Tuesday, November 22, 2011

Pingat Emas Bola Sepak Sukan SEA 2011 Milik Malaysia!

1 comments

Malam tadi seluruh Malaysia gegak gempita menyaksikan anak-anak muda Malaysia memenangi pingat emas perlawanan bola sepak di Sukan SEA 2011 yang telah berlangsung di Gelanggang Olahraga (GELORA) Bung Karno, Indonesia.


Kaca TV tertumpu di 3 saluran utama yang membawakan siaran langsung perlawanan final tersebut iaitu TV1, TV3 dan juga Stadium Astro dengan harapan menggunung agar pasukan bola sepak Malaysia dapat mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada Sukan SEA 2 tahun lepas di Laos.

Alhamdulillah, berkat kesungguhan usaha, iringan doa dan izin Allah S.W.T, Malaysia berjaya mengalahkan tuan rumah, Indonesia dengan jaringan penalti 4 berbalas 3 selepas permainan berkesudahan seri 1-1 dalam tempoh permainan sebenar dan masa tambahan.

Pemain Malaysia kelihatan tertekan dan sedikit gugup pada permulaan permainan sehingga membenarkan jaringan daripada pemain pertahanan Indonesia, Gunawan yang menanduk masuk gol selepas menerima hantaran daripada sepakan sudut ketika permainan hanya memasuki minit ke 5.

Walaubagaimanapun, pemain Malaysia mendapat keyakinan semula dan berjaya menguasai bahagian tengah dan seterusnya merencanakan beberapa gerakan serangan yang berjaya mencemaskan kubu pertahanan Indonesia yang dikawal rapi oleh penjaga gol mereka, Meiga.

Meiga pada saya telah beraksi agak baik di sepanjang perlawanan dengan melakukan beberapa gerakan menyelamat yang berjaya menidakkan peluang Malaysia untuk menjaringkan gol penyamaan.

Namun, beberapa minit sebelum tempoh separuh masa pertama berakhir, kapten Malaysia, Baddrol Bakhtiar berjaya menyelinap masuk melepasi pertahanan Indonesia dan membuat hantaran silang ke bahagian hadapan pintu gol Indonesia.

Hantaran beliau tersebut menemui Asraruddin Putra Omar yang telah merebahkan badan untuk melakukan tandukan unik sekaligus menjaringkan gol penyamaan bagi Malaysia menewaskan Meiga yang telah pun terkeluar daripada posisi.

Pada separuh masa pertama, bahagian serangan Malaysia yang diterajui oleh Fakri Shaarani dan Thamil Arasu dilihat kurang memberikan tekanan yang bermakna terhadap barisan pertahanan Indonesia.

Sebaliknya, pemain-pemain Indonesia kelihatan lebih aktif bergerak terutamanya di bahagian sayap kiri mereka dan melakukan beberapa cubaan berbahaya ke pintu gol Malaysia. Namun Alhamdulillah, banyak percubaan mereka berjaya dipatahkan oleh penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Malaysia dan Indonesia terikat 1-1 sehingga ke rehat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua bermula dengan kedua-dua pasukan tidak melakukan sebarang pertukaran pemain. Indonesia sekali lagi bermula garang dan memberikan tekanan kepada Malaysia dengan melakukan gerakan pantas memecah benteng pertahanan.

Perlawanan menjadi semakin panas dan sengit apabila Indonesia berjaya meletakkan bola di belakang pintu gol Malaysia menewaskan Khairul Fahmi Che Mat, namun gol tersebut dibatalkan kerana pemain Indonesia jelas berada di kedudukan offside ketika melakukan rembatan tersebut.

Malaysia juga berjaya mendapat peluang mendahului Indonesia melalui Fakri Shaarani yang ghairah menewaskan Meiga namun gol juga dibatalkan kerana beliau berada di kedudukan offside. Namun beliau tidak dikenakan amaran kad kuning dengan alasan tidak mendengar tiupan wisel yang dibayangi oleh gelombang bunyi membingit daripada penyokong-penyokong Indonesia yang berada di stadium.

Perlawanan kemudiannya menjadi kurang pantas di pertengahan dan akhir separuh masa kedua apabila para pemain kedua-dua pasukan mula kelihatan kepenatan dan ada yang mengalami kecederaan.

Jurulatih Indonesia, Rahmad Dermawan segera melakukan beberapa pertukaran pemain dan percaturan beliau dilihat berjaya apabila gerakan permainan Indonesia lebih kemas dan pantas dengan kehadiran pemain baru yang masih segar dan bertenaga.

Malaysia juga tidak ketinggalan melakukan beberapa pertukaran pemain untuk menyaingi permainan Indonesia. Antara pertukaran pemain yang dilakukan adalah dengan mengeluarkan Thamil Arasu digantikan oleh pemain dari Kuala Lumpur, Yong. Kemudian pemain berpengalaman, Gurusamy ditukarkan dengan pemain paling muda berusia 17 tahun, Nazmi Mansor.

Permainan Yong biasa-biasa saja dan beliau dilihat kurang menyerlah di bahagian sayap kanan. Jarang sekali dapat melihat beliau membawa bola di sebelah kanan padang dan melakukan hantaran kepada pemain striker. Namun usahanya tetap perlu diberikan pujian.

Berbeza dengan Nazmi Mansor. Beliau mempamerkan kemahiran kawalan bola dan hantaran yang amat berkualiti. Permainan beliau amat menarik dan tidak disangka bahawa beliau baru berusia 17 tahun. Melihat beliau bermain ibarat menyaksikan Cesc Fabregas atau Samir Nasri di tengah padang. Namun, disebabkan fizikalnya yang agak kecil, beliau sering tewas dalam perebutan udara dan permainan agresif yang diamalkan oleh pemain-pemain Indonesia.

Di akhir separuh masa pertama, Malaysia dilihat lebih banyak bertahan dan menyerap asakan pemain Indonesia. Barisan pertahanan Malaysia yang dikemudi oleh Muslim Ahmad dan Fadli Shaas telah bertindak cemerlang dengan menutup segala ruang yang ada. Jika mereka gagal mengekang serangan Indonesia, pintu gol Malaysia tetap terselamat dengan adanya penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi cemerlang.

