Tuesday, June 14, 2011

Aishiteru Cover

2 comments

Terimalah lagu cover Aishiteru versi 2 rangkap..

Tak larat eden nak nyanyi sampai habis..

Tak cukup nafas..

haha..

Again, playing it without the sixth string on the fret..

Asyik putus je tali.. reti ke tak main gitar ni.. hehe.. =p


Chord yang digunakan adalah A, E, F#m dan E sahaja.

P/S: Blog post kali ni adalah hasil song request.. =p

Saye minat Jozan. =p

3 comments

Ok untuk blog post kategori Entertainment kali ni saya
nak share with you all video Maharaja Lawak
minggu ke 11, persembahan Jozan.

Sangat kreatif dan menghiburkan.


Jadi lepas ni marilah kita selami lautan dalam.. hahaha..

Beginilah awan nano nano nano ~ =p

Sunday, June 12, 2011

10 Point Review Belajar di CUCMS

55 comments

Hye, salam semua.


Dalam beberapa minggu sejak tamat belajar di CUCMS ni, ada beberapa orang juga yang menghubungi saya dan bertanyakan berkaitan CUCMS melalui sms, facebook message dan email. Antara mereka yang bertanya adalah bakal pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di CUCMS dan ada juga yang bertanyakan untuk saudara-mara yang berminat untuk menyertai CUCMS.

Bermacam-macam soalan yang saya terima seperti best tak CUCMS, bagus ke tempatnya, tenaga pengajar macam mane, ade pape masalah ke dan banyak lagi, sampai tak menang tangan (guna tangan menaip.. =p) untuk menjawabnya.

Memang betul, bila kita atau adik-beradik kita nak belajar di sesuatu kolej swasta, pasti kita akan cuba mencari info yang berkaitan kolej tersebut di internet. Walaupun banyak maklumat yang kita boleh dapat melalui laman web rasmi kolej, tapi kalau kita dapat info daripada bekas pelajar CUCMS pasti lebih jelas lagi maklumatnya.

Saya menghargai sesiapa saja yang telah berusaha untuk menghubungi saya untuk bertanyakan berkenaan CUCMS dan harapnya jawapan yang saya bagi dapat memberi gambaran yang sedikit sebanyak seperti yang diharapkan.

Mungkin masih ada lagi yang di luar sana sedang mencari info-info berkaitan CUCMS untuk dijadikan sebagai rujukan sebelum membuat keputusan untuk menyertai CUCMS. Jadi untuk membantu anda, saya rasa bolehlah saya tuliskan satu post khas iaitu review berkenaan CUCMS khususnya Fakulti Farmasi mengikut pandangan dan pengalaman saya sendiri. Harap ia membantu anda. =)

______________________________________________________________________


1. Apakah CUCMS?
CUCMS adalah singkatan bagi nama Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) yang terletak di Cyberjaya, Selangor. Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dan mula beroperasi sejak tahun 2005.

2. Kursus apakah yang ditawarkan di CUCMS?
Pada awal penubuhannya, CUCMS hanya memfokuskan pada 2 fakulti utama sahaja iaitu Fakulti Perubatan (MBBS) dan Fakulti Farmasi (Bpharm) selain Center for Foundation in Sciences Studies. Selepas beberapa tahun, CUCMS mula berkembang dan mempunyai beberapa fakulti lain seperti Academy of Paramedical Sciences (Diploma), Faculty of Traditional and Complementary Medicine dan lain-lain.

3. Apakah keunikan CUCMS?
CUCMS merupakan satu kolej sains perubatan yang dimiliki oleh golongan bumiputera dan majoriti pelajarnya adalah Melayu Islam. Pelajar bukan bumiputera adalah dalam sekitar 10-20%.

Secara filosofinya, CUCMS menerapkan nilai-nilai holistik dalam rangka perkembangan para pelajarnya. Aspek-aspek keagamaan yang baik menjadi teras dalam pembentukan minda para pelajarnya dengan harapan dapat melahirkan pakar-pakar dalam bidang perubatan yang lebih berketerampilan, berkualiti dan berdaya saing.

