Sunday, July 7, 2013

First and Second Half of 2013


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Apa khabar, harapnya anda semua dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa.

Kini, kita telah pun masuk ke bulan Julai 2013, bermakna, sudah separuh tahun telah dilalui dalam tahun 2013 ini. Begitu pantas masa berlalu, rasa macam beberapa hari yang lepas sahaja merasai aura tahun baru 2013 pada bulan Januari yang lalu.

Banyak perkara yang telah berlaku dan berubah dalam separuh pertama 2013. Ada yang menarik dan ada juga yang mendukacitakan. Tapi semua itu dilalui satu persatu sehinggalah ke hari ini. Dan kemuncaknya adalah pada bulan Mei dan Jun 2013 di mana saya telah pun selamat mendirikan rumah tangga.

Ramai juga yang bertanya, macam mana rasanya bila dah berkahwin, ok ke tak? Erm, best tu best lah juga, tapi perkahwinan ni memang agak mencabar sikitlah. Sebab ia adalah satu alam lain yang baru dan memerlukan persediaan terutamanya persediaan mental.

Yelah, kalau dulu cuma sendiri, segala keputusan yang hendak dibuat, ke mana kita nak pergi, kita rasa bebas. Bila dah berumah tangga, kita perlu mempertimbangkan keperluan dan permintaan orang lain juga.

Selain tu, perkahwinan juga bukan sekadar perkahwinan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan, malah melibatkan perkahwinan 2 keluarga besar dan semuanya mungkin mengambil masa untuk fit in.

Semoga urusan di alam perkahwinan ini dipermudahkan dan segala ujian dapat dihadapi dengan baik. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kami.

6 bulan pertama dalam tahun 2013 ini penuh dengan komitmen untuk memastikan semua perancangan berjalan dengan lancar. Sudah pasti ada perancangan yang disusun dengan baik dan terjadi dengan sempurna, dan ada juga perancangan yang terjadi dengan sedikit perasaan kurang puas hati.

Namun itulah hakikatnya, kita sekadar merancang, Tuhan juga yang menentukan, dan Tuhanlah yang paling bijak dalam segala bentuk perancangan. Semua ada hikmahnya.

Disebabkan fokus saya lebih kepada 6 bulan pertama dalam 2013, 6 bulan yang seterusnya nampak sedikit kosong. Macam tiada apa sangat yang ingin dikejar dan dicapai.

Mungkin ini masanya untuk settle down sebentar terutamanya selepas menumpukan perhatian untuk urusan perkahwinan. Masanya untuk berehat sebentar dan kembali merancang untuk fokus projek-projek baru.

InsyaAllah pada bulan Julai ini, kita akan memasuki bulan Ramadhan Al-Mubarak, bermula 10 Julai 2013. Kemungkinan juga kesibukan kerja akan dikurangkan untuk memberi masa yang lebih banyak kepada urusan ibadah puasa.

Memang banyak kerja sebenarnya, itu dan ini. Jadi pengurusan masa adalah sangat penting. Perancangannya adalah untuk membuat kerja-kerja yang ada itu secara intensif dalam masa yang singkat.

Fokus yang tinggi diperlukan untuk tujuan ini. Semoga perancangan untuk kerja-kerja ini dapat dijalankan dengan sempurna dan dipermudahkan.

Raya tahun ni pula mungkin kami beraya secara sederhana saja. Rasanya mungkin tiada baju baru dan makan apa saja yang ada.

Kemudian, untuk perancangan 6 bulan yang kedua dalam tahun 2013 ini, saya akan lebih fokus kepada perniagaan di Internet saya. InsyaAllah akan ada produk baru yang akan saya perkenalkan di Nizam Malek Blog ini, menggantikan Servis Tambah Fans di Fanpage. Sekarang semuanya masih dalam proses merangka model perniagaan tersebut dan harap-harapnya ia akan menjadi satu produk fenomena juga.

Beransur ke akhir tahun 2013, perancangannya adalah untuk kembali fokus dalam dunia Pelaburan Hartanah. Baru-baru ini saya ada menonton beberapa siri video tips Pelaburan Hartanah yang telah dikongsikan oleh saudara Ahyat Ishak di Ahyat Ishak Property TV di youtube dan ianya amat menarik minat saya.

Malah baru-baru ini juga saya mendapat ilmu baru berkenaan Pelaburan Hartanah Subsale dan Teknik 'Loan Manipulation'. Masih tak pasti bagaimana ianya berfungsi, tapi mungkin itu adalah satu cabang ilmu dalam Pelaburan Hartanah yang akan saya terokai apabila ada masa nanti.

Ohya, satu lagi berkenaan Qualaroo. Saya sebenarnya menerima banyak soalan melalui kotak Qualaroo yang saya tempatkan di Nizam Malek Blog ini, dan masih belum berpeluang untuk menjawabnya, satu persatu.

Cuma untuk pengetahuan anda, bermula Mei 2013, laman web Qualaroo telah mengumumkan untuk tidak lagi memberikan akaun percuma dan sesiapa yang berminat untuk menggunakan Qualaroo perlu membayar yuran bulanan sehingga kira-kira 31 USD sebulan.

Disebabkan pengumuman itu, akaun Qualaroo saya tidak dapat lagi diakses dan soalan-soalan yang masuk daripada anda tidak dapat lagi saya baca di akaun Qualaroo versi percuma saya sebelum ini. Oleh itu, tidak dapatlah saya nak menjawab soalan-soalan anda sebelum ini. Mohon maaf atas sebarang kesulitan.

Namun, jika anda ada soalan, komen atau apa-apa response untuk Nizam Malek Blog, anda dipersilakan untuk tulis di ruangan Chatbox yang berada di bahagian side bar Nizam Malek Blog ini atau tanya direct kepada saya di Facebook Message.

Oklah sampai sini dulu coretan dalam kategori My Life ini, all the best untuk baki masa dalam tahun 2013 yang ada ini!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.