Sunday, October 16, 2011

My Big Bad Wolf Stories..


Salam & Hye all..

Apa khabar, buat apa hujung minggu ni? =)

Ok dalam post kali ini, saya ingin berkongsikan cerita saya pergi berjalan-jalan di KL pada jumaat dan sabtu yang lepas.

Jika anda lihat pada post saya sebelum ini, saya ada katakan yang saya akan menghadiri pesta jualan buku tergempak seluruh dunia yang dinamakan Big Bad Wolf (BBW) Book Sales yang telah dilangsungkan di Dewan A Malaysian Agro Exposition Park (MAEP) Serdang.

Jualan diskaun buku di BBW ni memang boleh kata tahap 'gila' tak masuk akal jugalah bila buku-buku yang berharga sekitar RM80 dijual pada harga hanya RM8 sahaja. Mula-mula tak percayalah, ingat ni semua gimik je.

Tapi lepas beberapa kawan di facebook tunjukkan gambar-gambar diorg beli buku di BBW tu pada harga super borong, jadi terus plan untuk ke sana tanpa banyak soal.. =p

Sebelum pergi tu, memang tiada idea nak beli buku apa pun, sebab jarang baca buku-buku dalam bahasa Inggeris. Tapi tak pelah, redah je, mana yang nampak cambest, kita kaut.. =p

Baguslah diorg buatkan MAEPS tu. Bagi yang datang dengan menaiki kenderaan masing-masing, tempat parking disediakan sangat banyak, dan ada shuttle bus yang akan mengangkut pelawat BBW dari kawasan parking ke dewan A secara percuma tanpa henti setiap masa.

Tapi bagi yang datang menaiki pengangkutan awam seperti bas, teksi dan ktm komuter (saya lah tu..), memang pengalaman itu agak menyakitkan lah.. hehe.. =p sebab tempat tu jauh dari kemudahan perhubungan awam.. Caj teksi yang mahal (RM20-RM30) memang diperlukan kalau nak datang dan pergi dari stesen KTM komuter Serdang..

Ok tu bab lojistik.. =p Bab jualan buku BBW ni memang best lah, hampir semua buku dijual pada sekitar harga RM3, RM5, RM8, RM10, RM12 dan RM15 sahaja.

Hampir semua kategori buku terjual di sana seperti kategori business, self help, computer, children, comics, magazines, dan juga termasuk audiobooks, semuanya dijual pada harga diskaun 75-95%.

Tak hairanlah apabila ramai yang beli borong sampai berkotak-kotak. Ada siap bawak beg travel lagi.. Memang ambil peluang betul lah tu.. =) Tapi baguslah, bila lagi ada peluang nak beli buku bahasa Inggeris pada harga semurah ini.. Jadi ini lah masanya.. =D

Saya tak dapatlah nak beli buku banyak-banyak sangat.. Almaklum berjalan sehelai sepinggang je.. =p Tapi dapat jugalah beli beberapa buku yang dirasakan amat bermanfaat..

Berikut adalah antara buku yang saya dapat beli dari BBW tu.

1) Why We Want You To Be Rich by Donald Trump & Robert Kiyosaki

Kedua-dua icon kewangan ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Donald Trump memang popular di kaca TV dengan siri program realiti 'The Apprentice' & Robert Kiyosaki pula menggegar dunia dengan buku best sellernya 'Rich Dad Poor Dad'.

Terdapat elemen-elemen penting yang perlu dipelajari daripada buku ini iaitu perspektif sebenar berkenaan kekayaan dan kaitannya dengan kehidupan kita. Ramai sebenarnya yang mengaitkan kekayaan dengan keburukan dan mungkin saja ianya satu angan-angan.

Tapi tidak bagi mereka yang memahami konsep sebenar kekayaan, manfaat kekayaan dan aspek pengurusan kekayaan. Ramai juga yang ingin kaya, tapi tidak tahu caranya, malah sentiasa terperangkap dengan skim-skim cepat kaya dan sebagainya yang sekadar meleburkan saja impian masa depan yang lebih cerah.

InsyaAllah saya akan cuba baca buku ini dan ekstrak isi-isi penting untuk difikirkan dan dibincangkan bersama-sama mereka yang berminat. =)


2) Landing Page Optimization for Dummies

Buku-buku siri 'For Dummies' ditulis khas bagi membantu pembaca dari pelbagai aspek topik yang dibincangkan secara mendalam dan terperinci. Jika anda terjumpa buku-buku seperti ini di kedai buku Popular ataupun MPH, anda akan dapati harganya adalah dalam lingkungan RM50-RM100.

