Monday, May 24, 2010

My research published in Australia!


Salam to all,

Yup, untuk perkembangan terbaru, Alhamdulillah my research project telah terpilih untuk dibentangkan di National Medicine Symposium (NMS) 2010, Melbourne, Australia. Lebih tepat lagi, di Melbourne Convention & Exhibition Center.

Macam mana boleh terpilih? Erm, masa bulan Februari lepas aku dan supervisor dah bertungkus-lumus siapkan few data collection dan data analysis.

Kebetulan supervisor terjumpa satu website invitation untuk ke symposium tersebut, so she suggested, why not we try to get around 100 respondents, siapkan abstract dan apply.

So aku pun follow je la. Sebab NMS 2010 ni bertaraf international, mula-mula kami tak berharap sangat lah dapat, sebab mesti persaingan akan sangat-sangat tinggi.

Result keluar 31 Mac 2010 dan diberitahu melalui email. Supervisor called me and informed that abstract kami tu telah terpilih untuk poster presentation. Alhamdulillah, rezeki research. =)

Untuk poster presentation, I need to prepare a poster according to the information stated in the abstract. The poster tu akan ditampal di dinding kat dalam dewan persembahan. So I need to be side of my poster. Delegates dan visitors akan pass by dan tanya soalan berkaitan my research project especially about the objectives, methodology dan results.

So lepas dapat tahu terpilih tu, mulalah preparation untuk ke sana. Kena siapkan poster yang related to the abstract. Really thanks to supervisor (Madam Zie) yang really supportive in guiding me how to use the SPSS software. Without her I would stuck! =)

Erm, ada juga mintak sponsor daripada kolej, tapi tak dapat. Sob2.. grr.. hehe.. Erm, tapi pergi juga lah, cause that's a big opportunity for my future too.

Preparation yang paling mengkecut-perutkan ialah buat poster tu. Design dah ok, cuma part printing tu yang amat memeningkan kepala. Habis pusing satu JB cari kedai printing yang ok.

Hampir semua kata tak boleh buat secepat yang dimahukan or harga sangat mahal. Tapi nasib baik bro Izuan Inke Printing Skudai Parade tolong rekemen kat member dia dan bagi harga super diskaun for me.

Really appreciate that. Sekarang I have a good poster untuk dibentangkan di sana.

Bila bertolak? Erm, malam ni aku dan abah akan bertolak ke KL dan flight dari LCCT ke Melbourne pukul 1.30 ptg hari selasa. Ni kira curi-curi masa nak update blog lah ni. Hehe.

Ohya, petang tadi aku ke Celcom Center. Nak tanya lah pasal international roaming untuk my handsets. So tadi dah activate International Roaming, meaning I can use the handsets untuk buat panggilan.

I will bring both my 017 and UpaX no. Tapi jangan sms atau call tau. Rate dia sangat mahal... Just in case emergency.. Untuk Blackberry Internet Service plak.. Boleh pakai kat sana, tapi dia kira pay per use dan ikut rate Australia. Mesti super mahal tahap menggila.

So aku plan nak guna Wifi je kat sana (tengah berdoa harap-harap ada banyak wifi kat sana, haha..). Kalau ada wifi boleh lah aku update perkembangan aku kat sana guna facebook or twitter. Hmm, interesting, tapi bajet problem.. Hahah..

Ni bilik dan ruang tamu rumah tengah bersepah-sepah ngan barang-barang aku. Serabut gak lah..

Pukul 11 akan bertolak ke stesen bas larkin. Hmm, oklah, sampai sini dulu, nanti aku akan share kan lagi pengalaman kat sana dan InsyaAllah upload gambar banyak-banyak.

Korang semua please doakan so that semuanya lancar dan selamat kat sana k. Thanks!! =D

P/S: Klik sini untuk lihat website NMS 2010.

4 comments:

Anonymous said...

Gudluck and all the best~!! cayook2..

Nizam Malek on May 24, 2010 at 8:02 PM said...

Thanks! =)

mUTe on May 24, 2010 at 8:27 PM said...

Gud luck la nizam!! Semoga menang nanti. :-)

Nizam Malek on May 24, 2010 at 9:14 PM said...

Thanks! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.