Thursday, January 7, 2010

Berjumpa jutawan!

0 comments

Malam semalam, saya dan kak no telah meluangkan masa menyertai satu "Seminar Keusahawanan - Pembuka Tirai 2010" yang telah dianjurkan oleh Peoplepreneur Business School.
Seminar ini diadakan di Hotel Tropical Inn, Johor Bahru dan merupakan preview percuma untuk "Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan" yang akan mereka adakan pada 17 Januari 2010 di Hotel Berjaya Times Square nanti.
Apa yang menariknya malam semalam ialah kehadiran speaker jemputan mereka, Abang Abu. Siapakah Abang Abu? Abang Abu merupakan seorang Mentor Jutawan & Motivator Kewangan yang juga pengasas kempen 'Simpan Challenge' pada tahun lepas.

Seminar percuma sebegini sebenarnya adalah salah satu taktik bagi syarikat-syarikat besar untuk menarik perhatian peserta untuk menyertai Seminar/Konvesyen/Workshop/Program berbayar yang akan mereka adakan. Dan harga yang perlu dibayar untuk penyertaan menjangkau RM4k-RM5k.. Perh..

Huhu, saya tidak berminat dengan angka tersebut. Secara peribadi saya suka menyertai seminar-seminar seperti ini sebagai peluang untuk berjumpa sendiri dengan individu-individu yang telah berjaya terutama dari segi motivasi dan perniagaan.

Hasrat awal nak jumpe Dr Irfan Khairi (salah seorang shareholder dalam Peoplepreneur Business School), tapi beliau tak dapat datang. Cuma Abang Abu je yang ada. Saya kurang kenal Abang Abu, tapi pernah lihat beliau di Malaysia Hari Ini (MHI) ketika mempromosikan kempen 'Simpan Challenge' bersama Dr Irfan Khairi. Abang Abu pun abang abu lah~

Abang Abu telah berkongsi pengalaman hidup beliau yang bangkit daripada tragedi kemalangan yang meragut nyawa kedua ibu bapanya sehingga berjaya mencapai status Jutawan pada usia 26 tahun. Beliau juga merupakan pengasas atau CEO 'Now Asia' dan penulis buku 'Kompas Wang'.

Menariknya, Abang Abu telah berkongsi beberapa formula kejayaan dan kekayaan yang agak baru pada saya. Formulanya ialah, "to be successful and rich, you need PHD".

PHD bermaksud:
  • Passion : You need to be passionate in the things you do. Do things that will make you feel fun while doing them. Based on his research, people who love what they do have better financial state and people who don't love what they do mostly will fail at the end.
  • Hunger : You need to ask your self. Do you really want to be successful? If really, you can feel it in your mind and heart. And when you are hunger for success, you don't see anything as obstacle.
  • Desire : Having a dream is not enough. Dream is too small. You need the desire to drive you to achieve something bigger.
Abang Abu juga telah memperkenalkan formula ABCD sebagai rahsia kejayaan beliau.
ABCD bermaksud :
  • A : 25% of success is yours if you have an Aim. You just need one aim. Too many aims doesn't turn you into a millionaire, but multinohair. =P
  • B : Believe in your aim. If you don't believe that you will achieve your aim, you will never get it.
  • C : You need to have the courage to fail, courage to be yourself, courage to be laughed by people and courage to make mistake to learn. It doesn't matter.
  • D : Do it! Success will not come until you go for it. Change your strategy when it doesn't work, but remain the same aim.
Mungkin antara formula tu saya dah pernah dengar, tapi saya jadikan sebagai satu inspirasi dan motivasi apabila mendengarnya sendiri daripada orang yang sudah berjaya seperti Abang Abu. Abang Abu memang best dan kelakar.

Alhamdulillah niat berjumpa Abang Abu dah kesampaian. Harapnya lepas ni dapat jumpa Dr Irfan Khairi pula. =)
Yeay dapat ambik gambar. =D

Sunday, January 3, 2010

Kenangan Eksklusif di Sekolah Rendah

8 comments

4 Januari 2010, sesi persekolahan secara rasminya bermula.

Kringgggggg.........

