Friday, February 26, 2010

Yuhuu exam sudah habis lah!

0 comments

Alhamdulillah, dah berjaya menjalani exam mid sem selama 4 hari berturut-turut. Mencabarlah juga.

First exam pharmacognosy. Senang, biasa and susah semua ada. Kira cukup resepilah. Cuma part Madam Semira aku rase aku tak jawab dengan sepenuh hati. Hmm, harap-harap ada markah kesian lah.. heheh..

Second exam plak toxicology. Oklah, tapi tulah, bila MCQ ada negative marking, semua cemas nak tembak menembak. Takut terpijak periuk kera. Silap-silap meletup, habis markah. Heheh. Tapi dapat siapkan paper toxicology tu dalam masa yang ditetapkan.

Third paper plak Pharmacology of Central Nervous System (CNS). Ini paper paling mencabar bagi aku. Soalan die, perh~ memang nervous (cemas) lah.

Banyak soalan MCQ yang aku tinggalkan. Takut hilang markah macam tu je. Mechanism of action, uses and adverse reaction for each anti depressant drug kene tulis. Berperang dengan masa lagi. Fuh!

Hari ke empat ade 2 paper. Pagi Pharmaceutical Care dan petang Vetenary pharmacy. Paper Pharm Care start pukul 9 pagi. So malam tu aku awal-awal dah tido. Tapi tak tahu kenape, aku rase cuak je pagi tu.

Mungkin sebab pharmcare ni jawapan die bukan fact dan boleh pelbagai-bagai. Kalau jawapan diterima oklah, kalau tak.. hancus lebus~ Ohya, aku rasa jawab MCQ pharm care paling best. Hehe.

Veterinary pharmacy plak banyak gila notes nak baca. Nasib baik ada study guidelines. Thanks Prof Adnan. Kira membantu jugaklah.

Dah habis exam=Merdeka!! Banzai!! Yuhuu!!

Sunday, February 21, 2010

Mid Sem Exam Week

2 comments

Esok bermulalah peperiksaan pertengahan semester untuk pelajar farmasi CUCMS.

Jadualnya seperti dalam gambar di bawah:


Wah, PUBLIC HOLIDAY tu besar je nampaknya. =p

Hmm, so amacam preparation? Dah ready?
Oklah, sikit-sikit.

Anyway, mid sem kali ni berbahaya juga sebab ada negative marking untuk Multiple Choice Questions (MCQ). Maksudnya kalau salah jawab satu soalan, markah kena tolak 0.5. Wah, kejam-kejam. =D

Tak pe, dah faculty decide buat macam tu, terima sajelah. Mungkin ada hikmahnya. Hehe.

Mid sem exam kali ni 4 hari je, untuk 5 subjek. Rasa oklah sebab baru lepas cuti seminggu, ada masa lah juga nak baca-baca, study-study sikit. Kalau tak cemas jugak kan~ =D

Subjek yang paling banyak nak baca ialah Veterinary Pharmacy. Bertimbun-timbun notes nya. Hope soalan senang lah ye Prof Adnan a.k.a Prof BM (Prof Berhati Muda) =D

Anyway, exam is exam. Ada yang cakap exam ni medan untuk test kita faham tak topik yang kita belajar.

Ada juga yang kata exam cuma untuk mereka yang berjaya cramp semue info malam sebelum exam. Ada lagi yang cakap exam ni cuma ditentukan oleh nasib.

Tak kurang juga yang kata exam ni patut dihapuskan!

Hmm, macam-macam. Tapi tak kesah lah apa pun, exam mesti dilalui. Student life tanpa exam mesti bosan kan? Xrasa stress2. Hehe..

Oklah, cukup sampai sini dulu. I need to do some preparation lagi before rehat (tido) untuk exam esok pagi.

Kalau siapa-siapa yang terbaca post ni, jangan lupa doakan kami semua berjaya dalam exam nanti ya. =)

All the best to All!!

Thursday, February 18, 2010

Carry on~

0 comments

Aku kat inventQ. Tengah dok lepak kat meeting room tunggu supervisor habis meeting.

Penatnye rase, bekerja macam tak berhenti. heheh.

Nyway, cuti seminggu, dan next week mid sem exam.

Hari ni dah hari khamis, dan aku baru nak start buka notes, study.

Hari-hari sebelum ni sibuk dengan urusan research project; distribute questionnaires.

Mungkin ramai kawan-kawan lain yang dah mula study lebih awal sejak mula cuti raya cina dan mid semester. Adakah aku dah ketinggalan?

This is life..

Hmm, nyway, better late than never. Sementare tengah menunggu ni, eloklah aku study sikit.

Plan nak baca Pharmacology of Central Nervous System (CNS).

Aku minat sebenarnya subject ni. =)

Oklah, nak study dulu.. C yah!

Wednesday, February 17, 2010

Let's answer the free questionnaires!!

2 comments

Kajiselidik ini adalah sebahagian daripada kajian bertajuk “Dispensing Separation: Malaysian Community Knowledge and Perception” yang sedang dijalankan oleh Ahmad Nizamuddin Bin Malek Reedzwan, pelajar tahun ke-3 jurusan Ijazah Sarjana Muda Farmasi dari Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS), Cyberjaya.

Kajian ini diselia oleh Puan Wan Sazrina Wan Zaid dan Puan Aslinda Jamil.

Anda boleh menyertai kajian ini secara percuma dengan menekan banner di bawah ini:

BannerFans.com

Anda memerlukan lebih-kurang 10 minit untuk menjawab keseluruhan set soalan ini.

Arahan: Sila klik pada pilihan jawapan anda.

Preview soalan:


Setelah selesai, anda hanya perlu klik 'Finished'

Glosari:

‘Dispensing Separation’ bermaksud pengasingan fungsi doktor dan ahli farmasi di mana doktor hanya membuat diagnosis penyakit dan mengeluarkan preskripsi manakala ahli farmasi mempunyai hak untuk mendispenskan ubat kepada pesakit mengikut preskripsi yang diberikan oleh doktor.

Dispens bermaksud menyerahkan ubat kepada pesakit.

Preskripsi bermaksud surat kebenaran daripada doktor untuk mendapatkan bekalan ubat.

Ubat terkawal bermaksud ubat-ubat yang memerlukan preskripsi daripada doktor untuk didispenskan. Contohnya ubat batuk.

Hasil kajian ini adalah amat penting untuk menilai persepsi sebenar rakyat Malaysia terhadap cadangan pelaksanaan ‘Dispensing Separation’ di Malaysia.

BannerFans.com

Penyertaan anda amat-amat dihargai. =) Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.