Tuesday, July 26, 2011

Review WangCyber Gathering 2011


Salam, hye kawan-kawan semua,

Pada 23 Julai 2011 yang lepas, saya telah berpeluang untuk menyertai satu perhimpunan sekumpulan pemasar internet Malaysia, iaitu WangCyber Gathering (WCG) 2011 yang telah diadakan di Menara Usahawan, Presint 2, Putrajaya.



WCG 2011 ini merupakan perhimpunan kali kedua dan sebelum ini pernah diadakan buat pertama kalinya pada tahun 2008 sewaktu saya pun masih belum mengenali dunia pemasaran internet ketika itu. =)

Dalam post kali ini, saya ingin berkongsikan pengalaman saya menyertai WCG 2011 dan keseronokan yang saya rasai sepanjang majlis yang bermula kira-kira pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 6 petang tersebut.


Pada hari itu saya tiba setengah jam lewat sebab saya datang dari Johor Bahru, memandu sejak pukul 5 pagi dan terus ke Putrajaya. Time sampai tu majlis telah berlangsung dengan ucapan yang diberikan oleh Dato' Mohd Nor Al-Akbari, wakil dari Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Banyak info menarik yang beliau telah sampaikan dan saya tertarik dengan topik pemimpin dan pengikut yang beliau adaptasi daripada sejarah Islam iaitu kisah perjalanan Nabi Musa dan Nabi Khidir yang bertukar peranan di antara satu sama lain. Pesanan tersebut adalah amat penting bagi semua yang hadir dan memberi kesan kepada aspek kepemimpinan dalam persatuan dan kepatuhan kepada pemimpin.

Kemudian acara diteruskan dengan taklimat berkaitan misi, visi dan matlamat agenda Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) yang telah disampaikan oleh Tuan Presiden, iaitu saudara Gero Azrul.

Beliau telah berkongsikan 5 prinsip asas yang dipegang dalam pembentukan PUIM dan ini menjadikan PUIM sebagai satu medium yang berkesan untuk membantu semua usahawan internet di Malaysia. Ini adalah satu perkembangan yang sihat dalam industri pemasaran internet Malaysia dan saya berharap niat murni tersebut dapat dijayakan dengan kerjasama dan usahasama dari pelbagai pihak yang terlibat.

Selain itu, WCG 2011 juga dimeriahkan dengan upacara menandatangani perjanjian kerjasama di antara pihak WangCyber dengan penyedia perkhidmatan proses pembayaran online Malaysia iaitu WebCash.

WebCash merupakan satu syarikat yang berada di bawah Bank Negara dan diiktiraf untuk menyediakan perkhidmatan pemprosesan transaksi yang dilakukan secara online seperti Paypal. Ianya merupa satu perkembangan yang sihat dalam industri perniagaan dan pembelian di internet bagi pasaran Malaysia.

Para peserta WCG 2011 amat bertuah kerana mendapat taklimat secara langsung berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh WebCash dan diberi peluang untuk bertanya secara langsung kepada WebCash untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

Kemudiannya, WCG 2011 dipenuhi dengan sesi perkongsian pengalaman daripada sebilangan pro internet marketer yang telah berjaya dalam industri ini. Speaker pertama merupakan seorang pemasar internet muda yang telah berjaya membina empayar sehingga ke pasaran luar negara iaitu sahabat saya ketika belajar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan pada 2005; Ammar Zahar.
Ammar Zahar telah berkongsikan kesusahan hidup yang beliau alami ketika beliau mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan internet ini. Antaranya masalah keluarga yang beliau hadapi dan kelengkapan komputer yang amat daif pada ketika itu yang hampir-hampir menjatuhkan semangat dan membuatkan beliau berputus asa.

Tapi berkat sokongan daripada ibu dan keluarga serta dorongan untuk membantu mereka keluar daripada kesusahan hidup telah menguatkan semangat Ammar Zahar untuk terus berusaha dan kini beliau telah berjaya mengorak langkah dengan syarikat Ammar Zahar Sdn Bhd nya sendiri.
Kemudian, sesi perkongsian diteruskan dengan kehadiran 'The Legend' Gobala Krishnan. Gobala Krishnan telah berkongsikan hakikat sebenar dunia pemasaran internet yang perlu diketahui oleh pemasar-pemasar internet. Model perniagaan internet yang ada berserta jumlah pendapatan dan risiko nya kini lebih jelas bagi saya.
Seterusnya, tibalah saatnya untuk perkongsian daripada saudara Adly Mukhtar atau lebih dikenali dengan nick name Labanon Flarebiz. Sebenarnya telah lama saya mendengar berkenaan Flarebiz, tapi jarang mendapat peluang untuk mengenali mereka dengan lebih dekat dan jelas.

Adly Mukhtar bagi saya merupakan seorang remaja belia yang amat mengagumkan. Dalam usia yang begitu muda (awal 20-an), beliau sudah mampu meneraju sebuah syarikat dengan cara dan pendekatan tersendiri.
Saya amat tertarik dan terpesona dengan perjalanan beliau dan rakan-rakan membina empayar Flarebiz Network Sdn Bhd dan menjadikan ianya satu realiti yang menakjubkan pada hari ini.

Selepas rehat untuk makan dan solat, sesi perkongsian diteruskan dengan speaker ke 4 dan beliau merupakan guru pemasaran email saya iaitu saudara Jamal. Beliau juga berkongsikan kisah pengalaman hidup beliau ketika hendak berhenti kerja dan fokus kepada dunia pemasaran internet secara sepenuh masa.

