Sunday, December 30, 2012

Selamat Tinggal Rona 2012


Assalamualaikum, apa khabar semua?

Hari ni 30 Disember 2012, tinggal 1 hari saja lagi sebelum masuk ke tahun baru 2013. Tak sangka, begitu cepat masa berlalu. Tapi dalam kepantasan masa yang berlalu, banyak juga perkara yang dah berlaku. Perkara yang menggembirakan dan perkara yang mengundang emosi negatif silih berganti.

InsyaAllah, dalam blog post kali ini, saya ingin mengimbas kembali apakah yang telah terjadi pada saya dalam setiap 12 bulan yang telah ditempohi berpandukan arkib di Nizam Malek Blog ini dan beberapa gambar kenangan yang ada di Facebook. =)

Januari

Masa dalam bulan Januari 2012, saya masih lagi baru sebagai seorang PRP (Provisionally Registered Pharmacist) di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru. Masa tu saya di rotation OPD. Life masa tu kira oklah.

Dan bulan tu juga saya first time dapat gaji as Pegawai Farmasi. Time tu memang rasa kaya sebab dapat gaji back dated untuk 2 setengah bulan. Antara benda yang saya beli untuk menyambut gaji pertama adalah smartphone baru, iaitu Sony Ericsson Xperia Pro.

Kebanyakan blog post yang saya tulis pada bulan Januari 2012 adalah berkenaan dunia Farmasi, dan sejak itu juga saya banyak menerima soalan-soalan daripada orang ramai di Internet berkenaan Farmasi.

It was a good start for a new year 2012. I had a good job, near to house and closed to family. Everything was fine for January 2012.


Februari

Salah satu event terbesar dalam tahun 2012 untuk keluarga saya adalah perkahwinan kakak tersayang, Salz yang telah berlangsung pada 17 Februari 2012 di rumah kami di Austin perdana. Kedua-dua kakak saya berkahwin pada umur 26 tahun. Jadi maybe tahun depan adalah tahun saya pula, InsyaAllah. ^ ^

Selain itu, rotation clinical saya bermula pada bulan Februari. Hidup mula berserabut dan tak tentu arah. Terasa sangat sibuk masa tu. 8 minggu berturut-turut terpaksa berperang dengan Pharmacotherapy Handbook, Drug Information Handbook, presentation slides, ward round, case clerking dan pelbagai lagi.. 

Mula-mula memang rasa bersemangat.. First presentation dapat pujian melambung.. Lepas tu, makin lama makin surut dan lesu.. =p

Selain itu juga, dalam bulan Februari, saya ada buat satu video music, cover untuk lagu Sesal Mendua nyanyian kumpulan Klangit. Video tu sehingga kini dah berjaya mencecah lebih 3500 views di Youtube, walaupun ada salah lirik dalam video tu.. Heheh..

Mac

Ha, jangan pelik, saya tiada post satu apa pun di blog ini pada bulan Mac 2012. Ni semua sebab rotation clinical.. Langsung tiada masa untuk diri sendiri.. Huh.. 

Tapi dalam sibuk-sibuk tu, saya sempat juga hadiri satu aktiviti anjuran hospital, iaitu Kursus Penyembelihan dan Pemakanan Halal pada akhir bulan, 31 Mac 2012. First time juga belajar pegang ayam dan menyembelih.. Biasa la budak bandar, tak biasa.. Heheh.. =p

April

Bulan April adalah bulan yang best, sebab bulan April adalah bulan saya dilahirkan, iaitu pada tanggal 26 April 2012.. Erh ape pulak 2012.. 1987 lah.. =p

Best sebab time tu saya dah habis rotation clinical dan boleh bernafas seperti biasa semula.. Lepas tu mula banyak aktiviti.. Saya mula main badminton dengan kawan-kawan PRP hampir setiap minggu, pergi buat persembahan pentas di Majlis Makan Malam Farmasi, dan macam-macam lagi..

Masa bulan April, diam tak diam (apa tak diam?), dah 6 bulan saya bekerja di HSI rupanya. Cepat gila masa berlalu.. Fuh!