Permainan memasuki masa tambahan. Para pemain dilihat semakin kepenatan selepas terpaksa bertarung melebihi 90 minit. Beberapa pemain Malaysia mengalami kecederaan apabila diasak lawan walaupun ketika wisel telah pun dibunyikan. Penjaring gol Malaysia, Asrarudin Putra Omar yang bermain di bahagian sayap kiri digantikan dengan Fandi Othman.

Walaupun rata-rata pemain berada dalam keadaan tekanan fizikal yang memuncak, mereka masih lagi memberikan tumpuan dan fokus semaksimum yang mungkin. Kedua-dua pasukan dapat menjaring gol walaupun kedua-duanya juga dibatalkan kerana kedudukan offside.

Inilah final yang amat menarik dan mendebarkan bagi para penyokong yang mengharapkan kemenangan pasukan masing-masing. Malah ianya berlanjutan sehingga ke penentuan sepakan penalti.

Berikut adalah highlight penentuan sepakan penalti:

1. Indonesia menjaringkan gol walaupun Khairul Fahmi berjaya membaca arah gerakan bola dan menyentuhnya.

2. Mahali Jasuli juga berjaya menjaringkan gol pertama buat Malaysia mudah menewaskan Meiga.

3. Penjaring gol Indonesia pada minit ke 5, Gunawan gagal menjaringkan gol kedua Indonesia apabila sepakan beliau menuju tepat ke arah kanan tiang gol dan terkeluar. Tekanan buat pasukan Indonesia.

4. Tendangan kaki kiri Fandi Othman berjaya menewaskan Meiga. Kedudukan Malaysia 2, Indonesia 1.

5. Penendang penalti ketiga Indonesia berjaya menjaringkan gol. Khairul Fahmi gagal membaca arah gerakan bola dan tertewas.

6. Tatkala pemain Malaysia kelihatan positif dan yakin akan memenangi penentuan sepakan penalti tersebut, pemain penyerang Fakri Shaarani yang diberi tanggungjawab sebagai penendang ke 3 gagal menjaringkan gol apabila tendangan lemah beliau berjaya diselamatkan oleh Meiga. Kedudukan kembali terikat 2-2.

7. Pemain Indonesia memanfaatkan kedudukan yang kembali seimbang dengan menjaringkan gol ketiga dengan hanya menendang ke arah tengah ketika Khairul Fahmi bergerak ke arah kiri pintu gol.

8. Fadli Shaas kelihatan tenang dan bersahaja ketika menjaringkan gol ke 3 buat Malaysia.

9. Pemain ke 5 Indonesia berdepan tekanan yang memuncak apabila beliau seharusnya menjaringkan gol untuk memastikan survival pasukan Indonesia. Namun tendangan beliau berjaya dibaca oleh Khairul Fahmi yang melayangkan badan ke arah kanan pintu gol dan menafikan peluang Indonesia.

10. Malaysia kembali beroleh peluang untuk memenangi penentuan sepakan penalti tersebut dan kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar hadir menyahut cabaran. Baddrol Bakhtiar mengambil jalan mudah dengan menendang ke arah tengah pintu gol. Meiga yang bergerak sedikit ke kanan berjaya menghalang bola dengan menggunakan kaki beliau, namun momentum sepakan terus menolak bola tersebut berguling-guling masuk ke dalam gawang gol dan memberikan sejuta kelegaan kepada Baddrol Baktiar dan seluruh penyokong Malaysia!

Begitulah berakhirnya perlawanan yang penuh debaran dan mengasyikkan. Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas bola sepak yang dimenangi dua tahun lalu di Laos. Penyokong Malaysia jelas gembira dan berpuas hati melihat para pemain dan pasukan pengurusan Malaysia meraikan kejayaan yang amat dinanti-nantikan tersebut.

Gelora Bung Karno akhirnya senyap dan diratapi oleh para penyokong Indonesia yang pastinya kecewa melihat Garuda Muda ditewaskan 2 kali oleh Harimau Muda di stadium keramat kebanggaan mereka.

Pujian dan penghargaan memang perlu dicurahkan kepada anak-anak muda Malaysia yang telah berusaha keras sepanjang kejohanan dan komitmen mereka amat membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

Antara pemain yang menarik perhatian saya sepanjang perlawanan akhir tersebut adalah

1. Baddrol Bakhtiar yang cemerlang dengan kawalan bola di tengah padang
2. Irfan, pemain tengah berjersi no 7 yang bijak membuat hantaran kepada pemain penyerang dan pantas turun membantu pemain pertahanan.
3. Khairul Fahmi, cemerlang di hadapan gawang gol walaupun kelihatan gugup seketika di awal permainan. Sumbangan beliau ketika penentuan sepakan penalti sememangnya sudah dijangka. Tahniah!
4. Mahali Jasuli, Zubir Ali, Fadli Shaas dan Muslim Ahmad. Gandingan empat pemain yang membentuk rangkaian pertahanan Malaysia sepanjang perlawanan amat mengkagumkan dan membanggakan.
5. Asrarudin Putra Omar. Sumbangan beliau hampir 80% permainan sebelum dikeluarkan akibat kecederaan amat bermakna. Malah gol yang dihasilkan beliau pada separuh masa pertama menjadi 'turning point' bagi membangkitkan semangat Harimau Muda secara keseluruhan.

Di Facebook, ucapan tahniah dan kebanggaan rakyat Malaysia terpamer mencurah-curah tidak kira daripada lelaki, perempuan, muda tua. Meraikan kejayaan secara online terutamanya di Facebook sudah menjadi trend semasa di zaman ini.

Namun tidak kurang juga yang masih terikut-ikut dengan emosi kenegaraan apabila mengeluarkan komen berunsur nasionalis yang sekadar memburukkan keadaan. Antaranya ada yang kurang matang apabila memberikan komen negatif tidak berasas berkenaan Garuda Muda yang sekadar hanya membangkitkan amarah penyokong Indonesia.

Bagi saya tidak perlulah sampai begitu. Bola sepak hanya permainan dan tidak perlu difanatikkan. Cukuplah sekadar bersyukur atas kejayaan dan memberikan ucapan tahniah. Malulah dengan Harimau Muda yang berjaya mengawal emosi sepanjang perlawanan dan kita tidak melihat anak-anak muda kita bertindak di luar batasan ketika diasak teruk dalam perlawanan.

