Saturday, March 16, 2013

4 Tips Memilih Buku Rujukan Pelajar Jurusan Farmasi


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nizam Malek Blog ini masih menjadi antara media rujukan dalam bidang Farmasi di Malaysia. 

Saya sendiri mendapat banyak soalan-soalan berkaitan kursus Farmasi di Malaysia terutamanya daripada lepasan SPM dan matrikulasi malah para pelajar yang sedang menjalani kursus Farmasi ini di IPT awam dan swasta seluruh Malaysia.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel di sini, semoga sentiasa bermanfaat dan membantu anda. Dan terima kasih juga kepada anda yang telah berkongsi link artikel-artikel berkaitan dunia Farmasi yang saya tulis dengan keluarga dan kawan-kawan anda. 

Ok dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsikan beberapa tips untuk memilih buku rujukan bagi para pelajar jurusan Farmasi. Mesti anda nak tahu, buku apa yang terbaik dan dapat membantu proses pembelajaran dalam jurusan Farmasi yang sangat mencabar ini kan?

Sebelum saya berkongsi tips-tipsnya, suka untuk saya menekankan bahawa, buku rujukan adalah amat penting bagi seorang pelajar jurusan Farmasi. Jika anda tidak mempunyai buku rujukan yang baik, anda akan belajar secara syok sendiri. 

Bermakna, anda ingat anda sudah tahu banyak selepas keluar dari bilik kuliah dan tidak perlu membuat bacaan tambahan, tapi sebenarnya perasaan tersebut akan memakan diri anda ketika menjawab soalan peperiksaan nanti.

Antara tips yang boleh anda gunakan untuk memilih buku rujukan adalah:


1. Gunakan buku rujukan yang digunakan oleh pensyarah anda!

Belajar di sekolah adalah berbeza dengan belajar di peringkat kolej mahupun universiti. Kebiasaannya, pensyarah yang mengajar anda adalah orang yang akan membuat soalan-soalan peperiksaan dan mereka jugalah orang yang akan menanda kertas jawapan anda. 

Oleh itu, secara ringkasnya, anda perlu tahu, apakah buku rujukan yang mereka gunakan dan anda perlu gunakan buku yang sama. Ini adalah cara termudah untuk belajar dengan lebih efektif.


2. Pilih buku mengikut keselesaan anda.

Anda pasti tahu bahawa, terdapat banyak buku yang berbeza dalam topik yang sama. Contohnya, untuk subjek Pharmacology sahaja, terdapat banyak jenama buku yang popular seperti Lippincort's, Rang & Dale, Katzung's dan Medical Pharmacology at Glance. Jadi macam mana nak pilih buku yang terbaik?

Jawapannya adalah, pilih buku yang paling sesuai pada diri anda. Ada buku yang penuh dengan tulisan dari muka surat satu sehingga muka surat akhir. Ada juga buku yang mempunyai banyak gambarajah yang menarik dan berwarna-warni. 

Pilih buku yang membuatkan anda mudah memahami topik yang ingin disampaikan. Jika sekali imbas sahaja anda sudah boleh memahami beberapa baris ayat, itu satu petanda buku itu sesuai dengan anda. Sebaliknya, jika beberapa kali anda membacanya dan lihat gambar pun anda masih tidak faham, mungkin buku itu bukan yang terbaik untuk anda. 


3. Beli atau pinjam di library?

Secara idealnya, memiliki buku sendiri adalah lebih baik kerana anda boleh menggunakannya pada bila-bila masa. Malah anda boleh mencontengnya (membuat catatan ringkas) diruang-ruang yang ada apabila perlu. 

Walabagaimanapun, sudah pasti harga buku-buku rujukan tersebut adalah agak mahal. Jika anda boleh berjimat dan mengumpul duit sedikit demi sedikit atau mendapatkan bantuan, sudah pasti membeli buku adalah satu langkah yang bijak. 

Namun, jika anda masih belum berkemampuan untuk membelinya, mendapatkan buku di library masih satu pilihan yang baik. Cuma anda perlu cepat mendapatkannya kerana bilangannya juga pasti terhad.

Pilihan terakhir adalah dengan membeli buku second hand daripada senior-senior anda. Sdah pasti mereka tidak menggunakannya lagi dan ianya masih releven untuk anda. Dapatkan pada harga diskaun, mungkin 50% lebih murah daripada harga pasaran. 

Apapun, anda mesti ada buku rujukan. Jangan belajar tanpa buku rujukan ya. 


4. Buku mesti ada bagi pelajar Farmasi?

Polisi kerjaya Farmasi di Malaysia masih lagi ke arah klinikal. Selepas tamat belajar nanti, graduan Farmasi akan berkhidmat  di hospital-hospital kerajaan. Jadi, asas klinikal yang baik adalah amat perlu.

Jadi saya mencadangkan agar anda mesti memiliki atau biasa menggunakan buku-buku rujukan klinikal yang utama seperti Drug Information Handbook dan juga Dipiro Pharmacotherapy Handbook. 

Jika ada yang latest version lebih baik, sebab anda akan mendapat informasi terkini berkenaan dunia klinikal.


Sekian dulu tips memilih buku rujukan untuk pelajar jurusan Farmasi. Jika ada sebarang soalan, jangan segan masukkan di ruangan komen ya. =)

11 comments:

Fifieyqa on March 16, 2013 at 1:17 PM said...

