Tuesday, June 18, 2013

Deritaku Bahagiamu (Hafiz AF7) Cover by Nizam Malek


Ok, untuk video terbaru saya ni, saya pilih lagu Deritaku Bahagiamu, satu lagu baru yang dinyanyikan oleh Hafiz AF7. 

Sebenarnya masa mula-mula dengar lagu ni rasa tak suka sangat, sebab macam terlalu slow dan jiwang. 

Tapi semalam masa dengar radio Era time balik kerja, baru tahu yang lagu ni lagu top dalam carta Era yang pukul 12 malam tu. Kira ramai juga lah suka lagu ni kan?

Lagu ni mengisahkan kesedihan seorang lelaki yang kehilangan kekasihnya apabila kekasihnya tu kahwin dengan orang lain, kot?

Nak dipendekkan cerita, jadilah tajuknya Deritaku Bahagiamu, wuwu..

Lagu ni boleh dikatakan simple, chordnya pun mudah, family C sahaja.

Jadi boleh lah saya try-try buat cover nya.


Ohya, video ni saya upload direct tanpa apa-apa suntingan atau editing dari iMovie.

Ok sampai sini dulu.

P/S: Lirik lagu ni mendalam, sesiapa yang tengah frust atau pernah frust, boleh lah layan video ni sat! ;)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.