Sunday, December 29, 2013

Selamat Tinggal 2013~


Tinggal beberapa jam sahaja lagi sisa-sisa tahun 2013 akan berakhir.

Satu tahun yang panjang dengan pelbagai kisah suka duka yang berlaku.

Pada tahun 2013 ini kehidupan saya benar-benar berubah.

Tak sama lagi dengan zaman belajar dulu.

Saya completely telah masuk ke alam bekerja yang sebenar.

Pejam celik, saya dah selesaikan 1+1 PRP year dan Compulsory Service year saya.

Alhamdulillah, kini saya bergelar Pegawai Farmasi Berdaftar Penuh dan bermula lah langkah karier yang sebenar.

Inilah saat-saat yang dinanti sekian lama sejak saya mendaftarkan diri sebagai pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Farmasi pada tahun 2007 di Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS).

6 tahun masa diambil untuk sampai ke tahap ini.

Masa belajar dulu hanya berangan-angan nak jadi Pegawai Farmasi bertauliah.

Kini sudah pun sampai masanya mengotakan cita-cita.

Tapi semua itu tidak berhenti di sini.

Kehidupan terus berjalan seperti biasa dan masa ini menjadi sangat penting kerana saya sendiri yang akan menentukan masa depan saya, tidak lagi terlalu bergantung pada orang lain terutamanya ibu bapa.

Tahun 2013 telah menjadi tahun yang sangat cantik.

Graf kehidupan saya meningkat selari dengan perancangan yang dilakukan dari semasa ke semasa.

Pada tahun 2013 juga saya telah selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang isteri yang sangat cantik, baik dan solehah.

Terima kasih Tuhan atas kurniaan ini.

Semoga perkahwinan ini menjadikan kami insan yang lebih matang dalam menongkah arus kehidupan yang penuh pancaroba selepas ini.

Selain itu, dalam tahun 2013 ini, saya masih tidak lari dari masalah kesihatan. Beberapa kali dimasukkan ke wad dan memerlukan rawatan beberapa hari.

Antaranya sakit adalah Demam Virus Rubella dan Demam Denggi.

Ada juga demam panas teruk, tapi tak masuk hospital, cuma rehat di rumah.

Kalau ikut rekod, saya ni selalu sakit. Mesti ada je sakit pape dan perlukan rawatan rapi.

Memang menyakitkan dan menduga kesabaran.

Tapi Alhamdulillah, Allah beri kekuatan untuk menempuh dugaan-dugaannya ini.

Oleh kerana itu, apabila dalam keadaan sihat, perlu sentiasa bersyukur dengan nikmat pemberian Allah, sebab tanpa rahmat dan sifat rahim Allah, siapalah kita.

Apabila sihat dan bertenaga, banyakkan berbuat kebaikan, tunaikan kewajipan solat dan berikan manfaat ilmu kepada orang lain.

Semoga apa yang kita lakukan itu diberkati Allah SWT.

Terlalu banyak perkara yang berlaku sebenarnya dalam tahun 2013 ni.

Tak dapat saya nak tulis semua, dan biarlah ia hanya tersemat dalam kotak memori minda dan hati ini.

Apabila masuk tahun baru, perkara tipikal yang akan diperkatakan adalah berkenaan dengan menulis matlamat.

Apa matlamat tahun baru 2014 saya?

Sudah pasti ada beberapa perkara yang saya sasarkan.

Oleh kerana dari segi kerjaya, saya dah capai apa yang perlu saya capai buat masa ini dan seterusnya hanya lebih kepada time based, mungkin tahun 2014 ni saya akan lebih fokuskan kepada aktiviti penulisan karya seperti ebook dan buku.

Tak lupa juga, saya nak hasilkan lebih banyak vlog yang bermanfaat. Harap-harap adalah orang nak menontonnya. =p

Kemudian saya akan lebih fokus pada mengukuhkan profile kewangan dan Pelaburan Hartanah. InsyaAllah tahun 2014 ini dijangka lebih menarik dan saya perlu membuat persediaan yang lebih rapi lagi.

Oklah, setakat ini dulu coretan blog saya kali ini.

Selamat tinggal 2013 yang best dan selamat datang 2014 yang gembira dan menyeronokkan!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.