Wednesday, March 24, 2010

Love Letter 4 U

3 comments


Jom baca love letter ni. Renungan untuk kita semua.


Maafkan aku X,
Petang tadi kita berjalan bersama berdua di taman bunga...
Kau katakan padaku ada urusan yg ingin diperkatakan.
Jadi akhirnya aku setuju keluar...
Rupanya kau ingin keluar & inginkan teman berbicara
Setelah penat menelaah agaknya...

X,
Sepanjang pergaulan kita... kita hanya berbicara pabila ada urusan tertentu..
Tapi hari ni... kau inginkan aku berbicara tentang bunga, cuaca, sungai dan rerama...
Kau katakan tiadalah indah
Jika kita hanya berbicara tentang pathology, biochemistry, histology, pharmacology & anatomy..
Kau ingin aku jawab persoalan.. dan makan ke? Makan apa tadi? Minum ape?....

X,
Kau tanya padaku... kenapa bila berbicara aku tak pandang anak matamu...
Itulah 'body language' yang tepat bila berbicara...
Ya aku tak nafikan..
Kau kata... hanya sesekali kupandang mukamu...
Kadang-kadang seolah2 kau bercakap dengan rumput dan bunga...
Aku pula, kalau tak tunduk hanya merenung awan dan kanak2 sedang bermain di taman.
Maafkan aku...

X,
Kau melihat pasangan2 di taman bunga berpegangan tangan..
Kau komen... betapa romantisnya mereka...
Kenapa tidak kita... kau tanyakan padaku.
Kenapa tak kita seperti merpati dua sejoli...
Kenapa tak kita seperti rerama berterbangan...

X,
Ya... Aku akui... seperti dalam Surah AnNabaa'
Tuhan ciptakan kita manusia berpasangan...
Hanya Dia yang tunggal..

Tapi X,
Fahamilah... kau bukan milikku... Kerana kau bukan isteriku...
Sekalipun aku menerima yang kau kekasihku...
Aku tiada hak untuk merenung anak matamu...
Aku tiada hak memegang tanganmu..
Aku tiada hak mengucapkan rindu padamu...
Aku tiada hak mengucapkan aku cinta padamu...
Aku tiada hak untuk bertanya soalan2 mesra...
Berkongsi perasaan suka & duka bersamamu...
Mungkin sebagai teman ya... tapi ada batasnya...
Semuanya hak tadi hanya dapat kuberikan untuk seseorang...
... yang bernama isteriku...



X,
Muhammad S.A.W katakan yang aku akan jadi terbaik sekiranya...
Aku berlaku lemah lembut & berkasih sayang kepada ahliku (isteri & anak2).
Tiada pula terjumpa pesanan dari Muhammad untuk aku berkasih sayang pada tahap itu...
Selagi kau masih temanku...
Maafkan aku...
Mungkin nanti andai Tuhan pertemukan jodoh kita...
Kau ingatkanlah padaku...
Aku mesti membantumu mengemas rumah, menjaga anak, memberi nafkah.
Aku mesti meluangkan masa bersamamu berjalan di taman bunga..
Tatkala itu.. doakan aku menggenggam erat tanganmu.
Doakan aku dapat merenung anak matamu...
Kita kan berbicara tentang ikan di tasik, rerama berterbangan bersama...
Cuaca yang indah... Kita kan renung bersama segala keindahan ciptaan ilahi...

X,
Andai aku terlupa...
Ingatkanlah aku bahawa hidup & matiku hanyalah untuk Allah.
Ingatkanlah aku... Kekasihku yang pertama melebihi ibuku & diriku adalah Muhammad S.A.W,
Ingatkanlah aku... Semuanya hanya akan berlaku dengan izin Allah.
Tuhan yang merancang & menciptakan alam...
Tiada satu daun pun gugur melainkan dengan pengetahuanNya.
Tiada bertemu dua zarah melainkan semua dalam KitabNya.
Dialah yang Maha Berkuasa.
InsyaAllah.