Konsep fair play yang diamalkan oleh pemain Malaysia dan Indonesia sepanjang perlawanan perlu dicontohi oleh rakyat kedua-dua negara dan inilah salah satu cara untuk menjernihkan kembali hubungan di antara kedua negara melalui sukan.

Baiklah, sampai sini dahulu coretan saya berkenaan cerita kejayaan pasukan Malaysia memenangi pingat emas bola sepak di Sukan SEA 2011 Indonesia.

Tahniah, tahniah dan tahniah buat semua! =)

-Nizam Malek

Saturday, November 19, 2011

First week at OPD. How's working life?

19 comments

Sudah kira-kira seminggu blog ini tidak diupdate dengan blog post yang terbaru. Sememangnya tempoh seminggu pertama bekerja agak menyibukkan dan memenatkan, amat berbeza setelah lebih kurang 5-6 bulan bercuti.

Ramai yang kalau tegur di Facebook, akan bertanya khabar dan soalan favourite, "macam mana kerja, ok?"

Jadi saya ambil masa sikit untuk tuliskan update ringkas berkongsi pengalaman saya sendiri, di sini.. =)

Isnin yang lepas, 14 November 2011, saya telah memulakan tugas sebagai Pegawai Farmasi U41 di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru di Out Patient Department (OPD).

Memang amat teruja untuk mula bekerja. Bangun awal, bersiap dan pastikan semuanya tersedia. Dah lama rasanya tak rasa begitu. =)

Pengalamannya memang menarik, jadi mari saya kongsikannya dengan anda semua.

Pada hari pertama itu, saya dan 4 lagi rakan Provisional Registered Pharmacist (PRP) yang lain diberi tugas untuk membuat filling. Filling ni maksudnya kita perlu isikan ubat-ubat mengikut label yang dibuat berdasarkan pesanan daripada doktor untuk para pesakit.

Biasalah, baru hari pertama bekerja, jadi masih belum mahir dan fasih dengan kedudukan ubat di bahagian rak. Jadi pergerakan filling agak perlahan, disamping perlu banyak bertanya kepada Penolong Pegawai Farmasi (PPF) dan Fully Registered Pharmacist (FRP) yang ada beberapa kali.

Alhamdulillah semuanya amat membantu dan bersedia memberikan tunjuk ajar pada kami yang masih 'hijau' dan 'blur'.. =p

Seronok juga lah buat filling. Kadang-kadang rasa macam main explorace lah pulak bila dapat label dan perlu cuba cari ubat di rak ubat dengan pantas dan tepat. Masa mula-mula memang pening dan mudah keliru. Tapi bila dah biasa, dan berhari-hari buat kerja sama, insyaAllah boleh mahir.. =)

Keadaan buat filling tu memang sama macam masa buat praktikal di Klinik Kesihatan ketika sedang belajar di CUCMS sebelum ini. Jadi tiadalah kejutan budaya sangat. Cuma biasalah, baru kerja 2 3 hari, mestilah banyak yang tak berapa pasti dan perlu banyak bertanya..

Kerja di OPD ni memang sibuk, sebab kita perlu bekerja dengan pantas dalam kumpulan untuk memastikan Key Performance Indicator (KPI) iaitu 30 minit untuk setiap pesakit dapat dicapai.

Sepanjang minggu yang pertama ni boleh dikatakan oklah. Ada juga kena marah kalau buat silap. Tapi come on lah.. Baru PRP masuk 2 3 hari kot.. Biasalah buat silap dan lambat.. Kalau tak buat silap dan super pantas tu dah tahap malaikatlah.. heheh..

So far bagi saya, walaupun PRP adalah graduan Farmasi, dan sepatutnya kami mempunyai pengetahuan asas berkenaan bidang Farmasi, tetapi, jika berkaitan sistem komputer dan aturan ditempat kerja, ia adalah perkara yang baru dan sudah pasti ia akan mengambil sedikit masa untuk memahirkan diri.

InsyaAllah jika dah biasa dengan sistem dan aturan kerja, semuanya akan jadi lebih mudah buat semua. So kesimpulannya tak perlulah marah2 sangat kalau ada silap.. Berilah tunjuk ajar dan panduan untuk menjadikan PRP lebih efektif..

Ha, ni bukan nak mengata sesiapa ya. Just sebagai ingatan pada diri sendiri bila dah naik pangkat jadi FRP nanti, perlu cool sikit dengan adik-adik PRP. Beri tunjuk ajar dan bekerja bersama.. Kurang sikit stress kerja.. Barulah seronok kan? =)

Selain buat filling, kami pun ada belajar buat extemporaneous preparation. Extemporaneous preparation ni biasanya kita perlu buatkan syrup preparation untuk patient.

Daripada tablet kepada syrup. Jadi kita perlu pecahkan tablet tu, campurkan dengan pelarut (contohnya syrup simplex) dan jadikannya khas (individualize) buat pesakit.

Antara ubat extemporaneous preparation yang saya dah siapkan dalam minggu pertama adalah seperti Syrup Trimethoprim. Best juga buat extemporaneous preparation ni. Kalau geram kat sesape, tumbuk je tablet tu pakai mortar & pestle.. kasi sampai pecah-pecah.. bagus tak imaginasi..? hehehe.. =p

Setiap aktiviti extemporaneous preparation tu boleh di isi dalam log book OPD. Setakat ni dah buat lebih kurang 7 dalam seminggu yang pertama. Tak susah pun, cuma kena hati-hati, jangan buat silap.. =p

Btw, memang bestlah kerja dekat dengan rumah.. Semuanya mudah.. Kerja masuk pukul 8 pagi. Kalau keluar rumah pukul 7.45 pagi pun masih sempat.. Kalau nak stay back atau on call pun tiada masalah sangat..

Rehat pukul 1 hingga 2 petang. Balik kerja pukul 5 petang. Kalau hari jumaat, rehat tengah hari pukul 12.15 tengah hari sampai 2.45 petang. Agak heaven di situ.. =p

Bagi saya, rasa amat seronok dan bersyukurlah dapat bekerja sebagai Pegawai Farmasi. Workload kerja mungkin tidaklah seberat doktor houseman. Cuma perlu rajin belajar, banyak bertanya, bertanggungjawab, boleh bekerja dalam kumpulan dan disiplin pada kerjaya.

InsyaAllah akan bekerja dengan bersungguh-sungguh dan cuba sedaya upaya untuk acquire knowledge yang diperlukan untuk memberikan khidmat yang memuaskan untuk para pesakit.

