Wednesday, March 26, 2014

Hala Tuju Selepas SPM


Assalamualaikum dan salam hormat,

Pada 12 April 2013 yang lalu, saya ada menulis satu artikel di blog ini yang bertajuk 'Apakah Masa Depan Kerjaya Farmasi?'.

Artikel tersebut telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan saya menerima banyak komen dan soalan berkenaan kerjaya Farmasi.

Terima kasih kepada anda yang telah mengambil input dari artikel tersebut dan terima kasih juga kerana berkongsikan link artikel tersebut dengan keluarga dan kawan-kawan.

Saya dapat perhatikan terdapat peningkatan permintaan terhadap kerjaya Farmasi ini terutamanya dari lepasan SPM dan juga lepasan Diploma Farmasi.

Ramai yang berkongsikan dan menyuarakan rasa dukacita sebab:

  1. peluang untuk sambung belajar dalam bidang Farmasi kian menyulitkan.
  2. result SPM yang kurang memberangsangkan dan mungkin bukan dari aliran Sains Tulen.
  3. bimbang tiada peluang pekerjaan dalam sektor awam apabila tamat belajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda Farmasi.
Mungkin secara peribadi boleh saya katakan bahawa, kerjaya Farmasi ini adalah satu kerjaya professional dan kini masih lagi dikategorikan sebagai bidang yang kritikal di Malaysia.

Selain itu, kos untuk pembelajaran dalam bidang Farmasi ini juga agak tinggi dan sentiasa meningkat setiap tahun.

Malah dengan peningkatan permintaan terhadap kursus Farmasi ini, persaingan menjadi lebih tinggi di kalangan para pelajar.

Oleh sebab itu, pemilihan pelajar perlu dibuat dengan lebih telus dan kritis bagi memastikan hanya yang memenuhi kelayakan dan betul-betul minat sahaja yang akan dipilih.

Ramai jugalah yang frust sebab makin susah nak sambung belajar dalam bidang Farmasi.

Persaingan makin sengit, kelayakan untuk sambung belajar dalam bidang Farmasi pun makin ketat.

Ditambah lagi dengan keputusan SPM yang kurang menyerlah seperti yang dikehendaki dalam permohonan ke bidang Farmasi.

Hurmm, sebenarnya saya nak komen terlalu banyak pun tak kena juga sebenarnya.

Mungkin anda lihat bahawa Farmasi adalah bidang yang insyaAllah dapat menjamin masa hadapan, jadi anda ingin sambung belajar dalam bidang Farmasi.

Hakikatnya, keadaan dan permintaan terhadap kerjaya berubah mengikut masa dan keadaan.

Apa yang boleh saya katakan adalah, kerjaya dalam bidang Farmasi bukanlah segala-galanya.

Jika keputusan SPM anda kurang memberangsangkan dan anda tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Farmasi, janganlah berputus asa dan terlalu kecewa.

Masih ada banyak lagi kursus-kursus lain yang boleh anda terokai dan mungkin juga lebih baik dari bidang Farmasi.

Yang penting anda perlu tahu apakah minat anda dan apakah kerjaya yang mempunyai peluang pekerjaan yang tinggi dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Jika anda memikirkan berkenaan Farmasi, 5 tahun akan datang pun, akan berlaku keadaan lambakan graduan Farmasi, menyebabkan persaingan untuk mendapat perkerjaan meningkat.

Contohnya jika beberapa tahun sebelum ini, graduan Farmasi akan mendapat guaranteed job kerana selepas tamat belajar degree 4 tahun, mereka perlu menjalani latihan Provisionally Registered Pharmacist selama setahun di hospital kerajaan sebelum mendapat lesen sebagai Pegawai Farmasi Berdaftar Penuh.

Tapi mungkin saja 5-10 tahun akan datang, tiada lagi guaranteed job tersebut. Graduan jurusan Farmasi mungkin perlu bersaing dengan lebih gigih untuk mendapat pekerjaan terutamanya di sektor swasta.

