Monday, February 28, 2011

The summary of February 2011

1 comments

Bulan Februari merupakan bulan terpendek dalam kalendar, tapi bagi saya, bulan Februari kali ini terasa amat panjang sekali. Banyak sebenarnya perkara suka duka silih berganti telah berlaku sepanjang 28 hari yang lepas dan sekurang-kurangnya mengajarku erti kehidupan sebenar. Ada yang menggembirakan, dan ada juga yang sedih menyakitkan.. By the way, let see..

Ketika minggu pertama di bulan Februari, saya masih di Johor Bahru bersama keluarga sempena cuti raya cina. Time tu baru balik dari NPSC 2011 di USM. Jadi saya ambik masa tu untuk rehatkan badan sebelum start kelas semula. Time tu muka memang sunburn habis. Gelap terbakar plus berkilat-kilat dah.. Tapi tak pelah.. Tak de sape nak tengok pun mukaku ni kan.. =p

Lepas berakhirnya cuti, saya kembali semula ke Putrajaya/Cyberjaya. Time tu agak mendebarkan sebab result research final year project yang ditunggu-tunggu sekian lama akan diumumkan. Research project ni sememangnya telah menjadi perkara utama bagi saya sepanjang setahun yang lepas.

Banyak pengorbanan dan usaha telah dicurahkan untuk memberikan yang terbaik untuk research project ni. Perjalanan sepanjang penghasilan research project tu ada saya tulis dalam blog post di kategori Research Project.

Alhamdulillah, untuk research project ni, result yang saya dapat adalah A+, dan ini merupakan pencapaian akademik tertinggi saya sepanjang belajar di fakulti farmasi CUCMS. Terima kasih tak terhingga kepada my research supervisor, Dr Wan Sazrina Wan Zaid dan co-supervisor, Madam Aslinda Jamil Rph atas panduan dan bantuan sepanjang penghasilan research project ini.
Selain itu, terima kasih juga kepada both my parents yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan yang tak berbelah bagi. It's really important for me and I will always appreciate that. Akhir sekali kepada keluarga, kawan-kawan dan seluruh komuniti Malaysia yang telah terlibat dalam penghasilan research project ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Kejayaan research project ini bukan ditentukan oleh keputusan akhir yang diterima, tetapi ianya adalah satu proses sepanjang penghasilan. Seperti kata pepatah Inggeris, it's a journey along the success (ade ke pepatah ni? heheh..). Tahniah juga kepada kawan-kawan sekelas yang lain atas kejayaan research project mereka.

Ok mari cakap pasal komputer pula. Beberapa bulan kebelakangan ini, memori macbook saya telah penuh. Sampai nak update software atau download files pun dah tak boleh, sampai terpaksa delete some current files baru boleh survive. So nak tak nak terpaksalah beli External Hardisk. External Hdd dengan kapasiti 500GB kira cukuplah for me, tak banyak sangat simpan movie.

Pada 9 Februari 2011 yang lepas facebook wall jadi panas seketika bila Nizam Malek telah buat satu statement yang boleh disifatkan 'mengetuk' juniors.
Terpulang kepada penilaian masing-masing, tapi I'm still with my stand on the statement. Bukan nak cari gaduh atau buat havoc tak tentu pasal. Lagipun kalau tiada angin takkan lah pokok bergoyang (sometimes ada orang yang goncang.. =p).

Pasal isu ni, saya sebenarnya tidak melabelkan semua juniors. Bagi saya, ramai juniors saya yang baik-baik. Cuma tidak dinafikan, ada sebahagiannya terkeluar sedikit daripada norma kebiasaan.

Apa yang berlaku for me agak obvious and it happened quite many times. Tak perlulah dicerita semua secara spesifik kerana itu bukan soalnya. Cuma, berkaitan respect ini, ia ibarat satu common sense bagi yang muda untuk menghormati yang lebih tua, atau pelajar menghormati gurunya, atau juga si anak menghormati ibu bapanya. Jika tiada nilai menghormati ini, boleh runtuh juga generasi yang akan datang.

