Thursday, April 4, 2013

Twisted Backbone Badminton Shot by Chong Wei Feng

1 comments

Video ini saya jumpa di page Axiata Cup 2013 di mana saya tertarik dengan pukulan balas yang dilakukan Chong Wei Feng ketika menentang Ashton Chen dari Singapura.

Menarik, menarik. =p

Parlimen Telah Dibubar, Tiba Masa Untuk Mengundi!

0 comments

Hi, Assalamualaikum.

Sidang berita semalam (3 April 2013) melaporkan bahawa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pembubaran Parlimen yang berkuatkuasa serta merta dan diikuti dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN). Ini menandakan Pilihan Raya Umum yang ke 13 (PRU13) akan berlangsung dalam masa terdekat.

Eh, Nizam Malek nak cakap pasal politik pula ke? Hehe, tak lah.. Saya tak berminat sangat nak komen dan ulas panjang berkenaan politik Malaysia, sebab terlalu banyak artikel dan video yang boleh kita lihat sendiri di media massa yang ada.

Cuma dalam post kali ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menulis serba sedikit berkenaan PRU13 dan diri kita sebagai rakyat Malaysia, iaitu tidak lain dan tidak bukan berkenaan dengan tanggungjawab untuk keluar mengundi.

Mungkin ramai golongan muda kini sudah sedar kepentingan untuk mengundi dalam proses pilihanraya kerana ia adalah satu medan untuk menentukan tampuk kepemimpinan yang akan menerajui negara Malaysia yang tercinta ini.

Bagi yang pertama kali akan keluar untuk mengundi, anda perlu mendaftarkan diri anda terlebih dahulu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bukan SPRM ya hehehe, dan seterusnya memastikan dimanakan kawasan atau tempat untuk anda pergi mengundi. Tak boleh mengundi suka-suka hati saja, kena tahu tempat yang betul.

Ha, anda dah mendaftar ke? Kalau sudah, boleh semak status pendaftaran mengundi anda di sini: http://daftarj.spr.gov.my/DaftarjBM.aspx. Hanya masukkan no MyKad anda dan klik semak. Di situ anda boleh lihat maklumat daerah/tempat mengundi anda.

Bagi yang pertama kali akan keluar mengundi, mungkin tertanya-tanya, macam mana caranya mengundikan? Saya lah tu.. =p

Mungkin gambar di bawah ni boleh memberikan gambaran secara ringkas proses yang akan berlaku semasa mengundi nanti.
Ok, sampai sini dulu yang saya nak kongsikan kali ini. Selamat ber PRU13 dan semoga Malaysia akan terus makmur dan sejahtera, dipimpin oleh para pemimpin yang berkaliber dan berketerampilan. Amin. =)

Status 33

0 comments


"Kita yang memilih untuk hidup gembira atau hidup dalam kesedihan..

Tapi kadang kala, kita hanya terpaksa..." 

-Nizam Malek

Saturday, March 23, 2013

Pilih Hanya Satu Di Antara Dua

0 comments

Dalam hidup ini, kita tidak dapat lari daripada membuat keputusan. Apatah lagi apabila umur sudah meningkat dewasa, kita perlu biasa membuat keputusan dan tidak lagi boleh bergantung pada orang lain.

Seringkali juga, kita gagal untuk memilih apabila pilihan yang ada hanya tinggal dua sahaja. Dilema akan membuatkan kita keliru dan keadaan tersebut pastilah amat menyulitkan.

Membuat pilihan berlaku sepanjang masa dalam hidup kita. Kita yang memilih untuk memakai baju apa, makan sarapan dan tengah hari di mana, memandu menggunakan jalan A atau jalan B, dan bermacam-macam keadaan lagi.

Dalam blog post kali ni, saya nak buat satu latihan yang dinamakan "Pilih Hanya Satu Di Antara Dua". Senang je latihan ni, iaitu saya akan diberi dua pilihan, dan saya hanya boleh memilih satu jawapan saja. Tapi, pilihan tersebut perlu diikuti dengan sebab atau alasan, kenapa saya memilihnya.

Tiada jawapan yang betul atau salah. Semuanya adalah pendapat dan kecenderungan sendiri apabila diberi pilihan. Anda juga punya pilihan tersendiri bukan? =)

Ok jom lihat antara pilihan-pilihan yang ada.

1. Hitam atau putih?

Jawapan: Putih. Saya pilih putih sebab putih itu nampak bersih dan suci. Putih juga melambangkan kelembutan dan putih boleh disesuaikan dengan kebanyakan warna-warna yang lain. Hitam pun ok juga, tapi saya lebih suka putih kalau perlu pilih di antara dua warna ni.

