Tuesday, December 21, 2010

Berakhirnya zaman menulis thesis FYP

0 comments

Wah tajuk tak nak classic lagi ke.. =p

Orite hari ini merupakan hari yang sangat melegakan bagi aku sebab thesis write up for my Final Year Research Project dah siap!! Syukur Alhamdullilah..

Cabaran dan dugaan nak siapkan thesis ni memang satu pengalaman yang memeritkan. Stress dia tak sama dengan preparation exam, tapi yang pastinya memang mencabar ketabahan aku.

Ramai yang cakap, Nizam da siap research awal-awal, so boleh la rilek..

Memang betul, aku antara yang terpantas dapatkan result untuk research project, dalam sekitar bulan Mac or April dulu, tapi part menulis thesis yang kantoi tu.. Slow semacam.. Rasa macam tak tahu pape dah.. terasa kejahilan diri.. and then sibuk juga dengan course work.. So tak dapat la nak siapkan dengan lebih awal..

So bila lepas final exam 9 December hari tu, tiba la masanya untuk pulun habis2 thesis write up.. Kira menggelepur gak arr.. hehe.. (Nana pun menggelepur gak.. kan2.. hehe..)

Tapi seriously, I have given my best for this research project.. Aku sanggup tak makan sampai kurus kering ni, sanggup tak mandi, sanggup tak tido (walaupun tertido.. (-_-')..) dan sanggup berhabis duit demi nak siapkan thesis research project ni.. Sampai sakit kepala, asthma, nausea semua adalah..

Inilah yang dinamakan pengorbananku...

Dan bila siap je thesis ni di'hardcopy'kan, terasalah kepuasan dan kegembiraan kat kedai printing cyberia tu.. Senyum sampai telinga tak berhenti.. Macha supplier NZ tengok semacam je.. huhuhu..

As I believe, 85% from our success comes from other people, well I would like to take this opportunity to reserve special thanks to those who have continuously supported me during the completion of this research project write up. Specially to Dr Zie, my very helpful supervisor. Pengalaman research discussion 'Malaysia-Canada' yang berbeza masa 12 jam through skype dan email tak kan dilupakan. And also co-supervisor, Madam Linda for your advices. The word 'thank' can never be stopped.. Tak lupa pada family members dan kawan-kawan semua.. Wah dah macam page acknowledgement pulak ni..

Zaman menulis thesis mungkin dah selesai, tapi tak bermakna semua ni dah berakhir. Research project akan terus menghantui student final year pharmacy CUCMS dengan presentation dan viva bila semester baru dibuka nanti.

Doakan semuanya berjalan lancar dan kami semua dapat keputusan akhir yang terbaik. Amin!

Monday, December 20, 2010

One in a million..

6 comments

Ni video pendek aku buat time tunggu research project.. lalala..

Thursday, December 16, 2010

QS MBA Tour 2010

0 comments

Pada 19 November yang lepas, aku telah meluangkan masa untuk menyertai satu program yang menarik di KLCC iaitu QS MBA Tour 2010. Aku dapat tahu pasal program ni melalui email dan atas dasar minat dan ingin tahu, aku terus register percuma secara online. Pergi sekali dengan senior MBBS, Waqi.

QS MBA Tour adalah satu program yang mengumpulkan dan memperkenalkan sekolah-sekolah perniagaan di seluruh dunia dengan bertujuan membantu individu-individu yang berminat untuk menyambung pelajaran dalam jurusan Master of Business Administration (MBA).

Bermula pukul 5.30 petang, program dimulakan dengan satu forum yang bertajuk ‘Panel Discussion: Getting into Business School’. Panelisnya adalah wakil daripada Vlerick, Globis Japan dan Melbourne business school.

Forum tersebut diadakan dengan sangat informatif dan interaktif. Antara persoalan yang diutarakan adalah seperti syarat-syarat asas untuk memasuki sekolah perniagaan, tips dan panduan untuk memilih sekolah perniagaan yang terbaik dan sesuai dengan keperluan peserta.

Antara syarat kemasukan ke sekolah perniagaan adalah memiliki sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja di mana pengalaman tersebut akan digunakan ketika menjalani program MBA tersebut. Kebanyakan sekolah perniagaan tidak akan menerima pemohon-pemohon yang tiada pengalaman bekerja kerana dianggap tidak mencapai tahap pengurusan dan kepemimpinan yang diperlukan sepanjang menjalani program MBA.