Sekali lagi terpulang kepada penilaian masing-masing. Pepatah pun berbunyi, siapa yang makan cili terasa pedasnya, tapi anggaplah itu sekadar pesanan atau teguran umum dari seorang senior bernama Nizam Malek kepada juniorsnya.

Sebenarnya, saya secara peribadi amat menyayangi juniors saya semua, sebab anda semua adalah penganti kami, seniors yang akan pergi ini dan anda semualah yang akan terus bertanggungjawab menjaga imej dan panji fakulti farmasi CUCMS. Alhamdullilah, saya amat kagumi bila beberapa juniors mengambil langkah positif untuk cuba memperbaiki kemungkinan kesilapan yang ada, tahniah! =)

Untuk aktiviti sukan pula, saya ada luangkan masa untuk bermain badminton, berbasikal dan swimming. Dalam bulan Februari ini saja dapat main badminton 2 kali. Satu di Community Club, Cyberjaya dan satu lagi di Presint 11, Putrajaya. Main badminton memang seronok sebab dapat hilangkan stress yang ada dan dapat juga eratkan hubungan dengan juniors yang join. Untuk berbasikal pula, kami pergi di Taman Botani, Putrajaya. Boleh lah sekali sekala, sewa basikal pun RM2 je, so not bad lah.

Selain itu, di kelas pula, antara aktiviti menarik yang berlaku dalam minggu ke dua ini adalah assignment 'role play' subjek social pharmacy untuk topik unorthodox medicine. Bagi assignment ini, kami telah dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan dan kami perlu membuat video cerita berkaitan jenis-jenis rawatan alternatif yang ada.

Kumpulan saya telah menghasilkan satu video bertajuk 'Karut' di mana kami cuba menyampaikan informasi berkaitan rawatan pembedahan batin yang pernah popular satu ketika dulu. Memang seronok sepanjang pembikinan video yang berkisarkan kisah sebenar tersebut.
Bermula dengan aktiviti brainstorming untuk mendapatkan idea cerita, kemudian kesukaran mendapatkan camera yang sesuai, sampai 2 3 kali tukar camera dan sehinggalah ke proses terakhir pengambaran, semuanya akan menjadi kenangan manis bersama semasa undergrad.

Video 'Karut' telah ditayangkan pada 14 Februari 2011. Walaubagaimanapun, video 'Karut' tersebut tak dapat diupload ke internet atas faktor-faktor keselamatan yang tak dapat dielakkan =p.

Ok, bercakap pasal 14 Februari, walaupun seronok dengan video 'Karut' tersebut, ada juga berlaku insiden yang amat menyakitkan hati. Malah, mungkin juga tanggal 14 Februari 2011 tidak akan dilupakan selamanya. Di tarikh tersebutlah berubahnya segala landskap sejarah sepanjang tempoh belajar di universiti.

Eh, bukan pasal putus cinta lah.. Tapi ini pasal erti persahabatan.. Apakah erti persahabatan? Masihkah relevan bila 'sahabat' yang kita percaya, sokong dan kagumi selama bertahun-tahun lah yang menikam hati ini hingga luka.. (ayat bunga giler pulak..).. Inilah masalahnya bila salah percaya orang..

Hmm, memang amat ralat rasanya. Dunia bagai sudah terbalik 360 darjah. Aku bagai tidak lagi faham apa mahunya manusia, atau ertinya kematangan.. Tapi tak pelah, mungkin ini juga satu pengajaran untuk ku.. Supaya lebih mengenal sifat sebenar 'dunia' yang penuh dengan cabaran dan dugaan..

Saya masih teringat dengan kata-kata Dr Ahmed Munir semasa kelas Public Health dengan beliau. Beliau berkata, 'Human can be the most dangerous creature. Yes, human can be really nice, but when human turns rough, he/she can be really dangerous because human has mind'. Jadi kita perlu lebih berhati-hati terutamanya dengan manusia yang meletakkan kekerasan atau mental torture sebagai jalan pilihan kegemaran mereka. I really hate this!

