Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan 1433H


Assalamualaikum semua~ =)

Ketika saya sedang menulis blog post ini, kalendar Islam baru sahaja memasuki bulan yang penuh dengan kurniaan Allah SWT iaitu bulan Ramadhan Almubarak.

Alhamdulillah, kita semua masih diberi peluang, kesempatan dan umur untuk merasai dan menikmati kehadiran bulan yang dapat meningkatkan darjat umat Nabi Muhammad SAW berkali-kali ganda melebihi daripada darjat seluruh umat nabi-nabi Allah SWT yang terdahulu.

Pada tahun 2012 ini, saya menyambut kehadiran bulan Ramadhan sebagai orang yang sudah bekerjaya. Tidak seperti tahun-tahun terdahulu, hanyalah sebagai seorang pelajar.

Saya masih ingat kenangan-kenangan manis ketika berpuasa di zaman belajar dahulu. Semuanya serba ringkas. Nasi bungkus pukul 12 tengah malam menjadi hidangan waktu bersahur dan bazaar Ramadhan menjadi pilihan utama untuk juadah berbuka puasa. Malah ketika di Cyberjaya dan Putrajaya dahulu, kerap juga berbuka puasa di Masjid Putrajaya dan Masjid Besi Putrajaya, dapat makan free lah katakan.. =p

Ketika belajar di CUCMS dahulu juga, saya berkesempatan untuk menyertai Qiamulail yang diadakan oleh hampir setiap bulan Ramadhan. Indah kenangan bersama sahabat-sahabat meraikan bulan Ramadhan walaupun dalam serba kekurangan..

Semua itu antara kenangan manis bulan Ramadhan ketika masih lagi di zaman belajar. Kini keadaannya sedikit berbeza, rasa juga berbeza. Alhamdulillah, rasa syukur dengan rezeki yang Allah kurniakan ketika baru bermula di alam pekerjaan. Alam pekerjaan ya, alam perkahwinan belum lagi.. =p

Pada bulan Ramadhan kali ini, saya secara peribadi merasakan ia seakan satu ruang untuk membolehkan kita berubah ke arah yang lebih baik. Dengan datangnya Ramadhan, insyaAllah kita akan menjadi orang yang lebih berdisiplin dan terkawal, jika kita betul-betul berusaha menjaga ibadah puasa kita.

Sukar sebenarnya untuk mengungkapkan atau menggambarkan rasa gembira dan seronok apabila datangnya bulan Ramadhan. Rasa ini tak sama seperti dulu.. Semoga Ramadhan kali ini memberi makna yang besar dalam diri kita semua..

Sesungguhnya ibadah puasa adalah satu perintah daripada Allah kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa. Dalam surah Albaqarah ayat 185, Allah berfirman (dengan maksud):

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. 

Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. 

(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. 

Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. "

Salam Ramadhan buat semua muslimin dan muslimat. Jaga solat, jaga kesihatan, jaga akhlak.

-Nizam Malek

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.