Program MBA sepenuh masa biasanya dijalani selama 1 tahun atau 2 tahun dan ada beberapa sekolah perniagaan yang menawarkan program MBA jarak jauh. Terdapat pro dan kontra berkenaan program MBA jarak jauh, namun para panelis mencadangkan agar menyertai program MBA sepenuh masa kerana para pelajar akan mendapat mendedahan yang lebih dinamik di dalam dewan kuliah dan kepentingan membina ‘networking’ bersama para pelajar yang lain.

Selain itu, sekolah perniagaan biasanya akan menilai potensi dan kebolehan seseorang pemohon dengan menggunakan satu ujian yang dinamakan Graduate Management Admission Test (GMAT). Inilah first time saya tahu pasal GMAT. Ok GMAT ini adalah satu ujian yang dijalankan secara online selama 4 jam dan peserta akan dinilai berkaitan kualiti verbal, matematik, dan analytical writing skills yang telah dilalui oleh peserta mengikut pengalaman semasa berkerja.

Format test adalah sekali jalan di mana para peserta tidak boleh kembali ke soalan yang telah dijawab dan mesti bergerak ke soalan seterusnya sehingga tamat; bermaksud, ‘there is no turning back’. Kos untuk menjalani ujian GMAT ini adalah lebih kurang RM4k. (-_-‘).

Selepas forum tu, para peserta QS MBA Tour 2010 diberi ruang masa ke dewan pameran untuk bertemu dengan wakil daripada sekolah perniagaan yang ada. Semua sekolah perniagaan yang ada pada hari tu adalah dari sekolah perniagaan yang terkenal dari luar negara, contohnya Manchester Business School, Kent Business School, Michigan –Ross, Imperial College Business School, dan ESADE Business School.

So aku dan waqi pun buat-buat lah tanya-tanya soalan macam “what courses do you offer?”, “how about the costs of the courses”, “how to apply”, dan macam-macam lagilah sampai aku pun dah tak faham apa yang aku tanya apatah lagi yang diorang jawab.. heheh..

Basically, for me, I learnt something and gained some information lah about pursuing studies in MBA. Bukan semudah yang disangka, macam-macam pulak prosedur dan syarat-syaratnya.

Tapi dalam banyak-banyak sekolah perniagaan tu, aku paling tertarik dengan Emlyon Business School, France. Emlyon Business School ada sediakan beberapa program yang boleh disesuaikan dengan keperluan pelajar selain daripada program MBA. Contohnya, di Emlyon Business School, ada satu program yang dinamakan Global Entrepreneurship Program dan merupakan salah satu program yang akan melatih para pelajar untuk menjadi usahawan (enterperneur) yang hebat dan berkualiti.

Global Entrepreneurship Program ini adalah program setahun Master of Science, diajar sepenuhnya dalam bahasa inggeris dan tidak memerlukan pengalaman bekerja sebagai syarat kemasukan. Macam best kan? Memang kena dengan misi Emlyon Business School iaitu ‘Educating Entrepreneurs for the World’. Emlyon Business School berada di tangga ke 8 dalam European Business School rankings.

Ok selain daripada pameran sekolah perniagaan, ada juga satu gerai pameran yang mempromosikan website PitchYourTalent.com. PitchYourTalent.com adalah sebuah website dibawah JobStreet.com, di mana kita boleh letakkan maklumat diri kita seperti bakat dan pengalaman kita di website tersebut secara percuma.

Kemudian jika kita bertuah, kita akan dihubungi oleh syarikat-syarikat seluruh dunia yang memerlukan khidmat kerja kita secara ‘freelance’ atau tetap. Inilah salah satu cara untuk mengiklankan potensi diri dan teknik membuka peluang.

Seperti kata John F. Kennedy (Former US President), “All of us do not have equal talents, but all of us should have an equal opportunity to develop our talents”. And the opportunity is widen by using the power of internet (Nizam Malek, 2010). =p

P/S: Amacam, still interested to go for MBA? Ask yourself. =)

Friday, December 10, 2010

Bye-bye Exam, It's holidays!

2 comments

Hye semua, bertemu kembali. Apa khabar? =)

Alhamdulillah, saya baru saja selesai menjalani peperiksaan akhir untuk sem ke tujuh. Sekejap je kan 2 minggu berlalu. Macam mana dengan dengan exam tu? Huhu, nama pun final exam tahun akhir, mestilah susah dan... susah.. =p.