Ingat lagi masa sekolah dulu-dulu. Malas nak bangun pagi. Mandi macam tak mandi. Tak ada selera nak makan. Sakit perut masa nak pakai kasut. Naik kereta, abah hantar pergi sekolah. Suruh abah bawak laju sikit, dah lewat. Vroom2, tapi kat situ jugak.

Hmm.. hampir 10 ke 15 tahun dah berlalu. Itulah antara kenangan manis masa sekolah rendah dulu. Aku mula kenal sekolah masa umur 7 tahun. Masuk Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 1, Kelas 1 Nilam.

Kalau tak silap, kelas 1 Nilam tu kelas tercorot la kat sekolah tu. Mungkin cikgu-cikgu masa tu masih belum tahu menilai bakat aku masa kat tadika kemas dulu.

Hehe. Masa tu amat daif, tiada kamera yang berjaya merakamkan rupa aku kat sekolah tu. Tiada lah kenangan.

Then aku dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Taman Permas Jaya 2 (SKTPJ2) sebab dekat sikit lah dengan rumah. Masa darjah 2, aku dapat kelas 2 Jujur 4. Then 3 Usaha 1, 4 Yakin 1, 5 Cekap 1 dan akhirnya 6 Jaya 1. Lepas tu semua kelas 1. Heheh.
Gambar mase darjah 3 (1995)
Lokasi same dengan gambar kat atas (2009)

Masa sekolah rendah, aku bukanlah pandai sangat. Tak tahu belajar apa. Pergi sekolah balik sekolah. Aku tak tahu pun ada Peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS).

Aku terpinga-pinga masa cikgu bagi pensel dan pemadam masa berbaris sebelum masuk dewan peperiksaan. Mase darjah 4 baru aku tahu boleh lompat kelas dari tahun 3 terus ke tahun 5. Aku bersemangat nak lompat kelas. Tapi dah terlambat.
Dulu cuma taman, sekarang dah ada pondok
Ade ke taman larangan ni mase zaman aku?

Dulu suke Power Rangers =D

Kat sekolah rendah jugaklah aku mula kenal lompat tinggi. Masih jelas di ingatan saat diperkenalkan sukan lompat tinggi. Sorang-sorang wajib lompat. Ada yang terrer sangat lompat sampai patah palang. Dah semua orang tak boleh main. hehe.

Pastu masa hari sukan meriah sangat. Aku dapat rumah hijau. Wakil rumah untuk game bola baling. Kira kitorang ni team favourite lah untuk menang. Last-last kalah final dengan team rumah biru. Ish, team baik kalah pulak. heheh.
Padang tempat aku berguling-guling dulu. Erh, tiang gol dah hilang?

16 Mei tarikh yang akan selalu diingat masa sekolah dulu. Itulah dia Hari Guru. Inilah masanya sambutan hari guru akan diadakan. Murid-murid akan bersajak, bersyair dan berlakon mempersembahkan rasa sayang dan kasih pada guru.

Sibuk juga fikir nak beli hadiah apa untuk cikgu. Cikgu-cikgu pilihan je dapat hadiah. Nak save cost lah katakan. heheh.. Kini masih ingatkah 16 Mei? Jarang-jarang sekalikan?

Hmm, pejam celik pejam celik, 5 tahun dah aku habiskan di SKTPJ2. Macam-macam kenangan dan pengalaman yang aku dapat dari sekolah tu. Kat sekolah ini jugak lah bermula cerita cinta monyet aku yang panjang berjela.
Dari darjah 2 sampai darjah 6, ada ja cerita cinta. Biasa lah, tak rasa cinta monyet masa sekolah bosan lah kan. Masa darjah 2 tu, first time cuba nak berkenal-kenalan lah. Die memang comel lah. Kire suka lah.

Tapi aku lambat, ade orang dah cop dulu. Aku terreject secare automatik. Kelakar plak bile ingat-ingat balik. Masa aku sekolah dulu, takda handset, takda internet, takda facebook. So medium utama nak meluahkan isi hati, pakai surat la..

