Sunday, October 14, 2012

Doktor Vs Pegawai Farmasi



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar, harapnya semua dalam keadaan sihat walafiat di sana.

Saya perhatikan sebelum ini, ramai yang ingin mengetahui perbandingan antara kerjaya sebagai seorang Doktor dan Pegawai Farmasi. 

Ramai yang bertanya saya, pilihan mana yang lebih baik, sama ada melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan (MBBS) mahupun Ijazah Sarjana Muda Farmasi. Bila perlu buat satu saja pilihan, pastinya ia menjadi satu dilema.

Jadi untuk itu, saya mengambil inisiatif untuk menulis artikel Doktor Vs Pegawai Farmasi ini bagi membantu anda melihat perbandingan kelebihan dan kekurangan kedua-dua kerjaya ini.

1. Tempoh belajar
Saya mulakan perbandingan bagi kedua-dua kerjaya ini bermula dari alam belajar terlebih dahulu. Pelajar MBBS perlu menjalani tempoh pembelajaran yang agak panjang iaitu minimum 5 tahun, manakala pelajaran jurusan Farmasi pula perlu belajar selama 4 tahun untuk mendapatkan Ijazah. Kebiasaannya pelajar jurusan Farmasi akan tamat belajar pada umur sekitar 22-24 tahun, manakala bagi pelajar jurusan MBBS, mereka akan tamat belajar lebih lewat sekitar umur 24-26 tahun. 

2. Pangkat dan darjat
Berkenaan pangkat dan darjat, graduan MBBS atau Doktor akan mendapat title Dr yang diiktiraf seluruh dunia. Title Dr ini amat besar maknanya dan menjadi sanjungan masyarakat terutamanya di Malaysia. Manakala bagi Pegawai Farmasi pula, tiada title khusus yang akan diperolehi. Biasanya Pegawai Farmasi akan dipanggil Encik , Cik atau Puan diikuti nama. Sebelum ini saya ada melihat Pegawai Farmasi yang meletakkan title Rph di belakang nama mereka, namun penggunaannya kurang meluas, sama seperti title Ir bagi golongan Engineer. Dalam aspek ini, pangkat dan darjat seorang Doktor mungkin dipandang tinggi oleh masyarakat berbanding kerjaya-kerjaya lain.

3. Gred Gaji
Walaupun isu gred gaji ini agak sensitif, tapi sebenarnya ramai yang ingin mengetahui. Berkenaan dengan gred gaji, gred gaji permulaan seorang Doktor adalah UD41. Manakala gred gaji Pegawai Farmasi adalah U41, sama dengan gred gaji seorang Doktor Pergigian, U41, begitu juga gaji seorang guru, DG41. Bermakna, ke empat-empat kerjaya ini berada pada tingkatan yang sama iaitu 41, tetapi mungkin terdapat perbezaan daripada elaun-elaun dan elaun kritikal bergantung kepada jenis tugas seperti oncall dan sebagainya.

4. Bebanan tugas, waktu kerja dan cuti
Bercakap berkenaan dengan gaji memang seronok, tapi perlu diseimbangkan dengan bebanan tugas kerjayanya. Terdapat perbezaan bebanan tugas yang amat ketara bagi seorang Doktor dengan seorang Pegawai Farmasi. Walaupun bebanan kerja dan waktu kerja bagi sebuah hospital dengan sebuah hospital yang lain adalah berbeza, namun secara relatifnya, beban tugas kerja seorang Doktor adalah amat berat berbanding beban tugas seorang Pegawai Farmasi. Sebagai contoh, waktu kerja doktor bermula seawal 6.30pagi dan berakhir pada 5 petang 6 hari seminggu. Namun jarang sekali seorang Doktor dapat pulang awal. Kebiasaannya terpaksa pulang lewat kerana bebenan tugas yang banyak. Bebanan tugas yang banyak itu juga menyebabkan seorang Doktor sukar untuk mendapat cuti pendek mahupun panjang. Manakala waktu kerja seorang Pegawai Farmasi adalah pada pukul 8 pagi dan tamat pada pukul 5 petang. Kebiasaannya Pegawai Farmasi mudah untuk mendapat cuti bagi menghabiskan jumlah waktu oncall jika dapat mencari penganti untuk tugas-tugas yang ada. Jadi kesimpulannya, walaupun gaji seorang Doktor adalah lebih tinggi, namun seorang Pegawai Farmasi boleh menikmati kehidupan yang lebih seimbang dengan gaji yang diperoleh. Kerja tu kerja lah juga, tapi masa untuk diri dan keluarga tidak sepatutnya diambil mudah, bukan? =)

Sebenarnya banyak lagi aspek yang boleh dibicarakan berkenaan dengan perbandingan antara kerjaya sebagai Doktor dan Pegawai Farmasi. 