Ohya, bulan April 2012 juga menjadi titik tolak yang paling penting dalam hidup saya sebab saya dah mula mengorak langkah untuk menjadi seorang pelabur hartanah pada usia semuda 25 tahun.

Inilah pengalaman yang amat berharga dalam hidup. Thanks pada abah yang menjadi mentor hebat dalam dunia pelaburan hartanah ni. Thanks juga pada mama yang menjadi pendorong dan supporter yang amat penting dalam usaha ini. Thanks to both of you. It's such as my birthday presents. =)

Mei

Dalam bulan Mei ni, saya agak aktif berblogging berbanding bulan-bulan yang lain. Ada 12 blog post semuanya. Kebanyakannya, saya menulis untuk respond cadangan daripada pembaca Nizam Malek Blog untuk kategori KISSinsights (kini Qualaroo). 

Terima kasih atas cadangan dan respons daripada anda. Tanpa anda, Nizam Malek Blog akan kesepian.. Cewah.. =p

Jun

Hmm, apa yang menarik dalam bulan Jun ya? Cuba recall jap.. Dalam bulan Jun ni, tak delah pape peristiwa gempak sangat berlaku.. Time tu saya sibuk menguruskan urusan hartanah, bersama peguam saya.. 

Peguam saya perempuan, sebaya tahun 1987 juga.. ;-)

Julai

Dalam bulan Julai, yang paling best skali adalah saya dapat pergi bercuti ke luar negara. Singapore je kot... Hehe, saya pergi ke taman tema paling best yang biasanya rakyat Malaysia nak pergi, iaitu Universal Studio Singapore (USS).

Yup, pergi masa tu bulan puasa. Bertolak lepas subuh dan balik time maghrib. Seharian yang seronok. Dapat juga merasa keseronokan.. Walaupun penat berjalan masa bulan puasa. Tapi oklah, lepas balik ke Malaysia (wuu, balik Malaysia tu..), bantai berbuka puasa di Restoran Singgah Selalu, sedap-sedap.. =) Tapi mahal.. =(

Ogos

Kalau bulan Julai kita berpuasa di bulan Ramadhan, maka bulan Ogos adalah bulan kita berhari raya! Tahun ni, saya dan keluarga telah pulang beraya di kampung halaman, di Kuala Terengganu, Terengganu. Setelah sekian lama tak pulang, banyak perubahan dah berlaku, tapi suasana dan kedamaiannya tetap sama.

Raya tahun ni agak istimewa, sebab lepas beraya di kampung sebelah mama di Terengganu, kami bergerak ke Pahang untuk beraya dengan keluarga belah abah pula. Eh, bukan kampung di Pahang, cuma ia tempat berkumpul kami sekeluarga, di Bukit Gambang Resort City.

Masa kecil-kecil dulu, kitorg ada juga pergi bercuti bersama di mana-mana resort yang best-best. Biasalah bila tinggal berjauhan ni, tempat bercuti adalah medan untuk berkumpul bersama. =)

Best sebab walaupun di kampung dan area pedalaman, Internet mobile saya masih boleh digunakan dengan baik. Jadi kalau perasan, saya banyak update status dan share gambar di Facebook sepanjang masa tu.. 

Thanks Maxis Mobile.. =)

September

Hmm, bila sampai bulan September, terasa dekat dah nak habis setahun PRP.. Masa tu sibuk nak siapkan urusan terakhir penghantaran logbook.. Sebenarnya isi log book tu tak de lah susah mana, isi je kot.. Tapi ntahlah, ada sesuatu yang membuatkannya menjadi susah.. =p

Awal bulan September tu, saya berada di rotation Drug Information Service (DIS). Time tu juga saya banyak terlibat dengan aktiviti-aktiviti jabatan dan hospital. 

Antaranya, saya terlibat dengan Sambutan Jamuan Raya Jabatan Farmasi dan Perhimpunan Bulanan Hospital anjuran Jabatan Farmasi. Saya ada buat 2 video khas untuk Jabatan Farmasi masa perhimpunan itu dan menjadi pembaca doa majlis. Seronok pengalaman tu.