Ohya, dulu masa di belajar di CUCMS, saya antara pelajar yang lantang mengatakan tak suka kerja di hospital dan kalau boleh nak cepat-cepat tamatkan tempoh kerja wajib di hospital. Tapi semua itu dah agak berubah kini.

Apa yang saya lihat, bekerja di hospital tidaklah seteruk mana. Dan ia bergantung juga kepada apa yang membuatkan kita suka apabila datang kerja.

Kalau kita jenis suka pada suasana yang bersih dan selesa, mesti kita akan rasa stress gila kalau dapat hospital lama dan buruk atau fasilitinya dalam keadaan yang agak daif. Tapi kalau dapat hospital baru yang serba lengkap, bersih dan selesa, sudah pasti persepsi itu akan berubah secara drastik. Ini kira komen agak jujurlah.. =p

Walaubagaimanapun, semua ini baru bermula. Masih banyak lagi pengalaman menarik dan mungkin 'menyakitkan' yang akan dilalui dalam tempoh sekurang-kurangnya setahun untuk PRP ini. Semoga semuanya berjalan lancar dan baik-baik saja.

Ohya, selain bekerja dan isi log book, satu lagi tugasan adalah untuk melakukan research. Research akan dijalankan secara berpasangan dan pasangan research saya adalah saudara Shafie. Dengarnya tajuk research dan proposal dah siap. InsyaAllah boleh run research bila semua dah ready nanti. InsyaAllah will make the best for it too. =)

Untuk on call pula, ianya akan bermula pada bulan Disember nanti. Jadual pun dah keluar. Ada masa perlu kerja malam dari pukul 10 malam sampai 8 pagi, 5 petang sampai 10 malam dan kadang kala weekends.

Jadi sementara belum on call lagi, saya akan stay back atau datang ke hospital bila-bila masa PRP lain on call. Selain dapat belajar, boleh juga bantu kawan-kawan PRP yang lain. Sama-sama membantulah.. =)

It might be going to be more difficult and challenging for sure. But after all, this is what I was waiting for, for so long since school (having a good job and plan for my future). So I will be giving my very best for what ever it takes, insyaAllah.

Ohya, kalau ada adik-adik junior Farmasi atau apa bidang sekali pun yang nak bertanya pasal pengalaman kerjaya sebagai ahli/pegawai Farmasi di hospital, bolehlah ajukan soalan melalui aplikasi KISSinsights yang terdapat di bahagian bawah page blog ini.

InsyaAllah, saya akan terus berkongsi pengalaman-pengalaman yang akan datang sewaktu dalam tempoh PRP seperti pengalaman on-call malam, In Patient Department, Store, Manufacturing, Total Parenteral Nutrition (TPN), Therapeutic Drug Monitoring (TDM) dan lain-lain di blog ini.

Dan InsyaAllah juga, saya akan berkongsikan pengalaman dan nasihat tunjuk ajar berkenaan dunia perkerjaan dalam profesyen ini dengan anda semua yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut.

Ok sampai sini dulu, berjumpa lagi dalam blog post seterusnya. Hanya di NizamMalek.com dan Facebook! =)

Friday, November 11, 2011

My First Day As A Pharmacist. =)

4 comments

Hi everyone!

I have just got a chance to update about my new phase of life.

It has been a bit hectic since my first day working.. (Hectic? not really.. =))

So let me share some of my experience with all of you.

Orite, seperti yang anda semua dah tahu, saya telah melapor diri untuk bekerja sebagai penjawat awam kerajaan pada 10 November 2011.

Pagi tu saya perlu melapor diri di dua tempat yang berbeza iaitu di Wisma Persekutuan dan Menara MSC Cyberport. Plan asal sebenarnya nak datang awal. Tapi pagi tu rasa macam relax semacam.. Gerak slow n steady je.. Target nak keluar pukul 6.30 pagi (kononlah..).. Tapi lengah-lengah, tetiba dah pukul 7.30 pagi.. huhu.. =p

Perjalanan dari rumah ke Jabatan Kesihatan Negeri Johor di Wisma Persekutuan tu mengambil lebih kurang 30-40 minit. Tambah dengan jam lagi di Jalan Tebrau, jadi sampai pun lebih kurang pukul 8.20 pagi. Bila dah park kereta, terus menuju ke blok B.

Bila naik ke tingkat 4 di blok B tu, time tulis nama kat buku record, I was the 29th.. Meaning I was a bit late! Others were far earlier than me.. Time tu mula dah serabut.. Harapan nak dapat Hospital Sultan Ismail (HSI) makin mengecil..

Then cepat-cepat isi borang dan terus rush ke Menara MSC Cyberport, iaitu tempat di mana urusan penempatan akan diuruskan oleh Bahagian Farmasi.

Bila sampai kat meeting room tu, ramai lebih kurang 30-40 bakal PRP Johor lain dah sedia ada dalam bilik tu.. Saya macam biasalah, masuk, senyum2.. heheh.. =p Time tu lebih kurang 5 minit sebelum pukul 9 pagi.

Nasib baik, urusan posting masih belum dimulakan. Diorg tunggu semua 50 bakal PRP berkumpul dalam meeting room tu sebelum sesi memilih hospital kegemaran dimulakan.

Bahagian Farmasi Johor sangat best sebab kami semua diberi kebebasan untuk memilih hospital sendiri mengikut kesukaan dan mengikut kekosongan jawatan yang ada di setiap hospital.

Ada 5 hospital yang ditawarkan iaitu Hospital Sultan Ismail (HSI), Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Batu Pahat, Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar dan Hospital Segamat.

Time buat voting tu memang mendebarkanlah.. Sebab hospital pertama yang disebut adalah HSA dan hospital terakhir adalah HSI..

Dan Alhamdulillah, setelah sesi penetapan posting, saya berjaya mendapat tempat di HSI bersama dengan 11 lagi PRP lain.

Memang legalah time tu. Muka pun senyum sampai telinga. =p

Lepas dapat short briefing pasal buku log, peraturan ringkas Farmasi dan beberapa pesanan daripada Ms Melissa, Ms Pang dan Ms Grace, kami semua akan berpecah untuk melapor diri di hospital masing-masing.