Walaubagaimanapun, bagiku, apa yang berlaku memang ada hikmahnya. Cuma, jika aku tergolong dalam golongan orang yang teraniaya atas tindakan manusia, hanya doalah yang akan menjadi pendinding kebalku sepanjang masa. Takutlah kepada doa orang yang teraniaya kerna itu antara janji Allah yang Maha Esa. Thank you Allah, I know I'm not alone.

Apa yang berlaku di atas ni hanyalah sebahagian dari sejarah Februari 2011 yang mahu dilupakan terus, selama-lamanya. Kesannya memang agak negatif pada saya. Hari-hari yang berlalu memang amat stress, sampai kurus kering saya jadinya. Fakta: stress sentiasa boleh buat saya jadi kurus.. -_-'. Terima kasih pada kawan-kawan macam kak mimi, wani, nabilah dan yang lain-lain yang sentiasa bagi sokongan dan support dalam keadaan yang sukar itu.

Seterusnya, pada 18 Februari 2011, seperti yang diberitahu dalam post sebelum ni, satu aktiviti Career Talk berkaitan bidang farmasi telah dianjurkan oleh pelajar tahun akhir farmasi CUCMS di Kolej Matrikulasi Selangor (KMS), Banting.

Event ni memang sangat menarik for me dan amat ditunggu-tunggu sekian lama. Alhamdulillah sekali lagi bila semuanya berjalan dengan lancar walapun banyak kesulitan yang kami lalui sepanjang pelaksanaannya. Career Talk tersebut telah menjadi medan untuk saya lupakan masalah diri yang melanda sebelum ini.

Macam orang selalu sebut, bila kita sibuk dengan kerja, kita lupa seketika masalah-masalah yang lain. Dan ya, I was really enjoyed and satisfied with the day at KMS dan ia juga satu kenangan indah semasa undergrad.

By the way, apa cerita Internet Marketing? Erm, untuk bulan Februari ni, aktiviti penjanaan wang di Internet for me agak slow skit. Tahulah dengan course work yang busy dan stress yang menggila, tak dapat lah nak fokus pada part time job ni. Tapi, walaupun tak buat apa-apa projek, saya dapat juga curi masa yang terluang untuk belajar perkara-perkara baru. Salah satunya adalah teknik penghasilan e-cover untuk ebook.

Sekarang dah tahu 2 teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan e-cover. Satu dengan menggunakan adobe photoshop cs3 dan satu lagi dengan mengunakan teknik percuma secara online yang amat mudah. Hasilnya juga nampak professional. Mungkin teknik ini akan saya kongsikan di blog internet marketing saya, StrategiInternet.com. Bila nak update? Tak tahulah, sekarang macam tiada mood. =p But insyaAllah will do.

Baiklah, untuk post month summary kali ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua, yang sentiasa menyokong saya, Nizam Malek. Sokongan anda amat bermakna bagi saya yang lemah tidak berdaya ini dalam proses meneruskan hidup penuh dugaan dan pancaroba.

Untuk Nizam Malek Blog, jumlah pelawat keseluruhan sepanjang 2 bulan pertama di tahun 2011 ini adalah kira-kira 600 pelawat untuk setiap bulan dan saya berharap angka ini akan terus konsisten dan bertambah dalam bulan-bulan yang akan datang. Sudah semestinya Nizam Malek Blog akan diupdate lebih kerap untuk anda.

Pada bulan Februari ini juga, beberapa fungsi dalam Nizam Malek Blog telah diperbaharui dan dinaik taraf. Salah satunya adalah tabs di bawah header utama telah diganti dengan pautan 'About' dan 'Contact'. Dalam tab 'About', anda boleh kenali diri saya secara ringkas dan ia seperti biodata atau profile diri saya.
Untuk tab 'Contact' pula, anda boleh mengetahui cara-cara untuk menghubungi saya terutamanya secara online. Saya berharap untuk mendapat lebih banyak kenalan dari luar sana dan seterusnya kita dapat membina networking yang baik.