Landing Page adalah antara elemen terpenting dalam dunia pemasaran Internet terutamanya bagi teknik dan strategi pemasaran Email. Untuk memastikan kejayaan penghasilan wang dari Internet, ilmu menukar pelawat menjadi prospek dan ilmu menukar prospek kepada pembeli adalah sangat penting.

Dalam buku ini, banyak tips dan teknik sebenar untuk 'convert sales' melalui optimasi landing page dibincangkan dan ditunjukkan secara detail dan jelas. Saya sudahpun mula membaca buku ini selepas saya balik dari MAEPS, dan saya dapati buku ini amat-amat bernilai bagi saya.

InsyaAllah ilmu yang saya peroleh akan saya manfaatkan dalam dunia perniagaan Internet saya yang tak seberapa tu dan akan juga saya kongsikan dengan fans saya di fanpage StrategiInternet.

Anda juga boleh belajar teknik & strategi pemasaran Internet sebenar dan terkini di fanpage tersebut. Klik sini www.facebook.com/StrategiInternet untuk menjadi fans. =)


3) You Can't Win A Fight With Your Client And 49 Other Rules For Providing Great Service By Tom Markert

Ok buku ini pula adalah berkenaan tips dan informasi terbaik untuk menjaga pelanggan. Seperti yang anda tahu, saya merupakan pemasar Internet dan antara produk utama saya adalah servis, seperti servis design dan juga blog setup.

Hampir ke semua pelanggan-pelanggan saya datangnya dari dunia online. Saya tidak pernah kenal mereka sebelum ini, dan begitu jugalah sebaliknya.

Jadi teknik untuk 'deal' dengan pelanggan secara online perlulah lebih kemas dan meyakinkan agar jualan melalui servis tersebut dapat dihasilkan. Walaupun punya pengalaman dalam arena online customer service ini, saya tetap perlu membaca lebih banyak berkenaannya supaya kemahiran mengendalikan pelanggan dapat dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa. =)


4) The Leadership Pill, The Missing Ingredient In Motivating People Today

Buku ini mengajar cara-cara untuk menjadi seorang pemimpin yang baik. Semua orang dilahirkan untuk memimpin. Ada masanya, kita perlu memimpin dan bagi lelaki, sudah semestinya satu hari nanti perlu memimpin keluarga yang dibina. =p

Selain itu, tagline yang digunakan adalah 'the missing ingredient in motivation people today'. Macam tahu-tahu saja saya merupakan admin di fanpage RahsiaMotivasi. Mungkin informasi yang terdapat dalam buku ini akan dapat membantu saya menjadikan fanpage RahsiaMotivasi lebih bermanfaat buat fans semua. =)


5) The One Minute Apology, A Powerful Way To Make Things Better

Ni antara buku yang saya main rembat je time pusing-pusing dalam dewan A MAEPS tu. Tak berapa pasti sangat apa yang dimaksudkan dengan One Minute Apology tu, tapi saya tertarik dengan ayat di bawah tu, iaitu A powerful way to make things better.

Hope boleh belajar sesuatu yang bagus daripada buku ini.. =)


6) Instant Rapport by Michael Brooks

Ok buku ini berkenaan teknik menjalinkan hubungan yang baik, atau dalam bahasa Inggerisnya adalah building up good rapport. Hubungan yang baik dengan golongan-golongan tertentu akan dapat membantu kita dalam banyak perkara.

Jika dapat bina reputasi dan rapport yang baik dengan orang-orang disekeliling, pastilah progres kerjaya kita akan meningkat dengan pantas dan lebih mudah.


7) The Jungle Seminar, 7 Essential Lessons For Success

Buku ni adalah dalam kategori motivasi dan bantu diri (self-help). Ia membawakan 7 pengajaran penting yang perlu diambil perhatian untuk mengecapi kejayaan.

Pengajaran tersebut dijadikan dalam bentuk cerita di mana mereka ekstrak dari kisah yang berlaku di dalam hutan. Erm, cam ne nak cerita ya? Hehe.. Memang susah nak explain, jadi kena baca dulu buku ni sampai habis, jadi baru dapat faham apa yang cuba disampaikan.. =p


Inilah antara buku yang saya dapatkan di BBW 2011 baru-baru ini. Memang best jugalah, sebab dapat beli buku-buku yang berharga RM200 lebih pada harga bawah RM100 sahaja.

Cuma penatlah berjalan-jalan, pusing-pusing tu.. Rasa tumit kaki mencucuk-cucuk.. Hehe.. =p

Papepun, BBW memang best terutamanya bagi para peminat buku-buku bahasa Inggeris terkenal dari luar negara. Harap ianya akan berlangsung lagi pada masa akan datang.

Orite sampai sini dulu untuk cerita Big Bad Wolf.. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.