Pada saya, walaupun kerjaya Farmasi tetap akan jadi kerjaya yang baik, tapi graduan Farmasi akan menghadapi kesukaran dalam mendapat pekerjaan 5-10 tahun akan datang jika mereka tidak melengkapkan diri mereka dengan kemahiran modal insan dan kemahiran komunikasi yang berkesan.

Itulah hakikatnya, dunia berubah pantas.

Apa yang saya boleh cadangkan bagi lepasan SPM yang masih lagi mencari kursus-kursus yang terbaik untuk sambung belajar adalah:
  1. ketahui minat sebenar anda.
  2. jangan fokus kepada satu bidang sahaja. Buka minda anda untuk menerima kursus lain.
  3. Jika keputusan SPM anda baik, saya cadangkan sambung belajar dalam bidang Dentistry.
  4. Jika benar tiada ruang lagi untuk sambung belajar dengan prospek kerjaya yang baik, anda boleh pertimbangkan untuk memulakan perniagaan.
Apa-apa pun, pastikan anda melakukan solat hajat dan solat istikharah setiap hari selama 21 hari untuk mendapatkan petunjuk dan kemudahan bagi membuat keputusan yang terbaik untuk diri anda.

Semoga berjaya!

7 comments:

Ff said...

Salam. Saya adalah lepasan spm 2013 dalam aliran sains tulen. Saya ingin bertanya jika saya ingin menjadi doktor pergigian, adakah sukatan pembelajaran dan kerja-kerja kursus di matriks dan asasi adalah sama dari segi kesukaran? Saya sudah pasti dengan bidang ini, adakah asasi adalah pilihan yang terbaik?

Nizam Malek on April 19, 2014 at 9:34 AM said...

Salam Ff,

Matrikulasi dan Asasi adalah pada tahap kesukaran yang sama.

Pergi belajar kat mana-mana pun pasti ada cabarannya.

Yang penting, walau ke mana kita pergi, kita kena sentiasa berusaha dan berdisiplin.

Kalau asasi boleh menjamin tempat anda ke bidang Doktor Pergigian, lebih baik ambil asasi.

Untuk sambung belajar, jaminan adalah penting.

haziqahhaidan on May 5, 2014 at 1:47 PM said...

Asssalamualaikum. Saya nak bertanya. Saya bercita-cita nak amik course farmasi ni tp yang mana kah lebih bagus pergi ke matriks KPM,buat diploma atau asasi ? Mohon penjelasan. terima kasih.

Nizam Malek on May 5, 2014 at 11:34 PM said...

Wasalam Haziqahhaidan,

Pada saya semuanya punya kelebihan dan keburukan masing-masing.

Perkara pokoknya, walau yang mana pun anda pilih, anda perlu pastikan anda mencapai CPGA yang terbaik untuk melayakkan diri sambung belajar ke bidang Farmasi.

Di antara ketiga pilihan tersebut, ini cadangan saya mengikut turutan,

Asasi>Matriks>Diploma

Selamat majujaya!

haziqahhaidan on May 10, 2014 at 7:12 PM said...

Assalamualaikum. Saya bercadang untuk masuk ke matriks. Tp saya nak tahu subjek ape yang perlu ambil untuk course farmasi ni. Adakah perlu untuk study fizik semasa di matriks? Ini untuk pemilihan modul mana yang patut dipilih. Mohon penjelasan. Terima kasih.

Nizam Malek on May 10, 2014 at 8:24 PM said...

Wasalam haziqahhaidan,

Tidak kira anda aliran Sains Hayat atau Sains Fizikal di Matrikulasi, anda masih boleh untuk menyambung pelajaran dalam bidang Farmasi.

Anonymous said...

Kalau smbg bidang farmasi di kolej swasta..yuran pengajian mahal sgt ker?terjamin atau tidak utk kerja?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.