Thursday, March 18, 2010

Learn from the pain

0 comments

Seminggu dua ni aku tak berapa sihat, demam, sakit kepala, selsema, letih dan tak lalu makan. Rasa amat-amat demotivated. Gerak tidak sepantas, nak bangun pun rasa malas.. Apa nak jadi ntah.

Hmm, stres, stres stres.. Banyak masalah yang membelenggu aku dalam 2 minggu ni. Semuanya datang bertimbun-timbun serentak. Sampai aku rasa tak boleh nak handle. Aku jadi makin lemah dari hari ke hari. Rasa nak lari dari semua problem tu.

Dengan course work yang banyak, ada ja assignment dan incoming presentation yang perlu dibuat. Then untuk program Karnival Mesra Ubat (KaMU), aku ditugaskan lagi untuk bahagian marketing, cari duit. Walaupun dah banyak pengalaman, tapi ya, aku sudah kepenatan mencari duit. Di manakah duit menyorok? tolonglahh~ =p

Pasal business pun ada problem jugak.. Biasalah, mana business yang tak dilanda masalah kan. Tapi itulah, kena hadapi dalam keadaan tertekan ni. Tapi tak pe, hal tu dah settle sekarang. Tak payah pikir lagi lah.

Lagi masalah financial. Tak tahu kenapa, duit rasa tak cukup je. Ade je benda nak kena bayar. Dah lah celcom buat hal. Keluar bil tetiba RM250!! Whattaa.. Hmm.. Masalah-masalah..

Then how about life? Are you happy with it? The answer was no. Memang tak berapa happy. Ade few things happen that made me down and down. This is the biggest thing among all the problems. Bila life is not happy, semua rasa dull.

Dengan tekanan-tekanan yang pelbagai-bagai, aku tunduk pada stress yang menggunung. Immune system was suppressed, senang kena attack ngan macam-macam bacteria. Tu lah start sakit tekak, mungkin sebab cuaca terlalu panas. Then berlarutan ke demam dan infection. I needed antibiotic.

Kebetulan hari selasa lepas, kelas habis awal. Hari rabu n khamis pulak tak de class untuk research project. So aku ambik kesempatan untuk balik kampung, Johor Bahru. Aku nak release all the tension and stress. Aku mahu bebas dari semua masalah. I was going for a holidays. So lepas kelas tu, aku kemas-kemas, bawak few notes konon nak study kat rumah. Tapi jangan harap lah..! =p

Petang selasa tu aku drive ke Pudu Raya. Parking kat sana dan naik bas CausewayLink NonStop ke Larkin, Johor Bahru. Aku masih rasa amat letih, tak bermaya. Nasib baik semuanya lancar dan pukul 9.50 malam, aku sampai ke rumah. Bestnya rasa. Dapat menghirup udara yang lebih 'segar' =D

Kat rumah aku rehat puas-puas. Malam sebelum tidur makan ubat dulu, polaramine, antibiotic, panadol dan ventolin, lengkap pakej nya. Aku tidur dengan aman damai, tanpa mimpi-mimpi aneh lagi.

Esoknya di rumah, release tension dengan main PS2, Pro Evolution Soccer. Aku dalam duniaku. Mindaku cuma game dan seronok. Then tengah hari tengok Inter Milan kalahkan Chelsea 1-0. Dan petang tu tengok movie kat laptop dengan Johan ngan Ina. Cerita hantu, Histeria. Best plak cerite tu.

Tapi aku masih sakit. Tak kan sebab seronok je aku terus boleh sihat kan? So still kena makan ubat dan rehat.

Esoknya hari khamis dah, aku akan kembali semula ke Cyberjaya. Walaupun cuma sekejap di rumah, tapi aku rasa amat relief. Still kena makan ubat tapi semangat tu kira bertambah ok lah sikit.

Kini aku di Cyberjaya, menulis untuk post ni. Alhamdulillah semuanya lancar saja. Teringat kata-kata pakar motivasi yang mengatakan, ada masanya kita hilang semangat, rasa demotivated dan bosan dengan hidup yang menyebabkan kita tiada hati nak teruskan kerja yang ada. Tidak mengapa, itu normal bagi manusia.

Jadi kalau rasa macam tu, pergilah bercuti. Tenangkan fikiran. Jauhkan diri dari kesesakan. Lihat tempat-tempat lain dan setelah kembali nanti, kita akan rasa refresh semula untuk terus bekerja.