Temanmu,
Y


(Petikan dari risalah love letter karya Bureau of Leadership & Training PPIM SC, CUCMS)

Kempen Cinta & Sambutan Maulidur Rasul

0 comments

Assalamualaikum,

Sepanjang seminggu yang lepas, Persatuan Perubatan Islam Malaysia Student Chapter, CUCMS telah menganjurkan Kempen Cinta dan Sambutan Maulidur Rasul.


Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program tersebut seperti Pertandingan Multimedia, Pertandingan Nasyid, Persembahan Pentomim, Booth Jualan, One Ringgit Corner, Kotak "Soal Hati", Edaran Risalah berkaitan Cinta, Kursus Kahwin dan lain-lain.

Aku berkesempatan menyertai beberapa aktiviti yang diadakan dan Alhamdulillah, dapat jugalah pengisian kerohanian walaupun kebanyakannya dijalankan secara santai dan terselit gelak ketawa. Congratulation to the juniors yang did a go job for the program. It's not bad. =)

Berikut adalah antara aktiviti program yang sempat aku sertai:

1) Forum 'Ketika Cinta Berbicara'

Forum yang berpaksikan permasalahan atau isu berkaitan cinta sememangnya hangat diadakan untuk pelajar IPTA/IPTS. Walaupun mungkin dipandang sinis orang segelintir pelajar atas bermacam-macam alasan, tapi bagi aku ia agak 'bernilai' dalam menerapkan pendirian sebenar ajaran Islam terhadap isu cinta. Bukakan minda, lapangkan hati untuk mendengar pendapat ahli-ahli panel berkaitan permasalahan yang timbul berkaitan cinta sebelum nikah dan sesuaikannya dengan situasi diri kita sendiri.

Ahli-ahli panel yang dijemput adalah penulis buku Bila Allah Menduga Kita; Saudara Syed Alwi Al-Attas (Pak Alwi) yang dibawa khas dari Jakarta (wah.. =)) dan Dr Cinta dari Iluvislam.com, saudari Wan Siti Nur Aisyah. Aku amat tertarik dengan hujah dan cerita Pak Alwi berkaitan persepsi dan pendapatnya berkaitan cinta. Berbicara secara santai, tapi points nya tepat dan mudah difahami.


2) Pertandingan Nasyid

Tahun ni ada 4 kumpulan yang bertanding untuk pertandingan nasyid ni. Kebanyakannya student 1st dan 2nd year lah kan. So tahun ni aku cuma jadi penonton. Ada few juniors yang ada bakat dalam nasyid. Terpikat dengan gabungan suara kumpulan yang menang naib juara. Walaupun cuma bertiga, tapi paduan suara mereka harmoni dan jelas. Tahniah kepada yang menang. (Tapi mungkin korang tak boleh menang kalau kitorg masuk bertanding juga.. hehe..)

3) Pertandingan Multimedia

Juara Pertandingan Multimedia ni adalah Low Cost Production Sdn. Bhd. dengan tajuk Di Sebalik Misteri: Edisi Maulidur Rasul. Walaupun video tu yang 2009 punya, tapi still dapat memenangi hati juri. Wakil farmasi student pula dapat no 2. Tapi aku tak sure video yang mane diorg hantar.

4) Booth IluvIslam.com

Malam terakhir dinamakan Malam Tautan Kasih. Aku 'menyenggek' di booth IluvIslam.com. Booth tu dihandle oleh Ilyas dan senior Ridzwan. Antara product jenama iluvislam.com yang dijual ialah button badge, pen, tabloid, serta sticker kereta dan motorsikal. Selain tu ada juga jual buku-buku motivasi dan keagamaan terbitan PTS publishing Sdn Bhd seperti Solat SMART dan Super Muslim.