Ohya, 2 lagi PRP Johor dari CUCMS, Iman dan Izzati telah memilih Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Jadi saya akan jadi wakil tunggal CUCMS di HSI, Johor Bahru. Tiada masalah, lagipun boleh dapat kawan baru. Seronok gak! =)

Untuk HSI, kami semua 12 orang PRP. 2 lelaki dan 10 perempuan.
Lepas break rehat, kami semua melapor diri di hospital pada pukul 2.30 petang.

Kami dibantu oleh Kak Roslina untuk urusan melapor diri. Kena isi borang dan siapkan semua dokumen-dokumen penting untuk rekod hospital. Antaranya borang maklumat pegawai dan borang HRMIS (borang istihar harta).

Bila dah banyak sangat borang nak kena isi, mulalah rasa berserabut.. Hehe.. =p Tapi oklah, Kak Roslina was very kind and helpful melayan kitorg yang banyak bertanya ni.. =p

Banyak masa yang berlalu masa isi borang tu.. Dan sebelum balik, kami sempat dibawa turun ke tingkat 1 iaitu kawasan jabatan Farmasi dan bertemu dengan Ketua Pegawai Farmasi (KPF), Pn Maimunah.

Masa tu malu gak lah, sebab saya selamba je g duduk kat kerusi Pn Maimunah.. Kan dah kene ketuk.. hehe.. =p Tapi biasalah, kata cemas.. hehe..

Dapatlah berkenal-kenalan dan mendengar sedikit sepatah dua kata daripada KPF. Rasanya macam banyak benda nak cakap, tapi masa tak mengizinkan, tetiba dah pukul 5 petang. Masa untuk balik!

Jadi kami pun dilepaskan. Baliklah dengan ceria ke rumah.

It was my first day of working as a Provisional Registered Pharmacist (PRP). Did I wrote 'working'? Hehe, sebenarnya tak mula kerja lagi pun kan.. Tapi sebagai rekod, 10 November tu dah kira start kerja dan eligible untuk dapat gaji.

Sebenarnya walaupun bakal PRP diberi masa 30 hari daripada tarikh melapor diri, eloknya jangan lengah-lengahkan hari melapor diri.

Sebab banyak urusan berkaitan dokumen diuruskan dalam kumpulan. Jadi bila buat sama-sama dengan kawan-kawan PRP lain rasa senang lah kan. Staff admin yang uruskan pun tak perlu susah-susah nak rekodkan 2 3 kali. Semua buat sekaligus. =p

So setakat tu je pengalaman hari pertama bekerja. Tak de gambar, sebab tak bawak kamera pun. Takkan nak harapkan kamera Blackberry yang blur habis tu.. Mungkin Iphone dan Samsung pilihan yang lebih baik? =p

Ohya, pada hari pertama bekerja selepas pulang, selain berterima kasih kepada kedua ibu bapa, saya berkesempatan untuk menghubungi pensyarah-pensyarah di CUCMS sebagai tanda penghargaan dan ingatan atas kejayaan pada hari ini.

Sangat seronok menerima reply daripada mereka. Di sini saya publishkan antara sms yang saya terima daripada mereka. =)

Pn Fauziah: Congrats.. Take care yea.

Mr Rashidi: Wsalam. Congrates. All the best ya. Yeah for sure, keep in touch. Keep us update. ;-)

Pn Umi: Salam Nizam, hepi 4 u.. keje rajin2.

Dr Hamid: Salam, nice to hear such good news from you, wish you the best, waiting to receive your wedding invitation very soon.

Prof Alini: Salam Nizam, very happy to hear from you. Congratulations! For getting posted in JB. Thank you for still remembering your teacher. All the best at your new job. I'm sure you will make us proud. May Allah bless you. Keep in touch!

Dr Mustafa: Thank you Nizam, all the best in your work and life. Sure we'll be in touch.

Prof Shah: Salam Nizam. Congratulation on your new appointment as PRP. We strongly believe you will excel in your working world. Just do your best and believe in yourself that nothing is impossible in life as long as you work for it. Good luck in your future undertakings and send my salam to your parents. Regards, Prof Shah.

Madam Ryzah: W'salam Nizam. Good to hear that you got Hospital Sultan Ismail. Looks like many from your batch got big hospitals, a recognition of some sort to me. So, take the opportunity to learn/experience as much as you can and make a difference ya : ) Good luck!

Madam Semira: Salam Nizam, how great to hear from you. Let Allah make your work the one by which you can benefit yourself and your society. All the best.

Bro Razlan: Salam bro. Alhamdulillah. My duty to see my brothers and sisters develop becoming an all-rounder. Wasalam.


Many thanks to lecturers yang telah sudi reply dan wish the best for me. I really2 appreciate it and will always remember all of you, InsyaAllah. I'm here where I am now because of all your guidance and support during my study times in CUCMS.

That's all for now, I will share more about my stories of working life in the other next posts. =)

Thanks for dropping by and reading this. =)

Thursday, November 10, 2011

Happy Birthday, Mama! =)

0 comments

Today is 10 November 2011.

Today is my mum's birthday.

Happy birthday to mama.


And today is my first day working as a Provisional Registered Pharmacist (PRP).

I hope this would be the greatest birthday gift to my mum.

May Allah's blessing be with you always.

May you be always happy, healthy and wealthy.

I beg for your forgiveness, for every single sin that I have done.

And please, do pray for my journey towards success, pleasure and Allah's blessing.

I love you mama, happy birthday and smile always! =)

From your son,
Nizam Malek

Wednesday, November 9, 2011

The Last 24 Hours..

4 comments

Salam, dan hai semua.. =)


Ketika saya menulis blog post ini, saya cuma ada lebih kurang 24 jam sahaja lagi untuk mempersiapkan diri bagi memasuki alam pekerjaan.

InsyaAllah saya akan melapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor di Wisma Persekutuan pada 10 November 2011 (khamis) ini.

Sudah pasti, semuanya akan sedia berubah. Hidup tidak akan sama lagi seperti sebelum ini. Akan berkuranglah keseronokan alam pembelajaran di sekolah dan zaman universiti yang mengamit kenangan demi kenangan menarik.

Buat masa ini, perasaan masih tenang dan tidak begitu menggundahkan. Cuma beberapa hari ini selera makan menurun.. Tiada rasa nak makan nasi.. Stress nak kerja kot.. hehe.. =p

Dan yang agak menggerunkan adalah masalah waktu tidur yang dah agak-agak distorted ni.. Almaklum selalu tidur lewat..