Im just following the rule. And I hope it works.. Well, I have done it, and I think it really works! Try it.. =D

P/S: Masalah tak kan selesai dengan hanya pergi bercuti. Tapi semangat yang ada pada kita setelah balik dari bercuti itu amat penting untuk kita menghadapi tekanan yang ada. Moga dengan 'tenaga' baru itu kita mampu menempuh dugaan yang lebih mencabar di hadapan. =)

Monday, March 15, 2010

Ketika Cinta Berbicara

0 comments


Im attending this. Want to give support to the juniors yang organize this event. My time dah berlalu, kini sampai masa korang. So all the best for the event. Dulu I involved with nasyid untuk program-program macam ni. Teringat pulak kenangan lalu.. =p

Semoga kita semua mendapat keberkatan dalam apa jua urusan yang kita lakukan di dunia ini. Amin.

Sunday, March 14, 2010

Please Dont Leave Me -Burger House Boys

0 comments

Few days ago aku ade add salah seorang peserta Raja Lawak 4, Achoe Kechik kat facebook. Saje -saje je lah. Then hari ni facebook die ditagkan video-video lawak yang dihasilkan oleh Burger House Boys.

First aku tengok ish ape bende lah cerite ni. Tapi lame-lame tengok lawak lah gak. Pelakon utame die (tak tahu lah laki ke perempuan) memang pandai berlakon. Miming pun macam real.. Kire boleh menang award lah~ ngeh2..



Ape yang aku faham dari video ni, kisah perempuan yang ditinggalkan lelaki die. Tajuk pun 'Please Dont Leave Me'. So ade la few2 adegan yang menunjukkan si perempuan tu direject lelaki-lelakinya.

Yang kelakar mesti ade part die kene tumbuk mase kene reject.. Haha.. Lawak2.. Part kene tumbuk last skali tu paling real. Kat jaring tennis. Aku tengok gelak guling-guling kot.. Hehe..

Pastu sebab tak puas hati, die buat macam-macam untuk balas dendam kat lelaki-lelaki tu.. Psyco gak lah.. =p

Mungkin video ni just mengarut je, tapi boleh lah nak layan mase bosan-bosan ni+mase aku tengah bengang-bengang je.. Buat aku senyum and gelak. So kire gempak lah korang boleh masuk dalam post blog aku. Advertisement free-free je.. Hehe..

Thursday, March 11, 2010

NPSC 2010 PICS

0 comments

Ya, ini dia post untuk gambar-gambar mase NPSC 2010 yang lepas.
Credit (prepaid) to camera DSLR Nana Lynna yang masyuk~ =D


Ketibaan atlet-atlet CUCMS farmasi CUCMS diketuai kapten Deeba (kapten dalam gambar ni je.. sebab anda di hadapan.. haha). Rilek je jalan.. dah lewat oi!! =D



Sempat bergambar kenangan memegang panji keagungan CUCMS. Sambil menggalas senjata (raket) dan bungkusan sarapan. =p

Disambut bekas senior di SMKPJ dulu, Abang Zaidi, orang kuat MSU NPSC 2010. Nampak kuat di situ..

Zaidi : Aku rasa korang ada can menanglah tahun ni, aku rasa gerun tengok korang!
Nizam : Yeke, aku pun gerun tengok korang..

(bungkusan sarapan tidak pernah ketinggalan)


Ini saat menunggu ketibaan VIP dan opening ceremony. Yang duduk semua tu pharmacy students seluruh Malaysia. (Tak tahu lah kalau ada student course lain tersesat. ; p)


Ni mase nak cabut undi untuk perlawanan badminton. Belon2 pink kat belakang tu edit pakai adobe photoshop. =p sembang~


Saatnya beraksi. Gaya mesti ada. Aurat mesti tutup. Hahah..


Itu dia teknik terbaru menggoreng telor atau mencincang lawan. Anda perlu mengangkat sedikit kaki kanan ke hadapan. Teknik ini boleh juga digunakan ketika bermain bowling.



Ini gambar masa lawan sepak takraw. Kemahiran menanduk bola membolehkan anda terpilih menyertai team underground kami. Tiga orang penonton di belakang tu merupakan peminat setia kami. =p


Haa lari semua. Aku nak lipat style servis kuda belang~ Pengadil steady nampak..


Dan begitulah berakhirnya permainan sepak takraw. Bersalaman tanda kemaafan di hari raya. Sungguh menarik. Tahun depan kita lawan semula k.. kalau ada berani.. Hahahaha..

Seterusnya kita beralih ke aksi futsal lelaki.


Itu dia antara aksi mendebarkan. Team CUCMS berjersi kuning. Tengah lawan team MSU. Peraturannya mesti 3 lawan 1. Serius ni..


Ya itu dia Melvin cuba menggunakan jurus pencak silat larian tanpa bayang.


Ok pic terakhir ni khas bertajuk. Melvin vs Ajeet. =D

P/S: Hanya suka-suka. Lalala.. =D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.