Kerjaya sebagai seorang Doktor adalah satu kerjaya yang mulia kerana dengan ilmu yang ada, seorang Doktor boleh menyelamatkan nyawa seseorang dan menyembuhkan penyakit yang dialami oleh seseorang pesakit.

Begitu juga dengan kerjaya sebagai seorang Pegawai Farmasi. Walaupun posisi seorang Pegawai Farmasi lebih kepada 'second line' berbanding Doktor, peranan Pegawai Farmasi tidak boleh dinafikan dalam memastikan terapi yang diberikan kepada pesakit adalah bertepatan dan efektif.

Pokoknya, aspek minat dan kecenderungan menjadi faktor utama yang sepatutnya diambil perhatian utama dalam pemilihan kerjaya. Jika seseorang itu mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perubatan dan kedoktoran, sehingga tidak terasa terbeban dengan bebanan berat yang perlu ditanggung sebagai seorang Doktor, beliau adalah calon yang amat sesuai untuk menceburi bidang tersebut dan begitulah sebaliknya.

Semoga artikel kali ini memberi sedikit info yang berguna kepada anda. Anda boleh berikan pandangan/pendapat anda sama ada bersetuju atau tidak dengan artikel ini di ruangan komen yang disediakan. 

Sekian, terima kasih. =)

11 comments:

Anonymous said...

Good article

Nizam Malek on November 22, 2012 at 2:30 PM said...

Thanks for reading this article. Do share with your friends. =)

Anonymous said...

Hi mr nizam would like to have ur email as i want to discuss with you about those fields

Nizam Malek on April 13, 2013 at 6:02 PM said...

Hi sir, you can find my contact here:

http://www.nizammalek.com/p/contact.html

Anonymous said...

hi mr.nizam..
What about an optometrist? Hows the salary,working hour n job opportunities in msia?

Nizam Malek on April 18, 2013 at 12:07 AM said...

Hi,

Erm, Im not really sure about optometrist.

Im sure optometrist can make good business, because more people are wearing glasses and contact lenses now.

But for sure, the competition is there.

Other else, I'm not really sure.

Anonymous said...

Hi..mr nizam..saya akan melanjutkan pelajaran saya dalam bidang farmasi di cucms...saya merupakan pelajar lepasan spm 2012...saya ingin bertanya,apakah sukar dan susah dlm proses pembelajaran?

Nizam Malek on June 4, 2013 at 10:07 PM said...

Salam Husna, sukar dan susah dalam proses pembelajaran itu bergantung kepada penerimaan individu.

Jika anda memang meminati sesuatu bidang, susah macam mana pun anda akan merasa seronok untuk mempelajarinya.

Dan begitulah sebaliknya.

Dari segi Farmasi, cabarannya adalah, anda perlu bersikap lebih rajin dan perlu memperkukuhkan kemahiran modal insan dan komunikasi anda.

Semoga berjaya!

Unknown on December 11, 2013 at 7:11 PM said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Nizam Malek on December 12, 2013 at 10:50 PM said...

Salam Pn Noor Asiken Abdul Kadir,

Boleh contact saya di 013-7468659.

Saya berminat nak tahu apa yang anda tawarkan untuk Pegawai Farmasi yang baru selesai housemanship + compulsory service (1+1).

Terima kasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum En.Nizam, sye merupakan seorang pelajar dr aliran perakaunan. Namun, sye berminat utk menjadi ahli farmasi. Masalah sye ialah sye tidak mempunyai asas pelajaran sains tulen. Apakah yg harus sye lakukan utk menjadi seorang ahli farmasi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.