Tuesday, December 3, 2013

Cuti Sekolah, Apa Nak Buat, Ya?


Setiap pagi, masa saya memandu ke tempat kerja, saya akan pasang radio Era. Bolehlah hilangkan sikit stress yang ada bila dengar celoteh JoHaRa tu.

Masa mula-mula saya dengar JoHaRa, dalam hati saya cakap, "Ape benda lah diorg merepek ni, asyik gelak sendiri je.. @_@'". Tapi dah lama-lama dengar tu, kira ok lah, boleh layan..

Selain layan sketsa JoHaRa tu, ada masanya radio Era ni akan sampaikan pesanan-pesanan motivasi daripada Dr Fazley yang pernah popular dengan lagu Asmara Ini dan juga juara MasterChef Selebriti musim ke berapa ntah.

Dr Fazley ya, bukan Dr Che Rozmey~~ =p

Banyak tips motivasi menarik yang saya dengar daripada Dr Fazley ni. Praktikal dan simple.

Beliau banyak berikan tips motivasi khusus kepada para pelajar dan kali ini khusus untuk para pelajar yang sedang dalam musim cuti sekolah.

Saya perhatikan, ramai pelajar yang tidak menggunakan masa cuti sekolah dengan efektif. Masa cuti panjang sebulan lebih dibuang begitu saja tanpa melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Bagi saya sangat rugi lah kalau macam tu. Kalau saya ada cuti panjang, macam-macam benda yang saya akan buat.

Dalam post kali ini, saya nak kongsikan beberapa perkara bermanfaat yang boleh para pelajar lakukan semasa musim cuti sekolah.

1. Berehat. Sudah pasti, tempoh belajar yang panjang termasuklah minggu peperiksaan menjadi satu tempoh yang amat menekan para pelajar. Ramai yang jatuh sakit kerana terlalu stress belajar dan nak menghadapi peperiksaan. Jadi gunakanlah masa cuti sekolah ini untuk berehat dan membebaskan diri anda daripada pengaruh stress yang keterlaluan. Cuma, berehat bukanlah bermakna tidur sepanjang hari. =)

2. Belajar kemahiran-kemahiran baru. Musim cuti sekolah adalah masa yang terbaik untuk anda mendalami kemahiran-kemahiran baru yang tidak sempat anda pelajari sebelum musim cuti sekolah. Antaranya anda boleh belajar cara-cara untuk menukar tayar kereta, cara-cara mengecat rumah atau apa saja perkara yang akan dapat membantu anda menghadapi saat-saat kecemasan seperti bantuan pernafasan (Basic Life Support) dan sebagainya.

3. Belajar ilmu-ilmu yang tidak diajar di sekolah. Sekolah memanglah tempat untuk belajar, tapi bukanlah bermakna apa yang anda belajar di sekolah itu sudah mencukupi untuk anda menghadapi cabaran kehidupan keseluruhannya. Banyak lagi perkara yang anda boleh pelajari pada masa cuti sekolah, antaranya adalah belajar berkenaan perisian komputer seperti membuat design menggunakan Adobe Photoshop, menulis artikel atau buku, dan belajar musik.

4. Belajar berniaga! Yang ni paling saya sokong. Anak-anak muda ni sepatutnya perlu suka belajar perkara-perkara berkaitan perniagaan, kerana dengan ilmu perniagaan ini lah kita akan berpeluang membuka pintu rezeki pada masa hadapan. Lebih mudah lagi, sekarang semua orang boleh berniaga menggunakan Facebook di Internet. Dapatkan ilmu yang betul untuk berniaga, insyaAllah ia akan membantu kehidupan anda. =)

5. Melancong. Ok yang ini kalau ada bajet lebih boleh buat. Sebenarnya melancong ni banyak faedahnya, sebab ianya akan membuka minda kita. Ramai orang yang telah melancong ke luar negeri atau luar negara akan lebih terbuka pemikirannya dan cenderung untuk melakukan sesuatu yang sama dengan cara yang berbeza. Melancong akan memberikan pengalaman baru kepada anda.

6. Mendalami ajaran agama Islam. Sudah semestinya, waktu musim cuti yang panjang ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendalami ajaran agama. Belajarlah membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul dan kalau boleh selalulah berkunjung ke masjid apabila masuk waktu solat dan sesi kuliah. Dengan niat yang betul, insyaAllah anda akan lebih dekat dengan ajaran Islam dan dapat merasai keseronokan hidup kurniaan Allah SWT ini. Ramai anak muda yang terpesong jauh dari agama dan terjebak dengan masalah moral yang kian meruncing. Elakkan menjadi sebahagian daripada statitstik dan buktikan generasi baru juga punya akhlak dan mentaliti yang terpuji.

7. Membantu ibu bapa. Pada waktu lapang ini, apa salahnya jika kita membantu ibu bapa kita. Jika ada kerja rumah yang belum siap, ambillah inisiatif untuk membantu. Bantulah tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Lakukan dengan ikhlas, insyaAllah masa cuti sekolah anda akan diisi dengan urusan yang bermanfaat dan mengundang pahala juga.

Ok sampai sini dulu perkongsian kali ini. Saja je nak dapatkan mood menulis kembali. Semoga bermanfaat! =D

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.