Kalau bangun awal tu mesti rasa macam biol-biol je.. hehe.. =p Harap-harap ianya akan dapat diperbetulkan secepat mungkin.. =)

Selain itu, debaran yang antara paling utama adalah berkenaan hospital yang akan diterima nanti. Semoga harapan untuk dapat Hospital Sultan Ismail (HSI) akan tercapai dan semoga semuanya dipermudahkan.

Erm, best ke tak ya alam pekerjaan? Ramai kawan yang kata kerja tak best.. Selalu stress.. Macam-macam masalah.. Masalah dengan bos lah, selalu kena marah, masalah dengan rakan sekerja lah, masalah kerja berlambak, masalah tak dapat cutilah dan bermacam-macam lagi..

Memang semua itu ragam alam perkerjaan yang perlu dilalui. Semuanya akan amat sukar pada permulaannya, dan apabila sudah terbiasa serta boleh diadaptasi, semua itu akan menjadi rutin dan sekadar menambah kebosanan hidup..

Tapi yang best sekali, semua orang akan setuju, iaitu apabila waktu masuk gaji. Masa itulah dunia rasa terang seketika.. Rasa cam orang kaya je dan boleh beli itu dan ini.. Hehe.. =p

Itulah nikmat bekerja, apabila segala penat lelah sepanjang bulan terbayar dengan penerimaan gaji, walaupun taklah sebanyak mana.

Hmm, itulah setakat imaginasi yang ada sebelum mula bekerja.. Nanti dah kerja nanti, baru lah tahu macam mana rasa sebenarnya.. Hehe.. =p

Di samping itu, banyak juga nasihat-nasihat berguna yang saya terima daripada mereka yang lebih dulu 'makan garam' dalam adat resam dunia pekerjaan. Boleh juga saya kongsikan di sini antaranya:

1) Berhati-hati dengan politik kerja. Ok, ini mungkin agak serius.. Politik kerja.. Apakah ia ya? Susah juga nak jelaskan dalam ayat, tapi rasanya semua boleh faham kot apa yang dimaksudkan dengan politik kerja.

Antara nasihat yang diterima adalah, jangan terlalu menonjolkan diri, perbanyakkan merendah diri dan elakkan mempamerkan sikap negatif di tempat kerja. Banyak kesan buruk yang boleh dialami akibat daripada politik kerja yang selalunya dikaitkan dengan tekanan melampau sehingga menjejaskan presetasi kerja seseorang.

Ya, perkara ini amat perlu dititik beratkan dan sentiasalah berhati-hati dalam percakapan dan perbuatan, agar tidak tersilap langkah.

2) Rancanglah kewangan dan sikap berbelanja. Nasihat ke dua ini amat-amat relevan pada zaman kini apabila berita melaporkan jumlah belia yang diistiharkan muflis meningkat dari tahun ke tahun.

Inilah salah satu jerat yang berpotensi mengheret seseorang yang baru mula bekerja ke lembah masalah kewangan yang hampir tidak masuk akal. Berjimat-jimatlah dengan wang yang ada, elakkan sikap boros dan berhati-hati menggunakan kad kredit.

Kebiasaanya, seseorang akan kelabu mata apabila mendapat wang beribu-ribu ringgit dan terus 'bersedia' untuk menghabiskannya untuk kereta idaman, pakaian yang mahal-mahal dan bermacam-macam lagi pembelian yang tidak perlu.

Akibatnya penyesalan menjadi teman.. Jadi sebelum mungkin tiba ke saat tersebut, lebih elok dirancang aspek kewangan dan perbelanjaan setiap minggu dan bulan agar masalah kewangan yang teruk tidak timbul.

3) Tunaikan tanggungjawab kepada ibu bapa. Sebagai anak lelaki, tanggungjawab terhadap kedua ibu bapa adalah berlanjutan sehingga ke akhir hayat mereka. Mungkin sebelum ini, semua makan dan minum serta perbelanjaan ditanggung oleh mereka.

Kini, apabila sudah sampai masanya untuk berdikari, dan mempunyai wang sendiri, janganlah dilupakan pengorbanan kedua ibu bapa. Gunakanlah peluang ini untuk membalas jasa mereka sebaik mungkin.

Pernah saya terbaca dalam satu hadis (mohon pembetulan jika ada yang tersilap dalam tulisan ini) berkenaan kisah jihad di mana ada seseorang pemuda meminta keizinan daripada Nabi Muhammad S.A.W untuk keluar berperang atau berjihad ke jalan Allah S.W.T.

Kemudian Nabi Muhammad S.A.W bertanya kepada pemuda tersebut. Masihkah engkau mempunyai ibu bapa yang masih hidup? Pemuda tersebut menjawab ya, ada.

Lantas Nabi Muhammad S.A.W mengarahkan pemuda tersebut agar pulang dan menjaga kedua ibu bapa nya. Inilah salah satu pengajaran kepada kita iaitu, nilai berbakti kepada kedua ibu bapa lebih besar daripada nilai berjihad di medan peperangan yang menawarkan ganjaran mati syahid.

Justeru, gunakanlah peluang mula bekerja ini untuk mengurangkan bebanan kedua ibu bapa dan berusaha membantu mereka yang mungkin semakin uzur dan memerlukan kasih sayang daripada anak-anak. =)

10 November 2011 adalah permulaan semula dalam diari hidup Nizam Malek. Cerita-cerita lalu telah terkubur dan menjadi sejarah. Kini bermulalah episod baru yang akan dicoret dengan pena di dunia perkerjaan yang penuh cabaran dan dugaan meniti alam kedewasaan yang sebenar.

Semoga semuanya dipermudahkan. Saya mohon doa daripada kalian semua jua.

Terima kasih dan berjumpa lagi dalam blog post yang seterusnya. =)

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha 2011

0 comments


Hi, assalamualaikum semua!


Apa khabar? Semoga sihat selalu.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidiladha, maaf zahir dan batin kepada seluruh muslimin dan muslimat.

Alhamdulillah, kita dipanjangkan umur untuk menikmati hari mulia yang terdapat dalam agama Islam yang tercinta ini.