Selain itu, satu widget menarik juga telah dipasang di setiap akhir post blog ini iaitu 'Anda juga mungkin meminati:'. Untuk widget ini, 4 post yang terdahulu akan dipamerkan di bawah setiap post yang anda baca. Ini adalah satu cara yang lebih mesra kepada pembaca blog untuk melihat post-post terdahulu yang menarik. Jadi jika anda ada masa, anda bolehlah membacanya, ok.

Learning lesson from February 2011

Hidup adalah umpama roda. Kadang-kadang kita di atas, dan kadang-kadang kita di bawah. Sesetengah orang percaya ia adalah satu hukum karma bila apa yang kita lakukan akan dibalas kemudian hari sama ada baik atau pun buruk.

Terpulang kepada kepercayaan masing-masing, namun, kita hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi saat-saat bila kita berada di bawah.

Dugaan dan ujian boleh datang dari segenap penjuru dan ia boleh menjadi seberat-berat ujian yang mungkin tidak pernah kita terfikirkan sebelum ini.

Jadikanlah iman, doa dan tawakal sebagai pelindung diri dalam menempuh cabaran hidup dan jangan sekali-kali berputus asa terhadap janji Ilahi.

Kuatkan semangat dan teruskan hidup. Jangan bersedih kerna kita tidak sendirian.

Akhir kata, pergilah Februari.. Semoga kenangan pahit yang telah terpahat akan terbang jauh.. Kini tiba
masanya untuk Mac. Mulakan hidup baru dengan semangat baru dan kekuatan baru.

Pandanglah ke hadapan!

Friday, February 25, 2011

Badminton, yeah!

0 comments

Assalamualaikum and a very good day to all. How are you? Hope everything is going fine all the time there.

Last night, I had a chance to spend great time with my medical student friends, Ilyas, Baem, Hasif, Halim and Firdaus. We played badminton at Kompleks Kejiranan Presint 11 or in english we call it the Presint 11 Neighbourhood Complex (really? =p).

Badminton courts in Presint 11 were really great and awesome. The air ventilation there was good and i did not feel that hot while playing. It's really comfortable if compared to the badminton courts in Cyberpark or Cyberia.

We started playing at 11pm and stopped at 1am. I could say that, the games were not that good, but we really enjoyed the fun time playing together.

For me, I took that chance to relief a bit my stress and it helped me a lot. Playing badminton, sweating and laugh with good friends have sent away all my stress to the edge. Even though it did not solve all my problems (for sure), but I felt better after all.

Ah what is this, always talk about stress, sadness and problems.. Don't you have any other things to talk about Nizam Malek? This is a post for sports category ok... Come on...

Huhu alright, let's be cheerful a bit. ^ ^ For this post, I have something special for you guys where we had two short videos while we were playing badminton that night. Again I said, the games were not that good, but it was fun. So if you have time, have a look yah! =)


Credit to Hasif's Samsung Android Smart Phone for the videos. =)

Tuesday, February 22, 2011

Tak mahu sedih, Aku ingin gembira!

0 comments

Minggu ni agak dull..

Rasa tak best..

Bosan..

Exam Pharmacy Practice 4 dah try buat sebaik mungkin, tapi rasanya ada juga silap part calculation.. Tertinggal few rows..

Quiz public health yang lepas pun tak jawab dengan baik..

Tapi tak pelah, sudah lepas, tak payah fikir dah..

Just tunggu resultnya keluar nanti..

Hmm..

Bosannya, tak tahu nak buat apa..

Sekarang motivation rate agak rendah..

Tiap hari rasa kurang bersemangat..

Pergi kelas pun macam tak nak pergi.. Arrghh, serabut!



Terpaksa tunggu hingga khamis ni sebelum cuti mid semester bermula.

Oh, tak pe, cuti mid semester kali ni best,

agak panjang iaitu lebih kurang 10 hari!

So plan cuti ni aku nak balik JB..

dan lepaskan semua stress yang ada..

Hidup di Cyberjaya dah tak seronok lagi.. =(


Cepatlah masa berlalu............