Great tips!!hehe...sy masih menunggu stok buku drug info n pharmacotherapy kat Kdai Buku Kamal sampai.clinical attachment da nk start..tp tu la susah jugak kan nk dapat buku ni. area KL ni cuma ade kt stu je..

Nizam Malek on March 16, 2013 at 6:52 PM said...

Thanks for reading this article.

Yup, biasanya beli dekat Kamal Bookstore je, mudah. Cuma kadangkala perlu order baru dapat.

Ok all the best. Jangan lupa sharekan artikel ini dengan kawan-kawan anda. =)

Anonymous said...

salam,,nak tanya kalau belajar farmasi under kementerian kesihatan ok x??yang mana lebih bagus untuk ambil farmasi dengan masuk matrik then ambil degree farmasi,,masuk u ambil dip. farmasi,,atau dip. farmasi under kkm?? harap dapat bagi cadangan yang terbaik...TQ:)

Nizam Malek on April 4, 2013 at 1:23 PM said...

Salam, sejujurnya, saya tidak pasti kalau nak sambung belajar Farmasi under Kementerian Kesihatan.

Kebiasaannya yang saya tahu, kalau under Kementerian Kesihatan tu untuk jurusan Diploma Farmasi, dan bukannya Ijazah Sarjana Muda Farmasi.

The mana yang lebih bagus antara:
1) masuk matrik then ambil degree Farmasi, atau;
2) masuk u ambil Diploma Farmasi, atau;
3) Diploma Farmasi under KKM?

Ok saya adalah lepasan pilihan yang pertama, iaitu saya masuk matrik, kemudian masuk kolej untuk sambung degree Farmasi.

Untuk pilihan pertama ni, bukan tak bagus, tapi persaingan dan risikonya sangat tinggi.

Anda memerlukan 4 flat untuk ke dua-dua sem di matrik untuk melayakkan anda mendapat tempat di IPTA untuk menyambung pelajaran dalam degree Farmasi.

Jika tidak berjaya, pilihannnya adalah untuk menyambung pelajaran di IPTS, di mana yuran dan kos sara hidup adalah amat tinggi.

Halatuju untuk pilihan kedua lebih kurang sama dengan pilihan pertama, cuma apabila anda telah memperolehi diploma Farmasi, anda boleh terus bekerja sebagai Pembantu Pegawai Farmasi (PPF).

Sekurang-kurangnya, jika anda tidak berpeluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat degree Farmasi, anda sudahpun boleh mendapat pekerjaan yang baik.

Untuk pilihan ke tiga (ambil diploma Farmasi under KKM) pula, saya berpendapat, ia adalah pilihan yang lebih baik berbanding pilihan ke dua, kerana posting anda akan didahulukan berbanding lepasan diploma daripada universiti atau kolej lain.

Walaubagaimanapun, ianya bukanlah jawapan yang pasti, dan bergantung kepada polisi semasa.

Semoga anda mendapat sedikit gambaran melalui jawapan ini. =)

Anonymous said...

Salam. Tak susah ke kalau ambil diploma in pharmacy tapi tak belajar sains tulen ?

Nizam Malek on May 18, 2013 at 10:52 PM said...

Salam, agak susah sebenarnya, sebab tiada asas langsung berkenaan subjek Farmasi yang berkaitan dengan konsep asas sains.

Seeloknya ada asas sains, dan perlu mengikut entry requirement yang ditetapkan untuk mengikuti kursus diploma Farmasi.

xxxxxxxxxsdsfs on August 17, 2013 at 9:04 AM said...

Salam, nak tanya apa buku rujukan yang bagus untuk Law untuk Farmasi di Malaysia?

Nizam Malek on August 17, 2013 at 2:10 PM said...

Salam xxxxxxxxxsdsfs,

(Betul ke nama kamu cam ni? =p)

Tiada buku buku latihan atau rujukan untuk Law Farmasi di Malaysia.

Buku-buku yang biasanya digunakan adalah Malaysian Laws On Poisons & Sale of Drugs.

Untuk study Law Pharmacy, anda perlu mengikuti kelas tutorial jika ada, dan meneliti pass year questions untuk mendapatkan bentuk soalan yang mungkin keluar dan teknik menjawab soalan yang betul.

Anonymous said...

Dipiro bagus utk maklumat tp koda kimble sht membantu bagi pbl session. The best pharmacy school kat us (UCSF) guna koda kimble whilst majority us pharm school guna dipiro..dua-dua mcm boleh complement each other. Dipiro casebook is also available.

Nizam Malek on December 22, 2013 at 11:27 PM said...

Betul kata Anonymous tu,

Koda Kimble pun buku yang sangat bagus untuk dijadikan sebagai rujukan.

Tapi masa belajar dulu saya lebih suka guna Dipiro, sebab ayatnya lebih mudah difahami, simple dan padat.

Mungkin untuk yang ingin info yang lebih lanjut, boleh guna Koda Kimble.

Sudah tentu amat berbaloi.

mizz purple 97 on October 29, 2016 at 11:04 PM said...

Selain kamal bookstore,kat mana lagi ada jual buku rujukan farmasi yg murah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.