Saturday, January 15, 2011

[KISSinsights] Anda tanya, saya jawab. =)


Kira-kira 3 bulan yang lepas, saya ada install satu aplikasi dalam Nizam Malek Blog ni. Aplikasi ni namanya KISSinsights (bukan kiss-kiss ya.. =p) dan ia merupakan satu aplikasi yang amat menarik kerana ia boleh membuatkan blog saya ini menjadi lebih interaktif.


Kalau anda perasan, di bahagian kanan bawah page blog ini terdapat satu tetingkap KISSinsight yang mempunyai soalan "What should we write about next?" seperti gambar di bawah ni:


Apa yang menarik, aplikasi KISSinsight ini boleh digunakan di blog secara percuma dan ianya boleh dipasang dengan semudah copy & paste sahaja.

Tetingkap KISSinsight ini membolehkan anda 'request' apa sahaja topik yang mahu dibaca melalui Nizam Malek Blog dengan menyatakannya di dalam kotak putih yang ada dan tekan butang 'send'.

Topic request anda akan terus dihantar ke dalam account KISSinsight saya. Jadi bolehlah saya berikan pendapat atau komen berkaitan topik pilihan anda tersebut. Contohnya jika anda mahu saya menulis berkaitan 'study technique yang berkesan', maka saya akan gunakan respond anda itu sebagai topik khas dalam sesuatu post. Ianya khas dari anda, untuk anda. Wah2.. =p

Selain itu, antara kelebihan menggunakan aplikasi KISSinsight ini adalah:
  • ianya adalah percuma dan mudah digunakan.
  • membolehkan saya berinteraksi dengan anda; pembaca Nizam Malek Blog.
  • jika anda mempunyai sebarang soalan, tidak perlu susah-susah nak hantar email. Kini semuanya mudah dengan sekali klik pada butang 'send'.
  • anda tidak perlu risau jika anda tidak mahu identiti anda diketahui, kerana aplikasi KISSinsight ini tidak memerlukan anda mengisi nama, atau alamat email.
  • respond daripada pembaca akan direkodkan mengikut tarikh dan masa yang tepat
  • dan banyak lagi..

Secara peribadi, saya sebenarnya amat gembira jika menerima sebarang respond daripada anda. Ia membolehkan saya mendapat idea berkaitan topik atau persoalan yang ingin di baca oleh anda di blog ini. Post daripada respond KISSinsight ini saya akan kumpulkan dalam kategori 'articles'.

Anda boleh tulis apa sahaja yang anda mahu di dalam kotak aplikasi KISSinsight tersebut dan pastinya saya akan menjawab persoalan anda atau menulis berkaitan topik pilihan anda.

Dan untuk sepanjang 3 bulan pertama ini, saya telah menerima 5 jumlah respond melalui aplikasi KISSinsight ini daripada pembaca Nizam Malek Blog. Mari lihat apa respond daripada anda dan saya akan cuba jawab dengan sebaiknya.


Soalan 1: Please write about ur feelings on final year... hehe

Ok, ini soalan pertama yang saya terima dan ianya pada 31 October 2010. Thanks for the respond. Orite berkaitan perasaan di tahun akhir, saya sebenarnya rasa amat tak sangka yang saya kini sudah berada di akhir-akhir hayat tempoh pembelajaran selama 4 tahun di CUCMS.

Saya masih ingat lagi time first masuk CUCMS, semuanya masih jelas macam baru berlaku 2 3 hari lepas. Memang benar, masa berlalu terlalu pantas. Kini cuma tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk saya tamatkan ijazah sarjana muda farmasi ini.

Kalau ikutkan, memang banyak pengalaman yang saya dapat sepanjang belajar di CUCMS ni. Di situlah saya lebih mengenal diri sendiri dan orang sekeliling. Banyak persoalan 'kenapa' dan 'kenapa' berkaitan kehidupan terbongkar bila kita mula hidup sendiri dan perlu berdikari. Semuanya mengajar erti kematangan.

Berkaitan perasaan sebagai pelajar tahun akhir, semestinyalah saya amat gembira. Ia sememangnya saat yang ditunggu sekian lama. Cuma persoalan yang biasa bermain di fikiran adalah "adakah aku cukup well-equipped dengan knowledge dan skill untuk bergelar ahli farmasi?"

Itu antara persoalan yang agak popular, namun, saya secara peribadi tidak begitu 'cemas' dengan isu well-equiped ni. Bukanlah terlalu yakin dengan kemampuan diri, tapi bagi saya, biasalah, apa yang boleh anda expect daripada seorang fresh graduate berkaitan knowldge dan practice skills.

Dan kerana itu jugalah kita ada housemenship 1 year yang akan digunakan untuk develop competency. Apa yang penting di sini bagi saya adalah, attitude. Kerana dengan attitude yang tepat dan kesabaran, kita akan berjaya dalam perkara yang kita lakukan ketika masih berstatus fresh graduate. N I'm personally ready to face it. =) InsyaAllah saya akan sentiasa berhubung dengan lecturers dan seniors untuk mendapatkan nasihat yang berguna.

