Tuesday, June 17, 2014

Tribute To Dr Azizan Osman & IMKK


====================================
Ada Apa Dengan Dr Azizan Osman dan IMKK?
====================================

Ada masanya saya rasa terpanggil untuk menulis berkenaan Dr Azizan Osman dan IMKK. 

Ada apa dengan Dr Azizan Osman dan Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK)?

Apa yang hebat sangat, kenapa menjadi fenomena?

Yup, orang yang tak pernah belajar dengan Dr Azizan Osman dan mengamalkan apa yang diajar oleh Dr Azizan Osman, tidak layak untuk berbicara tentang beliau.

Ada beberapa point menarik yang saya nak kongsikan dengan pembaca wall Facebook saya berkenaan Dr Azizan Osman dan IMKK.

1. Dr Azizan Osman merupakan seorang speaker, inspirer, coach dan penulis kekayaan dan kejayaan milik syarikat Richworks Sdn Bhd.

2. Sejak 6 tahun lalu, Dr Azizan Osman telah mula mengendalikan banyak ceramah, program dan seumpamanya yang bertujuan melahirkan lebih banyak individu yang biasa-biasa kepada individu dengan pencapaian luar biasa.

3. Dr Azizan Osman adalah seorang individu yang menuntut ilmu kekayaan dan kejayaan dengan ramai individu hebat di luar negara, antaranya adalah Bob Proctor. Bob Proctor adalah seorang jurulatih kejayaan dan kekayaan dan harga untuk belajar dengan Bob Proctor sahaja telah mencecah nilai puluhan ribu ringgit. Antara perkara yang diajar oleh Dr Azizan Osman adalah merupakan antara perkara yang diajar oleh Bob Proctor kepada para peserta programnya. Ini bermakna, perjalanan dan harga untuk belajar rahsia kekayaan dan kejayaan daripada Bob Proctor telah disingkatkan dan didiskaunkan dengan adanya program Dr Azizan Osman.

4. Salah satu perkara terhebat mengenai jenama Dr Azizan Osman adalah pemasaran. Beliau membuktikan bahawa, dengan teknik pemasaran yang betul, beliau mampu menarik dari 3000 hingga 8000 peserta (pada harga yuran penyertaan 3 ke 4 angka) dalam satu-satu program IMKK anjuran Richworks Sdn Bhd. Ia adalah satu bukti, bukan sekadar cakap kosong.

5. Sudah ramai para peserta program IMKK Dr Azizan Osman menempa kejayaan luar biasa dalam dunia perniagaan dan pelaburan. Dari pendapatan yang kecil bertukar menjadi seorang jutawan. Yup, saya percaya, jutawan sememangnya boleh dilahirkan dengan adanya ilmu yang betul.

6. Malangnya, ramai juga di antara ribuan peserta program IMKK Dr Azizan Osman, tertinggal dan tidak mencapai apa-apa rekod hasil yang memberangsangkan. Ada banyak faktor kenapa seseorang tidak berjaya selepas menghadiri IMKK. Faktor terbesar adalah kerana tidak mengikut betul-betul formula kejayaan MESTI (Mentor, Elmu, Sistem, Tindakan dan Intention/Impian. Ramai orang boleh mencari mentor, ramai orang boleh membaca buku dan internet untuk mendapatkan ilmu, ramai juga boleh memiliki sistem atau strategi terbaik, dan ramai juga yang mempunyai niat atau impian yang luar biasa hebat. Tapi ramai yang gagal pada bab tindakan.

7. Dalam IMKK, kita akan belajar banyak benda dalam bentuk mind programming. Mind programming ni ramai orang tak faham, dan kalau lebih sempit pemikiran, akan kata syirik dan sebagainya. Antara perkara yang diprogramkan adalah Money Magnet Installation. Ia satu teknik motivasi diri di mana minda kita dilatih untuk memahami konsep aliran wang. Ramai orang tidak faham wang, kerana itu mereka gagal mengurus wang yang ada. Ada juga yang kata, Money Magnet Installation tu cuma buat-buat saja. Tiada apa yang terjadi lepas tu pun.. Pada saya, orang yang buat itu kurang fokus pada apa mind programming yang sedang dilakukan. Perlu berlatih untuk fokus lagi. Fokus yang tinggi sangat penting dalam proses mendapatkan ilmu.

8. Dr Azizan Osman cumalah 'boneka' Richworks Sdn Bhd. Beliau bukan sesiapa, tapi cumalah satu public figure yang digunakan oleh Richworks Sdn Bhd untuk menjayakan program-program yang dianjurkan. Mungkin program anjuran Richworks Sdn Bhd seperti IMKK tidak akan se gah kini tanpa nama Dr Azizan Osman. Jika Dr Azizan Osman ditukar dengan Nizam Malek, mungkin auranya tidak seperti IMKK kini. Oleh itu, Dr Azizan Osman memegang tanggungjawab dan cabaran yang amat besar dalam mengendalikan program-program IMKK Richworks Sdn Bhd. Apabila ada yang berjaya, nama Dr Azizan Osman yang dilaung-laungkan. Apabila ada yang gagal atau tidak berpuas hati, nama Dr Azizan Osman juga yang tertikam sehingga berdarah-darah. Nama Dr Azizan Osman, menjadi sasaran.

9. Pada pandangan saya, program-program Richworks Sdn Bhd merupakan satu peluang terbesar buat rakyat Malaysia yang mencari-cari peluang untuk mengubah diri. Ada orang punya ayah yang mengajar tentang Pelaburan Hartanah, ada orang punya kawan-kawan yang sama minat mengejar kejayaan, dan ada orang yang tidak punya sesiapa yang dapat membantu mendorong kejayaannya. Di sinilah program Richworks seperti IMKK dapat membawa mereka keluar dari kepompong kebiasaan hidupnya untuk diberi pendedahan tentang peluang-peluang kejayaan yang ada diluar sana. Jika peserta rasa tidak suka atau tidak berpuas hati, mereka bersedia memulangkan wang yuran penyertaan. Tiada dakwa-dakwi.

10. Nizam Malek adalah graduan IMKK Mac 2014. Saya mengambil atau membuang masa lebih kurang 15 minit untuk mengarang artikel 10 point ini bukanlah untuk apa-apa tujuan. Pada saya, hormat pada guru amatlah penting. Pada saya juga, saya tetap akan menghormati seseorang yang saya benci apabila dia hanya mengajar saya cara-cara menggoreng telur di dapur, kerana dia telah memberikan satu ilmu yang bermanfaat kepada saya.

Sekian coretan 17 Jun 2014.

Semoga kita semua berfikiran terbuka dan sentiasa berlapang dada.

Nizam Malek
Austin Perdana
Johor Bahru

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.