Speaker ke 6 adalah Noorizam Shah iaitu seorang pakar eBay Malaysia dan beliau telah berkongsikan pengalaman beliau dalam dunia eBay. Time tu saya dah tak dengar sangat, sebab rasa penat dan letih. Tapi saya pasti ramai ebayer yang focus mendengar dan mendapat banyak tips menarik daripada beliau. =)

Selepas Noorizam Shah, dewan tersebut digamatkan dengan kehadiran speaker jemputan khas dari Indonesia, iaitu saudara Adhika. Beliau merupakan pemasar internet yang amat berjaya dari negara jiran dan telah menempa kejayaan yang amat luar biasa. Ammar Zahar sendiri penah menjadi pelanggan syarikat beliau.
Demo Google Panda daripada Adhika. =)

Adhika telah berkongsikan informasi menarik tentang perkembangan dunia pemasaran internet di Indonesia yang sebenarnya lebih besar daripada pasaran Malaysia dan ini merupakan peluang buat pemasar internet Malaysia untuk menceburi pasaran tersebut kerana bahasa yang lebih kurang sama di antara dua buah negara ini.

Dan speaker terakhir pada petang itu adalah guru dan sahabat saya iaitu saudara Rahman Basri. Beliau juga berkongsikan pengalaman yang beliau tempohi sebelum bergelar usahawan internet sepenuh masa dan sanggup meninggalkan profession perguruan untuk memberi fokus kepada pemasaran dan perniagaan internet beliau.
Barisan speaker bersama tuan punya WangCyber, Saudara Shuth dan
Presiden PUIM, Saudara Gero Azrul

Selain sesi perkongsian bersama dengan pro internet marketer Malaysia, WCG 2011 tidak ketinggalan untuk menyelitkan satu sesi pengenalan kepada satu program kebajikan yang diberi nama Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata yang telah disampaikan oleh saudara Jimmy Ray.

Ini merupakan satu program kebajikan yang telah diusahakan oleh beberapa individu yang berobjektifkan untuk membantu anak-anak yatim di kawasan pedalaman untuk menyambut hari raya dengan memakai baju raya baru.

Anda boleh tonton video yang telah disediakan oleh team Majalah Niaga Flarebiz berkenaan program kebajikan tersebut melalui link ini: Video Promo Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata

Sila layari laman web http://sehelaibaju.com/ untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut dan jelas berkenaan program ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru anda semua yang membaca artikel ini agar dapat memberikan sumbangan seperti yang diminta atau sekurang-kurangnya dapat mewar-warkan berkenaan program kebajikan ini kepada kawan-kawan anda, ahli keluarga atau sesiapa sahaja sama ada melalui facebook anda, blog mahu pun secara lisan.

Semoga usaha untuk membantu menggembirakan anak-anak yatim di hari raya yang akan datang nanti akan memberikan sinar keberkatan buat kita semua di Malaysia, amin.

Memang seronok menikmati networking session di WCG 2011. Ramai usahawan internet terkenal yang saya jumpa dan sempat juga bergambar bersama. Antaranya seperti di bawah:
Bersama Hasbul Aqil dari team Flarebiz yang mengusahakan jenama Komik Niaga.

Bersama Khairul Hazwan, full time Internet Marketer yang menyediakan perkhidmatan
penulisan surat jualan di www.ServisSuratJualan.com

Trio ahli farmasi yang mempunyai minat yang sama dalam dunia pemasaran internet.
Dari kiri, Hasryn Hamka, Abd Rahman Bpharm dan saya, Nizam Malek

Bersama guru pertama saya dalam dunia pemasaran internet untuk produk fizikal, saudara Eruwan Gerry Norsen. Dah lama tak jumpa, sejak 8 Ogos 2009 di Workshop Rahsia Raja Lelong, Hotel Melia, Kuala Lumpur.

Bersama saudara Zahrul Azua, penulis buku Rahsia Membina Senjata Jualan. Buku yang
telah membantu saya membuat jualan di pasaran internet dengan berkesan. =)

Bersama dengan saudara Safwan Seth, admin bersama di group Strategi Pemasaran Facebook.

dan ramai lagi.. =)
Pen cenderahati WangCyber

Sempat membeli CD Rahsia Pemasaran Facebook Faisal Abdullah. =)

Dapat CD tutorial percuma khas untuk review/testimonial daripada saudara Hairizal Hamidon.

Antara business card yang saya terima daripada peserta WCG 2011. =)

WCG 2011 merupakan satu acara gilang-gemilang yang telah mengumpulkan usahawan-usahawan internet seluruh Malaysia dengan tujuan yang jelas agar industri ini dapat berkembang dengan baik dan dapat membantu rakyat Malaysia menjalankan perniagaan di internet dengan lebih berkesan dan selamat.

Saya, Nizam Malek sebagai seseorang yang amat meminati dan mencintai dunia pemasaran internet amat gembira dengan perkembangan sihat dalam dunia pemasaran internet Malaysia dengan kelangsungan program WCG 2011 ini.

Peluang untuk berjumpa secara LIVE dengan internet marketer Malaysia sebenar dapat memberi inspirasi dan menguatkan lagi motivasi diri untuk bekerja lebih keras bagi mendapatkan hasil yang lebih baik dalam perniagaaan internet masing-masing.

Semoga dapat bertemu lagi dengan mereka semua di WCG yang akan datang. Bagi yang masih belum berkesempatan untuk menyertai gathering seperti ini, saya amat galakkan anda untuk menyertainya pada perancangan seterusnya kerana banyak manfaat yang akan diperolehi.

Sampai sini saja review saya berkenaan WCG 2011, take care & all the best to all! =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.