Wednesday, September 21, 2011

Hari-hari yang berlalu..


Salam, hye again all,


Apa khabar? Hope sihat lah semua ya.

First sekali saya nak ucapkan thanks kepada anda yang dah menonton video blogging pertama yang saya hasilkan di blog ni. Saya siapkan satu kategori baru iaitu 'vlog' khas untuk kumpulkan semua video blogging yang akan saya hasilkan.

Thanks juga kepada yang sudi untuk klik LIKE pada blog post pasal video blogging tu. Rasa memang bersemangat nak buat video blogging yang ke dua dan seterusnya kalau ada yang nak menonton.. =p

Tapi apakan daya.. Beberapa hari kebelakangan ni saya tak berapa sihat.. Demam panas, selsema, muscle ache, sakit tekak dan memacam lagi lah sakit.. Memang tiada mood la most of the time.. Just nak rehat atau tidur je..

Jadi tak dapatlah nak hasilkan video blogging yang terbaru buat masa terdekat ni.. InsyaAllah kalau keadaan lebih mengizinkan, saya akan buat video blogging banyak-banyak..

So setakat ni saya blogging macam biasa sajalah dulu. Tulis-tulis, anda baca-baca.. Boleh gak kan? =p

Hmm, hari ni dah 21 September 2011. Kejap saja masa berlalu, rupanya dah dekat 4 bulan saya 'terkurung' kat rumah selepas tamat belajar. Memang bosan, bosan dan bosan juga lah.. Makin hari makin bosan.. Bosan, bosan, bosan.. Berapa banyak bosan daaa.. =_='

Setakat 4 bulan ni secara kasarnya memang boleh kata tak buat pape lah.. Makin hari rasa soft skill makin tumpul.. Mana tak nya, dah kurang jumpa orang, dah kurang cakap dengan orang, dah kurang cakap english, dan kurang kena matahari.. heheh.. dan macam-macam lagi lah yang kurang..

Tapi nak buat macam mana kan.. Tunggu sajalah, sampai kering.. =p

By the way, doakan kesihatan saya kembali ok untuk terus menulis dan bervlogging di NizamMalek.com! Thanks! =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.