Sunday, February 12, 2012

4 Aplikasi Android Pilihan Saya

0 comments

Sistem Operasi Android untuk smartphone merupakan pilihan yang amat popular masa kini. Dengan ciri-ciri yang amat user-friendly dan praktikal membuatkan pengaruh Android sukar digugat oleh sistem operasi lain yang dianggap sudah ketinggalan.

Salah satu kelebihan Android adalah, ia menawarkan satu Android Market Place yang membolehkan pengguna-penguna Android mendownload beribu-ribu jenis aplikasi dan games yang kebanyakannya secara percuma ke dalam smartphone mereka dengan sekadar menggunakan sambungan Internet.

Aplikasi yang didownload dapat membantu pengguna Android menguruskan jadual harian mereka dengan lebih efektif. Malah, dengan menggunakan aplikasi dari Android Market Place, hampir semua urusan personal mahupun pekerjaan seseorang dapat dipermudahkan.

Dalam post kali ini, saya akan berkongsikan dengan anda 4 aplikasi Android pilihan saya:

1) Facebook for Android


Semua orang pun tahu, Facebook adalah taman permainan saya.. =p Jadi aplikasi Facebook mobile sangatlah penting bagi saya dan rasanya saya menggunakan aplikasi ini lebih banyak berbanding membuat panggilan mahupun kiriman pesanan ringkas (sms). 

Aplikasi Facebook for Android yang paling baru ini amat praktikal kerana ia mempunyai hampir semua fungsi Facebook yang selalunya digunakan di web asal Facebook seperti status update photo dan video, delete post, friends search, message and chatting, fanpage status update dan pelbagai lagi.

2) Papago GPS

Papago juga adalah satu aplikasi yang amat menarik untuk didownload. 

Sebelum ini, banyak gadget-gadget GPS seperti Garmin dipromosikan di PC Fair dengan harga promosi sekitar RM399 ke atas. Ramai yang berkira-kira untuk membeli gadget GPS seperti itu kerana beranggapan ianya mampu membantu mencari jalan jika hendak ke mana-mana. Tetapi apabila melihat pada harga yang mencecah ratusan ringgit, ramai juga yang melupakan saja hajat tersebut.

Kini dengan adanya sistem GPS Papago di smartphone Android, masalah seperti di atas dapat diselesaikan. Anda boleh dapatkannya di Market Place secara percuma atau minta saja pekerja di kedai telekomunikasi membantukan anda memasukkan aplikasi Papago ini ke smartphone Android anda.

Saya pernah mencuba menggunakan aplikasi Papago ini beberapa kali dan saya dapati ianya amat praktikal dan memang membantu ketika memandu. Percuma, mudah dan tepat, saya berikan 5 bintang untuk Papago!

3) MySolat
Picture credit to www.JomTenet.com

MySolat merupakan satu aplikasi yang amat penting buat pengguna-pengguna Android yang beragama Islam dalam mencari informasi berkenaan waktu solat. 

Jika sebelum ini, kebanyakan kita mencari waktu solat di helaian surat khabar ataupun bertanya pada sesiapa, kini tidak perlu lagi. Anda hanya perlu klik pada aplikasi MySolat ini, tetapkan lokasi anda dan 5 waktu solat sepanjang hari akan dipaparkan untuk anda.

Waktu solat yang dipaparkan adalah berdasarkan daripada laman web e-solat.gov.my. Jadi ketepatan dan kesahihannya adalah pasti dan insyaAllah dapat membantu kita.

Selain waktu solat, aplikasi MySolat ini dilengkapi dengan fungsi penunjuk arah kiblat. Arah kiblat juga menjadi masalah kepada kebanyakkan kita kerana kesukaran untuk mengetahuinya jika kita sampai ke sesuatu tempat yang asing. 

Dengan menggunakan aplikasi MySolat, kita dapat mengagak arah kiblat yang betul. Walaupun ada yang berpendapat penunjuk arah kiblat yang ditunjukkan tidaklah beberapa tepat, tapi sekurang-kurangnya ia dapat membantu kita berusaha mencari petunjuk arah kiblat ketika tiada piring Astro di kawasan itu.. =p

4) PicsArt Studio


Ok PicsArt Studio ni adalah satu aplikasi yang membolehkan kita mengedit gambar. Dengan penambahan efek-efek tertentu, gambar kita akan menjadi lebih cantik, menarik dan unik. 

Sebenarnya terdapat banyak aplikasi yang boleh digunakan untuk mengedit gambar yang boleh anda dapatkan di Android Market Place, dan saya pun telah mendownload beberapa aplikasi edit gambar seperti Beauty Camera, Photo Art dan PicSay, tetapi saya rasakan PicsArt ini adalah paling bermanfaat dan user-friendly.

Terdapat banyak fungsi efek yang boleh dimasukkan seperti Call Out, Text, Draw, Border, Frame, Sticker dan bermacam-macam lagi. Ianya memang mudah digunakan. Hanya pilih efek, klik untuk penetapan dan save ke gallery.