Salah satu modul unik yang digunakan di CUCMS adalah modul pembangunan insan yang dinamakan Effective Domain. Modul ini merupakan modul yang digunakan untuk memantau dan membentuk peribadi pelajar yang bersifat bertanggungjawab, dan penyayang selaras dengan motto CUCMS iaitu 'Nurturing The Passion To Care'.

Kebiasaannya, para pelajar dari jurusan perubatan dan farmasi umumnya lebih fokus kepada akademik semata-mata, tetapi di CUCMS, para pelajar diterapkan dengan program-program kemanusiaan dan komuniti atau aktiviti-aktiviti sukarelawan yang secara langsung dan tidak langsung dapat menghubungkan para pelajar dengan masyarakat setempat.

Contohnya, setiap tahun, para pelajar farmasi CUCMS akan menganjurkan program Karnival Mesra Ubat (KaMU) di mana para pelajar akan mendekati masyarakat setempat untuk memberikan informasi dan khidmat berkaitan kesihatan dan ubat-ubatan. Program KaMU juga selalunya disertai oleh pelajar-pelajar dari fakulti lain di CUCMS seperti Perubatan, Paramedik serta Traditional dan Complimentary Medicine.

Pendedahan sebegini yang lebih kerap membolehkan para pelajar membentuk nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi dan minat yang mendalam dalam bidang kesihatan.

4. Pengalaman belajar di CUCMS
Ok, saya menyertai CUCMS pada tahun 2007 dalam jurusan Bachelor of Pharmacy (Hons) dengan menggunakan result matrikulasi. Saya merupakan pelajar batch ke 3 dalam Fakulti Farmasi CUCMS.

Masa awal masuk tu, fasiliti CUCMS bolehlah dikatakan serba kekurangan. Kami belajar di bangunan induk yang kecil berhampiran dengan Street Mall atau Hentian Bas di Cyberjaya.

Masa tu kira ok lagi sebab bilangan pelajar pun sikit saja. Cuma keadaan waktu tu agak daiflah, sebab kami terpaksa berkongsi-kongsi kelas dan kadang-kadang tu terpaksa berpindah-randah dari satu bangunan ke bangunan lain untuk mencari kelas yang kosong. Namun segala kepayahan tersebut kini menjadi kenangan yang manis bagi kami semua.

Ketika saya di tahun ke 3, CUCMS telah berjaya mendapatkan kampus utama iaitu bangunan InventQ Jaya yang berdekatan dengan bangunan TM dan Ericsson. Bangunan yang dulunya merupakan sebuah research center negara diubah suai hampir 70% untuk disesuaikan dengan suasana pembelajaran peringkat universiti terutamanya bagi jurusan Perubatan dan Farmasi. Pelajar-pelajar bagi Center for Foundation in Sciences Studies kekal berada di bangunan lama (kampus di Street Mall).

Belajar di kampus utama (main camp) CUCMS adalah sangat selesa dan menyeronokkan. Antara fasiliti yang ada di kampus utama adalah seperti big library, dewan kuliah, kelas, dewan peperiksaan, auditorium, cafetaria, meeting room dan fakulti.

5. Fakta Fakulti Farmasi CUCMS
Untuk bilangan pelajar, batch pertama Fakulti Farmasi CUCMS adalah seramai 14 orang, batch kedua pula 22 orang dan batch saya seramai 30 orang manakala batch ke empat dan ke lima lebih kurang 30 lebih pelajar juga. Namun bermula batch yang ke enam, jumlah pelajar meningkat sehingga lebih 90 pelajar dan mula menerima pelajar antarabangsa.

Majoriti tenaga pengajarnya adalah bumiputera Melayu dan terdapat beberapa pensyarah dari luar negara seperti dari Iran, Iraq, India dan Euthopia yang sememangnya mempunyai kepakaran dalam subjek masing-masing.

