Tuesday, July 24, 2012

Universal Studios Singapore!

23 comments

Assalamualaikum kawan-kawan semua~

Apa khabar? Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. =)

Dalam post kali ini, saya nak share dengan anda semua, pengalaman saya pergi bercuti+jalan-jalan+bermain di Universal Studios Singapore (USS) pada 22 Julai 2012 yang lepas bersama dengan 2 orang kawan PRP iaitu Syafiq dan Shafiee.

Dah lama sebenarnya plan nak pergi USS.. Kata orang JB, tak pernah pergi USS susah lah kan.. At least tahu lah jugak USS tu apa, kat mana.. hehe.. =p

Ramai yang tanya, kenapa pergi time bulan puasa? Erm, sebenarnya tak delah plan nak pergi bulan puasa, kebetulan je sebenarnya.. Sebelum ni agak sibuk dengan rotation klinikal.. Jadi bila dah siap hantar log book klinikal, inilah masanya untuk pergi berseronok.. ; )

Ok, first skali saya nak share pasal cara-cara nak pergi ke USS dari JB. Sebenarnya ada banyak cara untuk ke USS. Antara yang termudah sekali adalah dengan menaiki bas dari Tune Hotel, JB. Harga tiket USS + tiket bas pergi balik adalah RM210 sahaja. Bas bertolak pukul 7 pagi dan balik semula ke JB pukul 7 malam. Senang je, bas tu akan bawa kita terus ke basement parking USS dalam masa lebih kurang 45 minit sahaja.

Tiba di USS tu dalam pukul 8 pagi. Masa tu semua premis belum dibuka. USS pun buka pukul 10 pagi. Jadi 2 jam melilau tak tahu nak buat apa. So ambil lah gambar-gambar sekeliling beberapa das. 

Ohya, sila tukar dulu wang anda ke currency Singapore Dollars ya. Kalau boleh tukar duit siap-siap masa kat Malaysia lagi. Sebab kalau tukar kat Singapore rugi, RM1=$2.70. Jadi kalau tukar RM270, dapat lebih kurang $100 sahaja. Kalau tukar kat Malaysia, ratenya adalah RM1=$2.50. 

Best masa saya pergi kat USS tu cuaca agak baik, cuma panas terik sikit. Jalan-jalan pulak masa tengah berpuasa, tengok orang lain minum air sejuk macam best je.. Tengok je lah.. =p
First time masuk dalam USS tu memang rasa teruja. Kamera ada apa guna, terus snap gambar sana sini. Stesen first skali yang kitorg pergi adalah stesen Transformers, Ride the Movies. Kat stesen Transformers ni, kita boleh menonton wayang 4D di mana kita berada dalam satu kereta dan kita akan diselamatkan oleh Transformers (Optimus Prime & Bumble Bee) daripada Megatron.


Nak tahu apa lebih lagi pasal Wayang 4D Transformers ni? Jom tonton video di bawah:


Wayang 4D ni maknanya kita macam masuk dalam cerita tu dan rasa semua efek yang ada. Contohnya kalau ada air, kita akan terasa air tu terpercik ke muka kita. Kalau ada benda meletup, kita akan terasa panas terbakar. Memang feel habis.. Sebelum ni just dengar orang cerita-cerita je, sekarang dah rasa sendiri, memang best!
Then lepas tu kitorg pergi main roller coster.. Did I wrote 'kitorg'? Hehe, diorg je yang main, saya tak main roller coster 'gila' tu.. Bukan takut apa, saya jadi tukang jaga barang-barang.. hehe.. =p Roller coster tu memang kaw-kaw lah.. Cakap je lah kaw-kaw.. Tak naik pun.. =p Btw, sape yang ada motion sickness or mabuk-mabuk laut tu, tak payah lah main roller coster tu.. 

