Monday, February 6, 2012

[KISSinsights] MARA vs PTPTN?



Dalam ruangan KISSinsights kali ini, saya menerima satu soalan pada tarikh 1 Februari 2012.

Soalannya berbunyi begini, 

"Farmasi kat CUCMS boleh dapat pinjaman sepenuhnya dari PTPTN ke? Untuk registration, kena bayar guna duit sendiri atau termasuk dengan PTPTN? Yuran hostel pula macam mana? Mahal tak? Pada pendapat anda, MARA atau PTPTN lebih baik?"

Ok berkenaan dengan polisi terkini pinjaman PTPTN, saya tidak dapat memberikan jawapan yang tepat, seeloknya anda boleh berhubung terus dengan pegawai yang menguruskan PTPTN. 

Walaubagaimanapun, seingat saya ketika belajar di CUCMS dahulu, ada kawan saya yang mendapat pinjaman PTPTN pada semester ke dua atau ke tiga tidak mendapat pinjaman penuh dari mula kursus. Bermakna, PTPTN hanya memberi pinjaman bermula semester yang diluluskan sehingga tamat kursus yang diambil.

Untuk pendaftaran, jika anda telah mendapat pinjaman daripada mana-mana badan seperti MARA, JPA atau PTPTN, kebiasaannya urusan pembayaran akan ditanggung oleh pinjaman tersebut. Jika perlu membuat bayaran pun, ia tidak melibatkan jumlah yang besar.

Jika anda masih belum berjaya mendapatkan pinjaman ketika proses pendaftaran, anda perlu menggunakan wang sendiri untuk membayarnya. Seeloknya, wang simpanan yang mencukupi adalah diperlukan jika bercadang untuk melanjutkan pelajaran di institusi swasta seperti CUCMS.

Yuran hostel pula melibatkan hostel yang terletak sekitar Cyberjaya iaitu Cyberia Smart Homes dan Cyberheights. Yup, yuran hostel boleh dikatakan agak 'mewah' tetapi ia adalah harga standard di kota Cyberjaya. 

Kebiasaannya, pelajar perlu bertahan dengan yuran hostel pada tahun pertama dan berusaha mencari rumah sewa sendiri pada harga yang lebih berpatutan di sekitar Dengkil, atau Putrajaya pada tahun kedua.

Berkenaan MARA dan PTPTN, secara asasnya, kedua-dua badan ini memberikan bantuan pinjaman kewangan untuk membantu pelajar melanjutkan pelajaran mereka di peringkat tertinggi. Oleh itu, secara asasnya, kedua-dua badan ini adalah baik untuk para pelajar.

Walaubagaimanapun, secara peribadi, saya mencadangkan agar pelajar bumiputera perlu berusaha untuk mendapatkan bantuan pinjaman MARA kerana ia hanya terbuka kepada pelajar bumiputera sahaja. Dan berikanlah ruang kepada pelajar bukan bumiputera untuk mendapatkan bantuan pinjaman daripada PTPTN.

Bagaimanapun, saya percaya, kedua-dua badan ini memberikan pinjaman yang sewajarnya dan para pelajar yang layak menerimanya perlu menggunakan bantuan pinjaman ini dengan sebaik-baiknya.

Semoga jawapan ini dapat memberi gambaran yang lebih jelas kepada yang bertanya. Sebarang persoalan yang lebih spesifik, tepat dan terperinci berkenaan polisi bantuan pinjaman terkini boleh diajukan kepada Bahagian Kewangan CUCMS atau anda boleh lanjutkan secara terus dengan menghubungi pihak MARA dan PTPTN.

Terima kasih. =)

6 comments:

Jannatil Aliyah on June 25, 2012 at 2:02 PM said...

Salam. Boleh tak saya nk tanye? Saya dpt tawaran ke cucms utk MBBS. Kalau sy mintak pinjaman MARA july nanti, bila kah loan itu akn diluluskan? Dan pendaftaran perlukah bayar sendiri? Sy kurang jelas. Boleh tolong cerita lebih lanjut?

Nizam Malek on June 25, 2012 at 8:54 PM said...

Salam, tahniah untuk tawaran ke CUCMS untuk MBBS.

Erm, berkenaan bila pinjaman MARA akan diluluskan tu saya tak dapat jawab secara spesifik. Sebab saya pun tak kerja dengan MARA. =p

Tapi anda boleh bertanya pihak Student Affairs CUCMS, mereka akan membantu anda dengan lebih lanjut.

Yup, biasanya yuran pendaftaran perlu ditanggung sendiri terlebih dahulu oleh pelajar.

Jannatil Aliyah on July 10, 2012 at 11:47 PM said...

Maaf lambat pula bce reply. Trime kasih sbb jwb prtanyaan sy. =)

Nizam Malek on July 11, 2012 at 7:22 PM said...

Sama2, no problem. =)

Anonymous said...

adik saya dpt tawaran ke cucms dlm bidang farmasi tajaan jpa..dia student lepasan matrikulasi..saya cuma nk dapatkan kepastian samada peluang pekerjaan cerah atau tidak..memandangkan ramai yg mnyatakn bhwa pljar di ipta lbih berpluang cerah..dan dlm masa y sama adik sy juga ditawarkn ke UM dalam bidang biochem..

Nizam Malek on August 29, 2012 at 6:25 AM said...

Hi Anonymous,

Peluang pekerjaan dalam bidang Farmasi adalah cerah di Malaysia, sama ada dalam sektor kerajaan mahupun swasta.

Jika saya diberi pilihan antara Farmasi dan Biochem, saya akan pilih Farmasi. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.