Sunday, July 1, 2012

Mengenali Dunia TPN


Sepanjang bulan Jun 2012, saya telah menjalani rotation PRP di stesen Total Parenteral Nutrition (TPN). Selama 4 minggu tersebut, saya telah bergelumang dengan dunia TPN dan dalam post kali ini saya ingin berkongsikan dengan anda secubit pengalaman saya berkenaan berkenaan dunia TPN. Nak tahu? Jom! =)

Sebelum ini, ketika belajar di CUCMS dulu, subjek TPN ini dipelajari pada tahun akhir. Disebabkan subjek ini agak praktikal dan memerlukan kemahiran-kemahiran tertentu selain kelengkapan-kelengkapan tertentu yang 'mahal', jadi saya boleh katakan yang saya kurang mengerti apakah sebenarnya TPN pada waktu itu.

Apabila orang bercakap pasal 'ketuk bubble', saya rasa blur.. Dalam hati saya kata.. "diorg ni cakap pasal ape..? =p".. Memang tiada klue langsung.. Jadi apabila dah masuk rotation TPN ni barulah semuanya jadi jelas dan on hands.

Masa minggu pertama TPN, saya belajar cara-cara buat CIVAS. CIVAS ni adalah bermaksud Central IntraVenous Aseptic Service iaitu satu servis daripada Jabatan Farmasi untuk menyediakan ubat-ubat antibiotik bagi pesakit paediatrics (kanak-kanak) dalam keadaan steril dan mengikut dos serta frekuensi yang telah ditetapkan.

Buat CIVAS ni senang je. First kita perlu dapatkan label ubat daripada wad. Kemudian kita rekodkan kesemuanya dalam buku rekod CIVAS. Seterusnya kita akan masuk ke dalam bilik steril untuk menyediakan CIVAS tersebut. Semua formula CIVAS untuk setiap antibiotik ada dalam senarai lampiran dan kita hanya ikut step by step.

First time saya masuk dalam bilik steril tu kelakar lah juga. Sebab tak tahu pape. Lepas tu kepala pun terhantuk kat Laminar Airflow.. Ucapan selamat datang daripada Laminar Airflow lah tu.. =p

Kemudian belajar aseptic techique. Aseptic technique ni adalah teknik-teknik yang dilakukan untuk memastikan produk yang kita buat (antibiotik dalam picagari) dihasilkan dalam keadaan 100% steril daripada bendasing atau kontaminasi. Wah susah juga nak terangkan.. Erm, faham-faham je lah ea.. =p

Aseptic technique ni sangat penting. Selain untuk memastikan produk yang kita buat tu steril, ia juga untuk memastikan diri kita sebagai pembuat produk tu selamat. Ye lah, cara pegang picagari, cara nak masukkan cecair dalam bekas tertutup, ataupun cara nak pecahkan ampul, semuanya kena guna teknik yang betul. Salah teknik boleh menyebabkan kecelakaan seperti jari tercucuk jarum ataupun tangan berdarah sebab terkena serpihan ampul yang pecah.

So far alhamdulillah, saya tak pernah tercedera teruk dalam bilik steril tu. Tercucuk jarum pernah sekali masa first time buat CIVAS. Tapi tercucuk kejap je lah.. Tak luka berdarah.. Cuma terkejut sket time tu..

Kemudian saya belajar buat beg TPN untuk adult dan neonates. Buat bag TPN ni kena hati-hati sikit.. Kena pastikan betul-betul ingredients yang diperlukan dan masukkan dalam bag mengikut kuantiti yang betul. Kalau tersilap, habis lah kena buat semua dari mula. 

Sekarang, baru saya tahu, apa itu 'ketuk bubble'. Best sebenarnya main-main dengan bubble tu. Prinsipnya, bubble yang diketuk akan bergerak ke atas. Jadi pandai-pandailah pusing-pusing beg TPN tu untuk membuang bubble pada laluan yang betul.