We did share some information berkaitan IluvIslam.com dan aktiviti-aktiviti sosial yang akan diadakan nanti. Kepada yang selalu terdorong pada perkara-perkara yang tidak sihat dan ingin berubah ke arah kebaikan, apa kata join aktiviti-aktiviti sebegini. Selain dapat meluaskan jaringan persahabatan, kita dapat membina sahsiah diri yang baik secara tidak langsung.

____________________________________________________________________

Congratulation to committee members (juniors 1st year dan 2nd year (CUCMS)) yang telah menjayakan program ini dengan baik. Walaupun sibuk dengan study, Personal & Professional Development (PPD) camp dan lain-lain, I could see your positive attitude in working together as a team for the program. All the best to all.

Monday, March 22, 2010

Banner Maker Service

0 comments

~Service Mencipta Banner~

Anda pemilik blog/website menjual?

Ingin jana traffik ke blog/website anda?

Ingin gunakan teknik promosi banner di facebook?

Berminat tapi tak tahu macam mana nak buat banner??

Dapatkan tawaran menarik di sini SEKARANG!!

Perhatian kepada bloggers yang sedang mencari service mencipta banner promosi!! Promosi banner dipercayai sebagai antara sumber pengiklanan yang berkesan terutama dalam proses memperkenalkan blog atau website yang menjual (online shop).


-Blog/website menjual tanpa pengunjung ibarat kedai runcit yang terletak di hujung dunia-


Dengan memiliki banner di laman sosial atau ruang sembang (chatting), kawan-kawan anda akan berasa lebih mudah untuk access ke blog atau website anda. Semudah dengan satu klik sahaja!


Mahukah anda memiliki banner yang menarik dan dapat mengajak kawan-kawan melawati blog atau website anda?


Seterusnya, mahukah anda menarik trafik yang tinggi dan berterusan ke blog/website anda?


Dengan janaan trafik yang tinggi dan berterusan, blog/website menjual anda akan mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk mendapat lebih ramai pelanggan!



Kami menawarkan service :

  • Design menarik untuk banner blog atau website anda
  • menyediakan html code/link banner untuk aktiviti promosi anda. Anda boleh promosikan banner anda di facebook, myspace, website atau di mana-mana sahaja yang anda mahu. Kami akan sediakan html code yang sesuai


Bagaimana caranya? Anda hanya perlu sediakan maklumat seperti berikut:

  • nama blog/website anda
  • tagline
  • alamat url blog atau website anda
  • warna background pilihan
  • size pilihan (120x240, 125x125 dan sebagainya)


Seterusnya, kami akan designkan banner untuk anda. Setelah siap kami akan send gambar banner dan jika anda berpuas hati, kami akan serahkan code html yang bersesuaian untuk tujuan promosi blog/website anda itu.


Demi pelanggan yang dihargai, kami akan cuba siapkan banner dalam 48 jam.


Kami menggunakan software berkuasa tinggi seperti adobe photoshop CS3 dan software sokongan yang lain untuk menghasilkan banner yang berkualiti untuk anda.


Kini anda berpeluang meluaskan prospek online business anda ke tahap yang lebih baik!


Kebaikan memiliki banner? Banner boleh digunakan untuk:

  • mempromosikan blog/website anda di facebook
  • backlink kan blog/website anda di blog orang lain dengan wajah yang lebih professional
  • tiada tarikh luput; anda boleh gunakan banner anda itu pada bila-bila masa


Service ini sesuai untuk:

  • bloggers yang ingin mempromosikan blog mereka
  • bloggers yang tidak mahu menghabiskan masa/tidak tahu membuat banner
  • bloggers yang kurang mahir dengan teknik code html
  • pemilik website menjual yang ingin menjana trafik lebih tinggi setiap hari
  • newbies online yang ingin memiliki banner tersendiri (customize)


  • Kami sentiasa mementingkan kualiti terbaik. Anda pasti suka!
  • Kami masih menawarkan harga yang cukup murah, serendah RM20 sahaja!!
  • Untuk pengetahuan, anda boleh dapatkan service ini di tempat lain pada harga RM70-80 untuk satu banner
  • Kami yakin anda akan berpuas hati dengan hasil kerja, harga dan customer service yang kami berikan
  • Bonus tambahan, kami akan berikan khidmat nasihat untuk anda melakukan promosi banner di facebook

