Sunday, June 30, 2013

Majlis Resepsi Perkahwinan Kami

0 comments

Alhamdulillah, 29 Jun 2013 yang lalu telah berlangsung majlis resepsi perkahwinan saya dan isteri di Dewan Serbaguna Taman Johor Jaya, Johor Bahru. Majlis telah bermula pada 11 pagi dan berakhir lebih kurang pukul 5 petang.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga dan kawan-kawan yang telah sudi menghadirkan diri ke majlis kami yang tidak seberapa ini. Tidak lupa kepada para petugas majlis yang bertungkus lumus menjadikan majlis kami satu kenangan yang indah.

Terharu rasa hati dan gembira melihat wajah-wajah mereka yang menghadiri majlis ini, ia satu tanda sokongan buat kami berdua yang baru bermula untuk melangkah ke alam perkahwinan.

Saya tahu Johor Bahru agak jauh, tapi anda tetap sanggup juga bersusah-payah datang demi meraikan kami. Semoga Tuhan merahmati kalian semua.

Namun ramai juga jemputan yang tidak dapat hadir. Mungkin terpaksa bekerja pada hari sabtu atau terikat dengan komitmen lain.

Tidak mengapalah, mungkin tiada rezeki dan jodoh kita berjumpa di majlis resepsi kami. Tapi janganlah esok lusa kata sampai hati saya tak jemput ke majlis perkahwinan kami pula. Sedih membacanya. =')

Oklah, tidak bercadang untuk menulis panjang kali ini. Gambar daripada Official Photographers dan video montaj akan diupload ke Facebook nanti. Sekarang tak boleh, sebab line internet tersangatlah menyedihkan. ='p


Sampai sini dulu. Mohon doakan jodoh kami berpanjangan dan dipermudahkan segala urusan. Mohon maaf juga sebarang kesilapan dan kekurangan yang berlaku sepanjang majlis kami tempoh hari.

Thursday, June 27, 2013

Video Jemputan ke Majlis Resepsi Perkahwinan Kami!

0 comments

Video ini dihasilkan khas untuk para tetamu yang akan hadir ke Majlis Resepsi Perkahwinan saya dan isteri pada 29 Jun 2013 di Dewan Serbaguna Taman Johor Jaya, Johor Bahru.

Selamat menonton!

Tuesday, June 25, 2013

The HaZe Band Show

0 comments

Hi semua!

Hari ni saya nak kongsikan video persembahan The HaZe Band pada majlis makan malam Pharmacy Dinner 2013 (22 Jun 2013) yang bertempat di Dewan Sangkar Kristal, Johor Bahru.

Nama band ini telah dipilih bersempena dengan isu jerebu yang kebetulan sedang melanda negeri Johor ketika itu.

2 lagu telah dimainkan iaitu lagu Bila Aku Jatuh Cinta (Awi Rafael) dan Cerita Dia (Drama Band).

Best jugalah dapat perform sama-sama sebagai satu band malam tu.

Saya as 2nd Guitarist cuma banyak support untuk rythm music, kira low-profile sikit.

Then banyak menyorok kat belakang chord stand, seganlah katakan. =p

Ok tanpa melengahkan masa, jemputlah menonton video persembahan The HaZe Band~

Amacam ok tak? Sila berikan komen dan LIKE. =p


Ahli The HaZe Band:
1. Ruzaini a.k.a Pak Ya (Manager)
2. Affiq (Vocal)
3. Linda (Lead Guitarist)
4. Nizam Malek (2nd Guitarist)
5. Abd Rahim (Bass Guitarist)
6. Reza (Drummer)
7. Balqis (Violin)
8. Affendi (2nd Vocal)
9. Taufik (Support Vocal)

Sunday, June 23, 2013

Pharmacy Night 2013

0 comments

Pharmacy Night 2013 telah berlangsung semalam, 22 Jun 2013 di Dewan Sangkar Kristal, Johor Bahru.

Majlis makan malam ini diadakan dengan tujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara para pegawai Farmasi dan staff Farmasi seluruh Johor, meraikan para pegawai dan staff yang bersara serta penyampaian hadiah untuk beberapa aktiviti yang diadakan pada awal tahun.

Best juga lah dinner tahun ni, sebab semua orang sporting, dan yang paling best sebab band kitorg yang diberi nama The Haze Band menang persembahan terbaik malam tu. Seronok dan enjoy dapat perform 2 lagu; Bila Aku Jatuh Cinta (Awi Rafael) dan Cerita Dia (Drama Band).

Rugi lah sape tak datang, tak dapat tengok The Haze Band perform. =p Tapi jangan berduka cita, ada DSLR Nikon berjaya merakamkan persembahan kitorg. Nanti dah siap upload nanti boleh lah tengok. =)

Oklah sampai sini dulu coretan kali ni, terlalu sibuk lately, jap lagipun kena pergi ke Batu Pahat, ada inspection di sana. Ok tengok lah gambar-gambar yang ada sepanjang latihan dan persembahan dinner malam tu. Jumpa lagi!

 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.