Wednesday, August 31, 2011

What I had in August 2011?


Post ini adalah bagi kategori month summary untuk bulan Ogos 2011, tapi sebenarnya saya menulis pada 8 September 2011. Lewat seminggu daripada deadline.. huhu..


Assalamualaikum, hye kawan-kawan di NizamMalek.com,

Terima kasih kerana masih sudi untuk melayari blog saya ini walaupun saya dah jarang update dengan post-post terbaru. Apa yang anda baca di blog ni agaknya ya? =p

Ok untuk sepanjang bulan 8 tahun 2011 ni, saya masih lagi sedang bercuti dan duduk di rumah saja. Seperkara yang menarik dalam bulan ni adalah kehadiran bulan Ramadhan bermula 1 Ogos dan berakhir 29 Ogos.

Jadi kiranya dalam bulan Ogos ni berpuasa sajalah kerjanya. Alhamdulillah bulan Ramadhan tahun ni puasa penuh 29 hari dan dapat disempurnakan dengan baik. Seronok dapat berpuasa bersama keluarga tercinta dan menunaikan solat terawih bersama-sama di surau yang baru saja siap di bina, iaitu Surau Austin Perdana.

Pada setiap hari ahad pada bulan Ramadhan yang lalu, saya menyertai program iftar jamaie yang diadakan di surau tersebut. Dapatlah berkenal-kenalan dengan komuniti setempat. Ramainya lebih berumur daripada saya. Tapi oklah, ada yang kerja doktor pakar, ada juga ahli farmasi (pengerusi surau) dan lain-lain. Kira boleh masuk liga gak lah saya ni.. =p

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan di surau tersebut adalah seperti tazkirah Ramadhan selepas selesai solat terawih dan witir oleh ustaz-ustaz jemputan. Saya ni memang suka dengar ceramah dan tazkirah. Lagi-lagi kalau ustaz yang suka buat lawak.. Memang terhibur gak hati nurani.. Tapi yang penting di akhir sekali, peringatan dan nasihat daripada tazkirah itulah yang menjadi pegangan dan azimat untuk meneruskan hidup yang penuh dugaan selepas ini..

Selain itu seperkara yang menarik pada bulan Ramadhan yang baru berlalu ini juga adalah program terbaru di channel Alhijrah Astro, iaitu Ihya Ramadhan yang dihoskan oleh seorang ustaz muda daripada Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Ihya Ramadhan telah disiarkan secara langsung setiap hari dalam bulan Ramadhan pada pukul 4.30 petang sehingga 5 petang dan membicarakan secara detail berkenaan ibadah puasa dan persoalan-persoalan masalah yang berkaitan dengannya.

Jadi bila ada masa kelapangan, kami sekeluarga akan menonton bersama dan berbincang-bincang berkenaan informasi yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal. Penyampaian yang bersahaja dan penuh interaksi bersama penonton memang membuatkan program Ihya Ramadhan itu mendapat sambutan yang menggalakkan.

Tapi bila berakhir saja Ramadhan, tiadalah lagi Ihya Ramadhan dan menjadi kenangan.. Terima kasih atas usaha yang amat bermanfaat tersebut dan saya doakan usaha memahamkan masyarakat berkenaan Islam akan terus berkembang dari semasa ke semasa.

Begitu juga dengan fanpage RahsiaMotivasi di mana saya berkongsikan tips-tips, info, tazkirah dan bicara Ramadhan setiap hari dalam bulan Ramadhan yang lalu. Walaupun usaha tersebut amat kecil tetapi amat bermakna pada saya dan jika tidak memberi kesan kepada orang lain pun, sekurang-kurangnya ia memberi kesan kepada diri sendiri yang menulisnya. =)

Tahun ni saya dapat berpuasa, bersahur dan berbuka bersama-sama dengan keluarga setiap hari. Mungkin bermula tahun depan saya akan mula bekerja dan tak tahu lah akan dapat posting di mana, mungkin akan berjauhan dengan keluarga. Tapi tak mengapalah, semoga kita semua dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan dan datang dan seterusnya. Sesungguhnya bulan Ramadhan memang terlalu manis nikmatnya, terasa bezanya dengan bulan-bulan yang lain..

Kemudian selepas tamat saja bulan Ramadhan, masuklah bulan Syawal. Kita di Malaysia menyambut 1 Syawal setelah berpuasa selama 29 hari. Tidak sama seperti kebanyakkan negara lain seperti Saudi Arabia dan Indonesia. Terdapat perbezaan pendapat, tapi kerajaan Malaysia dah putuskan dan sahkan, jadi kita raya sajalah. =)

Tahun ni saya beraya ala kadar saja di Johor Bahru bersama keluarga nuckleus saya. Paling penting sekali di pagi raya selepas menunaikan solat sunat aidilfitri adalah memohon keampunan daripada ke dua-dua ibubapa yang selama ini telah banyak berkorban untuk membesarkan, mendidik dan menyayangi saya.

Yang menariknya juga, tahun ni saya masih dapat duit raya, jangan jeles ya.. hehe.. Mungkin ini tahun terakhir saya menerima duit raya dan insyaAllah pada tahun hadapan akan jadi orang yang memberi duit raya pula. Siapa nak duit raya kena buat baik ngan saya k.. Huhuhu.. =p

Saya ada upload beberapa gambar raya pada tahun ini di facebook. Kalau ada masa, jemputlah melihatnya di sana ya. Jangan lupa turunkan komen sekali.. =p

Huhu ok cukup dulu cakap pasal raya, kembali kepada perancangan selepas raya. By the way, jika anda nak tahu, saya mungkin akan kurang berblogging selepas ini, dan akan lebih aktif di fanpage-fanpage saya. Bukan apa, facebook ni saya rasa lebih senang nak update pape dan lebih ramai yang boleh membaca tulisan saya.

Cuma limitasinya pada jumlah perkataan yang boleh dimasukkan di ruangan wall post tu.. Setakat lebih kurang 500 huruf saja. Tapi tak mengapa, saya ada trik nak jadikannya post tu lebih panjang. Kata Internet Marketer.. =p

Jadi di kesempatan ini, saya menjemput anda untuk melawat ke fanpage saya dengan lebih kerap melalui facebook iaitu fanpage RahsiaMotivasi (saya berbicara berkenaan topik motivasi) dan fanpage StrategiInternet (khas buat mereka yang ingin mempelajari selok belok cara-cara menjana wang di Internet).

Oklah, sampai sini dulu buat month summary bulan Ogos 2011. Tidak ada banyak sharing sangat tapi boleh lah ya sikit2.. =p

Berjumpa lagi dalam post saya yang seterusnya! Salam~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.