Contoh banner yang telah kami hasilkan :


BannerFans.com

BannerFans.com


Antara customer kami yang telah berpuas hati dengan banner ciptaan kami dan


mula menjana trafik ke blog/website mereka ialah:


BannerFans.com

BannerFans.com

BannerFans.com

(Sila klik banner di atas untuk melawat blog/website customer kami)



PAYMENT

Bayaran boleh dibuat secara online ke :-



Ahmad Nizamuddin Bin Malek Reedzwan (101290076964)

Tiada akaun Maybank?? Jangan risau..


Anda boleh membuat pembayaran secara online transfer

dari mana-mana akaun bank anda ke akaun maybank kami dengan menggunakan meps IBG.


Namun, proses tersebut akan mengambil masa 3 hari waktu bekerja

dan pesanan anda akan terus dihantar selepas kami menerima bayaran.


DELIVERY

Penghantaran dan komunikasi melalui email.

mizamio87@yahoo.com

Kami sentiasa memikirkan keselesaan pelanggan,

jadi jangan risau untuk mencuba servis ini : )

Kami berurusan secara professional dan pantas.

Anda akan tahu setelah berurusan dengan kami.


Untuk sebarang pertanyaan,

Sila email kami di

Kami sedia membantu!

TERIMA KASIH

NeeXza


P/S : Jika anda menempah banner untuk pengiklanan berbayar di shopping directory http://blogshoppingdirectory.blogspot.com/, anda akan nikmati diskaun istimewa.


Tawaran ini akan berlangsung sehingga Jun 2010 sahaja. Jadi lekas tempah banner anda hari ini! =)

Friday, March 19, 2010

KLIBF 2010

0 comments


19-28 Mac 2010 ni akan berlangsung Kuala Lumpur International Book Fair 2010 di PWTC. Sepanjang seminggu ni, macam-macam aktiviti jualan buku, sesi bertemu penulis buku, dan lain-lain yang menarik akan diadakan. Antara syarikat penerbit buku yang aku biasa (familiar) ialah PTS Publishing dan TrueWealth.

InsyaAllah esok atau lusa plan nak pergi. Mungkin nak beli few books lagi. For sure buku berkaitan motivasi, pengurusan, perniagaan dan kemahiran-kemahiran tertentu. Dengar-dengarnya ada diskaun sehingga 30% kalau bawa kad pelajar. So apa lagi, borong la ye x..? Hehe tak lah.. kena berjimat-jimat sikit. Dan habis banyak duit kot ni.. =p

Anyway, Dr Irfan Khairi kata, jangan kedekut atau takut untuk laburkan duit demi ilmu. Belajarlah perkara yang akan improve diri dan ia penting untuk masa depan kamu sendiri. Tapi buku dan notes course work pun macam tak habis baca je, nak tambah lagi ke..? Hehe..

Cuma berpada-padalah. Kalau beli buku, pastikan kita baca dan amalkan ilmu yang kita dapat tu. Ia akan jadi membazir kalau beli, tapi cuma letak di rak sampai berhabuk.

Jadi tipsnya, kalau nak beli buku, beli buku yang kita minat. Buku yang kita rasa betul-betul nak tahu sesuatu dari isinya. Dari situlah minat membaca akan timbul dan seterusnya menjana minda yang lebih aktif dan kreatif.

InsyaAllah pesta buku sebegini adalah program yang sihat untuk rakyat Malaysia terutamanya generasi muda. Peluang yang ada ini perlu digunakan dengan sebaiknya untuk bersaing dalam dunia global yang penuh perlumbaan berkaitan maklumat dan informasi. (maklumat dan informasi tu sama tak? =p)

Jadi jom kita membaca!! =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.