Gambar yang telah diedit dapat dikongsikan dengan kawan-kawan anda di Facebook mahupun blog. Menarik bukan? =)



Oklah, sampai sini dulu perkongsian berkenaan aplikasi Android buat masa ini. Sebenarnya kalau boleh nak bagi 5 aplikasi pilihan, tapi apakan daya, masa amat mencemburui.. Banyak lagi tugasan lain menanti selepas ini.. 

Tapi tak apa, lain kali kalau ada masa, saya akan cerita lagi berkenaan topik seperti ini.. Ok jumpa lagi, c yah! =)

Saturday, February 11, 2012

Tips Blogging Blog Personal

0 comments

Blogging adalah satu cara yang amat menarik untuk berkongsi apa saja cerita anda dan ianya tidak terbatas dengan apa-apa protokol. Anda bebas menulis apa saja di blog anda, sama ada bersifat personal, atau bernichekan topik-topik tertentu yang khas seperti perniagaan, politik, hiburan atau agama.

Setiap kali melawat blog orang lain, terasa amat teruja untuk menulis seperti mereka, berkongsi cerita dengan pembaca yang sudi, atau sekurang-kurangnya meluahkan segala isi hati agar reda sedikit rasa tekanan hidup yang dihadapi.

Tidak kurang juga yang melihat blog orang lain yang sarat dengan informasi berguna dan praktikal, membuatkan dia juga teringin untuk membina satu blog yang mampu membantu orang lain dengan informasi tersendiri.

Ramai yang berminat untuk menulis blog, tapi ramai juga yang tidak mampu membinanya malah jika sudah membina blog, tidak mampu menulisnya dengan baik. 

Dalam post kali ini, saya akan berkongsikan beberapa tips berblogging berpandukan pengalaman saya berblogging di NizamMalek.com ini sejak 2009.

Terdapat beberapa cara membuatkan blog personal anda nampak menarik dan berkesan. Antara tipsnya adalah:

  1. Pilih tema blog yang kemas. Kalau boleh jangan pilih tema blog yang terlalu fancy dan bergambar rawak. Ianya akan memeningkan minda pelawat blog anda. Tema blog 1 warna seperti merah, hitam atau biru adalah sesuai untuk menampakkan kematangan blog anda.
  2. Pilih tema blog yang berlatar belakang putih dan tulis menggunakan tulisan berwarna hitam. Ia membuatkan blog anda kelihatan lebih jelas, mudah dibaca dan tidak menyakitkan mata.
  3. Tidak tahu menulis? Jangan risau, tulis saja! Blog anda adalah milik anda. Jangan fikirkan apa yang orang kata berkenaan cara anda menulis. Mungkin anda fikir tulisan anda tidak menarik, skema, atau kebudak-budakkan..?? Persetankan semua itu.. Tidak mengapa.. Anda akan belajar untuk menulis dengan lebih baik setiap kali anda membuat post baru.. 
  4. Tuliskan apa yang anda tahu.. Apa saja yang anda tahu adalah bernilai untuk dikongsikan dengan orang lain.. Mungkin apa yang anda tahu adalah sesuatu yang kecil, tetapi siapa tahu ianya mampu membantu orang lain.. Jadi tulis saja apa yang anda tahu, pengalaman anda atau cerita anda.. =)
  5. Blog umpama diari. Apa yang anda tulis hari ini akan menjadi kenangan menarik apabila dibaca pada masa akan datang. Ianya menggamit semula memori lalu.. Dan akan membuatkan anda tersenyum membacanya semula satu hari nanti.. 
  6. Lihat blog orang lain, dan tiru gaya penulisan mereka.. Mulakan dengan meniru jika anda betul-betul tidak reti untuk memulakan.. Bila dah agak-agak pandai sikit, cari gaya penulisan anda yang tersendiri..
  7. Tulis seperti anda bercakap.. Ianya akan nampak lebih 'hidup' di mata pembaca/pelawat blog anda.. Luahkan ibarat anda sedang bercakap dengan kawan anda.. Inilah blog personal.. Jadi diri anda sendiri! =)
  8. Jika anda tiada idea untuk menulis, gunakan gambar! A picture paints thousand stories.. Betul ke saya tulis tu? =p Upload saja gambar dan tulis sedikit deskripsi di bawah gambar tersebut.. Mudah bukan? =)
Oklah, sampai sini dulu tips blogging untuk blog personal yang boleh saya kongsikan buat masa ini. Semoga bermanfaat dan dapat membantu anda yang teringin untuk menulis blog. Anda masih belum terlambat, mulakan menulis blog sekarang. Ia mudah, ia bermakna! =)

Status 15

0 comments

Malaysia have talented and genius youths..

If I were to choose one,

I would vote for..

"Matluthfi"

Tuesday, February 7, 2012

Sesal Mendua Cover by Nizam Malek

0 comments

Salam, and hye guys..

Ok hari ni saya ada buat satu video cover lagi..

Lagu Sesal Mendua nyanyian asal kumpuan Klangit..

Melody lagu ni rasa cambest gak lah..

Kira kena lah dengan Klangit..

Kalau saya memang Klaut je.. hehe.. =p

Oklah, have a look video kat bawah ni kalau ada cukup bandwith nak stream.. =D



Btw, video ni saya just try2 je..

Maybe ada salah lirik n melodi..

Next time saya buat lagi yang lagi ok k.. =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.