Tuesday, June 17, 2014

Pengetahuan Berkenaan Ubat Berdaftar KKM

0 comments


Dalam post kali ini, saya nak berkongsikan dengan anda satu video interview Tuan Mazlan Bin Ismail, Timbalan Pengarah Gred U41, dari Bahagian Penguatkuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan isu pendaftaran ubat di Malaysia.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Post by Bahagian Penguatkuasaan Farmasi.

Friday, June 6, 2014

Guerrilla Saham : Kuasai Ilmu Pelaburan Saham

0 comments

Pelaburan Saham bukan sekadar membeli dan menjual saham.
Ia memerlukan kuasa minda seorang pelabur yang sebenar.
Sebab itu jika berminat melabur dalam saham, perlu belajar caranya yang betul.
Jangan ikut rasa sendiri dan jangan ikut-ikut orang lain.
Nizam, saya tiada masa nak belajar, pening-pening semua..
Boleh tak kalau saya serahkan wang saya kepada seseorang yang bijak untuk dilaburkan dalam saham?
Jawapan saya, siapakah yang lebih layak untuk menguruskan wang kita sendiri, selain diri kita sendiri?

Tuesday, June 3, 2014

Guerrilla Saham : Adakah Persaingan Dalam Pelaburan Saham?

0 comments

1 soalan, Nizam, apa jadi kalau terlalu ramai orang melabur dalam saham? Adakah akan menyebabkan persaingan jual beli saham?

Jawapannya tidak. 

Sebenarnya lebih ramai orang melabur saham lebih baik. 
Ia membuatkan pasaran Bursa Malaysia menjadi semakin aktif dengan peningkatan transaksi jual beli saham.

Jual beli saham bukan seperti pembelian rumah melalui sesi lelongan.

Kalau terlalu ramai orang tahu pasal beli rumah lelong, akibatnya, persaingan meningkat, reserved price RM100k, closed pada RM200k dan peluang kita untuk membeli kian berkurangan.

Tapi dalam Pelaburan Saham, kita bersaing dengan diri sendiri.

Dengan mempunyai ilmu kajian Technical Analysis yang betul, kita dapat mengkaji keadaan emosi pelabur saham seluruh Malaysia dan dapat membuat keputusan yang lebih rasional ketika membuat jual beli saham.

Saham adalah perniagaan.

Apabila kita membeli saham sesuatu syarikat, sebenarnya kita membeli pegangan sebahagian perniagaan syarikat.

Nilai syarikat meningkat apabila prestasi perniagaan syarikat meningkat.

Apabila nilai perniagaan syarikat telah naik tinggi, kita ada pilihan untuk meninggalkan syarikat dengan menjual pegangan saham dan membawa pergi nilai syarikat.


Jadi, boleh dikatakan hampir tiada persaingan dalam Pelaburan Saham.

Anda hanya bersaing dengan diri sendiri dalam mencapai kejayaan dalam Pelaburan Saham, bergantung kepada usaha anda membuat kajian dan juga keberkatan doa yang dipanjatkan.

Ingat, resipi yang membawa kepada kejayaan dalam Pelaburan Saham adalah usaha 10% dan doa 90%.

Sunday, June 1, 2014

Kena Marah Dengan Boss Macam Orang Bodoh

0 comments


Memang adat kalau kerja dengan orang, kena marah, kena herdik.

Itu semua memang menyakitkan hati dan cenderung membuatkan kita berputus asa.

Apatah lagi kalau kena banyak kali, berulang kali.

Tapi itu semua adalah perjalanan dalam membina pengalaman hidup.

Jangan berputus asa di situ..

========================
Jadi Nizam, apa nak buat kalau kena marah dengan boss?
========================

Jawapannya senang je,

1. Buat bodo
2. Jangan simpan dalam hati
3. Bila sampai waktu balik, baliklah dan enjoy!

Life is so precious to think about the stupid pain.

Move on.

-Nizam Malek
Talking to the moon of June

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.