Pagi tadi saya sempat menunaikan solat sunai Aidiladha di Masjid An-Najah, Taman Daya, Johor Bahru. Jemaah tak seramai seperti solat sunat Aidilfitri yang lalu. Mungkin ramai yang balik beraya di kampung halaman kot.. =p

Yang menarik kali ni di masjid tahun ni adalah jumlah lembu korban adalah lebih daripada 10 ekor. Meriah juga nampaknya. Tapi time pergi masjid tadi tertinggal kamera, jadi tak dapat lah nak rakamkan suasana time tu.. ='p

Walaubagaimanapun, di kesempatan ini, di post ini, saya ingin jugalah menyuarakan pendapat peribadi berkenaan jemaah wanita yang hadir ke masjid menunaikan solat sunat Aidiladha tadi.

Mungkin pendapat saya ini tidak disenangi segolongan orang, tapi rasanya nak cakap juga.

Ianya berkenaan jemaah perempuan yang hadir ke masjid tanpa menutup aurat dengan tidak memakai tudung. Malah, ada yang selesai sahaja khutbah aidiladha, mereka membuka telekung dan membiarkan aurat mereka terdedah ketika masih lagi berada di dalam ruang solat dan perkarangan masjid.

Sebenarnya masalah ini telah terjadi masa solat sunat Aidilfitri yang lalu. Kesal melihat segelintir jemaah wanita yang tidak 'reti' nak menutup aurat walaupun berada di tempat ibadah, malah kelihatan megah memperlihatkannya pada jemaah lelaki yang ada.

Sedarlah bahawa menutup aurat adalah perintah daripada Allah S.W.T. Fahamilah bahawa ianya bukan permintaan manusia khususnya kaum adam. Tetapi ianya jelas termaktub dalam antara petikan surah An-Nuur ayat 31 yang berbunyi:

"dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Hmm, saya bukanlah nak menghentam sesiapa menggunakan medium blog ini. Tapi, jika yang saya perkatakan di atas ini ada asasnya, ambillah ia sebagai renungan bersama.

Semoga kita semua tidak tersasar dari jalan yang lurus yang kita cari di dunia ini, insyaAllah.

Bersesuaian dengan tema pengorbanan pada setiap Hari Raya Aidilfitri yang disambut setiap tahun, marilah kita berusaha bersama-sama untuk berkorban kemahuan dan ego mengejar keseronokan dunia sementara semata-mata dan kembali kepada perintah agama yang akan membawa kita kepada kebahagiaan di alam akhirat yang kekal abadi buat selama-lamanya satu hari nanti.

Jadi sekian saja blog post kali ini, sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh muslimin dan muslimat. Assalamualaikum! =)

Wednesday, November 2, 2011

Get Posted in Johor!

5 comments

Salam, hi bertemu kembali!


Apa khabar?

Ok dalam post kali ini, saya ingin memaklumkan yang saya telah pun menerima surat penempatan kerja daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya pada hari ini, penantian ini berakhir dan saya akan mula bekerja di hospital kerajaan paling awal pada minggu hadapan.

Alhamdulillah, harapan dan hajat untuk bekerja di negeri Johor terlaksana. Maka bakal berubahlah kehidupan saya bermula bulan November 2011 ini.

Wah, tak sangka saya akan mula memasuki alam pekerjaan yang sudah semestinya amat berbeza berbanding alam persekolahan dan akademik sebelum ini.

Tidak tahu bagaimana nak bayangkan perasaannya, sama ada gembira, takut, gementar ataupun risau. Semuanya bercampur baur. huhu.. =p

Ohya, mungkin ada yang bertanya, dapat hospital mana kan? Untuk soalan itu saya tak dapat jawab sekarang, sebab pilihan hospital akan dimuktamadkan apabila kami semua (bakal PRP Johor) melapor diri di Wisma Persekutuan Johor pada 10 November 2011.

Di negeri Johor ni ada 6 buah hospital iaitu Hospital Sultan Ismail (HSI) JB, Hospital Sultanah Aminah (HSA) JB, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, Hospital Segamat, Hospital Kluang dan Hospital Batu Pahat.

Kalau ikutkan, nak sangat dapat HSI, sebab hospital tu dekat dengan rumah. Boleh jalan kaki je kot.. =p

Kalau tak dapat HSI, pilihan ke dua adalah HSA. Dan pilihan ke 3 mungkin Hospital Kluang yang agak jauh dari bandar Johor Bahru (kira-kira 2 jam perjalanan).

Sebenarnya tak kesahlah, asalkan hospital dalam Johor tu kira oklah kan.

Cuma kalau dapat hospital selain HSI atau HSA tu, kalut nak cari rumah sewa lah.. Kalau ada quarters ok gak.. =p

Jadi setakat ni hanya menunggu tarikh 10 November tu untuk lapor diri dan start bekerja.

Sementara tu nak siap-siapkan diri pape yang patut. Mungkin kena beli pakaian baru..

Almaklum baju ngan seluar banyak dah lusuh.. =p

Kemudian perlu sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk lapor diri nanti.

Harap-harapnya semua akan berjalan lancar nanti.

Oklah sampai sini dulu, nanti saya akan ceritakan lagi pengalaman masa mula bekerja dengan anda semua.

C yah! =)

Tuesday, November 1, 2011

[KISSinsights] Apa itu Google AdSense?

6 comments

Assalamualaikum dan salam hormat buat semua,


Dalam ruangan KISSinsights kali ini, saya akan menjawab dua soalan daripada pembaca blog NizamMalek.com ini yang diajukan pada 31 Oktober 2011 yang lepas.
Soalannya berbunyi begini:

"From Uni @ ColourfulCraft.com.
  1. Cara setup akaun untuk AdSense
  2. Cara jana wang melalui AdSense this for beginner = orang yang zero knowledge pasal AdSense.
Please share and help!"


Baiklah, soalan yang diajukan adalah berkenaan Google AdSense.

Secara jujurnya, saya sendiri kurang pasti secara mendalam berkenaan Google AdSense ni, sebab sejak saya menceburi bidang pemasaran Internet Malaysia, saya tidak pernah mencuba Google AdSense.

Yang saya biasa dengar, Google AdSense adalah program pengiklanan Google yang memberi peluang penjanaan wang bagi penulis-penulis blog. Ia sama seperti program pengiklanan lain seperti Nuffnang.

