Monday, August 29, 2011

Berakhirnya Ramadhan, Datangnya Syawal.


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua kawan-kawan.

Bulan Ramadhan yang penuh pengharapan dan pengurniaan baru saja berlalu pergi meninggalkan kita. Alhamdulillah, tahun ini, cukup 29 hari kita semua menjalani ibadah puasa yang merupakan perintah Allah SWT yang merupakan rukun Islam ke 3.

Bulan Ramadhan kali ini terasa pantas berlalu. Tiap bermula dengan bersahur pada pukul 5.15 pagi, tidak sempat merasa terlalu letih tetapi sudah sampai waktu untuk berbuka puasa kira-kira pada pukul 7.16 petang.

Begitulah seharian yang dirasai dan berterusan dari hari ke hari sehinggalah hari terakhir Ramadhan kali ini.

Bagi saya secara peribadi, saya merasakan bulan Ramadhan kali ini amat bermakna. Hari-hari yang dilalui terasa tenang dan mendamaikan. Semuanya berjalan dengan amat baik. Semoga amalan yang telah diusahakan, telah diterima dan kita semua mendapat pengampunan daripada Tuhan yang Maha Benar.
Bergambar di hadapan Surau Austin perdana. =)

Ketika menikmati juadah berbuka puasa di Iftar Jamaie Perdana di Surau Austin Perdana.

Tengok tu, ada Cik Senorita Salz nak 'menyelit' populariti NizamMalek.com. =p

Dalam bulan Ramadhan kali ini juga saya merasakan ianya amat bermakna kerana saya telah mendapat ruang untuk menyampaikan tip-tips atau tazkirah ringkas berkenaan Ramadhan di fanpage RahsiaMotivasi.

Perkongsian yang tak seberapa itu mungkin kecil, tetapi amat besar maknanya bagi saya dan sekurang-kurangnya menjadi pesanan/nasihat yang amat penting buat diri sendiri. Semoga usaha yang kecil tersebut membawa kebaikan kepada orang lain yang membacanya. =)

Selain itu, bila berbicara berkenaan fanpage, saya telah berjaya membina fanpage kedua yang bernichekan topik pemasaran Internet. Inilah dia satu ruang khas untuk saya berkongsikan semua ilmu, kemahiran dan pengalaman saya yang tak seberapa dengan kawan-kawan Internet yang lain.

Fanpage ini diberi nama StrategiInternet dan ianya telah dibina dengan perancangan yang agak rapi apabila melibatkan beberapa teknik pemasaran yang telah saya pelajari sebelum ini seperti pemasaran Email dan static iframe.

Setakat lebih kurang 2 minggu ianya dilancarkan, 180 fans telah berjaya dikumpul dengan menggunakan teknik percuma sahaja. Kekuatan fanpage tersebut adalah pada ebook 'Strategi Kumpul Fans Fanpage Cara Percuma & Efektif' yang saya tawarkan secara percuma kepada mereka yang berminat untuk menjadi fans.

Seronok juga melihat sambutan yang agak menggalakkan terhadap ebook tersebut, sehingga masih ada yang meminta link download tersebut dibuka semula (setelah saya tutup kerana kuota yang ditetapkan telah dipenuhi).

InsyaAllah banyak perancangan aktiviti menarik yang akan dilaksankan di fanpage StrategiInternet terutamanya apabila fanpage tersebut telah berkembang dengan baik dan mendapat respond yang diharapkan.

Fanpage StrategiInternet berlangsung dengan baik di sepanjang Ramadhan dan insyaAllah akan lebih aktif selepas raya nanti.

Jadi untuk masa kini, saya akan fokuskan perhatian kepada 2 niche utama ini iaitu Motivasi di fanpage RahsiaMotivasi (www.facebook.com/RahsiaMotivasi) dan Pemasaran Internet di fanpage StrategiInternet (www.faceboo.com/StrategiInternet). Kepada sesiapa yang nak belajar daripada saya, boleh contact2 ya! =)

InsyaAllah, esok/hari ini (30 Ogos 2011), kita akan menyambut Hari Raya aidilfitri 2011. Pada tahun ini, saya akan beraya di Johor Bahru di rumah keluarga saya. Alhamdulillah semuanya dapat berkumpul beraya bersama tahun ini. Seronok juga rasanya. =)

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali diri ini.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.