Wednesday, January 20, 2010

Memuhasabah diri

2 comments

Hmm, inilah gayanya bila semalam tidur lewat. Lunyai semacam. huh. Sejak 12 tengah malam ke 4 pagi, sibuk mengkaji penggunaan Adobe Photoshop Illustrator CS3.

Akhirnya cuma penat dan mengantuk.

Bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan ilmu baru. Tidak boleh gelojoh, dan yang penting kena bermula dari yang basic sebasic-basic nya.

Kenapa nak beralih pada Adobe photoshop? Itulah dia, kalau dah terlalu ghairah mengejar peluang besar di hadapan, sehinggakan kebaikan yang ada di depan mata bagai tidak dihargai.

Tak ingat bila. Tapi pernah teringat kata-kata seorang penceramah masa di sekolah dulu.

Beliau menyatakan "Semakin banyak kita belajar, kita akan dapati semakin bodoh diri kita."

First time dengar rasa macam, apa la en. penceramah ni mengarut. Kalau kita belajar, mestilah kita jadi lagi pandaikan.

Hmm, mungkin juga kata-kata beliau tu boleh dipadankan dengan pengalaman semalam. Contohnya bila nak belajar Adobe photoshop, sejak pukul 12 tengah malam.

Makin lama cuba faham, makin rasa lebih bodoh jadinya. Real tul. Huhu.

So nak teruskan belajar atau tak sebenarnya ni? Nanti jadi lagi bodoh macam mana? Bukan itu maksudnya.

Sebenarnya maksudnya begini. Kita selalu berbangga-bangga bila kita jadi pakar atau pandai dalam sesuatu bidang.

Contohnya kita pandai sangat matematik.

Semua soalan kita boleh jawab, macam petik jari saja. Hingga satu tahap, kita rasa kita terlalu pandai, dan orang lain yang tidak mampu itu nampak dungulah sangat di mata kita.

Kita mula rasa hebat, agung dan kadang-kadang riak. Tapi sebenarnya ilmu yang kita ada hanyalah umpama setitik di seluruh lautan. Kita tidak sedar bahawa orang lain juga ada ilmu mereka tersendiri.

Dan bila kita cuba mengetahui ilmu orang lain, yang kita sendiri tidak dapat kuasai, maka barulah kita tahu yang terlalu luasnya segala ilmu yang ada dan rendahnya diri kita di sisi ilmu.

Tuesday, January 19, 2010

Membongkar rahsia pada Al-Quran

2 comments

Post ini adalah sambungan untuk post yang terdahulu dalam kategori Islam berkaitan Surah Al-Waqiah. Sebelum ini, maksud Surah Al-Waqiah telah pun diberikan terjemahannya.

Sebagai mukaddimah, surah Al-Waqiah merupakan surah yang ke-56 di dalam Al-Quran dan terletak pada juzuk ke 27 serta terdiri daripada 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana terdapat lafaz pada ayat pertama surah ini yang bermaksud kiamat. Surah Al-Waqiah ini menerangkan berkaitan hari kiamat iaitu pembalasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari kebangkitan.

Dan menariknya, surah ini terkandung beberapa fadhilat yang amat besar untuk sekalian umat Islam dari aspek ekonomi.

Sabda Rasullulah S.A.W. yang bermaksud; “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”(Didengar dan disampaikan oleh Abdullah Ibn Mas'ud)

Apakah yang kita lakukan bila kita tiada duit? Simpanan makin susut, atau mungkin juga pulangan perniagaan yang dirancang dan diharapkan tidak mendatangkan hasil? Adakah kita kembali kepada jalan yang sebenar, atau kita mula mencari jalan pintas dengan melakukan kemungkaran yang akhirnya merugikan diri kita sendiri?

Sering kali kita mengeluh dan pasrah pada masalah kewangan. Ibarat apa yang ada tidak pernah cukup. Lebih buruk lagi, kita mula mempersoalkan rezeki orang lain sehingga timbulnya perasaan hasad dengki dan iri hati pada kejayaan orang lain. Tapi itulah realitinya.