Dari sudut kolej dan fakulti, alhamdulillah, walaupun CUCMS merupakan satu kolej universiti yang baru, tapi kualiti yang terdapat di dalamnya memang dalam kategori terbaik. Memang betul terdapat banyak kekurangan di sana dan di sini, dan saya masih ingat lagi kesusahan yang batch kami dan batch senior lalui sepanjang tahun awal di CUCMS.

Ianya jauh lebih daif dan daripada apa yang kita ada sekarang. Sekurang-kurangnya dapat lah merasa fasiliti baru CUCMS sebelum graduasi, kan.. =)


Soalan 2: Tulis pasal masalah pembuangan bayi :)

Wah prihatin juga pembaca Nizam Malek Blog pasal isu semasa. Bagus2. =) Ok, secara terus terangnya, saya kurang membaca pasal masalah berkaitan pembuangan bayi ni. Bukan apa, just sedih sangat sampai tak sanggup membacanya selalu (T_T). Tapi itulah realitinya hari ini. Masalah pembuangan bayi menjadi isu yang semakin hari semakin berkembang dengan pesat.. Satu fenomena yang menakutkan..

Mungkin terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada masalah pembuangan bayi ini, tapi pada pendapat saya, masalah ini terjadi berlanjutan daripada isu masalah sosial di kalangan rakyat Malaysia. Ia tidak sekadar melibatkan pelajar-pelajar di peringkat sekolah mahu pun universiti, malah mungkin juga pada golongan dewasa.

Menuding jari, sememangnya mudah. Namun sebagai rakyat yang bertamadun, apa kata kita mencari jalan penyelesaian kepada masalah-masalah yang berlaku ini. Mungkin dari pihak keluarga, penekanan pada aspek pergaulan perlu diperdalam.

Pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan dengan menjalankan lebih banyak aktiviti yang sihat untuk disertai oleh rakyat Malaysia sebagai satu jalan untuk 'divert' masyarakat ke arah life style yang lebih sihat.

Selain itu, sebagai individu daripada bidang farmasi, mungkin saya dan yang lain-lain boleh bertindak dengan lebih ke hadapan iaitu mendekati masyarakat secara efektif. Mungkin ahli farmasi perlu menyampaikan informasi-informasi yang tepat berkaitan isu 'pencegah kehamilan' dengan menggunakan ilmu pengetahuan yang ada.

Saya yakin dengan kehadiran ahli farmasi, ia dapat membantu masyarakat untuk lebih memahami konsep 'contraceptive' dan ini secara tidak langsung boleh mengurangkan masalah pembuangan bayi daripada terus membelenggu.

Rasa best pula dapat beri komen berkaitan isu serius macam ni. Tapi ini hanyalah pendapat saya k. =)


Soalan 3: Hijau di pagi hari :)

Ini agak masalah sikit. Saya tak tahu respond di atas ni adalah satu soalan, request atau hanya statement semata-mata =). Tapi kira oklah juga, ada respond tu kan, hehe. Hijau di pagi hari.. Nak sembang ape pasal ni ek?

Ok2, dah dapat idea. Saya akan cakap pasal mata dan kaitkan dengan respond tersebut. Untuk pengetahuan anda, saya mula memakai cermin mata sewaktu berumur 10 tahun iaitu ketika di darjah 4 lagi.

Sejak itu, beberapa kali juga saya perlu buat cermin mata baru, sebab powernya meningkat setiap tahun. kalau tak silap, power cermin mata saya sekarang dah bernilai kira-kira 600 untuk setiap mata. Untuk silau pula lebih kurang 100. Agak tinggi sebenarnya, dan ia buatkan saya hampir tak nampak kalau tak pakai cermin mata.

Dalam setahun, mungkin sekurang-kurangnya 1 kali saya akan berjumpa optometrist untuk check mata atau buat cermin mata baru. Dan setiap kali itu juga, optometrist akan nasihatkan untuk jaga kesihatan mata. Antaranya banyakkan makan sayur-sayuran macam karot, buat exercise mata dan selalu rehatkan mata kalau kerap menggunakan komputer.

Selain tu, optometrist akan pesan untuk pandang ke arah pokok-pokok hijau setiap pagi kerana ia akan membuatkan mata berasa selesa dan segar sepanjang hari.

Sekian saja cerita Hijau di pagi hari. =D


Soalan 4: Increasing number of psychiatric patient: What should 'We' do?

Wah ini soalan memang 'kaw' lah. Soalan viva pun tak de killer macam ni.. =p. Ok, mari bermula dengan definisi. Psychiatric patient secara ringkasnya bermaksud pesakit yang mempunyai masalah berkaitan mental.