Bukan 1 je roller coster ada kat situ, ada banyak lagi kat stesen-stesen lain. Then lepas tu kitorg pergi kat stesen Revenge of The Mummy. Stesen ni unik gak lah. Ada pasang lagu-lagu arab bagai. Cuaca plak panas terik cam tu.. Memang terasa macam ada kat Mesir.. 
Dalam stesen Revenge of The Mummy tu pun best gak, main roller coster in door. Mula-mula masuk tu nampak macam tak de pape. Skali die reverse ke belakang, gedegung sana sini.. Time tu plak tak cabut spek. Diorg ada snap gambar time main roller coster tu.. Orang lain dok jerit-jerit.. Gambar saye plak tengah pegang muka.. Aduish.. Hehe.. =p Diorg buat duit dengan jual gambar tu.. 1 gambar $20.. Sape nak beli..? =p
Then jalan-jalan lagi.. Pergi kat stesen Shrek, Far-far Away. Tengok wayang 4D. Ni pun boleh kata best juga lah. Dalam panggung wayang besar tu, tengok movie Shrek ramai-ramai. Antara efek 4D nya, bila Donkey tu bersin, kita terkena air nya.. Eii, yeks.. =p

Kemudian lepas stesen Far-far Away tu, kita pergi tengok pertunjukan air. Yang ni memang out of mind lah. 

Diorg buat movie depan-depan penonton semua. Kita masuk dan duduk macam kat stadium, tapi depan kita satu set pengambaran besar. Ada pelakon, ada props semua. 

Diorg pun berlakon lah dengan stuntnya.. Jet ski, kapal terbang, letupan, tembakan, semua live depan kita. 

Ada satu part tu, ada sorang lelaki tu kena tembak dari tempat tinggi dan dia jatuh terus dalam air.. Memang tak boleh fikir lah macam mana diorg berlatih buat stunt live tu semua.. Amazing!
Then lepas tu kitorg pergi ke stesen The Lost World, tengok dunia Dinosour. Kat situ beratur punya panjang. Lebih 35 minit saja menunggu. Kat stesen tu kita naik bot bulat 9 orang dan lalu sepanjang sungai. 

Sambil tu boleh tengok Dinosour kat kiri dan kanan. Then sampai kat satu tempat tu, bot kitorg diangkat tinggi kemudian dihempas ke bawah.. Time tu air semua masuk dalam bot.. Habis basah baju dan seluar.. Tapi enjoy gak lah.. =p

Kat luar ada Drying Pod.. Tapi kena bayar.. Nak save budget, jadi tak merasalah.. Keringkan baju pakai cahaya matahari je.. =p
Sebab pakaian masih basah, kitorg pun jalan-jalan lah lagi. Pergi kat stesen Madagascar. Time tu diorg tengah buat persembahan tarian Madagascar. Semua mascot character dalam movie tu ada. Sape yang follow cerita Madagascar mesti excited. Kitorg time tu dah penat dah. Pening, pusing, sakit kepala sebab panas terik.. Jadi tak heran dah dengan mascot tu semua.. =p

Then lepas tu kitorg pergi solat.. Jalan-jalan kat mana pun di bumi Allah, solat tetap solat ya. =) Best gak surau dia, ada aircond lagi.. Dapatlah hilangkan lelah dan panas terik lepas bermain kat luar..
Lepas siap solat Zuhur dan Asar, sambung lagi bermain. Lepas tu kitorang pergi melawat stesen Monster Rock. Tengok persembahan pentas macam kat Istana Budaya. Lebih kurang 20 minit juga. Tengok mumia, Frankeinstein dan banyak lagi menyanyi. 

Lepas tamat persembahan Monster Rock, jam pun dah lebih kurang pukul 5.45pm. Then kitorg pergi tengok persembahan daripada Steven Speilberg. Kat sini kitorg dipersembahkan dengan idea-idea arahan Steven Speilberg. Kita dapat tengoklah, macam mana dia arahkan filem. Kalau part hujan macam mana, part letupan macam mana, part guruh macam mana. Best lah juga. 