Silibus Fakulti Farmasi merangkumi semua aspek yang diperlukan untk membentuk bakal ahli farmasi yang bertauliah. Tapi saya boleh katakan bahawa setakat ini, fokus utama adalah adalah lebih kepada melatih para pelajarnya dalam bidang Farmasi Klinikal (Clinical Pharmacy).

Pada waktu saya, kos yuran pembelajaran sahaja (tidak termasuk sewa hostel dan lain-lain) yang perlu ditanggung untuk memasuki Fakulti Farmasi CUCMS adalah RM104k. Tapi saya rasa kosnya adalah lebih tinggi untuk tahun-tahun seterusnya. Untuk maklumat lanjut berkaitan kos yuran pembelajaran dan kos-kos lain, anda boleh menghubungi department finance CUCMS (http://www.cybermed.edu.my/cucms-web/new_web/contact_us.html).

6. Ada tak bantuan pinjaman atau biasiswa?
Pada setiap sesi kemasukan pelajar baru, bahagian Student Affair akan membantu para pelajar untuk membuat permohonan bantuan pinjaman daripada MARA dan PTPTN. Kebiasaannya satu sesi taklimat akan diadakan untuk para pelajar berkaitan proses permohonan pinjaman dan para pelajar yang ingin memohon perlu menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan.

Kebiasaannya juga, permohonan pinjaman akan diproses selepas para pelajar menerima result exam semester pertama. Bermakna, sekurang-kurangnya para pelajar tetap perlu menanggung kos yuran dan perbelanjaan sendiri terlebih dahulu pada semester pertama sebelum status permohonan pinjaman diumumkan.

7. Fakulti Farmasi CUCMS ni diiktiraf tak?
Pada tahun 2011, Fakulti Farmasi CUCMS telah diberi akreditasi penuh daripada Lembaga Farmasi Malaysia di mana graduan daripada Fakulti Farmasi CUCMS adalah sah dan diiktiraf untuk bekerja di hospital-hospital kerajaan seluruh Malaysia seperti ahli farmasi lepasan IPT awam yang lain.

8. Pengalaman saya menetap di Cyberjaya
Berkaitan hostel, pada tahun pertama sahaja, kami diberi sewa di serviced apartment Smart Home Cyberia. Satu rumah ada 8 pelajar semuanya dan siap dengan kelengkapan asas seperti katil, almari, meja dan kerusi untuk belajar (internet kena pasang sendiri kalau nak). Kemudahan asas macam kedai runcit dan kedai makan berdekatan memang ada.

Yang terbaru, pihak CUCMS juga ada menyediakan hostel di Cyberheights untuk menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah setiap tahun. Saya pun ada pengalaman tinggal di Cyberheights selama 2 tahun. Tempatnya lebih 'aman' daripada Cyberia. Kalau nak study memang ok lah. Cuma kalau bagi yang suka havoc-havoc, memang terasa sangat bosan sangat la kot kat Cyberheights. =p

Jarak hostel ke kolej tidaklah berapa jauh, tapi kalau nak jalan agak lunyai juga lah. Pengangkutan awam seperti bas ada disediakan, tapi sepanjang 4 tahun, saya tak pernah naik bas ke kelas.

Berbeza dengan IPT awam, kami diberi kebenaran untuk membawa kenderaan sejak tahun pertama lagi. Bagi saya, kalau ada kenderaan ni senang sikitlah sebab jadual kelas kadang-kadang tak menentu. Tak perlulah kereta besar-besar, mahal-mahal. Cukuplah sekadar yang boleh dipandu dari A ke B. Contohnya Viva 1.0. =p

Bab makanan di Cyberjaya ni ok ja. Banyak kedai makan yang mahal-mahal macam di Saba' (restoran Arab), Padi, Hassan & Ariff Cafe dan ada juga yang lebih murah sikit seperti di Hentian Bas Cyberjaya dan Restoran Mak Teh. Restoran favourite saya adalah Indo Cafe di Cyberia. Makanannya sedap sangat dan harga pun berpatutan. =p

9. Secara overal, pendapat saya pasal CUCMS?
Erm, belajar di CUCMS ni boleh dikatakan agak seronok jugalah. Nak kata senang, tak senang, nak kata susah, ada masanya susahlah juga. Tapi alhamdulillah, sepanjang 4 tahun tu saya belajar banyak juga berkaitan kehidupan selain subjek teras berkaitan farmasi.