So adalah kawan-kawan yang jadi posmen. Bermulalah perang surat cinta. Pantun pen merah pen biru, pecah kaca pecah gelas, surat berisi bedak wangi dan macam-macam lagilah. Ingat lagi antara isi suratnya.. "Please Forget Me" yg sebenarnya si dia maksudkan "Please Forgive Me". =P

Ohya, masa sekolah rendah dulu havoc la permainan Digital Monster (Digimon). Masa tu hampir semua budak-budak lelaki ada digimon masing-masing. Kitorang curi-curi bawak pergi sekolah. Lawan digimon kat belakang barisan masa perhimpunan. Budak perempuan tengok kitorg pelik je. Heheh.
Ni lah digimon namenye

Bagi aku, zaman sekolah adalah paling seronok. Pergi sekolah dengan rasa gembira, dapat jumpa kawan dan makan sama masa rehat. Belajar pun tak lah susah sangat (masa tu rasa susa gile kot, heheh)
Kantin kesukaan, makanan dan air murah. Sedap lagi. =P
Rendah je sebenarnya tempat nak beli air ni. Dulu rasa tinggi. =P
Lepas beli makanan, kene cari tempat duduk

Masa berlalu terlalu pantas. Kini aku hampir ke umur 23. Tolak umur 12, lebih kurang 11 tahun aku meninggalkan SKTPJ2 untuk mengorak langkah mencipta masa depan. Di tempat biasa aku dibentuk. Di situlah tempat asalku, jatuh bangunku mengenal erti ilmu, kemanusiaan dan harapan.

Saturday, January 2, 2010

Demam Akademi Fantasia Bermula

0 comments


Malam semalam saya terlihat iklan di Astro yang menghebahkan bahawa Akademi Fantasia (AF) akan bermula tidak lama lagi. AF telah menjadi acara tahunan yang cukup popular dan mungkin kerana AF juga jualan untuk piring Astro meningkat berlipat kali ganda; sejak 4 5 tahun yang lalu. Fenomena AF adalah amat luar biasa dan telah diperdebatkan kesan baik dan buruknya. Tapi saya tak berminat nak cakap pasal isu itu.

Apa yang saya tahu daripada iklan tersebut, sesi ujibakat akan diadakan di:
  • Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur (9 dan 10 Jan)
  • The Zon, Johor Bahru (16 dan 17 Jan)
  • Redbox, Plaza Gurney, Penang (16 dan 17 Jan)
  • Hotel Promenade, Kota Kinabalu (22-24 Jan)
  • Hotel Merdeka Paca, Kuching (23 dan 24 Jan)
  • dan balik semula ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 30 dan 31 Jan.
Ujibakat ini terbuka kepada warga Malaysia dan Singapura berumur 18 hingga 45 tahun.

Lagu-lagu pilihan untuk peserta lelaki ialah:
  • Situasi (Bunkface)
  • Hujan (Sudirman)
  • Ada Untukmu (Nubhan)
  • Berdendang Dalam Tangisan (Jamal Abdillah)
  • Fikirlah (Aizat)
  • I'm Yours (Jason Mraz)
Lagu-lagu pilihan untuk peserta wanita pulak ialah:
  • Gagap (Stacy)
  • Jika Kau Ubah Fikiran (Mila)
  • Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah)
  • Dan Sebenarnya (Yuna)
  • Di Taman Teman (Siti Nurhaliza)
  • When You're Gone (Avril Lavigne)
Nampaknya mesti ramai yang dah mula 'berpantang' makan dan minum demi menjaga suara untuk menyertai ujibakat yang akan diadakan nanti. Almaklum, beribu-ribu orang nak try jadi penyanyi lah katakan. =P

P/S : Nak download lagu Hujan Sudirman lah.. Mane tahu ade bakat menyanyi.. ahaks..

Saya bukanlah peminat setia atau penyokong AF, tapi jujurnya, tengoklah jugak masa AF1, AF2 dan AF3 dulu. AF yang lain tu kurang tengok sebab sibuk dengan study dan kerja. Lagipun makin lama dah makin tak best sangat je macam. =P Peserta AF yang bagi saya sedap menyanyi, ada bakat dan pakej komersial ialah Mawi, Adam, Aizat dan Kaer.

Mungkin ramai juga yang menentang konsep AF atas bermacam-macam pendapat. Tapi bagi saya AF sekadar hiburan pada waktu lapang dan bosan. Ada Ok, tak ada pun masih Ok. Selain itu, saya suka memerhatikan kelebihan AF dari segi selain hiburan.

