Assalamualaikum dan salam hormat,
Apa khabar?
Semoga sihat sentiasa di sana.
Saya kini sedang menikmati cuti panjang sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina.
Cuti memang best.
Dapat merehatkan diri daripada kerja yang banyak di pejabat.
Kerja serius banyak kot.
I'm getting super tired.
Saya tak kesah sebenarnya kalau sibuk, tapi saya jadi stress kalau orang tak percaya saya sibuk.
Bila saya kata saya sibuk, orang kata, sibuk apanya Nizam tu...
Saya stress...
Nobody understands me..
Huhu..
Memang stress sebenarnya kalau kerja datang bertubi-tubi.
Semoga Allah meringankan beban yang ditanggung ini.
Amin.
Disebabkan kesibukan ini, maka saya pun dah lama tak update blog.
Ingat nak tulis artikel pasal Dispensing Separation yang kini hangat dibincangkan di peringkat kebangsaan.
Tapi malas lah..
Buang masa je sebenarnya bercakap pasal polisi yang 'dikawal' oleh orang atas/lama yang 'berpengalaman'.
Idea dan pendekatan orang muda macam saya sering di pandang sipi.
Sedangkan idea saya ini bernilai jutaan ringgit.
Har har har.
Ah sudahlah, buang masa sahaja semua itu.
Beri saya ruang dan masa untuk diri sendiri dan sekurang-kurangnya keluarga tercinta.
Oklah sampai sini dulu coretan buat masa ini.
Masih mencari mood dan masa untuk kembali aktif menulis.
Semoga Allah permudahkan segala urusan.
Jumpa lagi!
0 comments:
Post a Comment