Monday, October 17, 2011

[KISSinsights] Sharing My Experience About Pharmacy Student's Life


Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan semua.

Dalam ruangan kategori soalan untuk saya di KISSinsights ini, saya telah menerima satu soalan daripada seorang junior saya di CUCMS berkenaan kehidupan sebagai seorang pelajar jurusan Farmasi.
Soalannya berbunyi begini,

"Assalamualaikum :) im 1st year Pharm student in cucms. here, i would like to know more about the course. i mean the subject, the workloads, your daily life as Pharm student and such. and maybe you could tell us the workfield. there's clinical, community pharmacy and such right? and i've been dreaming of becoming a pharmacy but something related to vet. what say you? thanks in advance :D"

Soalan ni sebenarnya telah diajukan kepada saya pada 26 Ogos 2011 yang lalu. Dah lebih kurang 2 bulan lebih baru saya jawab. Maaf ya kerana lambat, tapi memang sebab saya terlalu sibuk beberapa bulan kebelakangan ini. Tapi insyaAllah dalam post ini, saya akan cuba menjawab soalan-soalan anda di atas. =)

Pertama sekali, wa'alaikummussalam. Tahniah saya ucapkan kepada anda kerana telah berjaya terpilih sebagai seorang pelajar kursus kritikal iaitu Farmasi di CUCMS. Peluang seperti ini hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin kerana bidang Farmasi mempunyai prospek kerjaya yang amat luas dan positif pada masa hadapan.

Sebagai pelajar jurusan farmasi di CUCMS, anda akan didedahkan dengan dunia bidang Farmasi pada semester pertama dalam subjek 'Introduction to Pharmacy'. Dalam subjek tersebut, anda akan diberikan pendedahan sebenar secara menyeluruh berkenaan bidang Farmasi yang akan anda ceburi setelah menamatkan pengajian dalam tempoh 4 tahun di universiti.

Untuk pengetahuan anda, sebelum saya melanjutkan pelajaran di CUCMS dalam kursus Farmasi ini, saya juga tidak mempunyai sebarang idea atau maklumat yang jelas berkenaan kursus Farmasi ini, tetapi setelah mengikuti subjek 'Introduction to Pharmacy' tersebut, semuanya menjadi amat jelas bagi saya dan sejak itu, saya pasti inilah bidang yang amat sesuai dengan diri saya.

Jadi untuk itu, berikan tumpuan sepenuhnya pada subjek tersebut ketika di dalam kelas serta lawatan-lawatan yang disediakan sebagai pendedahan awal kepada pelajar tahun pertama jurusan Farmasi. InsyaAllah anda akan mendapat gambaran yang lebih jelas berkenaan bidang Farmasi yang dapat disesuaikan dengan minat dan kecenderungan kerjaya anda.

Sebagai contoh, dalam subjek 'Introduction to Pharmacy', anda akan didedahkan kepada bidang-bidang utama yang terdapat dalam bidang Farmasi seperti Clinical Pharmacy, Community Pharmacy, Industrial Pharmacy, Nuclear Pharmacy, Veterinary Pharmacy dan banyak lagi.

Di situ, anda akan diterangkan dengan sejelas-jelasnya berkenaan prospect kerjaya, cabaran dan tanggungjawab dalam bidang-bidang yang ingin anda ceburi. Contohnya dalam bidang Clinical Pharmacy, kebiasaannya anda perlu bekerja di hospital sama ada hospital kerajaan mahupun hospital swasta.

Kemahiran klinikal seperti penyakit pesakit, fungsi ubat-ubatan mengikut 'mechanism of action' dan intervasi pilihan ubat-ubatan adalah kemahiran yang amat penting dalam bidang Clinical Pharmacy. Jika anda mempunyai minat yang lebih dalam bidang klinikal, mungkin Clinical Pharmacy adalah sesuai untuk anda.

Dalam masa yang sama, bukan semua ahli farmasi yang dihasilkan mempunyai minat untuk bekerja di hospital atas alasan masing-masing. Mungkin ada yang lebih meminati dunia pengurusan dan perniagaan. Jadi mungkin bidang Community Pharmacy atau Retail Pharmacy adalah destinasi kerjaya yang lebih sesuai untuk diceburi.

Berkenaan dengan workload dan daily life as a pharmacy student, bagi saya, workloadnya tidaklah seberat mana. Ini kerana kursus Farmasi di CUCMS menggunakan sistem semester (kelas, kelas, kelas, mid sem exam, kelas, kelas, kelas dan final exam, cuti).

Selain dalam tempoh exam, workload boleh dikatakan sederhana. Jadi masih ada ruang jika nak sertai aktiviti-aktiviti kolej seperti bepersatuan dan sebagainya, tiada masalah.

Tapi ianya terpulang kepada setiap pelajar, bergantung kepada cara pengurusan masa masing-masing. Jika masa tidak diuruskan dengan sebaiknya, mungkin saja life akan stres dengan assignment dan sebagainya. Seeloknya, jangan biarkan kerja-kerja bertangguh. Bila ada kerja saja, terus siapkan dan up to date.

Kalau nak kata workload yang agak 'sibuk' adalah ketika tempoh clinical attachment (3rd & final year). Dalam tempoh tersebut kebiasaannya workload akan menjadi huru hara sikit kerana deadline demi deadline dan persediaan untuk presentation perlu disiapsediakan dalam tempoh yang pendek.