Keseorangan berdiri di atas pentas dan berdepan dengan jutaan mata dari dalam studio dan di rumah, keyakinan dalaman seseorang akan dapat dibentuk dengan secara tidak langsung. Teringat kenangan ketika bersyarah, berdebat dan public speaking ketika di pentas sekolah dulu.

Sebagai seseorang yang punya minat dalam business dan marketing, saya suka memerhatikan strategi astro 'memancing' emosi penonton untuk terus melekat dengan siaran mereka. Strategi-strategi tersebut dapat saya perhatikan dalam iklan, hiasan pentas dan isi AF itu sendiri. Jika kita lihat secara positif, banyak benda yang kita boleh belajar daripada penganjuran Akademi Fantasia. Bermula dengan nama yang kecil menjadi satu nama yang gah dalam masa yang singkat
Rumours yang kedengaran ialah Norman KRU, 37 akan dipilih sebagai Pengetua AF8, menjadikannya sebagai pengetua termuda sejak permulaan akademi fantasia. Jika betul, rasanya memang sesuailah.

Saya memang mengkagumi Norman dan KRU atas idea bernas mereka dalam bidang seni muzik dan perfileman. Komitmen dan disiplin kerja mereka sepanjang lebih 15 tahun memang terbukti dan wajar dicontohi.

P/S : Siapa juara AF8? Jawapannya saya lah~ heheh..

Nikmat urusan dakwah

2 comments

Saya masih ingat lagi ketika menjawab soalan-soalan exam untuk paper Pendidikan Islam ketika sebelum SPM dulu. Antara skrip jawapan yang popular ialah, "para ulama' hendaklah turun padang memainkan peranan untuk membendung masalah gejala sosial di kalangan remaja dan belia".

Tahun-tahun berlalu, tiada apa yang berlaku. Para ulama' dan pegawai agama dilihat sekadar banyak berceramah dan memberi nasihat tanpa apa-apa tindakan dakwah yang jitu dalam menyelesaikan masalah kronik ini.
Pada 31 Disember 2009 yang lepas, mantan Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin telah mengambil langkah yang murni dan bertepatan dengan gesaan orang ramai untuk mengawal tingkah laku muda-mudi ketika menyambut tahun baru.

Operasi tersebut dinamakan Ops Dakwah Tahun Baru 2010. Operasi ini telah dirancang dengan baik dan berjalan serentak di Seberang Perai, Pulau Pinang dan KLCC, Kuala Lumpur.

Program ini telah mendapat sokongan dengan penglibatan 80 orang aktivitis dakwah. Antara aktiviti yang dilakukan ialah menyebarkan risalah yang diadaptasi daripada tulisan Dr Asri bertajuk; "Jalan Pulang ke Pangkuan Tuhan Terlalu luas".

Tindakan sebegini memang wajar dan telah lama dinanti-nantikan. Sebelum ini, Dr Asri menyatakan bahawa pegawai agama dan pendakwah perlu lebih agresif dengan ke pusat-pusat hiburan untuk menyedarkan orang awam agar tidak terus terjerumus dengan hiburan yang melampaui batas.
Pendapat Dr Asri ini telah dipandang sinis oleh sebahagian orang dan pernah dikritik oleh mufti dari negeri lain. Saya sendiri pada mulanya tidak pasti bagaimana keadaannya apabila orang agama menyebarkan dakwah di tempat-tempat orang berhibur.

Namun, dengan perancangan yang menyeluruh dan pembawakan yang tidak menyakitkan mata atau membingitkan telinga menyedarkan orang awam, saya pasti program dakwah sebegini akan disambut baik oleh rakyat Malaysia.
Janganlah kita cuma pandai mengkritik pendapat orang lain tanpa memberi peluang kepada mereka merealisasikan idea mereka itu. Nampaknya, operasi ini merupakan permulaan yang baik bagi team Minda Tajdid dalam program dakwah 2010.

Usaha ke arah maaruf dan nahi mungkar seperti ini perlu diteruskan dan disokong pelbagai pihak demi harapan agama Islam di Malaysia pada masa depan.

Saya sebagai pelajar IPTS rasa teringin pula join ops dakwah seperti ini. Mungkin satu hari nanti.. InsyaAllah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.