Hilangkan sedih ini.. Aku ingin gembira!!

Friday, February 18, 2011

Career Talk Program 'Pharmacy Kick Start' 2011

0 comments

Hye, apa khabar semua? Hope anda semua dalam keadaan sihat sejahtera. Ok, untuk post kali ini, saya ingin berkongsikan dengan anda berkaitan program terbaru yang telah dianjurkan oleh pelajar tahun akhir fakulti farmasi CUCMS, iaitu Career Talk Program 'Pharmacy Kick Start' 2011 yang telah berlangsung pada 18 Februari 2011 di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.

Program bicara kerjaya ini sebenarnya merupakan program atau aktiviti tahunan yang perlu dilaksanakan oleh pelajar tahun akhir untuk memenuhi tuntutan subjek Social Pharmacy iaitu satu subjek yang lebih ke arah khidmat komuniti serta melibatkan peranan ahli farmasi.

Tahun-tahun sebelum ini menyaksikan Career Talk dijalankan di peringkat sekolah, namun untuk tahun ini, kami membuat sedikit kelainan dengan melakukannya di peringkat matrikulasi. Dengan target audien yang berbeza, kami merancang untuk menjadikan Career Talk ini sesuatu yang lebih signifikan kepada para peserta program.

Untuk Career Talk Program 'Pharmacy Kick Start' 2011 ini, saya telah terpilih untuk jawatan Assistant Project Director. Kira kena tolong-tolong Project Director lah. Tapi rasanya macam banyak tolong menyibuk je.. hehehh..

Apa sebenarnya yang kami tampilkan dalam Career Talk kali ini? Ok untuk program sebegini, kami perlu menjalankan aktiviti yang dapat memperkenalkan dunia farmasi kepada remaja dan belia yang sedang memilih bidang kerjaya yang mereka ingin ceburi. Jadi antara pengisiannya adalah untuk mendedahkan fungsi-fungsi seorang ahli farmasi dalam bidang farmasi yang luas seperti Clinical Pharmacy, Industrial Pharmacy, Community Pharmacy, Law & Enforcement dan banyak lagi.

Ok itu informasi serba ringkas berkaitan Career Talk Program 'Pharmacy Kick Start' 2011. Ketika saya sedang menulis post blog ini, saya baru sahaja pulang dari banting. Memang sangat penat, tapi pengalamannya sangat-sangat-sangat menarik bagi saya.

Bermula 8.30 pagi, kami bertolak ke banting dari main campus menaiki bas kolej yang glamor. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Memang mengantuk masa dalam bas, tapi mata tak boleh lelap juga. Mungkin risau dengan program yang akan dijalankan pada belah petang nanti.

Sampai sahaja di Kolej Matrikulasi Selangor (KMS), kami semua mula bekerja dengan pantas untuk memastikan sudut pameran dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Ohya, untuk Program Bicara Kerjaya 'Pharmacy Kick Start' 2011 ini, saya telah ditugaskan untuk menjadi Master of Ceremony (MC). Bagi saya, ia satu cabaran baru yang amat-amat-amat menarik.

Jadi pagi itu, sementara kawan-kawan sekelas yang lain sedang sibuk menyiapkan bahagian pameran, saya duduk dan menulis sendirian, sebab teks MC yang telah disiapkan perlu diubah untuk disesuaikan dengan protokol daripada pihak KMS.

Seterusnya, lebih kurang dalam pukul 11.30 pagi, kami mulakan rehearsal. Sound sistem yang ada di Dewan Antares tersebut bagi saya adalah amat berkualiti tinggi. Suara yang dilontarkan memang boleh kedengaran dengan jelas di setiap hujung dewan.

Tapi malangnya selepas rehearsal kali ke dua, kami mengalami masalah teknikal di mana seluruh power supply untuk semua microphone dewan tidak dapat berfungsi akibat short circuit. Memang sedikit mendebarkan waktu itu sebab bahagian teknikal tidak dapat dihubungi. Jadi terpaksalah teruskan rehearsal tanpa bantuan microphone. Time tu memang sakit sangat anak tekak ni. Sampai rasa nak hilang suara. Masa tu memang gila cemas.. Sibuk nak cari air asam jawa.. heheh..