Bukanlah kita terlalu ingin mengejar kemewahan dunia, tetapi sedarlah, dengan kekuatan ekonomi yang teguh serta digunakan pada jalan yang benar, pastinya kita dapat membantu menegakkan syiar Islam di atas muka bumi Allah ini.

Dan jika diperhatikan pesanan rasulullah melalui sabda di atas, kita bukan saja telah diajar cara yang sebenar untuk keluar daripada zon kesempitan kewangan, malah rahsia kekayaan itu telah terbentang dengan jelas dan nyata.

Sebenarnya, terdapat banyak fadhilat atau kelebihan jika kita cuba mengamalkan surah Al-Waqiah. Cukuplah jika dapat saya kongsikan satu sahaja kelebihannya iaitu bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya. (Hadis Riwayat Imam Al-Baihaqi)

Kenapa perlu kita jauhkan diri daripada rahmat yang hakiki. Yakin dan gembiralah kerana istimewanya kita berada dalam nikmat keislaman yang penuh keredhaan dan keberkatan.

Kembalilah pada sunnah dan Al-Quran. Segala panduan yang lengkap, tepat dan tajam ada di situ. Dan jika kita benar-benar beriman pada tali Allah iaitu Islam, kita tidak akan pernah gusar pada kesusahan. Kerana pertolongan rezeki daripada Allah sentiasa ada.

Berdasarkan pencarian/googling, saya dapati ada sebilangan ulama' yang berpendapat hadith ini adalah hadith dhaif kerana tidak terdapat dalam buku-buku hadith utama seperti Sahih Al-Bukhari, Muslim dan lain. Namun sudah pasti membaca mana-mana surah di dalam Al-Quran akan mendatangkan ganjaran besar daripada Allah SWT sama ada di dunia ataupun di akhirat.

Semoga post kali ini membawa manfaat kepada pembacanya. Ilmu yang baik adalah untuk dihayati dan diamalkan serta lebih bermakna jika dapat disampaikan kepada yang lain. Wallahualam. =)

P/S : Mahu baca surah Al-Waqiah dan terjemahannya dalam bahasa melayu yang mudah difahami? Sila klik di sini.

Friday, January 15, 2010

Peluang memulakan pengalaman perniagaan!

2 comments

Khas kepada yang suka perniagaan!!

  • Anda mahu mencuba bidang perniagaan?
  • Amat berminat tapi tak tahu produk apa nak dijual?
  • Mahukah anda menjual sesuatu yang amat mudah untuk dijual?
  • Dan sudah pasti, keuntungan komisyen jualan adalah milik anda. Ya, milik anda!

Berita baik, kami ingin memperkenalkan kepada anda, satu peluang keemasaan bagi yang mahu menjana pendapatan tanpa bersusah payah membina platform perniagaan yang berisiko kerugiaan. Kami tahu anda berminat, jadi sila teruskan membaca hingga ke akhir post ini.

Tahukah anda bahawa niche market amat penting dalam rancangan perniagaan? Niche market merupakan satu term yang digunakan untuk menggambarkan prospek demand yang tinggi daripada pengguna/pembeli kepada produk yang kita jual.

Bayangkan jika niche market anda besar dan berterusan, anda tidak perlu bersusah payah mencari orang untuk membeli produk yang anda jual, sebaliknya, orang ramai yang akan berkejar mencari anda. Dengan itu, secara mudah anda dapat menjana pendapatan sedikit demi sedikit secara berterusan.

Dunia hari ini ibarat kosong tanpa komunikasi. Hampir setiap remaja dan dewasa memiliki sebuah handset. Kadang-kadang ada yang menggunakan 2 buah handset serentak, satu untuk nombor personal, dan satu lagi nombor untuk business dan urusan luar.

Lihat saja begitu pesat penggunaan handset dewasa ini. Saban hari manusia berkomunikasi tanpa mengira sempadan waktu. Kerana itu juga perniagaan telefon bimbit amat pesat membangun kerana niche marketnya amat tinggi.

