Saturday, July 28, 2012

Bye-bye CDR Rotation


Hello kawan-kawan!

Amacam berpuasa? Ada ok? Ka ada K.O? =p

Selamat berpuasa ya, semoga semuanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja hendaknya di sana.
27 Julai 2012 yang lepas merupakan hari terakhir saya di rotation Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR). Dah 4 minggu rupanya berlalu pergi. Alhamdulillah..

Dalam post kali ini, saya nak sharekan dengan anda semua, pengalaman saya di rotation CDR.. Pengalaman pahit jerih orang kata.. =p

Saya bermula rotation CDR pada 2 Julai 2012 yang lalu bersama dengan kawan PRP, Tan Wei Ney. Biasalah, minggu pertama. Serba tak tahu dan perlukan tunjuk ajar. Hari pertama belajar working flow di CDR.

Antaranya pagi-pagi kena sediakan ubat chemo ke dalam kotak polisterine (betul ke eja ni? =p) untuk wad dan Day Care. 

Jadi first thing sekali yang perlu dibuat adalah pakai glove dan tarik troli ke peti sejuk chemo. Ambil ubat chemo satu-satu, check tarikh, nama pesakit, nama ubat, dose betul ke tak, masukkan ubat chemo tu dalam kotak-kotak polisterine tu semua. 

Kerja senang je tu.. Tapi pagi-pagi buat benda tu.. Saya rasa macam kerja nelayan je.. Check ikan dan campakkan ikan tu dalam kotak polisterine.. Ni serius saya rasa.. hehe.. =p

Kemudian, lepas buat kerja-kerja nelayan tu.. Cabut glove, basuh tangan dan buat kerja-kerja mengira. Kena kira berapa banyak ubat chemo yang nak disediakan untuk hari ni dan esok.. Kira berapa banyak vial, dan berapa banyak IV drip nak guna.

Lepas siap kira semua tu, pergi ke bilik persediaan belakang dan kena lah ambil ubat-ubat chemo yang diperlukan, atau dipanggil, 'ambil ingredients'. 

Masa mula-mula, mana lah kenal sangat ubat chemo, warna vial, kedudukan vial tu kat mana.. Ada ubat chemo yang disimpan di bilik persediaan, ada yang disimpan dalam peti sejuk.. Jadi lambatlah lah sikit bergerak.. Tak biasa lagi, janganlah asyik marah-marah.. =p


Antara ubat-ubat chemo yang biasa diambil adalah Gemcitabine/Gemzar, Cisplatin, dan 5-Fluorouracil..


Then lepas tu, boleh siap-siap buat ubat chemo. Buat ubat chemo ni kita sediakan ubat chemo dalam IV drip or syringe dalam bilik isolator. Kena pakai gown biru, mask dan glove biru untuk keselamatan ketika bekerja. Biasanya FRP dan PPF yang akan buat kerja di isolator. Saya akan jadi assistant aje.. 


Tapi saya pernah juga sempat buat beberapa kali di isolator tu, antaranya untuk Bleomycin, Cisplatin dan 5-Fluorouracil. Best ke tak? Biasa je lah~

Kemudian dalam pukul 10.30 pagi tu kena pergi buat patient counseling di Day Care. Day Care ni adalah satu unit/wad yang disediakan untuk membolehkan para pesakit kanser datang mengambil ubat chemo melalui saluran darah (IV). Lepas ambil ubat chemo tu, dah boleh balik. Kira datang hari, tak bermalam di wad.

Jadi sebagai Pegawai Farmasi, saya ditugaskan untuk menghantar ubat-ubat discharge untuk mereka dan memberikan kaunseling berkenaan chemotherapy kepada para pesakit yang baru mula atau pertama kali mendapatkan rawatan chemotherapy.
Antara perkara yang perlu dilakukan adalah untuk memaklumkan pesakit berkenaan rawatan chemotherapy yang diambil dan juga kesan sampingan yang mungkin dialami oleh pesakit tersebut. 

Antara kesan sampingan lazim yang akan dialami oleh para pesakit kanser yang menjalani rawatan chemotherapy adalah rasa loya dan muntah, rambut gugur, lesu, mudah terkena jangkitan kuman dan kulit sensitif.

Perkara utama dalam kaunseling tersebut adalah saya akan terangkan cara-cara untuk mengatasi atau mengurangkan kesan-kesan sampingan rawatan chemotherapy dan memotivasikan para pesakit untuk menjalani rawatan chemotherapy dengan rasa selamat dan terkawal. 

Patient kaunseling adalah sesi paling saya gemari ketika di rotation CDR ini. Bercakap dengan para pesakit, memberi bantuan kepada mereka, membantu mengurangkan kerisauan mereka berkenaan rawatan chemotherapy adalah satu rasa yang sangat menyenangkan kerana saya dapat sekurang-kurangnya meringankan beban emosi yang mereka hadapi. 

Rata-rata pesakit kanser yang telah menerima kaunseling berkenaan rawatan chemotherapy lebih positif dan bersemangat untuk meneruskan rawatan. =)

Saya doakan semua pesakit kanser yang telah saya jumpa dan kaunsel akan bersemangat untuk meneruskan hidup dan semoga Allah sentiasa memberikan kemudahan kepada mereka dan keluarga, insyaAllah.

Lepas balik dari Day Care, saya perlu rekodkan semua nama dan mrn pesakit dalam buku rekod dan borang kaunseling.

Lepas tu apa? Dah pukul 1 kot, apa lagi, rehatlah..! =)

Rehat satu jam, pukul 2 masuk kerja semula. Biasanya petang dah tak ada kerja sangat. Masa yang ada diluangkan untuk buat kiraan dos pesakit dan label untuk sediaan ubat chemo hari esok. 




Best juga buat pengiraan tu. Kira otak bergerak juga lah..

So lebih kurang macam tu lah sehari-hari kerja di rotation CDR. Esok dan esok, ulang kerja yang sama.. Cuma minggu terakhir di CDR, saya akan ke wad kanser iaitu 6C dan 6D.

Ada sekali dapat follow ward round dengan Onco Specialist.. Tapi macam biasalah, saya follow ward round serupa je macam tak follow.. Ibarat tunggul yang bergerak mengikut pergerakan Onco Specialist.. Tapi tunggul ni dok jauh-jauh sikit lah.. =p

Tapi, yup, hebat lah tengok Onco Specialist berbincang antara diorg. Terasa hebatnya ilmu yang diorg ada berkenaan kanser dan cara nak manage patient. Terkagum seketika.. =p

Begitulah berakhirnya rotation di CDR. 4 minggu yang terasa panjang.. Tiap-tiap hari dalam hati bertanya, bilalah nak habis rotation CDR ni.. Give me some space to at least breath.. =p
Terima kasih saya ucapkan kepada semua Pegawai Farmasi dan Pembantu Pegawai Farmasi CDR, Cik Fayizatul, Syahida, Wong Yun Huey, Kak Normay, Kak Manira, Niza dan So Yeung Zu atas segala tunjuk ajar dan 'radiation' yang telah diberikan.. =p

Sorry juga kalau sepanjang tempoh 4 minggu tu saya agak perlahan, blur-blur dan ada tersilap sana sini. Biasalah budak baru belajar.. ; )

Ok sampai sini dulu coretan CDR kali ini. Satu lagi kenangan di tahun PRP. 

Jumpa lagi di post seterusnya! Bye! =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.