Lepas solat jumaat dan siap-siap dengan pakaian Young Mercy, sampai je kat dewan, diorg kata microphone dewan masih belum dapat berfungsi. Tapi tahniah kepada team prep & tech yang telah bertungkus lumus menggunakan teknik ajaib untuk memastikan sound system berfungsi dengan baik. Kredit juga kepada microphone CUCMS yang datang tepat pada masanya. =p

Dalam pukul 2.30 ke 3 petang, para pelajar aliran sains KMS mula masuk ke dewan. Sementara menunggu kehadiran VIP, teks MC di tambah untuk mengalu-alukan kehadiran wakil dari Pharmaniaga. Teks MC tu dah macam cakar ayam juga dah rupanya sebab banyak perubahan last minute dilakukan. Tapi tak pe, kita stay cool.. kononlah cool kan.. heheh..

Tugas menjadi MC untuk Program Career Talk itu mungkin kecil bagi sesetengah orang, tapi bagi saya, ia adalah satu pengalaman yang amat menyeronokkan kerana dapat meneroka potensi diri yang ada. Ia satu keseronokan.

Antara pengalaman menarik juga adalah semasa mengendalikan sesi cabutan bertuah di mana saya perlu berkomunikasi dengan para peserta secara informal dan spontan. Macam-macam perasaan yang saya rasa sepanjang mengendalikan sesi cabutan bertuah tersebut bila saya cuba jadikan sesi itu satu yang interatif dengan para peserta program. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan para peserta juga amat sporting dan responsif.

Selepas saja sesi cabutan bertuah, program diteruskan dengan sesi lawatan para peserta program ke kawasan pameran. Sepanjang sesi lawatan pameran yang berada di bahagian belakang dewan, saya berada di atas pentas. Dok sembang kemas sorang-sorang. Buat promosi pameran-pameran yang ada. Time tu rasa macam jadi DJ radio pulak, tak pun DJ kat pasar-pasar malam, heheh..

Banyak aktiviti menarik yang diadakan di pameran yang disediakan seperti demonstrasi pemakaian sterilize garmen, permainan preskripsi, isi dan label, demostrasi penghasilan ubat-ubat seperti capsul, syrup dan liniment, pameran total parenteral nutrition dan juga khidmat pemeriksaan kesihatan. Bicara Kerjaya kali ini amat bertuah kerana mendapat sokongan department marketing CUCMS dan salah satu industrial company yang paling popular dan besar di Malaysia iaitu Pharmaniaga. Kesudian wakil Pharmaniaga menyertai Bicara Kerjaya kami pada kali adalah ibarat satu bonus terbesar buat kami.

Tepat pada pukul 6 petang, tirai Program Bicara Kerjaya 'Pharmacy Kick Start' 2011 dilabuhkan dengan sambutan gelak ketawa kepuasan di wajah setiap kita yang terlibat. Setelah semuanya selesai, kami bertolak pulang ke CUCMS dengan keseronokan atas kejayaan menyelesaikan satu program yang amat menarik dan bermakna ini walaupun semuanya dah amat penat dan lunyai.

Itulah dia pengalaman serba sebanyak di Career Talk Program 'Pharmacy Kick Start' 2011 dari kaca mata saya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam kelancaran program samada secara direct atau indirect.

Ohya maaflah post ni tiada gambar sepanjang berlangsungnya event, so anda mungkin agak sukar untuk appreciate ap yang saya tulis di atas. Mungkin esok lusa adalah gambar-gambar akan diupload di Facebook. Tapi perlu minta ehsan daripada kamera kawan-kawan lain lah.. =p

Ok sampai sini dahulu untuk post kali ini. Saya ni pun dalam keadaan yang super mengantuk. Perlu tidur sekarang, kalau tak mesti jadi zombie esok. =p Ok jumpa lagi di post seterusnya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.