Sorry lah, tak dapat share gambar, dalam bilik steril cam ne nak ambik gambar kan? =p

Btw, masa mula-mula buat beg TPN ni memang agak lambat sikit. Buat berhati-hati, bimbang kalau tersilap pape. Tapi bila dah mahir, insyaAllah boleh buat lebih cepat. Kalau guna teknik yang betul, lagi lah cepat boleh siapkan.

Rotation TPN ni berbeza sedikit daripada rotation yang lain, sebab waktu rehat tengah hari tak ada sebab time tengah hari tu kita akan berada dalam bilik steril untuk buat produk-produk TPN. Masa rehat itu diganti dengan waktu balik lebih awal. So pukul 4pm cam tu dah boleh balik. Tapi biasanya saya tak pernah balik awal pun.. Kena tunggu wad ambil beg TPN dan CIVAS tu.. 

So far 4 minggu rotation TPN bagi saya amat menyeronokkan. Pagi-pagi clerk case, buat calculation case TPN (paling suka part ni, sebab I like maths), print label, ambil ingredients, pergi makan tengah hari, then masuk bilik steril, siapkan CIVAS atau beg TPN, keluar bilik steril, call wad, then clerk case lagi..

Seronok bekerja dengan Ms Hor Yee Yee, Ms Rachel (my PRP mentor) dan 3 PPF iaitu Yana, Kak Syakila dan Wani yang nakal =p. Terima kasih atas segala tunjuk ajar, dan sorry lah atas segala salah silap sepanjang 4 minggu saya di rotation TPN. 

Semoga kita dapat berjumpa lagi.. Sob sob.. Oh come on la Nizam.. Lepas ni rotation CDR sebulan kot.. Sebelah-sebelah aje.. Kurang-kurang 4 minggu lagi akan berjumpa.. hehe.. =p

Esok bermula rotation baru iaitu CDR (Chemotherapy Cytotoxic Drug Reconstitution). CDR ni pun quite a new world for also. Harap-harap dapat belajar banyak perkara yang menyeronokkan di rotation CDR.

Malam ni ada game final Euro 2012 Spain Vs Italy pukul 2.45am. Tak dapat lah saya nak tengok live, nak tidur awal. Semuanya demi rotation CDR.. Cewah.. =p

Oklah, sampai sini dulu coretan kali ni, tengoklah gambar-gambar yang ada sepanjang rotation TPN.. =)
Pagi-pagi jalan ku ke Hospital Sultan Ismail, JB. Nice. =)

Belajar guna gambar. Senang ingat nak ambil beg mana, tampal label kat mana. ; )
Nak masuk bilik steril. Benda warna biru atas kepala tu head cover ya, bukan topi golf.. 
 
Makan tetap makan..
 Sedapnya makan nasi Ambeng, air blackcurrent.. Alhamdulillah..
I need some nutritions before preparing the nutritions for the patients.. =p

That's my task, call ward every day.. I can now memorize their extension numbers.. =p

Ok sampai sini saja. Jumpa lagi! =)

2 comments:

Anonymous said...

Dlm penulisan ini CDR = Chemotherapy Drug Reconstitition tapi dlm projek pembinaan CDR yg saya terlibat CDR = Cytotoxic Drug Reconstitution. Yg mana satu yg betul, ingin pencerahan.

Nizam Malek on February 26, 2013 at 9:57 AM said...

Hye, Anonymous.

Terima kasih kerana membaca penulisan saya.

Yup, terdapat kesilapan dalam penulisan di atas. Saya pun baru perasan bila anda memberikan komen.

Maksud sebenar CDR adalah 'Cytotoxic Drug Reconstitution' iaitu satu proses untuk penyediaan ubat-ubat bagi chemotherapy.

Saya dah buat pembetulan.

Semoga kini lebih cerah dan terang. =P

Terima kasih. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.