Memang betul, sebagai kolej yang masih lagi boleh dianggap 'muda', CUCMS tidaklah selengkap dan se'perfect' yang dibayangkan. Pasti ada kekurangan di sini dan di sana sepanjang jalan (along the way lah maksudnya.. =p). Tetapi bagi saya CUCMS sentiasa berusaha untuk memberikan khidmat yang terbaik terhadap kebajikan para pelajar.

10. Isu/masalah Fakulti Perubatan CUCMS?
Masalah pengurusan dalam Fakulti Perubatan yang melibatkan kuota pelajar yang memberi kesan kepada pengiktirafan sijil Jurusan Perubatan (MBBS) CUCMS oleh Malaysian Medical Council (MMC) sememangnya bukan isu yang tersembunyi lagi apabila ianya dilaporkan dalam surat khabar perdana Malaysia seperti Utusan Malaysia pada awal 2011.

Ramai yang ingin mengetahui masalah sebenar yang terjadi dalam Fakulti Perubatan CUCMS dan status semasanya. Tambahan pula adakah masalah tersebut akan memberi kesan kepada fakulti-fakulti lain seperti Fakulti Farmasi dan pelajar Foundation. Ini antara soalan yang selalu ditanya kepada saya.

Secara jujurnya, memang betul masalah melibatkan kuota pelajar perubatan tahun pertama sesi 2010/2011 CUCMS wujud. Namun masalah tersebut hanyalah melibatkan pihak pengurusan kolej dan Fakulti Perubatan CUCMS.

Setahu saya, akreditasi dan pengiktirafan Fakulti Farmasi CUCMS diberikan oleh Lembaga Farmasi dan begitu juga sebaliknya untuk fakulti-fakulti lain di CUCMS. Masalah yang melanda Fakulti Perubatan CUCMS itu tidak menjejaskan pengiktirafan para pelajar jurusan Farmasi CUCMS dan fakulti yang lain. Jadi, bakal pelajar yang bakal menyertai Fakulti Farmasi CUCMS tidak perlu risau dengan masalah tersebut.

Saya dari Fakulti Farmasi CUCMS sememangnya bersimpati dengan berita masalah Fakulti Perubatan CUCMS tersebut. Saya berharap dan mendoakan semua masalah tersebut dapat diselesaikan dengan baik dan pantas, dan para pelajar perubatan CUCMS akan mendapat pengiktirafan penuh daripada MMC. InsyaAllah semuanya akan dapat diselesaikan dengan baik.

_____________________________________________________________________


Saya rasa setakat ini saja dulu 10 point review saya berkaitan CUCMS dan saya berharap ianya padat dengan informasi bagi anda yang mencarinya di internet. Anda boleh bertanya lebih lagi di ruangan komen, fb chat atau melalui email saya (mizamio87@yahoo.com) jika anda perlukan lebih info berkaitan CUCMS.

Selain itu, anda boleh layari laman web utama CUCMS untuk mendapatkan lebih banyak info melalui link: http://www.cybermed.edu.my/cucms-web/new_web/index.html.

Tuesday, June 7, 2011

Status 9

2 comments

First week of June..

I was busy with offline stuffs..

and travelling..

Plus I was sick for several days..

It has been a struggling period within past 2 weeks..

With many things happened and weird stories..

But in the end, Alhamdulillah..

Things were not that bad than what I had to face and handle..

By the way..

What ever it is..

The clock would never stop (kalau tak habis bateri lah.. =p)..

life has to go on..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.