Monday, September 12, 2011

Menjadi Selebriti Melalui Youtube!


Salam hye, bertemu kembali kita. =)

Ok post kali ini pendek saja, just nak share perkembangan terkini saya.

Dalam 2 3 hari ini saya agak 'sibuk' di depan laptop kerana saya baru saja melancarkan semula ebook terpanas saya yang bertajuk 'Strategi Kumpul Fans Fanpage Cara Percuma & Efektif'.

Hampir sepanjang masa ada saja yang register untuk mendapatkan ebook tersebut. Alhamdulillah, semoga bermanfaat untuk mereka yang membacanya. Dan setakat saya menulis ni, saya dah dapat 5 review/testimonial positif daripada pembaca ebook tersebut. =)

Ebook ni saya hanya buka untuk 500 orang saja. Lepas dah cukup kuota tu, saya akan tutup kembali dan fokus kepada projek2 yang seterusnya. Banyak projek dalam to-do list saya ni. Harap semuanya akan berjalan dengan lancar. =)

Selain daripada itu, saya akan renew semula domain name NizamMalek.com ini selewat-lewatnya pada 18 September 2011. Bermakna sudah genap 1 tahun saya menggunakan domain name ini. Memang best juga lah. =)

Ohya, dalam bulan 10 atau 11 nanti, insyaAllah saya akan mula berkerja sebagai seorang ahli farmasi yang bertauliah di hospital kerajaan. Dapat posting kat mana tu tak sure lagi, insyaAllah akhir bulan ni kot akan dapat berita mengenainya.

Pastinya saya akan lebih sibuk lagi bila dah start bekerja nanti. Jadi mungkin juga tiada masa untuk menulis blog seperti ini. Biasa saya ambil masa lebih kurang setengah/satu jam untuk menulis satu post yang lengkap.

Jadi untuk itu, antara persediaan saya untuk memastikan NizamMalek.com ini terus 'hidup' dengan post-post terbaru, saya bercadang untuk mula aktif membuat video blogging atau vblogging.

Trend terkini menunjukkan lebih ramai yang sukakan konsep vblogging kerana ianya lebih interaktif dan santai. Jadi mungkin saya nak buatnya juga di blog ini sebagai alternatif penulisan bila dah sibuk bekerja nanti.

Bolehlah saya rakam video di mana-mana dan berkongsikan info menarik berkenaan aktiviti-aktiviti saya bila dah bekerja nanti melalui video. =)

Sebelum ni pernah juga saya hasilkan beberapa video ringkas terutamanya untuk ucapan raya dan terima kasih, tapi berdasarkan feedback jujur daripada mereka yang menontonnya, ramai yang katakan video saya agak 'skema' dan kaku.

Memang betul, bukan mudah nak bercakap di depan camera video dan apabila pergerakan kita dirakamkan. Mesti malu, segan semua ada. Jadi saya tercari-cari panduan untuk menghasilkan vlog yang lebih santai, menarik dan memukau.

Dan saya telah memilih satu buku yang amat bagus iaitu buku 'Menjadi Selebriti Melalui Youtube' karya saudara Alif Firdaus Azis atau lebih dikenali dengan nama AlifStyle.
Antara isi menarik yang terkandung dalam buku ini adalah:

  • Video Kesukaan Pengguna Youtube
  • Peralatan Video Yang Murah Tetapi Hasilnya Gempak!
  • Skrip Yang Gempak
  • Teknik Mengambil Video Yang Bagus
  • Tips Beraksi Di Hadapan Kamera
  • Cara Mendapatkan Jumlah Penonton Yang Tinggi
  • Tips Memotivasikan Diri Membuat Video
  • dan banyak lagi~

Satu JB saya pusing untuk cari buku ni dan akhirnya berjumpa juga di Johor Central Book Store, Johor Bahru. =p

Yang paling best adalah, harganya cumalah RM17.50 sahaja di mana yang saya boleh rate ilmu yang terdapat di dalamnya mungkin bernilai lebih RM29.90 atau RM39.90 untuk satu-satu buku yang amat berinformatif seperti ini.

Jangan risau, saya tak dapat komisyen pun promosikan buku ini, saya just kongsikan dengan anda semua berkenaan manfaat yang ada pada buku ini, k. =)

Seperti biasa, saya laburkan duit saya untuk ilmu, kerana saya pasti itu yang akan memberikan value added kepada diri saya. =)

InsyaAllah saya akan baca, fahami dan praktikkan ilmu yang terdapat dalam buku ini dan saya berharap untuk menghasilkan video blog yang baik di NizamMalek.com ini suatu hari nanti. =)

Sokongan dan doa daripada anda sentiasa saya harapkan ya. Oklah, sampai sini dulu coretan untuk kali ini. Berjumpa lagi di post yang seterusnya! =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.