Terdapat banyak kategori bagi penyakit berkaitan mental dan setiap satu mempunyai teknik terapi yang berbeza mengikut kesesuaian dan keperluan pesakit.

Penyakit mental boleh terjadi disebabkan beberapa faktor seperti genetik dan persekitaran. Namun jika bilangan pesakit mental meningkat, saya lebih cenderung untuk mengaitkannya dengan faktor stres.

Dengan kepesatan dunia pada hari ini, tidak dinafikan bahawa tekanan hidup menjadi semakin mencabar dan dalam kebanyakan ketika, ia boleh menyebabkan seseorang itu hilang pertimbangan untuk mengatur kehidupannya dan menyumbang kepada masalah mental yang serius seperti kemurungan atau bertindak agresif di luar kawalan.

Stres yang tidak sihat sememangnya wujud dan adakalanya tidak dapat dielakkan. Dan ianya boleh mendorong kepada masalah peningkatan pesakit psikiatri.

Oleh itu untuk menanganinya, kita boleh melakukan beberapa perkara. Pertama, kita boleh mulakan dengan menguatkan lagi institusi kekeluargaan. Mengikut kajian, kehancuran institusi kekeluargaan merupakan faktor terbesar yang menyumbang kepada tekanan hidup seseorang. Tanpa sokongan moral daripada keluarga, perkembangan diri seseorang akan terencat dan jika tidak ditangani dengan baik, ianya sangat berpotensi untuk menyumbang kepada masalah mental. Begitu juga sebaliknya.

Kedua, kita boleh menjalankan aktiviti yang menerapkan teknik-teknik pengurusan stres yang efektif. Dengan menjalankan program yang melibatkan penyertaan orang ramai dalam aktiviti yang berfaedah dan sihat, ia secara tidak langsung akan membantu orang ramai untuk menguruskan stres dengan baik dan mengurangkan masalah peningkatan jumlah pesakit psikiatri.

Ketiga, kita perlu melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang terapi psikiatri untuk menampung isu peningkatan jumlah pesakit psikiatri. Dengan mempunyai sokongan pakar dalam bidang ini, kita bukan sahaja mampu untuk menyelesaikan banyak masalah berkaitan penyakit mental, tapi kita dapat juga mengusahakan sesuatu untuk mencegahnya daripada terus berkembang.

Ini adalah respond spontan saya berkaitan isu ini. Namun saya pasti masih ada banyak idea-idea yang boleh dilakukan jika kita semua duduk berbincang dan 'brainstorm' untuk mendapatkan penyelesaian yang lebih praktikal dan efektif. =)


Soalan 5: Sdfasdfasdf

Ape tu? Code rahsia ke? hehe.. Inilah respond ke 5 daripada pembaca Nizam Malek Blog.

Mungkin juga saja nak try2 aplikasi KISSinsight ni kan? huhu.


Jadi sampai sini dulu post yang panjang lebar ini. Saya harap respond saya berkaitan soalan anda melalui aplikasi KISSinsight ini telah menjawab persoalan-persoalan yang bermain di fikiran anda.

Aplikasi KISSinsight ini akan terus terpasang di Nizam Malek Blog dan saya sentiasa menantikan respond daripada anda. Tanya apa sahaja dan saya akan cuba menjawabnya dari perspektif atau kaca mata saya sendiri.

Semoga anda mendapat informasi yang berguna melalui post ini. Jika ada kesilapan, saya dahulukan dengan seribu kemaafan.. Wah macam nak hari raya pulak.. =p Ok jumpa lagi!

2 comments:

Anonymous said...

salam.berape agaknya gaji ahli farmasi yer?minimum to maximum?boleh x ahli farmasi jadi pakar oncology? berape gajinyer pulak?sory tanye pasal gaji jer..hehe..

Nizam Malek on January 10, 2013 at 11:28 PM said...

Salam, erm, berkenaan gaji tu sebenarnya susah sikit nak jawab, tapi secara ringkasnya, RM3k ke atas.

Maximum? Bergantung pada pengalaman kerja dan kepakaran anda. Lagi banyak pengalaman kerja dan khusus kepakaran anda, lebih tinggi anda akan dibayar.

Yup, ahli Farmasi Boleh menjadi pakar Oncology. Dalam Farmasi, kita ada perkhidmatan berkenaan penyakit kanser iaitu Chemotherapy Drug Reconstitution.

Jika seseorang ahli Farmasi melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut, peluang untuk menjadi pakar Oncology adalah lebih cerah.

Biasanya di sektor awam, gaji ahli Farmasi adalah banyak bergantung pada grednya. Dan gred tersebut adalah berdasarkan 'time-based'.

Jadi lebih lama anda berada di sektor awam, secara asasnya gaji akan meningkat setiap tahun.

Begitulah secara ringkasnya. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.