Thursday, January 7, 2016

Buat Keputusan Untuk Berjaya Hari Ini!


Mungkin ada yang kata.. 

"Nizam, kau boleh lah. 

Sekali profit saham RM20k, RM50k.. 

Boleh lah beli rumah banyak-banyak...

Aku ni, gaji pun kais pagi makan pagi je..

Janganlah cakap macam semua perkara mudah sangat..."

Ermm..

Saya tak lah kata semua perkara mudah sangat.

In fact saya pun lalui banyak kesusahan dan keperitan sebelum mencapai apa yang saya nak.

Profit saham RM20k, RM50k?

Hehe, tak de lah, profit saham ciput je... grin emoticon

Cuma saya nak berikan fakta bahawa, saya mula melabur dalam hartanah ketika berumur 25 tahun, ketika saya masih belum berkahwin lagi, lebih spesifik pada tahun 2012.

Dan saya telahpun berjaya memiliki empat buah rumah ketika saya belum pernah kenal apa itu saham.

Kiranya masa tu saya dalam keadaan saham jahiliah lah. Hehehe.

Apa yang saya nak beritahu anda adalah, kita kena BUAT KEPUTUSAN untuk berjaya dalam hidup ini.

ILMU memainkan peranan penting dalam proses membina kejayaan.

Mentor hartanah saya pesan, invest for knowledge.

"Kalau ada orang boleh ajar sesuatu perkara yang bermanfaat yang anda tak tahu, pergi belajar dengan dia, walaupun kena bayar RM5,000."

Itulah pesanan mentor saya dan saya ikut nasihat beliau.

Saya dah spend a few thousands untuk pergi belajar, antaranya:

★ Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan IMKK (RM997)
★ Kelas Advance Gegar Saham Syariah (RM1,900)
★ Kelas FCPO basic + advance (RM1,000)
★ Millionaire Marketing Mastery (RM2,997)
★ Intensif Momentum Perniagaan Internet (RM3,599).

Dan Alhamdulillah ia merubah banyak perkara dalam hidup saya.

Memang saya cuma manusia biasa, tiada sayap dan masih selalu sakit juga.

Tapi alhamdulillah saya dapat capai apa yang saya nak dengan adanya ilmu dan sistem yang betul.

Pesanan saya, jangan EGO dan BESAR KEPALA kalau hendak berjaya.

Tundukkan diri dan belajarlah daripada orang lain yang lebih tahu daripada kita.

Seperti petikan dalam surah An-Nahl ayat 43, Allah berfirman "..Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui."

Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi buat anda.

-Nizam Malek



5 comments:

Akmal on February 22, 2016 at 11:52 PM said...

Salam nizam.. just nak tau Intensif Momentum Perniagaan Internet tu.. tu mmg harga klass advance kan? boleh share sikit tak ttg klass tu.. sebab sy plan nak masuk kelas intensif tu.. harap dapat berkongsi

Nizam Malek on March 6, 2016 at 9:46 PM said...

Salam tuan Akmal,

Yup, itu harga kelas intensif.

Kalau anda serius nak online business, kelas intensif Momentum Perniagaan Internet ni memang sesuai untuk dihadiri.

All the best.

-Nizam Malek

Khairil on August 30, 2016 at 10:29 AM said...

Assalamualaikum En Nizam Malek, boleh sy dptkan emel?

Unknown on December 15, 2016 at 9:03 PM said...

Belajar gegar saham dari a-z

jacintequeeney on March 4, 2022 at 7:36 PM said...

Blackjack, Blackjack, and more! - Dr. Maryland
Blackjack is a casino game that has been developed as 전라북도 출장마사지 a way 통영 출장샵 for people to try out different 목포 출장안마 variants of Blackjack or 서산 출장샵 Blackjack. The 강원도 출장안마 casino offers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.