Konsepnya adalah, kita memberikan ruang pengiklanan sama ada teks atau banner kepada google di home page blog kita. Apabila ada pelawat yang klik pada iklan tersebut, pemilik blog tersebut akan menerima komisyen berdasarkan jumlah klik yang terhasil.

Tapi tak mengapa, saya akan cuba menjawab soalan-soalan ini dengan sebaik mungkin mengikut pengetahuan yang ada.

Baik, untuk soalan pertama, cara-cara untuk setup akaun Google AdSense. Terdapat 2 cara untuk setup akaun Google AdSense. Pertama secara manual, dan kedua secara auto melalui fungsi yang telah disediakan oleh Blogger. Cara kedua adalah lebih mudah kerana semuanya telah diaturkan melalui kerjasama di antara Blogger dan Google AdSense.

Cara Pertama

Layari laman web Google AdSense, klik sini. Dan anda akan sampai ke laman seperti di bawah:

Klik butang SIGN UP NOW berwarna merah yang terdapat di sebelah kanan atas laman tersebut. Kemudian, isikan detail anda seperti URL blog, language dan contact information (alamat pembayaran melalui cek dan sebagainya) seperti yang diminta dan ditunjukkan dalam gambar di bawah:
Selepas siap isi detail di ruangan di atas, maka satu akaun Google AdSense telah terhasil untuk blog anda. Kemudian, anda perlu masukkan akaun Google AdSense tersebut ke dalam setting blogger anda.

Untuk melakukannya, anda boleh membuat rujukan tutorial melalui link ini: Tutorial Google AdSense.

Cara Kedua

Log in ke akaun panel blogger anda dan klik pada tab 'Monetize' seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah:
Seperti biasa, anda boleh mendapatkan akaun Google AdSense yang terus diintegrasikan dengan akaun blogger anda dengan menekan butang SIGN UP FOR ADSENSE yang berwarna oren seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.

Kemudian, anda akan sampai ke ruangan 'Make Money with AdSense'.
Di sini, anda boleh memilih ruangan mana yang anda mahukan untuk mempamerkan iklan Google AdSense di hompage blog anda. Contohnya, anda boleh letakkan iklan Google AdSense tersebut di ruangan sidebar ataupun di bawah setiap blog post yang anda hasilkan di blog anda.

Klik Next apabila sudah selesai membuat pilihan dan teruskan dengan konfigurasi seterusnya mengikut aturan yang ditetapkan oleh Blogger.

Demikianlah serba sedikit cara-cara untuk setup akaun Google AdSense untuk tujuan penjanaan wang di blog.


Baiklah, soalan kedua pula berkenaan cara-cara menjana wang melalui Google AdSense bagi beginner.

Sebenarnya, Google AdSense adalah salah satu cara mudah yang boleh digunakan untuk menghasilkan pendapatan secara pasif melalui Internet.

Ianya adalah satu konsep penjanaan wang mudah apabila kita hanya menyediakan 'tempat pengiklanan' di blog kita untuk kegunaan Google.

Bermakna, ruangan tersebut diberikan khas kepada Google untuk menempatkan apa-apa sahaja iklan yang dianggap bersesuaian dengan konsep, tema dan niche blog kita. P/S: Iklan yang dimasukkan akan diuruskan sendiri oleh Google AdSense.

Setelah iklan tersebut dipamerkan oleh Google di blog anda, setiap klik pada iklan banner tersebut yang hadir melalui blog anda akan dikira dan anda akan mendapat komisyen berdasarkan jumlah klik yang anda perolehi.

Semakin banyak klik, semakin banyak jumlah komisyen anda.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi apabila menggunakan Google AdSense sebagai medium janaan wang melalui blog, iaitu, anda sebagai pemilik blog tidak dibenarkan untuk klik pada iklan banner tersebut.

Jadi sebagai beginner untuk Google AdSense, jangan sekali-kali klik pada iklan banner tersebut. Jika tidak, akaun Google AdSense anda berkemungkinan akan digantung oleh Google.

Mengikut pembacaan saya di blog-blog mereka yang aktif melakukan teknik Google AdSense di blog, anda memerlukan trafik yang tinggi setiap hari ke blog anda untuk memastikan kejayaan penjanaan wang melalui Google AdSense tersebut.

Minimum jumlah pelawat ke blog yang disarankan oleh pakar-pakar Google AdSense adalah seramai 300 pelawat sehari.

Jika jumlah pelawat di blog anda mencapai sekurang-kurangnya angka di atas, anda bolehlah berkira-kira untuk fokus kepada penjanaan wang melalui Google AdSense.

Jika jumlah pelawat di blog anda masih terlalu rendah, anda perlu berusaha mempromosikan blog anda sebaik mungkin dan dapatkan lebih ramai prospek ke blog anda untuk klik pada iklan Google AdSense yang terdapat di blog anda.

Selain itu, oleh kerana Google AdSense adalah kepunyaan Google, iaitu syarikat luar negara, kebanyakan laman web yang ingin dipromosikan adalah dalam bahasa Inggeris.

Jadi, jika anda anda ingin menjana wang melalui Google AdSense, adalah lebih elok jika anda membuat update blog post anda dengan menulis artikel dalam bahasa Inggeris. Ia akan lebih mudah diindex oleh Google dan berpotensi mendapat klik melalui carian di Google.

Walaupun kedengarannya mudah untuk menjana wang secara pasif melalui Google AdSense, tapi hakikat dan realitinya, ia tidak se'mudah' yang disangka.

Ia memerlukan usaha yang luar biasa dalam menghasilkan trafik ke blog, malah komisyen klik (jika mendapat klik) yang diterima adalah kecil iaitu sekadar beberapa sen usd untuk setiap klik.

Oleh kerana saya juga tidak melakukan usaha yang bertepatan untuk menarik trafik ke blog saya, jadi saya tidak pernah bercadang untuk melakukan teknik penjanaan wang pasif melalui Google AdSense.

Oleh itu, sekadar pendapat daripada saya, jika anda bercadang untuk melakukan Google AdSense, anda seharusnya sudah mempunyai trafik yang amat positif di blog anda setiap hari kerana lebih tinggi trafik, lebih tinggi peluang untuk mendapat klik.

Jika tidak, mungkin anda tidak akan mendapat hasil daripada iklan Google AdSense yang diletakkan di blog anda.


Semoga penerangan ini sedikit sebanyak memberi gambaran kepada anda berkenaan Google AdSense.

Terima kasih. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.