Oktober 

Oktober adalah bulan yang penting, sebab log book perlu dihantar. Alhamdulillah, saya berjaya menghantar log book tepat pada masanya, walaupun dengan kesusahan yang ada.. Yup memang susah sikit.. Huh.. 

Lepas dah hantar log book, hidup menjadi ceria.. Kepala menjadi ringan.. Baru terasa hidup ini bebas, lebih bermakna.. Tu dia.. =p

Di pertengahan bulan Oktober tu, saya berada di rotation Out Patient Department (OPD). Time tu juga saya terlibat dengan aktiviti-aktiviti jabatan dan hospital. 

Saya menjadi MC untuk acara Solat Sunat Hajat anjuran Jabatan Farmasi. Satu pengalaman menarik. Nasib baik dah biasa bercakap di hadapan, jadi kuranglah rasa gugup dan seumpamanya.

Untuk aktiviti peringkat hospital pula, saya telah dipilih oleh Pengarah Hospital, Dr Arbain Bin Lani untuk bersama dalam team Urusetia Akreditasi Hospital 2012. Terima kasih atas penghormatan yang diberikan dan semoga segala usaha yang sedikit daripada saya memberi manfaat pada kejayaan matlamat mendapatkan Akreditasi untuk HSI. 

Kini saya tidak lagi bersama HSI. Semoga HSI terus cemerlang, InsyaAllah. =)


November

Pada bulan November 2012, saya berada di rotation terakhir PRP iaitu di stor. Kira stress lah sikit, dan bosan.. Tak berapa suka.. Then minggu terakhir rotation pula, saya terkena demam virus yang agak pelik. Seluruh badan naik merah-merah dan demam panas..

First ingatkan allergic apa, peliklah kan.. Differential diagnosis pula demam denggi.. Jadi cepat-cepat dapatkan rawatan di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru. 3 hari ditahan di wad dan Alhamdulillah, keadaan bertambah baik.

Lepas saja keluar hospital, akaun Facebook saya digemparkan (cewah digemparkan gitu..) dengan berita saya dah bertunang. Ramai kawan-kawan rapat yang marah sebab tak bagitahu, senyap-senyap je pergi bertunang.. Hmm, sorry lah ya.. Sebenarnya asal perancangan nak pergi merisik saja.. Tup-tup terus jadi bertunang..

Majlis pun simple-simple saja, kecil-kecilan antara keluarga kedua-dua belah pihak.. Tiada pelamin dan baju yang mahal-mahal membazir tu semua.. Bertunang je baru, senyap-senyap lah dulu ye tak? =)

Tapi tak pe, InsyaAllah, majlis perkahwinan nanti akan diwar-warkan pada semua kenalan.. Tunggu masa yang sesuai k. Terima kasih atas sokongan semua. =)

Disember

Bulan Disember tu bulan ni lah, hehe. Bagi saya, bulan Disember ni ada sedikit warna yang berbeza.. Selain mula kerja di tempat baru, kehidupan saya sedikit berubah kerana banyak perkara. Tak tahu macam mana nak explain.. Ada perubahan tu baik, dan ada perubahan tu sedikit tak baik.

Walaubagaimanapun, saya sedar, masih banyak ruang lopong yang perlu diperbaiki dalam diri ini. Sebelum meniti ke tahun baru, banyak perkara perlu saya muhasabahkan.. Agar 2013 ini menjadi tahun yang lebih baik..

Terlalu banyak sebenarnya cerita suka duka sepanjang tahun 2012.. Ia akan ditutup dengan seribu satu kenangan yang tidak akan dilupakan.. Terima kasih untuk segalanya..

Terima kasih kerana membaca post ini, Assalamualaikum! =)

3 comments:

Siti Munirah on December 31, 2012 at 8:55 AM said...

Saya berkahwin di usia 25 tahun...kalau ikut birthday, kawin di usia 24 tahun...hihihi...

Hazwan Samian on December 31, 2012 at 11:17 PM said...

selamat tahun baru 2013 nizam malek! :)

Nizam Malek on January 2, 2013 at 11:25 PM said...

Kak Uni: Eh yeke? Salah info lah kalau cam ni.. =p

Hazwan Samian: Happy New Year 2013! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.