Sunday, February 12, 2012

4 Aplikasi Android Pilihan Saya


Sistem Operasi Android untuk smartphone merupakan pilihan yang amat popular masa kini. Dengan ciri-ciri yang amat user-friendly dan praktikal membuatkan pengaruh Android sukar digugat oleh sistem operasi lain yang dianggap sudah ketinggalan.

Salah satu kelebihan Android adalah, ia menawarkan satu Android Market Place yang membolehkan pengguna-penguna Android mendownload beribu-ribu jenis aplikasi dan games yang kebanyakannya secara percuma ke dalam smartphone mereka dengan sekadar menggunakan sambungan Internet.

Aplikasi yang didownload dapat membantu pengguna Android menguruskan jadual harian mereka dengan lebih efektif. Malah, dengan menggunakan aplikasi dari Android Market Place, hampir semua urusan personal mahupun pekerjaan seseorang dapat dipermudahkan.

Dalam post kali ini, saya akan berkongsikan dengan anda 4 aplikasi Android pilihan saya:

1) Facebook for Android


Semua orang pun tahu, Facebook adalah taman permainan saya.. =p Jadi aplikasi Facebook mobile sangatlah penting bagi saya dan rasanya saya menggunakan aplikasi ini lebih banyak berbanding membuat panggilan mahupun kiriman pesanan ringkas (sms). 

Aplikasi Facebook for Android yang paling baru ini amat praktikal kerana ia mempunyai hampir semua fungsi Facebook yang selalunya digunakan di web asal Facebook seperti status update photo dan video, delete post, friends search, message and chatting, fanpage status update dan pelbagai lagi.

2) Papago GPS

Papago juga adalah satu aplikasi yang amat menarik untuk didownload. 

Sebelum ini, banyak gadget-gadget GPS seperti Garmin dipromosikan di PC Fair dengan harga promosi sekitar RM399 ke atas. Ramai yang berkira-kira untuk membeli gadget GPS seperti itu kerana beranggapan ianya mampu membantu mencari jalan jika hendak ke mana-mana. Tetapi apabila melihat pada harga yang mencecah ratusan ringgit, ramai juga yang melupakan saja hajat tersebut.

Kini dengan adanya sistem GPS Papago di smartphone Android, masalah seperti di atas dapat diselesaikan. Anda boleh dapatkannya di Market Place secara percuma atau minta saja pekerja di kedai telekomunikasi membantukan anda memasukkan aplikasi Papago ini ke smartphone Android anda.

Saya pernah mencuba menggunakan aplikasi Papago ini beberapa kali dan saya dapati ianya amat praktikal dan memang membantu ketika memandu. Percuma, mudah dan tepat, saya berikan 5 bintang untuk Papago!

3) MySolat
Picture credit to www.JomTenet.com

MySolat merupakan satu aplikasi yang amat penting buat pengguna-pengguna Android yang beragama Islam dalam mencari informasi berkenaan waktu solat. 

Jika sebelum ini, kebanyakan kita mencari waktu solat di helaian surat khabar ataupun bertanya pada sesiapa, kini tidak perlu lagi. Anda hanya perlu klik pada aplikasi MySolat ini, tetapkan lokasi anda dan 5 waktu solat sepanjang hari akan dipaparkan untuk anda.

Waktu solat yang dipaparkan adalah berdasarkan daripada laman web e-solat.gov.my. Jadi ketepatan dan kesahihannya adalah pasti dan insyaAllah dapat membantu kita.

Selain waktu solat, aplikasi MySolat ini dilengkapi dengan fungsi penunjuk arah kiblat. Arah kiblat juga menjadi masalah kepada kebanyakkan kita kerana kesukaran untuk mengetahuinya jika kita sampai ke sesuatu tempat yang asing. 

Dengan menggunakan aplikasi MySolat, kita dapat mengagak arah kiblat yang betul. Walaupun ada yang berpendapat penunjuk arah kiblat yang ditunjukkan tidaklah beberapa tepat, tapi sekurang-kurangnya ia dapat membantu kita berusaha mencari petunjuk arah kiblat ketika tiada piring Astro di kawasan itu.. =p

4) PicsArt Studio


Ok PicsArt Studio ni adalah satu aplikasi yang membolehkan kita mengedit gambar. Dengan penambahan efek-efek tertentu, gambar kita akan menjadi lebih cantik, menarik dan unik. 

Sebenarnya terdapat banyak aplikasi yang boleh digunakan untuk mengedit gambar yang boleh anda dapatkan di Android Market Place, dan saya pun telah mendownload beberapa aplikasi edit gambar seperti Beauty Camera, Photo Art dan PicSay, tetapi saya rasakan PicsArt ini adalah paling bermanfaat dan user-friendly.

Terdapat banyak fungsi efek yang boleh dimasukkan seperti Call Out, Text, Draw, Border, Frame, Sticker dan bermacam-macam lagi. Ianya memang mudah digunakan. Hanya pilih efek, klik untuk penetapan dan save ke gallery.

Gambar yang telah diedit dapat dikongsikan dengan kawan-kawan anda di Facebook mahupun blog. Menarik bukan? =)



Oklah, sampai sini dulu perkongsian berkenaan aplikasi Android buat masa ini. Sebenarnya kalau boleh nak bagi 5 aplikasi pilihan, tapi apakan daya, masa amat mencemburui.. Banyak lagi tugasan lain menanti selepas ini.. 

Tapi tak apa, lain kali kalau ada masa, saya akan cerita lagi berkenaan topik seperti ini.. Ok jumpa lagi, c yah! =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.