Jika kita melihat peluang ini dari sudut yang lain, kita akan dapati bahawa penjualan top up untuk handset adalah peluang terbaik kerana ada saja yang mahu menambah nilai baki kredit mereka; hampir setiap saat!!

Tapi di manakah kita boleh dapatkan bekalan top up untuk dijualkan? Beli dari Maxis, Celcom atau Digi? Tidak perlu lagi begitu. Kini lebih mudah kerana ada beberapa syarikat yang bersedia menyediakan program top up secara online iaitu melalui sms.

Ia amat mudah kerana anda tidak perlu menyimpan stock kad top up, tapi sekadar memesannya secara online dan nombor handset pelanggan anda akan terisi mengikut jumlah yang dimahukan. Seterusnya, anda akan dapat komisyen daripada penjualan itu. Dengan sebegitu mudah, anda telah pun mula menjana wang melalui penjualan top up tersebut.

Bayangkan lagi, jika semua kawan-kawan anda hanya membeli top up daripada anda, sudah pasti anda dapat memperoleh pendapatan yang baik dari bulan ke bulan. Dan yang lebih menarik lagi, setelah anda konsisten dalam penjualan top up ini, anda akan lebih selesa dengan konsep perniagaan yang lebih luas.

Anda akan lebih faham apa itu perniagaan dan anda akan rasa lebih seronok untuk mencuba perniagaan lain yang lebih mencabar pada masa akan datang berpandukan pengalaman menjual top up ini.

Baiklah, jika anda sudah dapat gambaran bagaimana program ini berlangsung, kami perkenalkan organisasi yang mampu memberi ruang kepada anda untuk menjana pendapatan melalui penjualan top up; iaitu FlexireloadBiz!!

BannerFans.com

(Sila klik banner di atas untuk mengenali cara-cara menjadi agen jualan top up)

Rebutlah peluang julung-julung kali ini sebelum orang lain memulakannya dulu!!

P/S : Tiada yang mudah dalam hidup ini tanpa usaha yang jitu. Lakukan sesuatu untuk diri anda sendiri. Bermula kecil untuk mencapai kejayaan yang besar =)

Ubat selain ubat

6 comments

Fuh, baru balik dari main futsal di Century Square, Cyberjaya. Kali ni main dengan kawan-kawan bpharm je. Practice untuk National Pharmacy Sports Day (NPSC) di MSU mac 2010 nanti.

Tak tahu kenapa, sebelum keluar, aku rasa demam seram sejuk.. 50-50 nak pergi ke tak. Tapi aku pergi juga tanda sokongan pada training session team futsal CUSPS untuk ke NPSC tu. Ingat nak pergi tengok ja, last-last main sampai habis kot. =P

Rasa amat puas, macam dah lepaskan bebanan yang cukup berat selama ini. Aku bebas berlari, tak macam semester lepas, 2 minit pun aku tak tahan. Mungkin exercise cycling masa cuti hari tu dah berjaya improve cardiovascular system aku kot. Papepun, memang rasa seronok lah tadi.

Lepas habis main dalam 12.15am macam tu, kitaorang pergi makan kat D'Ariff. Apa lagi, order Chicken Chop. Makan betul-betul, dah tak kira pantang cholesterol, yang penting makan. hahah.. Pastu borak-borak dengan diorg pasal kenangan kat kem terendak, Basic Life Support (BLS) kat Sungai Congkak dan research project yang akan dibuat nanti.

Kini aku di rumah. Aku rasa lain dari sebelum keluar rumah tadi. Aku rasa lebih bersemangat dan cool. Dah kurang dah rasa demam tu (yang tak kurang walaupun makan ubat). Hmm, mungkin.. Mungkin juga sakit kali ni bukan panadol, antibiotik, anti-histamine dan steroid ubat nya. Tapi ubatnya perlu keluar, cari semangat di tempat lain, lakukan aktiviti sihat dan dapatkan sokongan tidak langsung daripada kawan-kawan seperti ini.

Wah, this is great to be documented. I have just learnt something new about life. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.