Sebelum keluar dari USS, kitorg sempat pergi main Transformers lagi. Best lah katakan.. =p
Then lebih kurang pukul 7pm tu kitorg pun turun ke basement parking. Bas dah sedia menunggu. Beri tiket, dan bas terus bergerak menuju pulang ke Johor Bahru. Berbuka puasa lebih kurang pukul 7.16pm dalam bas, atas Second Link di antara Singapura dan Malaysia. =)

Ok sampai sini saja coretan USS kali ni. Kepada yang dah pergi USS mesti rasa biasa je, tapi kepada yang belum ke USS, bolehlah pergi, memang berbaloi. Ada orang kata mahal. Yup, memang mahal, tapi pada saya, USS telah dibina dengan satu komitmen yang tinggi untuk membawa dunia fantasi ke dunia realiti. 

Akhir kata, I have enjoyed my 1 day holiday trip in Universal Studios Singapore! =)

P/S: Untuk update terkini USS, sila klik sini ==> Universal Studio Singapore 2.0

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan 1433H

0 comments

Assalamualaikum semua~ =)

Ketika saya sedang menulis blog post ini, kalendar Islam baru sahaja memasuki bulan yang penuh dengan kurniaan Allah SWT iaitu bulan Ramadhan Almubarak.

Alhamdulillah, kita semua masih diberi peluang, kesempatan dan umur untuk merasai dan menikmati kehadiran bulan yang dapat meningkatkan darjat umat Nabi Muhammad SAW berkali-kali ganda melebihi daripada darjat seluruh umat nabi-nabi Allah SWT yang terdahulu.

Pada tahun 2012 ini, saya menyambut kehadiran bulan Ramadhan sebagai orang yang sudah bekerjaya. Tidak seperti tahun-tahun terdahulu, hanyalah sebagai seorang pelajar.

Saya masih ingat kenangan-kenangan manis ketika berpuasa di zaman belajar dahulu. Semuanya serba ringkas. Nasi bungkus pukul 12 tengah malam menjadi hidangan waktu bersahur dan bazaar Ramadhan menjadi pilihan utama untuk juadah berbuka puasa. Malah ketika di Cyberjaya dan Putrajaya dahulu, kerap juga berbuka puasa di Masjid Putrajaya dan Masjid Besi Putrajaya, dapat makan free lah katakan.. =p

Ketika belajar di CUCMS dahulu juga, saya berkesempatan untuk menyertai Qiamulail yang diadakan oleh hampir setiap bulan Ramadhan. Indah kenangan bersama sahabat-sahabat meraikan bulan Ramadhan walaupun dalam serba kekurangan..

Semua itu antara kenangan manis bulan Ramadhan ketika masih lagi di zaman belajar. Kini keadaannya sedikit berbeza, rasa juga berbeza. Alhamdulillah, rasa syukur dengan rezeki yang Allah kurniakan ketika baru bermula di alam pekerjaan. Alam pekerjaan ya, alam perkahwinan belum lagi.. =p

Pada bulan Ramadhan kali ini, saya secara peribadi merasakan ia seakan satu ruang untuk membolehkan kita berubah ke arah yang lebih baik. Dengan datangnya Ramadhan, insyaAllah kita akan menjadi orang yang lebih berdisiplin dan terkawal, jika kita betul-betul berusaha menjaga ibadah puasa kita.

Sukar sebenarnya untuk mengungkapkan atau menggambarkan rasa gembira dan seronok apabila datangnya bulan Ramadhan. Rasa ini tak sama seperti dulu.. Semoga Ramadhan kali ini memberi makna yang besar dalam diri kita semua..

Sesungguhnya ibadah puasa adalah satu perintah daripada Allah kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa. Dalam surah Albaqarah ayat 185, Allah berfirman (dengan maksud):

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. 

Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. 

(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. 

Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. "

Salam Ramadhan buat semua muslimin dan muslimat. Jaga solat, jaga kesihatan, jaga akhlak.

-Nizam Malek

Status 23

0 comments


Saya sangat stress di tempat kerja.. 
Rasa nak luah pada semua.. 

Tapi bila balik, semua rasa itu hilang, 
dan saya maafkan saja semuanya.. 


I dont work to please people.. 
I work for Allah.. 

Semoga terus diberi kekuatan dan positivi untuk terus berjuang 
dalam senyuman yang mungkin kian pudar.. =)

Sunday, July 15, 2012

Status 22

0 comments


Tiada mood nak blogging..

Tiada mood nak buat apa-apa..

Hmm...........................................................

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.