Thursday, July 25, 2013

Qualaroo Vs SurveyMonkey


Hi semua, apa khabar?

Hope semua masih lagi ok untuk menghadapi cabaran dan dugaan di bulan puasa ini.

Dah lama sebenarnya saya tak menulis artikel-artikel baru yang berkualiti di sini. Almaklum, beberapa minggu sebelum ini agak sibuk dengan cuti kahwin dan juga saya telah menghidapi Demam Denggi pada awal bulan Ramadhan hari tu.

Memang teruk juga rasanya kalau kena Demam Denggi. Tapi jangan risau, saya dah sembuh dan 100% fit untuk kembali berpuasa dan bekerja seperti biasa. Terima kasih kepada anda yang sentiasa mendoakan saya.

Cuma, walaupun Nizam Malek Blog ini dah jarang diupdate, tapi saya lihat, tetap ramai pengunjung yang sudi melawat dan membaca artikel-artikel yang ada. Tak kurang juga yang meninggalkan jejak dengan bertanya soalan-soalan di ruangan komen yang disediakan di setiap artikel atau post yang saya tulis.

Terima kasih atas soalan-soalan dan respond daripada anda. Saya sangat suka dan akan sentiasa menjawab soalan-soalan atau komen-komen anda.

Selain di ruangan komen, sebelum ini saya ada masukkan satu software untuk membolehkan anda memasukkan cadangan tajuk artikel yang boleh saya tulis untuk blog post seterusnya, iaitu Qualaroo.

Tapi untuk pengetahuan anda, Qualaroo kini telah membuat polisi baru (sejak Mei 2013), iaitu tiada lagi akaun percuma dan semua akaun perlu diupgrade kepada akaun berbayar. Tapi harganya agak mahal.

Disebabkan isu tersebut, akaun Qualaroo saya yang percuma itu dah tidak boleh diakses dan saya tidak dapat membaca soalan-soalan atau respond/cadangan daripada anda di akaun Qualaroo tersebut.

Jadi maafkan saya jika ada cadangan-cadangan tajuk artikel yang patut saya tulis di akaun Qualaroo tersebut tidak dapat saya respond lagi.

Namun untuk tidak mengecewakan anda yang suka memberikan cadangan, saya buat satu akaun baru di SurveyMonkey.com untuk membolehkan anda terus memberikan soalan-soalan dan cadangan bernas untuk saya menulis di Nizam Malek Blog ini.

Kotak SurveyMonkey tersebut berada di ruangan paling bawah Nizam Malek Blog ini. Anda skroll ke ruangan paling bawah dan akan berjumpa dengan soalan 'What should Nizam Malek writes in the next post?'.

Anda hanya perlu masukkan cadangan anda di ruangan (kotak) yang disediakan di bawah soalan tersebut dan klik butang 'done'. Cadangan anda tersebut akan masuk ke akaun SurveyMonkey saya dan saya akan dapat baca di akaun SurveyMonkey saya.

Jadi teruskan memberi cadangan dan insyaAllah saya akan cuba tulis artikel mengikut cadangan-cadangan anda.

Sekian dulu pengumuman buat kali ini. Jumpa lagi dalam blog post seterusnya!

P/S: Monkey pun monkey lah.. Asal boleh pakai dan free. =p Bye-bye Qualaroo~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.