Tuesday, February 9, 2010

Pharmacognosy Visit Pictures

0 comments

Venue : Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong
Date : 1 February 2010
Time : 10-11 am
Activity : Pharmacognosy field visit

Inilah tempatnya

Mase dengar briefing regarding the Hutan Simpan. Dewannye selese walaupun dalam hutan.


Gambar-gambar seterusnya ialah gambar masa main air kat kolam.

Inilah aktiviti tidak terancang utama untuk pharmacognosy visit kami. =p

Cantikkan tempat die. Macam dalam cerita Pengembaraan Nobita dan Doraemon.

Mana mahu lari haa?? Sedia untuk berenang.

Saat cemas, spek aku terjatuh dalam kolam. Medey2.

Yuhuu, nasib baik Syazreen jumpe my spek, tenQ2. =D

Berjaya berenang ke hujung kolam.

Apa takut-takut Nami?

Memang best ahh..!

Mula berenang ke tengah.

Guna teknik apungan supaya tak tenggelam. Orang panggil aku berudu plak. =D

We have the water confidence! =D

Atuk, bila mahu turun?

Satu round lagi!

Cari nafas. =p

Gambar kenangan before balik (1)

Gambar kenangan before balik (2)

We have enjoyed the day. Thanks to Miss Ismin for bringing us to a very interesting place.

It will be one of the sweet memories during my undergrad time.

Special thanks to mama for forcing/encouraging me to learn swimming intensively during my holidays few years ago.

Even though I only know "Kuak Dada" technique, at least I can survive if someone accidently pushes me into the water. =p

P/S : Sebenarnya ada satu video yang berjaya merakamkan saat ke'cemas'an aku. Tapi ntah lah, tenet ni slow sangat, masih belum berjaya diuploadkan ke post ni. Maybe next time k. =p

Tomoro to present

2 comments

Esok hari untuk present research proposal.

Slides dah siap.

19 slides semuanya.

Kena present dalam masa 7 minit dan 3 minit lagi untuk question and answer session.

I hope everything will be fine and ok for me and other colleagues, InsyaAllah.

It's the time to go to bed. I need enough rest to give the best presentation tomorrow.

I will update about the presentation in the next post.

Tuesday, February 2, 2010

Menghadapi tekanan

0 comments

Hai semua. Apa khabar. Hope semua kawan-kawan dalam keadaan sihat dan selamat.

Nak tanya,

Pernahkah anda rasa takut? Rasa terancam? Rasa sedih, rasa mahu lari dari masalah yang melanda?

Siapakah yang anda cari jika anda rasa negatif seperti di atas? Adakah ibubapa? Adakah kawan rapat? Adakah teman istimewa? Atau anda pendamkan saja sendiri?

Semua orang pasti pernah merasa takut. Mungkin kerna telah melakukan kesilapan, mungkin kerna telah terlanjur kata, mungkin juga kerna ancaman tak terduga atau menjadi mangsa keadaan.

Apabila kita ada masalah besar, dan kita masih belum ada jalan penyelesaiannya, yang membuatkan kita rasa ingin tunduk ke bumi menyerah diri, kita terdesak untuk meminta pertolongan, tidak kira daripada sesiapa pun. Tapi ingatlah, manusia tiada kuasa. Manusia hanya merancang dan Tuhan yang menentukan segalanya.

Tahukah anda, sebaik-baik pertolongan dalam kategori pertolongan yang terbaik hanyalah daripada Allah? Kenapa? Mungkin kita sering alpa, yang Allah lah yang menciptakan kita. Allah lah juga yang menciptakan makhluk lain. Allah lah yang menciptakan segala-galanya yang ada. Dan kerna itulah, hanya Allah saja yang berkuasa terhadap ciptaanNya. Tiada yang lain.

Allah Maha mendengar, Allah Maha Melihat, dan Allah Maha Mengetahui. Tiada satu pun yang terlepas daripada perhatian Allah SWT. Jika kita percaya dan beriman pada Allah, janganlah ragu untuk berdepan denganNya, bercakap denganNya, berdoa kepadaNya, mendambakan pertolonganNya. Kerna Allah sentiasa ada bersama kita.

Di dalam Al-Quran, ada satu ayat pendek, yang boleh kita ungkapkan bila kita dalam ketakutan dan keterdesakan iaitu;

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Maksudnya: Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)

Keterangan ayat:
Menurut al-Imam al-Bukhari, Ibn al-Munzir, al-Hakim dan al-Baihaqi, daripada Ibn Abbas berkata bahawa doa di atas merupakan kalimah yang terakhir diucapkan oleh nabi ibrahim a.s. sebelum dicampakkan ke dalam api. Ia juga diucapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika golongan kafir menakut-nakutkan nabi tentang tentera bersekutu yang akan menyerang Nabi s.a.w. (Tafsir al-Fakhrurrazi, tafsir ayat 173, surah Ali-Imran)

Amalkanlah ayat ini pada bila-bila masa terutama tatkala kita sedang ketakutan, atau memerlukan pertolongan. InsyaAllah pertolongan Allah akan datang. Mungkin dalam keadaan yang kita langsung tidak jangka. =)

Monday, February 1, 2010

Selamat tinggal Januari

0 comments

Sekejap saja, dah masuk bulan Februari 2010. Begitulah pantasnya masa berlalu meninggalkan kita.
Setiap saat tanpa pernah berhenti.

So amacam Januari, best tak? Bagi aku, sangat-sangat menarik. Banyak perkara dah berlaku dalam satu bulan ini saja. Perkara yang mengujakan.

Berbekalkan semangat dan matlamat tahun baru 2010, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Beberapa matlamat berjaya dilaksanakan mengikut datelinenya.
Sejarah Januari 2010 juga tercatat perniagaan online aku mula berkembang dengan pantas. Antara perkara yang amat menggembirakanku, iaitu dapat lakukan sesuatu yang amat aku minat sejak dulu.

Peluang demi peluang tiba dan pergi. Begitu juga dengan research project yang bermula awal dan bergerak dengan amat laju. InsyaAllah jika prestasi sebegini dapat diteruskan, peluang tidak pernah terduga akan tiba. Cuma aku perlu lebih yakin pada diri sendiri. =)

Namun, pastilah tidak semuanya manis. Ada saja kekurangan di sana sini. Amat sedih bila masih belum mampu berperang dengan diri sendiri. Moga Februari akan membawa sinar baru yang lebih kuat untuk ku.

Ungkapan syukur tidak pernah dilupa.

PadaMu Tuhan aku bermohon, moga dipermudahkan jalanku. Berikanku nikmat dan rahmatMu kerna siapalah aku tanpa cintaMu. Berikan aku ruang untuk kembali.

Cerita cinta? Masih no komen. Back to basic, and let's go with the flow. =D

Selamat tinggal Januari. Februari here I come!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.