Hari first bermula dengan paper Clinical Pharmacy 2. Saya rasa ini paper yang terbaik yang saya jawab untuk final exam kali ni. Erm, bukan soalannya senang, ada juga yang susa, tapi boleh lah. Prof cakap, paper Clinical Pharmacy ni biasanya senang nak lulus, tapi payah nak score A. Mostly soalannya adalah berbentuk clinical case dan memerlukan jawapan yang tepat kepada permasalahan yang timbul. Jadi kalau hafal-hafal slides tu kira tak cukup sesuai lah untuk Clinical Pharmacy 2.

Exam kedua pula untuk Pharmacy Practice 3. Paper ni saya namakan dia 'Paper of uncertainty'. Sebabnya, sampai ke malam sebelum examnya, tak dapat agak soalan macam mana yang akan keluar. Memang ada study objectives or topic guidelines, tapi macam tak nampak je macam mana bentuk soalannya. Tu yang bila nak tidur tak lelap2.. Hehe.. Pagi nya rasa cuak macam tak pernah prepare pape. Memang bahaya gak arr.. =p

Then paper yang ke 3 adalah Pharmacy Management and Administration. Satu-satunya paper berjam kredit 2 manakalaa paper yang lain semua jam kredit 3. Tapi soalannya agak killer juga. Ada few soalan calculations, tapi jawab macam sure tak sure je.

Minggu seterusnya, cabaran sebenar bermula. Isnin paper Clinical Pharmacokinetics. For me, paper ni paling susah antara semua. Kepala akan rasa nak terpecah sikit bila cuba nak jawab bab calculation dan kalau tak pecah, akan rasa macam ada benda bergerak-gerak dalam otak. Itulah dia antara side effect paper Clinical Pharmacokinetics. Oh satu lagi, kalau kepala tak pecah, mungkin scientific calculator yang meletup.. heheh..

Dan paper bertulis yang terakhir adalah untuk subjek Quality Control. Rasanya, paper ni tak lah susah sangat malah mencabar, cuma mungkin terlalu banyak fakta yang perlu diingat sampai akhirnya banyak term-term mudah terlupa macam tu je. Tapi I like the questions on Good Manufacturing Practice (GMP) which is on the factory layout. Boleh goreng dengan seronoknya. Hmm, just for me, I think overall I didnt do the best for Quality Control paper. If my result drop from this paper, I might deserve it, ohh.. =I

After finished written paper, the next day was for OSCE. A lot of friends especially from MBBS and pharmacy juniors asked, what we had for OSCE. Ok basically OSCE for pharmacy students is something like this;
  • There are 8 rooms located sequently
  • A case is placed in each room
  • The room may contain a patient, just an instruction paper, a doctor, or a phone
  • A student must enter each room, stay for 7 minutes to solve the case inside, and after a ring has been rang, the student needs to leave the room and proceed to the next room
  • If I enter a room, and I see a patient with a paper of the patient's case, I need to read the patient's case first and respond to patient's problems accordingly
  • Some of the cases are set for drugs counseling, identify drug related problem which needs clarification with the doctor, responding to symptoms in a community pharmacy and specific illness management
  • About the phone, someone will make a call from outside and asks for information regarding medication. The 'someone' can be a doctor, nurse, pharmacist or even a patient itself; and the student has to gather all the needed information in order to give the best assistance/information to the requester. This is one of the special service in pharmacy practice and it is called, Drug Information Service (DIS)
  • After leaving the 8th room, the student will be free and need to leave the OSCE area
  • The whole duration for the OSCE (complete 8 rooms) is around 1 hour
  • One fact about OSCE is, it's very challenging, but it's very interesting and can make the students enjoy the moment and learn faster in terms of Pharmacy Practice

Huhu, alright, basically macam tu lah OSCE. Susah, menakutkan dan mungkin juga boleh menjatuhkan semangat. Tapi I would say that, it's very very interesting and I always prefer this than written examination. =D We were really excited bila da habis OSCE and we shared the experiences among us. It's really memorable for our undergrad times.

Ok, so lepas habis je OSCE, bermakna tamat lah sudah semester ke tujuh ni. Merdeka, banzai! Lepas ni kami akan bercuti selama sebulan dan akan masuk mendaftar semula untuk semester terakhir (semester ke lapan) pada 10 Januari 2011. Jadi sudah tiba masanya untuk bersenyum dan berrelax.. =D hehehe..

Ohya, saya dah janji nak ceritakan pengalaman menyertai QS MBA Tour 2010 dan Seminar by Dr Irfan Khairi kan? So tunggu kan post seterusnya dan saya akan kongsikan informasi-informasi menarik berkaitan 2 events tersebut. So stay tuned!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.