Thursday, November 14, 2013

Pantaskah Syurga Untukku | Tegar | Cover by Nizam Malek


Ok setelah sekian lama menyepi, Nizam Malek kembali dengan
video musik terbaru untuk cover lagu Pantaskah Syurga
Untukku nyanyian asal budak kecil dari Indonesia, Tegar.

Walaupun Tegar ni lebih popular dengan lagu 'Ku Yang Dulu
Bukanlah Yang Sekarang', tapi saya pilih lagu Pantaskah Syurga
Untukku ini sebab liriknya amat baik dan memberi mesej berunsur
kekesalan diri kepada Tuhan.

Semoga lagu ini dapat membuka hati ramai orang yang mendengar
termasuk saya sendiri dan kembali dekat kepada Tuhan yang Maha Esa.

Ye lah, gitar, gitar juga, nyanyi, nyanyi juga, tapi kalau boleh kita
cari lirik yang mengingatkan kita dan memberi kesan ke arah kebaikan.

Tegar ni baru berusia 12 tahun dan telah pun mencapai status jutawan di
Indonesia dengar sekadar menjadi seorang penyanyi dan mampu membeli
rumah bernilai juta untuk ibubapa nya.

Saya terdengar di radio Era beberapa hari yang lalu, bahawa Tegar ni
mula menyanyi pada usia 6 tahun. Bermakna, 6 tahun diperlukan untuk beliau
membina nama dan mencapai kejayaan serta kekayaan yang dinikmati hari ini.

Apa yang saya pelajari adalah, proses mencapai kejayaan yang besar ini
mengambil masa dan ada banyak jatuh bangunnya.

Jika saya baru bermula dalam satu bidang setahun, dan saya dah rasa nak
berputus asa sebab banyak masalah, cabaran dan dugaan, bagaimana
saya nak berjaya dalam bidang tersebut, kan?

Jadi saya akan teruskan perjuangan saya, mencapai matlamat yang saya
sasarkan dan mengejar impian saya. Biar bertahun lamanya, saya tidak
akan berputus asa. Cewah~ =p

Oklah, jom dengar lagu Pantaskah Syurga Untukku yang telah
berjaya dirosakkan oleh saya. Mihihi. =p



-Lirik-

Mengapa begitu berat 
jalankan segala perintah Mu
Begitu banyak rintangan
tuk mengarahkan wajah
bersujud kepadamu Tuhan
wooo ooo

Indahnya dunia ini
membuat orang terlena
Bekerja terus bekerja
Tak kenal waktu dan tak kenal lelah
hoooo

Gema adzan Subuh, aku lelap tertidur
Gema adzan Dhuhur, aku sibuk bekerja
Gema adzan Ashar, aku geluti dunia
Tuhan, pantaskah surga untukku

Gema adzan Subuh, aku lelap tertidur
Gema adzan Dhuhur, aku sibuk bekerja
Gema adzan Ashar, aku geluti dunia
Tuhan, pantaskah surga untukku

Gema adzan Maghrib, aku di perjalanan
Gema adzan Isya',lelah tubuhku Tuhan
Tak pernah lagi ku baca firman MU
Tuhan tolonglah hambamu uuhuu
Tuhan

5 comments:

Anonymous said...

Wahh. Best :) Dah lama saya perhatikan cover encik hee xD Boleh tak request lgu? Lagu jodoh berdua by hafiz hamidun, dan Hanya Tuhan Yang tahu by unic. Berharap sgt :)

Nizam Malek on February 9, 2014 at 10:49 PM said...

Hi,

Terima kasih tengok video cover saya.

Semoga menghiburkan, walaupun saya just buat suka-suka je. =)

InsyaAllah, kalau ada masa saya buat cover baru.

Thanks for the support. =)

Anonymous said...

Walaupun suka-suka. Saya suka mendengarnya :') Harap buat cover lagu yang saya request. Terima kasih :')

Anonymous said...

menarik ^_^ sedap suara..lagu ni memang tegar ke penyanyi asal dy?

Nizam Malek on April 29, 2014 at 12:08 AM said...

Terima kasih dengar lagu yang saya nyanyikan.

Lagu ni dipopularkan oleh Tegar, tak pasti pulak ada penyanyi asal yang lain.

Mungkin ada. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.