2. Mercedes atau BMW?

Jawapan: BMW. Saya pernah memandu kedua-dua kereta mewah ini. Kedua-duanya juga amat selesa dan prestasinya sangat memuaskan hati. Tapi saya memilih BMW kerana ianya nampak lebih mewah dan bergaya.

3. Sony Ericsson Xperia atau Iphone?

Jawapan: Semestinya Sony Ericsson Xperia! Walaupun bunyinya macam sayur peria.. Tapi,  smartphone ni best tau! Saya suka camera dan kemudahan mobile Internetnya. Malah harganya pun tak mahal sangat berbanding Iphone yang mahal tak bertempat. Dah lah design Iphone dari dulu sama je, kotak-kotak.. Bosan.. =p Saya tahu, ramai pengguna Iphone akan tak bersetuju dan marah saya, tapi tak pe.. Tak pe.. Hehe..

4. Apartment atau rumah teres?

Jawapan: Apartment. Menarik pilihan ni. Sejujurnya, saya lebih suka dengan rumah apartment, berbanding rumah teres. Salah satunya sebab apartment ni saiznya lebih kecik berbanding rumah teres. Jadi lebih mudah diuruskan dan lebih mudah kalau nak dibersihkan. Tapi jangan lah apartment buruk sangat. Kasilah apartment yang cantik dan selesa sikit. =D

5. Laju atau perlahan?

Jawapan: Laju. Dalam hidup ini, kelajuan memainkan peranan dalam mencapai kejayaan. Keperlahanan akan membuatkan kita ketinggalan. Lagi laju kita bergerak, lagi laju kita mencapai matlamat. Kerana itu juga ada pakar motivasi yang mengatakan Speed is equal to Result, tu dia. Ya, tapi laju, laju lah juga. Di setiap masa, kita perlu sentiasa berhati-hati, tidak kiralah ketika laju mahupun perlahan. =)

6. Gitar atau kamera?

Jawapan: Kamera. Mesti gitar-gitar saya tengah sedih, sebab saya pilih kamera berbanding gitar. Gitar ni best sebab kita boleh main lagu-lagu yang kita suka dan menyanyi bersamanya. Tapi, gitar tak boleh buat apa yang kamera boleh buat, iaitu merakam kenangan. Perkara yang telah berlaku tidak mungkin dapat dilihat kembali tetapi ianya menjadi boleh dengan adanya kamera. Kenapa kenangan lalu itu penting, bukankah ia telah berlalu, dan sepatutnya kita memandang ke hadapan? Yup, betul ianya telah berlalu, tapi kenangan lalu itulah yang telah membentuk diri kita pada hari ini. Sebab itu kamera bagi saya adalah sesuatu yang berharga.

7. Luar Negara atau Malaysia?

Jawapan: Malaysia. Keadaannya boleh berbeza bagi pilihan ini, tapi dalam banyak keadaannya, saya memilih Malaysia adalah lebih baik berbanding negara-negara lain. Bagi saya, living in Malaysia is a bless. Sudah pasti ada sesuatu yang menarik dan hebat di luar negara sana, tapi Malaysia tetap di hati. Ibarat hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Pergilah ke negeri orang mengambil emas dan bawa balik ke negeri sendiri.. Hua hua..


Demikianlah antara latihan ringkas untuk membuat pilihan. Apa yang saya nak tekankan adalah:

  • Kita tidak pernah dapat lari daripada membuat keputusan, ia adalah satu proses untuk menjadi seorang dewasa.
  • Keputusan kita mungkin pelik di mata orang lain, tapi pilihlah bukan untuk sekadar memuaskan hati orang lain.
  • Apa yang kita pilih bukan bermakna yang tidak dipilih itu tidak baik atau buruk, tetapi kita tetap perlu membuat satu pilihan yang terbaik untuk diri kita.
  • Buat pilihan dengan rasional, dan berikan seberapa banyak sebab realistik yang dapat menyokong pilihan kita tersebut.
  • Jangan tamak dengan memilih kedua-duanya, kerana ia akan membuat kita lebih keliru dan tidak tetap pendirian.
  • Lakukanlah solat istikharah apabila kita tidak dapat membuat keputusan yang terbaik, InsyaAllah petunjuk daripada Allah akan membantu kita.

Ok sampai sini saja tulisan kali ini. Anda boleh mencuba latihan ini juga dan berlatih membuat keputusan yang baik untuk diri anda setiap masa.

Sekian, jumpa lagi! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.