Berkenaan daily life as a student tu, biasalah, pergi kelas balik kelas. Biasa dari pukul 8 pagi sehingga pukul 4 atau 5 petang. Ada hari yang pack, ada hari yang rileks. Bergantung pada jadual. Lepas kelas, nak pergi mana-mana, tak kesah.. =) Weekends boleh je kalau nak pergi jalan-jalan kat Alamanda ke, Mines ke, atau KLCC.. =p

Terpulang pada cara masing-masing. Boleh je nak buat pape time student. Memang banyak masa sebenarnya..

Berkenaan dengan bidang pekerjaan, sejujurnya saya sendiri masih belum lagi mula bekerja, jadi tak dapat nak kongsikan pengalaman bekerja sebagai ahli Farmasi buat masa ini. Mungkin dalam post-post saya yang akan datang, insyaAllah saya akan kongsikan pengalaman bila dah mula bekerja nanti.

Walaubagaimanpun, walaupun bidang Farmasi dikatakan sebagai bidang yang luas dan mempunyai prospek kerjaya yang pelbagai dan menarik, tidak dinafikan semua ini bergantung juga pada pengaruh politik semasa.

Contohnya, jika berkaitan dengan isu perlaksanaan 'Dispensing Rights & Separation' di Malaysia, ia amat bergantung kepada polisi yang ditentukan oleh kerajaan berdasarkan keadaan semasa seperti jumlah ahli Farmasi berdaftar dan kesedian komuniti di Malaysia terhadap perlaksanaannya.

Jika dibandingkan negara-negara lain yang telah mempraktikkan Dispensing Rights & Separation seperti Indonesia, Korea, Japan, Taiwan, Australia dan lain-lain, Malaysia masih dikira ketinggalan dalam aspek tersebut. Tapi insyaAllah jika semuanya berjalan lancar, Malaysia akan menuju ke arah yang sama juga.

Berkenaan dengan kerjaya sebagai ahli Farmasi Veterinary, di CUCMS, anda akan mempelajari subjek tersebut ketika di tahun ke 3 (jika tiada pertukaran silibus). Anda akan mempelajari anatomi haiwan dan juga dose ubat yang sesuai untuk mereka.

Saya tidak pasti apakah prospek kerjaya sebagai ahli Farmasi Veterinary di Malaysia. Mungkin ianya masih baru. Tapi, siapa tahu, anda bakal menjadi pengerak bidang Farmasi Veterinary di Malaysia satu hari nanti kan? =p

Dalam tempoh 4 tahun pembelajaran di CUCMS, anda akan dapat lihat hampir ke semua bidang yang terdapat dalam kerjaya Farmasi, dan di akhirnya, insyaAllah anda akan lebih tahu bidang apa yang lebih sesuai dengan minat anda. Jadi ambil masa dan jalani kursus Farmasi anda di CUCMS dengan sebaiknya dan dedahkan diri anda pada informasi terkini berkaitan dunia Farmasi melalui surat khabar dan daripada fakulti.

Untuk pengetahuan anda juga, tahun perkhidmatan wajib di hospital kerajaan (Housemen + Compulsory Service) telah dikurangkan dari 1+3 kepada 1+1 sahaja.

Ianya boleh menjadi berita baik dan mungkin juga berita buruk bergantung kepada perancangan kerjaya yang dipilih.

Jika sebelum ini, kerjaya Farmasi merupakan kerjaya yang menjamin kerja selepas seseorang itu tamat pembelajaran, tetapi untuk pada masa hadapan, ia belum pasti kerana sekali lagi, ia bergantung pada keadaan dan polisi politik semasa.

Jadi nasihat saya kepada junior-junior jurusan Farmasi agar dapat mempersiapkan diri dengan ilmu Farmasi pada tahap yang baik dan juga melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran soft skills yang lain seperti kemahiran berkomunikasi dan pengurusan agar dapat bersaing untuk mendapatkan kerja pada masa akan datang.

Akhir kata, nikmati keseronokan tempoh belajar anda di CUCMS. Time flies fast dan hargai setiap detik yang hadir dan berlalu.

Terima kasih atas soalan ini, dan semoga berjaya! =)

7 comments:

Anonymous said...

SAlam..kalau nak ambik course pharm ni..kalau bukan aliran sains boleh ker?

Nizam Malek on May 27, 2013 at 12:27 PM said...

Salam, setahu saya, tidak boleh. Anda perlu masuk ke aliran sains terlebih dahulu.

Unknown on March 11, 2015 at 5:01 PM said...

saya lepasan spm. saya nk tnye berkenaan farmasi. bleh abang bgi nmbor hanfon di email saya. email saya anuarlolzplayer@gmail.com

Nizam Malek on March 15, 2015 at 12:29 AM said...

Salam Amirul Annuar,

boleh hubungi saya melalui telefon di 013-7468659.

Anonymous said...

salam kak, saya amik science stream ada chemistry, physics, +maths and lukisan kejuruteraan. Kalau saya nak further study lepas spm dlm bidang farmasi boleh ke?

Anonymous said...

mintak maaf atas panggilan 'kak' ���� silap saya

Unknown on April 25, 2017 at 11:19 PM said...

Klu chemistry sya c+ masa Spm rasanyer admin cadangkan tak untuk sya ambik course ni? Sbb course ni kira cam lg details darpd SPM chemistry kann?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.