Saturday, August 23, 2014

Let's Cross The Bridge!

0 comments

A saying says, 'Don't cross a bridge till you come to it'.
Ramai orang terlalu risau akan apa yang akan terjadi pada masa hadapan.
Risau sehingga menjejaskan emosi semasa, sehingga menjejaskan tugasan yang sedang dilakukan.
Sebenarnya, kerisauan memuncak apabila kita tidak bersedia untuk melakukan sesuatu.
Ketidakpastian membuatkan kita goyah dan cemas.
Sebaliknya, apabila kita telah membuat persediaan yang rapi untuk menghadapi sesuatu, perancangan kita akan lebih terarah dan kerisauan akan dapat dikurangkan.
Kata kuncinya adalah persediaan.
Siapa yang bersedia, akan melintasi jambatan yang perlu dilalui dengan lebih yakin dan selamat.
"Let's cross the bridge when we come to it!" -Nizam Malek

Friday, August 22, 2014

Inspirasi Mentor Di Kota Melbourne

0 comments

Mei 2010.

Lebih kurang 4 tahun lepas, masih teringat ketika saya berada di Melbourne, Australia bersama dengan mentor saya.

Masa berlalu amat pantas.

Ketika dari Malaysia ke Melbourne, saya ada bawa bersama satu buku motivasi yang sangat memberi impak dalam hidup saya.

Tajuk buku tersebut adalah 'The Magic of Thinking Big' Versi Bahasa Melayu (saya suka baca buku dalam Bahasa Melayu), karya hebat David J. Schwartz.

Saya bawa buku tersebut dan saya baca bila ada masa terluang ditemani mentor saya.

Pernah satu ketika semasa saya membaca buku tersebut di bilik hotel, saya ke bilik air dan saya letakkan buku tersebut di atas katil saya.

Apabila saya kembali, buku tersebut masih berada di tempatnya.

Saya buat biasa sahaja dan sambung baca buku tu.

Sekembalinya dari Melbourne, mungkin beberapa bulan selepas itu, tak berapa ingat bila, saya belek kembali buku tersebut.

Di muka surat depan buku tersebut ada satu ayat dicoretkan.

"If You Are Thinking Big, Think Bigger." dengan tandatangan mentor saya.

Gemuruh hati saya membaca ayat ringkas itu.

Itulah hebatnya mentor saya.

Memberi inspirasi pada diri yang kononnya berilmu tinggi, tapi sangat lopong di sana sini.

Terima kasih mentor.

I love you so much.

Semoga Allah sentiasa melindungi dan menyayangi beliau.

-NIzam Malek

Sunday, August 17, 2014

Kekayaan Satu Keperluan?

0 comments

Beberapa belas tahun dahulu, kereta adalah simbol kemewahan.

Bukan semua orang mampu membeli kereta.

Sesiapa yang pergi ke sekolah dengan menaiki kereta akan dipanggil 'anak lord'.

Tapi kini kereta bukan lagi simbol kemewahan.

Hampir semua orang memiliki kereta sendiri dan jalan raya semakin sesak.

Kereta bukan lagi simbol kemewahan, tapi sudah diterima menjadi satu keperluan.

Begitu zaman berubah, begitu manusia berubah.

Pada hari ini, siapa yang mencari kekayaan, akan dipanggil mengejar dunia.

Hakikatnya, pada satu masa nanti, kekayaan akan menjadi satu keperluan.

Low dan middle income group akan ditelan kerakusan monopoli ekonomi dan mendapati mereka sentiasa menjadi mangsa keadaan.

Mereka yang membuat persediaan dari segi kewangan akan dapat menempuhi cabaran kehidupan dengan lebih stabil.

Seperti biasa, apa yang saya tulis akan dipandang serong, dipandang sipi.

Tidak mengapa kita lihat tahun depan atau beberapa tahun lagi.

Mungkin sekali lagi tulisan ini bakal menjadi batu bersurat seterusnya.

Seperti kereta, kekayaan bakal menjadi satu keperluan.

-Nizam Malek
www.NizamMalek.com
17 Ogos 2014

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.