yg lain saya setuju dan sokong 100%
Tq atas perkongsiaan. Pakaian berjenama akan lebih memberi keyakinan kepada saya.
Perkongsian menarik...nice one
Pakain kena pada tempat dan masa yg sesuai kelihatan tidak janggal di pandang .
Post a Comment